Friday, August 21, 2009

Mengisi Masa Terpakai (tajuk tak serupa bikin)


Muhammad Nur Syawal bin Mokhtar


Kena tag plak dengan Kak N selepas dia kena tag ngan adik kuda...
1) Beside ur lips, where is the favourite spot to get kissed?
lips? aku tak tau. tapi favourite spot to get kissed adalah ???? jeng jeng jeng...

2)How did u feel when u woke up this morning?
biasa je... nak gelabah pun observation tetap akan diadakan pada hari ini 3hb Sept 2009 by Mr LIM

3) Who was the last person/people you took photo with?
Cikgu S... heheheh

4) Would you consider urself spoiled?
super tidak setuju.

5) Have u ever had a best friend who was of the opposite sex?
ada.mostly laa...

6) Do you want someone to be dead?
yes!!!!

7) What does your last text message say?
Dengan sape keluar pergi bazar? ada skandal baru ke?- Nani

8) What are you thinking right now?
~aku tak siap lagi rancangan pengajaran harian esok nih.
-esok ada lagi observe yang ke4 dari Mr Lim
-esok sahur nak masak apa???
~kalau bercinta perlu ke wangi tahap gaban sampai aku yg tertido pun boleh terjaga apabila tercium bau perfume yang dia simbah kat badan tuh??? (merujuk kepada makhluk di sebelah)
-sape bakal berkongsi hidup dengan aku nanti??
-aku teringat kat sira pisang mak aku yang super kacis itu.. sangeeeta menggiurkan


Sira Pisang Yang Kacis OH

9) Do you want someone to be with you right now?
i guess aa... boringnye sorang2

10) What was the time you went to bed last night?
lepas subuh, lepas sahur sebab buat rancangan pengajaran harian untuk hari ini (tadi)

11) Where did you buy the tee you are wearing now?
baju dari Port Dickson, outing dengan batch87 yang sama2 masuk keja kat Vads dulu.. harga dia RM 15 dan glow in the dark..

12) Is someone on your mind right now?
ada. ada. ada...kot?

13) Who was the last person who text you?
nani-tanya aku kuar gi bazar dengan skandal mana...

14) TEN lucky person to do this quiz.
ntah laa.. sape gamoknyer..

1.Nani -setiakudisini.blogspot
2.Aini -bintang-bintangkesyurga.blogspot
3.Azmi (IPGM IPIS) -akubudakkampong.blogspot
4.Kak N (tapi dia sendiri dah buat..dia la suh aku buat ni)
5.Cikgu Ahmad Syukri (tapi nak ke dia layan benda2 nih?) -aku lupe blognya
6.Cikgu Baizura Anang (killjill) -lupa jugak
7.Nuna (ada ke blog?)
8.Che Anis..(kim salam kat suami.. blog anda superkacis)
9.Abuzar (tapi dia xde blog)
10.Sesiapa sahaja yang berminat...


1) Who is no. 2? Having a relationship with?
dengan suaminya- si rahmat

2) Is no. 3 a male or a female?
lelaki ini. tulen.

3) If no. 7 and no.1 get together, would it be a good?
heh. mana buleh... 2-2 pompuan. Kalo no 7 dengan tn Tanah..heheheh okey gak..

4) What is no.1 studying about?
sama macam aku. opsyen pun same..

5) When was the last time you chatted with them?
-tadi.. kak aini call ajak balik KL,
Nani call sebab nak suh amik dia kat stesen ketapi,
Azmi ym semalam,
Kak N-tadi wish gudlak untuk observe,
Ahmad Syukri- kaco aku masa aku observe
Baizura- 14 tahun lepas
Nuna-75 tahun lepas
Che Anis - masa kat Universiti
Abuzar- semalam dalam ym gak


6) Is no. 4 single?
gagagagagagga

7) Say something about no. 6
no 6 is the sixth number in numerical order, thank you

8) What do you think about no. 3 & no.5 being together?
3-laki
5-pun lelaki gak, dah ada 2 anak
-tak kacis..

