Tuesday, August 18, 2009

Raya yang takkan same....


Tema gambar ini ialah bukan kereta aku
Wajah-wajah bakal bergelar pendidik

Huhu, hidup tanpa blog.. ada makna???Hahaha, ada je makna sebab aku bukan blogger tegar seperti bintang2 ke syurga ke atau kapalterbang kertasku ke, atau cikgu Jimmy.. By the way aku nak ucapkan selamat datang kepada

1. Kak Aini sebab singgah ke sini (Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk?)... thanks for invitation...
Tuan punya bintang2 ke syurga telah di 'meet uncle hussein' kan...kak Aini
2.Saudara Abu Zar.. my new buddy, mula mengaplikasikan penggunaan Kacis dalam diari beliau. Satu-satunya jemputan khas teristimewa dalam blog ini kerana most of the viewers are the cikgu cikgi KPLI.. dan Beliau sungguh kacis oh....(abu, ko nak aku promote ko dalam blog ini kah??)
3.Selamat ber blog saudari 'Setiaku DiSini.blogspot' (aku promote blog ko nih...)
4.Selamat menjalani ibadah puasa.
Raya yang takkan same....


Minggu ke 9 hampir tamat, dua hari lagi aku akan pulang ke kampungku yang kacis oh.. bisakah aku mentulis blog di kampung??? Oh sungguh tidak bisa karena kampungku sungguh mentidak ada internet.. Kampung?? Dulu Bila aku sebut je kampung.. rasa macam malas je nak balik.. Tapi sekarang??? Betullah kata diri sendiri, bila dah tiada, barulah nak hargai peluang yang ada... Apakah minggu ke9? Apakah yang pulang ke kampung??? Minggu ke9 praktikum di sekolah kacis oh ST Michael hampir tamat, dan aku bisa mentemukan cuti yang selama seminggu. Cuti seminggu di awal Ramadhan..mean minggu pertama Ramadhan aku akan puasa di rumah. Bila Ramadhan, mean Syawal akan tiba, dan Syawal adalah sangat2 ditunggu oh oleh semua orang.. tapi.. Rayakah aku tahun ini?

10 tahun dahulu dalam bulan yang hampir sama, aku kepergian ibuku kerana sakit darah tinggi. Tapi ayahku masih ada.. Dengan rasa tanggungjawab, dan mentidak mahukan anak2nya terasa ketiadaan ibu pada hari lebaran (oh lebar).. ayahku menkawin lagi... Dan raya yang dalam bulan 12 lebih kurang pada tahun tuh bisa menjadikan raya tiada perbezaan sangat.. cuma ma baru dengan saudara mara baru.. Pagi raya masih lagi menemukan aku untuk dengan adegan bersalam raya di pagi hari selepas sembahyang raya...dan raya tiada celanya..

Tapi kini..... berertikah raya untuk aku kali ni? Raya sebagai guru pelatih, raya sebagai seorang yang berusia 26 tahun, raya sebagai anak yatim piatu.. dan tangan siapa lagi untuk aku salami pada pagi itu? Untuk memohon maaf selepas setahun yang lalu dah minta maaf?? Tangan ma sahaja.. Kenapa engkau hadir wahai hari raya....???? Aku tak sanggup lalui saat2 itu Ya Allah...


Gambar terakhir bersama-sama arwah.. raya tahun 2007...

Berdiri dari kiri-Tuan Rumah (aku le) , adik bawah aku-Mohd Zulkhairy, abg Ngah aku- Mazlime- abang ipar aku (suami Kak Long)- Roslan, abg Teh aku- Mazli
Tengah dari kiri, kak Long dengan anak no 3- Maznita dan Akif, my mom-Maimun, my late arwah- Haji Mokhtar, my younger sister-Madihah, my kakak ipar (isteri Mazli)-Kak Ain anaknye Ilhan Hakimy
Depan dari kiri-Kakak Ipar (isteri Mazlime) dengan anak-Kak Maryam Mariati dan Lukman, anak kak Long (Shahirah Izzati dan Rafiqi), anak abg ngah ( Iffah Nur-bju oren dengan kakaknye Amirah), adik aku Syawal dan anak abg teh-Lisa. Tiada dalam gambar- Majidah




DUA- St Michael 1 , satu persinggahan..

