Monday, July 27, 2009

Mimpi Sedih

Minggu yang agak bosan untuk aku lalui hari minggu.. Entah kenapa aku sering terpanggil-panggil sampai kadang-kadang aku bermimpi.. Aku rasa arwah masih hidup. Aku rasa macam dia masih ada. Aku rasa sayu apabila ma aku telefon aku akan tertera perkataan "Ayahanda" di skrin telefon aku kerana ma aku dah pakai hphone ayah aku.

Ada satu saat aku akan terkenang, menangis, termenung macam orang takde kerja nak buat. Abang ngah cakap abah menitiskan air mata semasa abang ngah bisikkan kalimah syahadat ke telinganya. Masa tuh doktor dah cakap abah dah takde peluang, doktor akan cabut satu2 alat bantuan dia. Dan dia pergi dengan penuh tenang.

Tempat terakhir arwah selalu lepak, di sini juga beliau jatuh dan muntah2 pada pagi kejadian

Ma cakap, banyak benda yang abah nak buat dalam masa terdekat. Macam projek tanaman sayurnya yang terbantut. Akuarium yang tiada lagi orang nak tengok. Aku rasa betul-betul sayu.. Lastly ma cakap abah ada tinggalkan 6 digit nombor kat cermin solek yg ditulis dengan gincu, ma cakap abah pesan yang aku tahu itu no apa.. Aku memang pernah dengar, tapi aku tak pernah tahu no itu no apa. Bila aku check dengan kad atm, baru tau itu no pin abah.



Rokok terakhir yang sempat aku rakamkan sebelum arwah pergi

Dah dua kali aku mimpi abah ada lagi, berterusan, dua hari berturut-turut. Aku di sini hanya mampu berdoa semoga dia pergi dengan tenang... Aku x sanggup nak sambung lagi.. bye


Peninggalan kereta arwah... Hanya aku yang selalu bawak beliau

1 comments:

Bungo Lale said...

salam...

m, tabahlah.

akak pernah lalui apa yang m rasa. malah sampai ke hari ini akak akan selalu bermimpikan abah. mimpi yang dia masih hidup. dan meneruskan hari2 bersama2 kami. macam biasa. seolah2 dia ada dan masih bersama kami. suaranya, ketawanya, guraunya... dan paling tak buleh lupa nada suaranya setiap kali memanggil akak. sungguh... sampai saat ini sentiasa mencari2 suara dia. sangat merindu untuk dengar suara abah. abah tidak tinggalkan banyak untuk kami. tapi kenangan bersama abah akan selalu ada bersama kami.

berdoalah untuk kesejahteraan abah di sana k... dun sedih2.

('_')

Post a Comment