9) Describe no.9
lelaki. berusia 20++ tahun. Orang pahang, keje kat Selangor, kacis, persis model kata dia, tak nah jumpa lagi, tapi macam dah kenal lama.. nak duit la dari dia.. dia minat citer2 alien, citer2 omputes kot.. heheheh

10) Do you like no. 8?
biasa2 je .. dah isteri orang

11) How about no. 10?
masalahnya sape no 10??

ok... dah post satu n3 sebelum prepare new RPH for tomorrow..


Semasa lawatan ke HUSM tempohari









Tuesday, August 18, 2009

Raya yang takkan same....


Tema gambar ini ialah bukan kereta aku
Wajah-wajah bakal bergelar pendidik

Huhu, hidup tanpa blog.. ada makna???Hahaha, ada je makna sebab aku bukan blogger tegar seperti bintang2 ke syurga ke atau kapalterbang kertasku ke, atau cikgu Jimmy.. By the way aku nak ucapkan selamat datang kepada

1. Kak Aini sebab singgah ke sini (Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk?)... thanks for invitation...
Tuan punya bintang2 ke syurga telah di 'meet uncle hussein' kan...kak Aini
2.Saudara Abu Zar.. my new buddy, mula mengaplikasikan penggunaan Kacis dalam diari beliau. Satu-satunya jemputan khas teristimewa dalam blog ini kerana most of the viewers are the cikgu cikgi KPLI.. dan Beliau sungguh kacis oh....(abu, ko nak aku promote ko dalam blog ini kah??)
3.Selamat ber blog saudari 'Setiaku DiSini.blogspot' (aku promote blog ko nih...)
4.Selamat menjalani ibadah puasa.
Raya yang takkan same....


Minggu ke 9 hampir tamat, dua hari lagi aku akan pulang ke kampungku yang kacis oh.. bisakah aku mentulis blog di kampung??? Oh sungguh tidak bisa karena kampungku sungguh mentidak ada internet.. Kampung?? Dulu Bila aku sebut je kampung.. rasa macam malas je nak balik.. Tapi sekarang??? Betullah kata diri sendiri, bila dah tiada, barulah nak hargai peluang yang ada... Apakah minggu ke9? Apakah yang pulang ke kampung??? Minggu ke9 praktikum di sekolah kacis oh ST Michael hampir tamat, dan aku bisa mentemukan cuti yang selama seminggu. Cuti seminggu di awal Ramadhan..mean minggu pertama Ramadhan aku akan puasa di rumah. Bila Ramadhan, mean Syawal akan tiba, dan Syawal adalah sangat2 ditunggu oh oleh semua orang.. tapi.. Rayakah aku tahun ini?

10 tahun dahulu dalam bulan yang hampir sama, aku kepergian ibuku kerana sakit darah tinggi. Tapi ayahku masih ada.. Dengan rasa tanggungjawab, dan mentidak mahukan anak2nya terasa ketiadaan ibu pada hari lebaran (oh lebar).. ayahku menkawin lagi... Dan raya yang dalam bulan 12 lebih kurang pada tahun tuh bisa menjadikan raya tiada perbezaan sangat.. cuma ma baru dengan saudara mara baru.. Pagi raya masih lagi menemukan aku untuk dengan adegan bersalam raya di pagi hari selepas sembahyang raya...dan raya tiada celanya..

Tapi kini..... berertikah raya untuk aku kali ni? Raya sebagai guru pelatih, raya sebagai seorang yang berusia 26 tahun, raya sebagai anak yatim piatu.. dan tangan siapa lagi untuk aku salami pada pagi itu? Untuk memohon maaf selepas setahun yang lalu dah minta maaf?? Tangan ma sahaja.. Kenapa engkau hadir wahai hari raya....???? Aku tak sanggup lalui saat2 itu Ya Allah...


Gambar terakhir bersama-sama arwah.. raya tahun 2007...