St Michael 1.. dah 9 minggu aku di sini.. dah hanya tinggal suku yang terakhir untuk aku habiskan saat2 bersama wajah2 ada yang girang, ada yang sedih dan ada yang sayup, redup memanjang... Tidak aku nafikan ada sebahagian kecil hati aku tertinggal di sini, lebih2 lagi 3 Bestari yang bakal aku tinggalkan..


3 Bestari yang bakal aku tinggalkan, lepas ni korang jumpa semula dengan mak tiri korang.. hahahaha
Minggu lepas (week 8) dari 10 August-15 August adalah minggu paling mentidak kaciskan aku kerana setiap hari adalah hari pengobservan.... Paham2 je laaa.. Bermula dengan hari Selasa aku diobserve oleh GP untuk kelas Bahasa Inggeris... kelas itu aku ajar pasal pokok pisang dan aku telah membawa pisang sebanyak tiga sikat yang telah kubeli dengan perasaan ragu2 yang amat kerana pisang tersebut masih kelihatan kelat. Huhuhu
Semasa diobsev aku keluarkan satu je pisang sambil duk tunjuk2 kat bebudak, sekalian alam meminta untuk diberi pisang tersebut kerana melihatkan hanya satu sahaja padahal aku dah letak dalam beg siap2. Beg baju pula tuh, sampai ada budak tanya, cikgu nak gi mana lepas ni? Langsung ku menganswer ' nak balik kampung..'
Sebaik sahaja GP keluar lantas ku bukak beg baju ku dan mengeluarkan pisang2 yang lain.. hahaha semua dah macam beruk tengok pisang... Sampai bilik guru kena komen - pisang bawak satu je kenapa???' (aku lupa nak kuarkan semua masa GP tgh obsev)
Rabu... penilaian dari pensyarah yang kadang-kadang kacis, kadang-kadang tak... Aku mengajar tentang A world of stories.. semua berjalan dengan kacisnya, pensyarah pun dah semakin kagum dengan aku tapi ada satu part tu yang buat pensyarah tersenyum..
Aku : Okey class, everybody stand up like a soldier!!

(semue pelajar berdiri tegak tapi masih ada suara-suara yang tidak kacis didengari)

Aku : Stand up!, Who wants to be a soldier, raise your hand...
(ada la sebilangan besar mengangkat tangan)

Aku : Who wants to be a doctor...

(lagi yang akat tangan..)

Aku : Who wants to be a teacher... (alamak! Aku tersilap soalan daaaa)

seekor pun tak angkat tangan. memang hampeh.. aku tengok muka lecturer, dia senyum je.. hahaha, aku termalu sendiri...

Khamis pula dinilai oleh Puan Hafsah dari jabatan sains untuk subjek minor aku -Pendidikan Kesihatan.. okeh je.. dia tak banyak sangat komen. Aku wat slide show dengan menggunakan power point yang kacis oh itu.. langsung menghuhukan pelajar-pelajarku kerana tidak sempat mengulangi semula video rokok yang seram dan video dadah yang ganas oh itu...

Jumaat- sekali lagi pendidikan kesihatan dinilai oleh GP.. kali ini ajar pasal piramid makanan pula.. setel semua penilaian dari Pn Suriahati merangkap guru pembimbing...

Minggu yang paling memenatkan dan sangat tidak kacis.. lebih2 lagi apabila Sabtu aku kena sekolah.. 6 hari berderet aku ada kelas dengan 3 Bestari. Tiap-tiap hari akan mengajar bahasa Inggeris, dan tiap2 hari mengadap aku ini.

Minggu ini.. sangat la merileks kan keadaan, hari Selasa, aku belanja bebudak ni makan London Swiss Roll.. huhu tersangatlah suka mereka dengan makanan yang tersebut.


