Wednesday, February 2, 2011

Kalau dah tak percayakan anak


Mode : Cuti awal sehari
Hari Rabu
2 Feb 2011

Kalo dikira ada sekolah masih bersekolah pada hari ini sebab esok cuti CNY. Tapi sekolah aku sangat best sebab telah mencutikan diri awal sehari sebelum hari raya yang sebenar.

So pagi ni aku telah mendiamkan alarm tak macam selalu sebab tak perlu ke sekolah. Usai solat Subuh aku terus mentidurkan semula diriku ini kerana kan cuti hari ni. Tak sampai 30 saat kepala diletakkan semula ke bantal, telefon bimbit (pergh, kan senang kalo cakap henset je) telah melagukan ringtone yang membuatkan aku membeliakkan mata mengenangkan pemanggil yang telah mengkaco peniduran aku ini.

"Haloooo" suara ala2 serak2 basah gitu..maklumlah baru bangun tidow..

"Sir M ke ni?" aku dengar sore yang agak garau mengkaco pentiduran aku...

"Saya, sape ni...????" aku soal balik

Talian bertukar tangan, aku dapat mendengar suara lelaki tadi memberitahu kepada seseorang lagi bahawa aku di talian.

"Halo sir, betul ke hari ni SKBN cuti?" tanya suara perempuan pula ala2 keibuan gitu.

"Iyer, betul, kenapa kak?' sengaja aku membahasakan diri beliau akak kerana aku pasti beliau adalah ibu kepada salah seorang anak murid aku.

"Ni mak Ashraf ni, dia cakap sekolah cuti, takut dia main2 je tak nak gi sekolah" jawab suara tersebut.

"Oh, hari ni memang cuti..." balasku semula kemudian disambut dengan ucapan terima kasih.. Aku meletakkan semula hensetku ke tepi dan menyambung pentiduran...

Sekarang aku tengah pikir, nape sampai mak dia sanggup call aku padahal anak dia ada 5 orang yang bersekolah di SKBN. Ashraf tahun 6, Faiz tahun 5, Asfa tahun 3, Adwa tahun 1 dan Arif prasekolah. Takkan la kalo ke5-5 cakap cuti pun masih tak percaya dengan kata anak-anak. Ni mesti dah selalu menipu tu yang mak tak percaya sampai call aku yang tak berkaitan ni..

Camne mak dia dapat no aku ek????

1 comments:

Cikgu Sarah said...

hahahaha .. terbaik r cg..harus kol guru besar or pk la kalau nk tanya cuti..hada ke tanya sir M..pelik2..

Post a Comment