Berdiri dari kiri-Tuan Rumah (aku le) , adik bawah aku-Mohd Zulkhairy, abg Ngah aku- Mazlime- abang ipar aku (suami Kak Long)- Roslan, abg Teh aku- Mazli
Tengah dari kiri, kak Long dengan anak no 3- Maznita dan Akif, my mom-Maimun, my late arwah- Haji Mokhtar, my younger sister-Madihah, my kakak ipar (isteri Mazli)-Kak Ain anaknye Ilhan Hakimy
Depan dari kiri-Kakak Ipar (isteri Mazlime) dengan anak-Kak Maryam Mariati dan Lukman, anak kak Long (Shahirah Izzati dan Rafiqi), anak abg ngah ( Iffah Nur-bju oren dengan kakaknye Amirah), adik aku Syawal dan anak abg teh-Lisa. Tiada dalam gambar- Majidah




DUA- St Michael 1 , satu persinggahan..

St Michael 1.. dah 9 minggu aku di sini.. dah hanya tinggal suku yang terakhir untuk aku habiskan saat2 bersama wajah2 ada yang girang, ada yang sedih dan ada yang sayup, redup memanjang... Tidak aku nafikan ada sebahagian kecil hati aku tertinggal di sini, lebih2 lagi 3 Bestari yang bakal aku tinggalkan..


3 Bestari yang bakal aku tinggalkan, lepas ni korang jumpa semula dengan mak tiri korang.. hahahaha
Minggu lepas (week 8) dari 10 August-15 August adalah minggu paling mentidak kaciskan aku kerana setiap hari adalah hari pengobservan.... Paham2 je laaa.. Bermula dengan hari Selasa aku diobserve oleh GP untuk kelas Bahasa Inggeris... kelas itu aku ajar pasal pokok pisang dan aku telah membawa pisang sebanyak tiga sikat yang telah kubeli dengan perasaan ragu2 yang amat kerana pisang tersebut masih kelihatan kelat. Huhuhu
Semasa diobsev aku keluarkan satu je pisang sambil duk tunjuk2 kat bebudak, sekalian alam meminta untuk diberi pisang tersebut kerana melihatkan hanya satu sahaja padahal aku dah letak dalam beg siap2. Beg baju pula tuh, sampai ada budak tanya, cikgu nak gi mana lepas ni? Langsung ku menganswer ' nak balik kampung..'
Sebaik sahaja GP keluar lantas ku bukak beg baju ku dan mengeluarkan pisang2 yang lain.. hahaha semua dah macam beruk tengok pisang... Sampai bilik guru kena komen - pisang bawak satu je kenapa???' (aku lupa nak kuarkan semua masa GP tgh obsev)
Rabu... penilaian dari pensyarah yang kadang-kadang kacis, kadang-kadang tak... Aku mengajar tentang A world of stories.. semua berjalan dengan kacisnya, pensyarah pun dah semakin kagum dengan aku tapi ada satu part tu yang buat pensyarah tersenyum..
Aku : Okey class, everybody stand up like a soldier!!

(semue pelajar berdiri tegak tapi masih ada suara-suara yang tidak kacis didengari)

Aku : Stand up!, Who wants to be a soldier, raise your hand...
(ada la sebilangan besar mengangkat tangan)

Aku : Who wants to be a doctor...

(lagi yang akat tangan..)

Aku : Who wants to be a teacher... (alamak! Aku tersilap soalan daaaa)

seekor pun tak angkat tangan. memang hampeh.. aku tengok muka lecturer, dia senyum je.. hahaha, aku termalu sendiri...

Khamis pula dinilai oleh Puan Hafsah dari jabatan sains untuk subjek minor aku -Pendidikan Kesihatan.. okeh je.. dia tak banyak sangat komen. Aku wat slide show dengan menggunakan power point yang kacis oh itu.. langsung menghuhukan pelajar-pelajarku kerana tidak sempat mengulangi semula video rokok yang seram dan video dadah yang ganas oh itu...