Terengganu di ST Michael 1

Hari ni diadakan penggambaran bersama-sama semua guru dan staf yang datang, aku pun turut terselit di celah-celah kehidupan mereka, walaupun aku bukan staf sebenar, tapi peluang yang diberikan oleh mereka benar-benar membuatkan aku terasa wujud di samping mereka. Sangat lah kacis dengan guru besar yang sporting, guru-guru yang kacis oh..




Gambar guru praktikal lebih banyak dari guru yang sebenar.. hehehhe


Sebelum bergambar mesti senyum dulu, ini pra-shoot yang sebenar

Ha.. inilah cikgu Shukri yang mintak sangat gambarnya diupload.. Paling kacis dengan aku..Yam Seng!!

Barisan tenaga pengajar ST Michael 1 Ipoh

Tolong bomba, ada budak tersepit kepala kat pagar ni... Datang segera yea, macam mee segera

Senyum seindah suria... menlihat kedua beradik ini bisa membuatkan hati terhibur..
Hazim dan Alif Fakimy

DISTRICT 9 -Not Kacis At All

Last weekend menonton District 9 yang tidak kacis sangat, dia punya gezet bukan main kacis oh bagai.. tapi bila dah nonton.. hampas kelapa lagi baik. Kisah pasal alien jatuh ke bumi pastu dapat perlindungan di bumi dan tak tahu jalan nak balik. Ingat action la 100% tapi hampes..
Oh ya, pergi mentengok dengan kakok N dan tidak dapat dinafikan tempat duduk P3 dengan P4 hall 5 adalah tidak kacis sekali.. huhuhu

Poster yang telah membuatkan kakok teruja untuk menontonnya. Lantas hari Sabtu yang penuh karomah, aku mentelah pergi membeli tiket selepas balik dari skul.



Spaceship alien yang tergantung di tengah-tengah Johanesburg.. nyesal tengok, baik kami tengok alien of the Attic ke lagi best..


Motif poster up??? Malam esok nak tengok citer ni. Best best!!!

6 comments:

hanis said...

raya memang tak akan sama. sampai bila2 pung. selamat hari raya.(hahaha... blum puasa pun. tak reti nak kumen part ini sebenarnya.)

siapakah abu zar? adakah dia sekacis nas muammar zar a.k.a nas-t a.k.a abu KAMI? jika sekacis itu silalah kenalkan kepada akak. hahahaha...

gambar m dengan kanak2 yang tersepit itu superkacis sangeeta gutawa. boden kah yang menyenap? sib baik boden dah kawen... kalau tak, nak kirim salam mesra di angin lalu.

hazim dan aliff - akak tetap akundi akeem. go akeem, go akeem... chaiyok! chaiyok!!!

district 9. huh... memang dok kacis at all. kalu kakok ada sama memang 7, 8 kali dia tertido sampai termimpi2. apapun, udang itu sangat menggelikan. cheeseeee...

up? huhuhu... dah tak tunggu akak kah? macam ni memang sentap ah. dah ah dendam sebab m tak tunggu tengok transformer tak hilang lagi nih. sampai sekarang duk mentengok transformer revenge of the fallen yang gambar sangat super tidak kacis dengan perasaan dendam membara...
warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!

Mr M said...

Tak nak raya!
Abuzar ialah makhluk yang low profile je.. tidak se glam nas-t yg bergelar pelakon tuh, tapi abuzar persis pelakon (hahaha ye ke abu??)
Up bukan takmboh tunggu,tapi sudah mendapat jemputan khas dari melbourne, menonton bersama2 pelakon cerita tersebut... dan diterbangkan khas dari amsterdam (EH teadi mellbourne...) huhuhhuhu...Jemputan yang tidak bisa ditolak.. SOri, nanti kita mentengok DOWN pulak, sekuel UP...

Bintang-Bintang Ke Syurga said...

sungguh x cun gambo aku ko upload yer.. x kachess!

Bintang-Bintang Ke Syurga said...

Setiaku di Sini??? ei hampehnyer dia x cakap dengan aku dia ada blog!! sungguh x puas hati!! korang komplot yer...

Limitz said...

This is your big bro. Well I'm quite surprise that my bro is a blogger.

Mr M said...

i m also surprise that i am a blogger...??

Post a Comment