Saturday, September 24, 2011

Deng!!!

Rajin pulak aku bercerita malam ni. Padahal esok sekolah neh. Ni nak story ke'deng'an yang berlaku minggu neh. Aku macam biasa malam Jumaat aku ada home tusyen kat Gong Kapas.. Rumah kak J**. Anak dia baru year 5 lelaki. Takde masalah sangat dengan anak dia. Dan takde masalah apa pun yang deng berlaku dengan keluarga kak J.

Yang deng nya ialah bibik rumah kak J. Masa dia hidang air tu bukan main berselera aku tengok (walaupun air teh). Pastu masa aku nak tuang aku bukak la penutup dia neh.

Deng!! Aku tanya la studen aku anak K.Ja.

Sape masak2 dalam rumah ni?

Ibu - jawab anak dia.

Abistu bibik keje apa?

Basuh baju, basuh pinggan ngan jaga baby je...

Deng!!!! Aku dah agak. Kak J bukan pengotor. Bayangkan ada sisa2 apa ntah kat area bibir mulut muncung balang botol tu yang buat aku kembang tekak. Bila aku tunjuk kat studen aku tu, lalu dia ckp tu bekas milo. Abis tu kalo bekas milo yang 4 tahun lepas bercampur dengan air teh yang lalu ikut bibir muncung tu x ke keracunan aku nanti???

Kesan sisa yang letek!!!

Last sekali aku bukak tutup balang tu tuang secara seperti gambar di atas. Kalo kira aku was2 gak dengan balangnye sekali, tapi si studen menyakinkan aku bekas itu suchee murneee.

Deng betul dengan si bibik tu. Keje malas. Patutla anak2 Kak J tak berapa suke dengan beliau. Harap2 Kak J xtau aku citer pasal bibik dia dalam Rayap aku neh...

Kisah WKH aku versi NATANG (hewan)

Banyak nye n3 aku malam nih!!!

Masa mula2 membeli belia sebesar saiz ibu jari
Chipita adalah lelaki.


Sekarang nak masuk 3 bulan dah... Chipita semakin gemuk, dan lincah. Cuma kurang jinak lagi...


Ari tuh bulan 3 si Kelisa Kuning aku nih terkoyak ekor sebab terlanggar batu kerikil yang tajam. Risau gak aku kot2 nyawanya melayang sebab bedarah2 jugak la....



Latest pic ekor si kelisa kuning dah tumbuh.. Dan semakin cergas macam rakyat Malaysia yang cergas...

Ahli Keluarga Baru Kami

The KAMI (seploh eko)

Seperti yang aku bagitau last week aku ke Gambang dan singgah ECM dan membeli 2 eko menatang ni. Gila kentang sungguh.

Optimus Prime (Versi Fireburst) dan Sentinel Prime
2-2 dari Dark of the Moon

Jom kite bogelkan kotak (unbox) ada ke istilah unbox???? Ke Outbox?? Ke out of the box? Lantaklah!!!

Optimus robo-mode

Sentinel Prime Vehicle-Mode (Trak bomba)

Optimus Prime Vehicle Mode (Trak Lori)

Selamat datang ke dalam keluarga kami. N3 akan datang la cerita pasal kami

Perjimbaan Ke Gambang 2011


Wah.. Gambang again!!! Sekali lagi trip main-main air untuk bebudak tahun 6 Sekebun 2011. Dan sekali lagi juga aku mengikut serta trip kali ini. Mulanya ada ura2 nama aku hendak digugurkan oleh orang yang berpangkat lebih tinggi dari aku, tapi mujurlah pengarah program ini mem'backing' aku. Thanks ustazah...

Trip kali ini memang havoc, sebab guru2 yang pergi sahaja dah dekat 10 orang.
1. GB
2.GPK 1
3.AKU (motif aku duk tangga ke 3??)
4. Ustzh Azyan
5. Ustz Muda
6. Cgu Halim
7. Cgu Nasri
8. Cikgu Salmi
9. Tecer Izza
10. Cgu Zamli
kendian ada 2 orang lagi Pengerusi PIBG ngan Timb Pengerusi PIBG pun ikut sekali

So, dah 12 orang dewasa kat situ, so tingglah 28 tempat je lagi untuk bebudak. Tak termasuk anak2 cgu yang sengaja bawak yang xdak dalam list tempat duduk tuh.