Jumaat- sekali lagi pendidikan kesihatan dinilai oleh GP.. kali ini ajar pasal piramid makanan pula.. setel semua penilaian dari Pn Suriahati merangkap guru pembimbing...

Minggu yang paling memenatkan dan sangat tidak kacis.. lebih2 lagi apabila Sabtu aku kena sekolah.. 6 hari berderet aku ada kelas dengan 3 Bestari. Tiap-tiap hari akan mengajar bahasa Inggeris, dan tiap2 hari mengadap aku ini.

Minggu ini.. sangat la merileks kan keadaan, hari Selasa, aku belanja bebudak ni makan London Swiss Roll.. huhu tersangatlah suka mereka dengan makanan yang tersebut.


Terengganu di ST Michael 1

Hari ni diadakan penggambaran bersama-sama semua guru dan staf yang datang, aku pun turut terselit di celah-celah kehidupan mereka, walaupun aku bukan staf sebenar, tapi peluang yang diberikan oleh mereka benar-benar membuatkan aku terasa wujud di samping mereka. Sangat lah kacis dengan guru besar yang sporting, guru-guru yang kacis oh..




Gambar guru praktikal lebih banyak dari guru yang sebenar.. hehehhe


Sebelum bergambar mesti senyum dulu, ini pra-shoot yang sebenar

Ha.. inilah cikgu Shukri yang mintak sangat gambarnya diupload.. Paling kacis dengan aku..Yam Seng!!

Barisan tenaga pengajar ST Michael 1 Ipoh

Tolong bomba, ada budak tersepit kepala kat pagar ni... Datang segera yea, macam mee segera

Senyum seindah suria... menlihat kedua beradik ini bisa membuatkan hati terhibur..
Hazim dan Alif Fakimy

DISTRICT 9 -Not Kacis At All

Last weekend menonton District 9 yang tidak kacis sangat, dia punya gezet bukan main kacis oh bagai.. tapi bila dah nonton.. hampas kelapa lagi baik. Kisah pasal alien jatuh ke bumi pastu dapat perlindungan di bumi dan tak tahu jalan nak balik. Ingat action la 100% tapi hampes..
Oh ya, pergi mentengok dengan kakok N dan tidak dapat dinafikan tempat duduk P3 dengan P4 hall 5 adalah tidak kacis sekali.. huhuhu

Poster yang telah membuatkan kakok teruja untuk menontonnya. Lantas hari Sabtu yang penuh karomah, aku mentelah pergi membeli tiket selepas balik dari skul.



Spaceship alien yang tergantung di tengah-tengah Johanesburg.. nyesal tengok, baik kami tengok alien of the Attic ke lagi best..


Motif poster up??? Malam esok nak tengok citer ni. Best best!!!

Wednesday, August 12, 2009

Hapdet Terhenti (Sambungan RIndu Terhenti)

Guys...sori tak dapat nak hapdet blog for temporary. Semalam (Selasa) ada observe dengan GP, hari ni (Rabu) dengan Lec untuk Bahasa Inggeris. Esok dengan Lec lagi untuk Pendidikan Kesihatan. Bz giller so malam Jumaat baru nak free kot.. Pray for me..

MOTIF LETAK SELIPAR?????

Monday, August 10, 2009

Senam robik di ST Michael 1

Pada 4 Ogos lepas sempena bulan kecergasan, sekolah SM1 telah menganjurkan majlis agama eh silap, majlis senam robik yang mana disertai oleh segenap lapisan masyarakat. Seorang instructor jemputan khas diterbangkan dari Dublin, Taman Perpaduan, Tambun. Majlis ini telah mendapat liputan khas dari Channel 555 (eh ni bukan History Channel kah?) berikutan gambar-gambar suspek dan crime scene (tempat kejadian) untuk tatapan semua sekalian alam sama semesta atau semesra....

