Jadual kelas dirombak semula... Memang selalu terjadi bila ada pertambahan atau pengurangan guru. Baru2 ni kelas 4F telah dibahagikan kepada 2. So ada satu kelas baru yang asalnya ada satu je. Bila dah bukak kelas baru mean ada lah subjek2 yang melibatkan guru2 kelas tersebut dan kadang2 guru yang tak terlibat dengan kelas baru pun terlibat sama jadual dirombak. Tapi aku tak kisah pun sebab aku tiada penambahan kelas, maintain 4 kelas cuma jadual kelas sendiri yang terombak.
Masalah yang paling tidak dirasakan best ialah apabila pegang kelas. Jadual dalam kelas dah cantik2 siap lekat pelbagai warna tiba2 terpaksa dirombak. Sebab tu la aku telah membuat eksperimen baru dengan membuat jadual waktu kelas aku menggunakan 'zap-on'. Tau ke apa zap-on? Ala yang selalu lekat kat kat kasut bebudak sekolah yang zap-zap bunyinye tuh...
So, memandangkan kelas bertukar jadual lagi, maka hendaklah dirombak jua jadual waktu kelas aku yang dah superkaciskova itu... Mujurlah pakai zap-on je. So, cabut2 matapelajaran yang kena tukar dan tempek semula kat yang sepatutnya.....
Pandai sungguh adik2ku berlakon bila depan kamera....
1 comments:
Bila jadual tukar.. Ikut nasibla.. Apa masa yg pack.. Ada yg free sgt.. Ada yg x sempat makan.... Hohoho...
Post a Comment