Atas kiri = Ustaz Muda dan Cikgu Salmi (Salmi is a HE ye)
Atas kanan = GB dengan anak beliau
Bawah kiri = GPK 1 dengan anak beliau
Bawah kanan = Cgu Zamli dan Cgu Nasri

Perjalanan kali ini bermula seawal jam 730 pagi. Ye la nak mentunggu orang2 besar ni memang terpaksa la. Kalo aku, 630 dah gerak, dalam 650 dah sampai sekolah. Punya la semangat kan? Kejadian yg buat aku hot temper pagi tu ialah kes si Amirul tercicir wallet sebelum bas gerak. Mensarsi (instead of menyirap) je bila aku dengar. Tapi aku memang tak sampai hati nak marah bila terpandangkan wajah dia yang redup je mengenangkan duitnya yang hilang.

Pagi tu kalau awal2 bagi aku pegang wallet kan senang. Ini dah la duit berpuluh riyal kat dalam tu. Trip pun rasa hambar je bila duit dah tarak. BTW kedudukan aku dalam bas adalah seat paling belakang. Seat yang aku tak suka sebab belakang sekali tak leh turun kerusi. Tapi itu harga yang aku kena bayar sebab si budak Amirul yang pilih. Yer.. aku duduk dengan budak Wajah Kesayangan Hamba.

Perhentian yang pertama ialah tandas kat Bukit Besi. Bukan apa, ada kes budak nak berak (sape lagi kalo bukan si WKH). Alang2 stop ramai je bebudak yang menturunkan diri sendiri. Kebetulan pulak dekat toilet tu ada playground.

Aku dan cikgu Salmi (Salmi is a HE).

Tepat jam 1145 pagi, bas mula memasuki kawasan Gambang Waterpark. Gambar feberet nak menunjukkan yang kami pernah sampai kat sini.



Masuk je ke dalam, terus bedecum decum (macam tu ke bunyi masuk dalam air) ke dalam air. Kali ini aku sempat rembat sebiji pelampung dari bebudak, so takyah la aku kuar duit sewa sendiri macam kat Bukit Merah ari tuh.


Koya sungguh aku

Ni sebenarnya aku tengah buang air..hehehe (for real)


Asyik menulis tentang trip kali ini aku dah lupa tentang anak murid aku yang seorang ni. Dah la n3 khas pasal dia pun tak ber'continued' lagi (saat n3 ini ditulis). Sian dia, kawan baik dia tak ikut, so terpaksa la dia ikut ke mana aku pergi. Orang lain tak heran sangat pun kalo lihat si WKH aku ni asyik berkepit je dengan aku. Naik glider dia ikut, main ombak dia ikut. Masuk terowong pun dia ikut. Aku sebenarnya risau kalau2 dia rasa aku kongkong dia, ye lah, aku dah cakap dia leh ikut kawan2 dia mane2 pun. Sebab for sure aku leh masuk dengan sesape saje yang ada di sekeliling. But he still there, menjaga amanah pelampung yang dibawa ke mana2.

Perkataan WKH pun dia tak tau lagi maksudnya apa. Kalau aku tanya dia akan jawab "Waris Keturunan Hensem". Hohoh.. Teringat pula former WKH (ada plak former2 nih) Dulu WKH aku ialah si Fairul Hisham, budak cengeng, suke nangis tapi kiut. Ada satu saat dia sendiri yang membahasakan diri dia as WKH. Contohnya 1st time dia sms aku pastu diikuti dengan nama Hisham. Aku tanya Hisham mana, dia reply Hisham WKH. Hahahah.... sekarang ni apa citer pun xtau la. Maybe the same thing will happen to Amirul next year.

Seronak2 mandi, main glider 3 kali aku terasa mual. Rupanya perut aku kosong. Ye lah, xsempat nak sarap kat rumah. Kat sekolah pulak aku takut sakit perut dalam perjalanan. So, aku dengan tak malunya mendahului orang lain memakan bekal yang ada dan disimpan sikit untuk makan pada waktunya. Hehe.. Waktunya tiba apabila jam menunjukkan ke angka 1.00 pm. Masa makan...




Aktiviti air disambung semula


Ada orang perasan yang ini adalah WKH-to-be yang pernah aku canangkan pada awal tahun 2011. Masa tu aku senang dengan sikap budak ni yang happy sokmo. Siapakah yang perasan itu? Nantikan di penghujung cerita ini.