Kami sudah bersedia untuk menyahut cabaran ini. Terimalah sorakan kami sebagai tanda protes kami terhadap penggunaan besi tembaga dalam penghasilan kilang pagar cikgu Ramlah




Instructor jemputan khas en Asrul selamat tiba 7 hari sebelum majlis, menyuarakan hasrat untuk datang lagi jika dijemput, itupun jika dijemput, kalau tak jemput pun dia nak datang jugak... katanya ada sekuel untuk persembahan har ini.





Perbincangan serius antara instructor dengan Tuan Tanah. Berbincang mengenai bayaran dan juga cara mendapatkan bayaran secepat mungkin. Dalam kepala Tn Tanah "camne la aku nak elakkan dari membayar mamat ni". Dalam kepala instructor jemputan,"camne aku nak dapat bayaran tanpa wat senaman ni??'


Akhirnya mereka bersetuju untuk membahagi-bahagikan bayaran sama rata jika Tn Tanah berturut serta menaiki pentas utama.


Penampilan istimewa anak ikan Tn Tanah- Darwis Qayum



Berjalan dan berangan sambil memikirkan "aku nak naik ke tak ni atas pentas nanti???"

Masih lagi pikir 14 kali

Akhirnya ritual pun bermula.. Ah naik jugak laa



Gaya mesti sama, tangan dibuka 180darjah, mulut dibuka dengan keluasan dan ketumpatan 5m padu (aku tak reti nak letak no 3 kat atas m tu)


Gaya sedang menunjukkan perut yang tengah berkeroncong. Yang penting memek muka mesti natural dan semula jadi (bukan kah natural=semula jadi??)



Ritual klimaks, aksi Beyonce yang aku tak mampu nak teruskan, aku amik 40 percent je la dari bayaran sebab bab ni aku tak wat, hehehe. Macam kat konsert pun ada sambil dikelilingi peminat.


Tn Tanah melarikan diri apabila ada peminat yang mahu meminta tanda tangan beliau



Majlis Puak dah tamat.. akhirnya aku yang tersingkir keluar kerana undian tidak mencukupi.


Itulah serba sedikit laporan dari melbourne, diharap anda dapat menantikan kemunculan instructor kita en Asrul dalam konsert akhir berliau nanti. Terima kasih










Thursday, August 6, 2009

Susu Cincau

Hari ini kelas last sekali, tu pun untuk waktu PJK. Aku bila sampai je giliran PJK ni memang aku malas.. Dalam RPH bukan main lagi tulis membuat regangan dalam bilangan 8, membuat larian setempat la... alihnya bertempat2 diaorang berlari. Aku plak kena bertempik hampir setiap hari nak suh bebudak diam.. Harap2 aku dapat la sekolah SK yang heaven nanti bila posting.. Aku taknak la sekolah yang 100 % jantan macam ni lagi...harun yang amat dibuatnya....

Hari ni aku bertugas macam biasa.. aku main internet macam biasa dan membaca blog-blog orang macam biasa.. esp blog2 guru.. Blog cikgu Jimi betul2 membuat aku tersentuh, sampai menitiskan air mata.. ntahla.. perasaan sayu mendengar rintihan seorang guru memasang pengharapan kepada 12 anak muridnya itu berjaya dalam UPSR yang akan datang. Kini aku sedar tugas seorang guru bukan mudah.. Banyak kisah suka duka yang tersimpan dalam memori seorang guru..

(ini bukan meniru cara cikgu jimi menulis, cumalah sekadar aku mengimbau 33 murid aku sepanjang aku menjalani praktikum di SK St Michael 1 ini dengan penuh harapan. Aku takkan citer semua)

Mula-mula Shaun Lim- Student top score dalam kelas 3 Bistari. Banyak membantu aku kerana boleh dikatakan dia hampir faham setiap soalan aku. Mean sekurang-kurangnya objektif aku akan tercapai dengan wujudnya pelajar ini. Seorang yang kemas dan bersih, pernah menyatakan aktiviti yang aku buat tak sesuai untuknya - senang sangat, boring, dia cepat siap.. tapi aku tak mudah luntur semangat, Shaun seorang yang genius dan tidak susah untuk mengawalnya.



