Saturday, March 5, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

Masuk bulan Mac bererti bermulalah pertandingan keceriaan kelas. Maka dengan ini aku yang memegang kelas 5 Al Ghazali telah mencari idea untuk menceriakan kelas aku. Mula2 aku nak wat sendiri, tapi amik masa pula.. so aku jemput la 4 orang pelajar yang sanggup datang ke sekolah pada pagi2 Sabtu yang hening itu demi menjalankan satu misi.

Keadaan sebelum dicantikkan

Empat orang pelajar yang mentulun aku ialah 2 darinya memang pelajar aku sendiri, Azizi dan Ashraf. Dan 2 lagi tu pelajar tahun 6, Akram ngan Lokman. Akram ni macam WKH-to-be je aku rasa. Hehehe...

Inilah wajah kesayangan hamba aku tahun ni, tapi takde sayang sangat lagi. Mula2 tu okey je berbaju, tapi bila dah sampai tahap cat menyimbah2 ke baju sendiri, baru la jadi macam gambar di atas.

Ha, yang ujung tu Lokman. Dah macam pekerja buruh binaan dari seberang la plak. Keje pun sekejap je. 4 side kelas aku disiapkan oleh bebudak ini dalam tempoh 40 minit. Akram pandai mengecat.

Ni si Ashraf. Dah semua bukak baju, dia pun bukak jugak...

Azizi, menten mengecat sorang2 kat belakang. Dia ni pendiam sikit. Aku tak expect pun dia datang tapi bila aku tanya Ashraf, kalo nak datang di prefer datang dengan sape, dia jawab Azizi, so aku pun tak kisah la sangat...

Sesi memberi diorang makan, ni dah setel dah mengecat kelas, bahagian bawah sampai ke pinggang je. Atas dekat siling aku x cat

Inilah selepas kejadian..
.
Cantik tak??? Sofa ehsan dari aku.. hahah kelas lain mana ada sofa so good ni..

Mujurlah ada 4 orang budak ni. Kalo x, xtau berapa jam aku mengecat sorang2.. Yang penting aku tak kotor kena cat5. Hahahah...

Minggu depan stat OTI1, pastu cuti sekolah seminggu. Best2

2 comments:

Aini Faizi Jaslan said...

Sofa yg mahallllll tuh...... Cayalah!!!! Cikgu udin! Ops, mas udin..

Mr M said...

Ops..... heheheh

Post a Comment