Dah time nak balik......
WKH aku lebih macho kot dari aku yang dah kertu ini

Perjalanan diteruskan menuju ke East Coast Mall Kuantan. Sempat meng 'sms' salah seorang rakan SeKPLIan dulu yang kini bertugas di Pahang. So dipendekkan cerita, berlakulah sesi reunion di sini. Beliau la yang perasan WKH-to-be aku bukan lagi WKH skrg... Hahaha..


Kenapa budak Amirul ini bersama aku? Kan dia hilang duit. Pastu dia tak tau nak makan apa. So aku mengofferkan beliau untuk ikut aku (Amirul sahaja, orang lain aku siap warning awal2 jangan ikut aku - Super PILIH KASIH kan????) Lantakla orang nak cakap apa. Ada orang cakap student kesayangan, ada jugak cikgu Salmi sound member kacip. Hahaha... Sebaik sesi pertemuan aku dengan kawan seKPLIan aku itu, aku telah mengoffer duit kepada Amirul untuk ikut kawan2 dia berjalan sekali. (Aku nak halau Amirul sebab kacau je aku nak date dengan kawan aku) Sekali Amirul tolak. Dia nak ikut aku..(Dalam hati hampeh ko kacau daun) tapi bila kenangkan dia memang xde duit, aku biar la dia folo... Langkah kanan betul dia sebab si kawan seKPLIan aku tu telah sudi menghabiskan wang ringgit untuk kami berdua menikmati Chunky Loaded yang tak berapa nak loaded.

Terima kasih Teacher Nani sebab sudi meluangkan masa bersama kami.

Teacher Nani mengajar di SK Maulana. Pernah bergedumbek bersama2 dahulu selain disertai oleh Puan Bintang. Rasanya aku kacip dengan dua orang akak ini lah.

Lepas makan, teacher Nani mentinggalkan aku dan Amirul merayau di East Coast Mall. Tak best
sangat la ECM ni. Tapi dekat 5 rat gak aku habis. Beli Transformers baru 2 ekor, baju JM 2 lai dan juga selai jaket. Hahaha.. Si Amirul pandang je bila tengok aku berbelanja.

Dekat jam 9.15 malam si Amirul pulak ingin memerut. So, aku bagi la dia memerut seketika. Selesai memerut, satu lagi permintaan si budak WKH ni, nak makan KFC (tapau). Hampesh.. So, tapau la aku snek plate. Jam 9.28, (janji 9.30 kat bas). Hphone aku berbunyi, Cgu Nasri yang call. Ala.. sekejap la...

Kemudian Cgu Zamli plak call... cepat sikit, semua orang dah kat dalam bas..

Lastly, Cgu Halim pulak!!! Bas dah masuk gear 1 neh!! Kata beliau...

Adusss.. glamernya aku masa naik bas. Semua orang pandang kat aku dan barang2 yang aku pegang especially robot transformer yang 2 ekor tu besar gedabak. Mujur la beg Parkson warna gelap. Bagi aku biarlah malu masa naik bas sebab si WKH berak, dari malu nak stop bas dalam perjalanan sebab nak turun berak (kata2 ni aku petik dari sms kawan aku).

Itu la last time aku bersama2 anak2 didik aku yang bakal tinggalkan aku nanti. Esp WKH Amirul. Perangai dia sepanjang berada di Gambang membuatkan aku susah nak lepaskan dia nanti (eleh, mcm WKH tahun lepas gak, last2 ko dilupakan, buat penat je bagi kasih sayang). Hahahah

Thursday, September 22, 2011

Lagu Yang Berkampung Dalam Kepala Aku Saat Ini

Seperti yang diceritakan pada n3 yang lepas, aku telah membawa askar2 wataniah seramai 3 orang ke rumah aku untuk majlis tahlil. Sepanjang bermalam di rumah aku, time berinternet je mesti diorang bukak tiub awak lagu ni. Mula2 dengar macam tak best.. Last2 lagu ni duk bersarang dalam palaotak aku sekarang.

Pastu semalam aku gi ngajar tusyen.. Sementara duk menunggu diorang menyiapkan keje, aku pun duk humming la lagu ni. Alih2 sorang budak cakap

"Cikgu, punk rock jalanan eh?"

Waaaa, semua budak2 dah tau, aku je yang ketinggalan....