Jargoop Singh- pelajar yang kedua selepas Shaun yang genius dalam kelas aku. (Dalam gambar yang pakai turban la, sebelah dia irham, len kali aku citer)...Seorang berketurunan Singh dan nakalnya bertempat. Tak banyak songeh tapi masih suka bermain dalam kelas.



Qayum Hakimy- student yang paling aku terkejut. (dlm gmbr sebelah kiri). Dia tidak kenal dengan abang sendiri sebab perceraian ibu bapanya. Budak pemulihan dan hanya beberapa perkataan sahaja yang dia tahu dakam bahasa inggeris. I dengan YOU sahaja dia tahu.



Imran- keturunan mamak, pendiam tapi pemalas, tak pernah hantar buku, last sekali aku ugut akan bawa kepada guru disiplin, baru nak beli buku baru.



Farhan- juga budak pemulihan, aku sampai ke hari ini tak tahu camne dia nye suara, tanya soalan, jawapan dia mesti aku dengar bunyi kipas, takpun dengan bunyi angin dari luar kelas, sebab tak pernah jawab setiap kali aku tanya soalan.



Akim- pemulihan jugak, sangat pasif, bila ditanya soalan baru dia buat-buat comel, kemudian aku pun amik gmbr dan bagi kat Kak N. hahaha... (nak tgk gmbr akim? skrol je ke bawah)


Rhofik- berasal dari indonesia, sangat pelahan tapi mendengar cakap. Jalan pun macam orang letih, cakap pun tak berapa fasih lagi...


Keith Lee- keturunan Cindian, dan paling harun dalam kelas aku. Suka bangun dan berjalan-jalan, banyak kali makan sepak dari aku. Tapi dia ngaku kesalahan dia.



aku dah sakit belakang... ada masa aku hapdet!!!

Monday, August 3, 2009

Rintihan Yang Pasti


Orang dah stat marah, asyik masuk rumah tapi takde hidangan angkat air ke sekut tawar ke apa ke.. .. asyik check blog tapi asyik benda yang sama. Mujur la ada kolam ikan leh gak tetamu yang menjengah (rasanya 3 org je yang tau ini punye blog) memberi makan titik2 pada sekalian ikan. Tapi kenapa ada keseekoran sahaja yang warna biru… hahaha sebabnya itu adalah jantan.. lain2 semua opposite sex.. kuang kuang… (ketawa tanpa Qalqalah…)

Rindu yang pergi, redup yang panjang, kali ini rintihan yang pasti… semuanya guna akronim RYP.. sangat, sangeeeta.. apa aku cakap ni? Tiba2 je kuar nama seorang awek india plak nih.. hahaha.

Orang kata bila dah teringat sangat-sangat, tu yang terpanggil sampai termimpi2. Ah, aku kena lepaskan jugak dia pergi.. InsyaAllah aman di sana. Dah lama tak kontek ma, syawal ngan majidah. Camne dengan diorang yer, aku janji esok aku akan tepun ma.

Minggu ni bleh dikatakan setiap hari ada kelas. Dari Isnin, sampai la Jumaat.. Dan perubahan yang aku nampak, aku dah tau sikit-sikit camne nak handle kelas. Dulu setiap kali aku nak masuk kelas mesti aku akan rasa tensen je, dengan perangai diorang yang sangat tak kacis tu. Tapi biasa laa.. 3Bistari ada Akim yang bisa buat aku tersenyum sendirian. Mujur la ada akim yang wat aku semangat skit nak jadi cikgu.. Bukan apa, akim budak pemulihan, dia tak tahu sangat nak cakap bahasa inggeris. Banyak kali aku kena datang dekat dia dan tanya dia berulang kali. Susah sangat nak wat dia cakap.
Berikutan gambar terbaru akim untuk tatapan Puan Fini binti Ramli (dia bilang aku asyik cakap je pasal akim, bukan nak kenalkan kat dia sape akim….okey..)

Akim dalam mode lelaki melayu terakhir sempena sambutan hari Israk Mikraj


Hari Telematch waktu kelas PJK-aku gak gurunya


Membetulkan Zip seluar


(tajuk gambar ni korang bagi la sendiri)

Apa tema gambar ni ek??


Korang bagi la tajuk gambar ni..

Keharunan dalam kelas dah kurang sikit, tapi guru pembimbing aku cakap, Aznan nye kelas better than me, tapi semua orang tahu yang 3 Bistari memang kelas yang HARUN!!! Tak kacis!!! Hampes !! Hampagas!! So, kalo aku berjaya mengontrol kelas mean aku dah lebih hebat dari kelas lagi satu.. Guru aku cakap aku tak firm dengan bebudak.. heheh memang la sebab depan dia, aku tak keras2kan suara. Aku berlembut je kalo duk depan dia. Biasalah.. nak markah lebih. Hahaha….

Sabtu 1 August 09.. kepergian ke Sua Rasa di MBI Ipoh.. first time dalam hidup pergi ke tempat camtuh, selama ni dari SureHeboh dah jadi JomHeboh pun aku tak pernah jejak.. Kira ada kekacisan jugak la.. Pergi sana nak mencari Maya sikarin tapi tak jumpa, poster nya sahaja yang ketemui.. Menyambar juga satu no celcom yang baru.. agak kacis la, agak je la sebab no biasa sajah.. dalam duk bersua rasa tiba2 hujan yang lebat menuntut kami (oh ya, lupa nak cakap, aku pergi dengan Kak N ngan Kakok, bertiga sahaja…) sambungan yea, menuntut kami untuk mencari tempat berteduh (oh ya, satu2nya artis yang kami jumpa ialah Si Jaafar Onn, hahaha) ada satu lagi si budak Ceplos (kata kak Pijah la) aku plak cakap –Ceplos? Sape Tu??? Hahaha sumpah aku tak kenal sape Ceplos…

Keselepasan berjalan2 mengisi perut dengan nasik ayam yang tersangat tidak KACIS itu kemudian mengambil gambar dengan selebriti TV9 yang terdiri daripada van dan bas Media Prima..hahaha… Xde la selebriti yang lain2.. Lepas dah keboringan dan lepas menyambar 5 helai baju ‘terus dari kilang’, kami bergerak menuju ke cahaya tersebut, eh silap, terus bergerak meninggalkan perkarangan MBI dengan seribu tanda tanya.. maghrib dimanakah mereka???

Menuju ke kedai aunty kerana kakok ingin mendakwatkan diri dengan membeli dakwat aka ink. Haha..dalam perjalanan menuju ke syurga (aka mencari masjid) kakok ngan akak telah menolong untuk mengurati kereta sebelah sementara menunggu traffic light bisa bertukar menjadi hijau, kereta viva biru itu mengandungi 5 gadis di mana seorang sahaja yang kacis, tapi dapat yang tak kacis.. ahahahaha.. mesti korang tak paham kan? Lantak laa…
Gambar Tuan Rumah atau Tuan Tanah. Temanya 'Jangan Pandang Kamera'


Selebriti ini puas dipujuk untuk bergambar bersama aku...
Maghrib di Intim dan menuju ke Medan Selera Taman Chempaka melihat anak ikan siam yang sesuai untuk musim tengkujuh sahaja sambil menikmati susu cincau dengan nasi goreng Big Fai… (ayat ini ditaip dengan satu nafas sahaja…)..
Itulah aktiviti minggu ini dan xde apa yang best untuk dikongsi bersama anda di mana jua anda berada.. mungkin citer Kapal Terbang Kertasku lebih kacis untuk di nikmati sambil memakan kacang buncis dan meminum air cis cis (ade ke?).. hahahaha

Susu Cincau yang kacis nya membawa ke dalam perut last sekali akan di 'berarak'kan