Yes...lagu nya agak kacis, tapi menurut anak murid aku, lagu ni xtau sape punya..

For My F


Recently n3 aku agak tak bervisi, misi dan wawasan. Bukan apa, asyik menceritakan perihal WKH, perihal merapu, perihal sekolah pun dah kurang. Kadang2 aku terfikir untuk berhenti menulis, yelah, bukan apa, ada ke orang yang mengikuti perkembangan aku yang sedia ada kembang ini?

Yeah, blog sekadar tempat menceritakan pengalaman yang boleh dikongsi bersama. Pernah satu ketika ada seorang kawan aku meminta aku menghaplod gambar tunang aku since aku tak haplod kat fesbuk. Then aku cakap, kisah cinta aku bukan untuk ditatap umum, jadi biarlah separuh dari perjalanan Rayap ini hanya berkisarkan apa yang aku lalui disekolah dan bukan lagi menceritakan suri aku.

Bila diimbas semula, blog aku banyak dihiasi dengan wajah2 budak Amirul, dari header hinggalah ke n3-n3 yang tak tahu bila akan kesudahannya. Nak buat camne, this is my life, hidup sebagai guru memang akan sentiasa dikelilingi dengan kanak2. Mungkin apa yang aku lakukan sekadar untuk membuang rasa sunyi, rasa rindu, dan rasa sayang pada yang menanti aku jauh di sana. Dulu aku duk tempat budak Amirul, tak pernah cakap TIDAK pada setiap permintaan guru aku. Sampaikan telefon rumah pun aku bagi (kes cikgu aku nak ngorat kakak aku yang belum menikah time tu). Sama la dengan Amirul, dia tak pernah cakap TIDAK pada setiap apa yang aku minta (selagi benda tu tidak melanggar batas2 Agama). Aku tidak tahu bagaimana perasaanya. Mungkin aku senang dengan sikap dia, tapi pada pandangan dia pula macam mana? Betul ke dia senang dengan aku?

Jadi, Rayap aku kini sudah bertukar kepada cerita pahit manis di sekolah sahaja. Aku tidak bersedia untuk berkongsi kisah pribadi aku di sini. Biarlah kisah mahligai kami, kami sahaja yang menjadi watak lakonannya.

For my fiancee.... keep healthy, jaga diri kamu. Jangan ingat sunyi bermakna lupa, sepi bermakna tidak setia....

Wednesday, September 21, 2011

Redup Rabu #4

Dah takde keje.... dulu kecik2 xnk main

Tuesday, September 20, 2011

Pasca UPSR 2011 Versi Rumah Sir


UPSR baru je melabuhkan tirainya pada 15 September lepas dan selepas itu berakhirlah sudah tanggungjawab aku terhadap 6 Al-Ghazali untuk 2011. Semakin hampir dengan keputusan, semakin hampir juga saat2 perpisahan antara aku dan mereka.

Salam ucap terima kasih sebab ngajar selama ni ke??

Yes, exam dah abess... Sir takkan buleh nak marah aku sebab tak wat keje sekolah lagi.....

Wajah2 keriangan UPSR sudah berakhir.

Jadi dengan rasa best dan sangat konfiden, aku telah menjemput 3 orang dari mereka untuk bermalam di rumah aku sebab Pn Ma mengadakan majlis tahlil arwah untuk ibu bapak aku (Pn Ma is my is my 2nd mom, kan dah bagitau). Mereka yang aku jemput adalah si WKH 2011, Luqman, dan juga Saufi.

Antara sebab-sebab utama aku menjemput diorang adalah untuk mengerahkan tenaga mereka melakukan kerja2 yang buleh mereka lakukan. Sekurang2nya mengurangkan tenaga kerja keluarga aku, dan antaranya juga aku mahu lebih masa bersama WKH tahun ni. Huhuhu..

Antara tugas2 yang dilakukan..

1. Bersihkan Pn Honda (kereta aku)
2. Gali lubang (aku nak tanam pokok-takde kaitan dengan tahlil pun)
3. Cuci lantai
4. Basuh pinggan
5. Lipat baju SIR!!! (ada jugak??)
Frankly yang bahagian lipat baju itu memang menggezutkan aku. Aku tinggalkan mereka dalam bilik sementara aku buat keje kat luar. Aku sekadar berbasa basi menyuruh mereka lipat baju. Sekali betul2 pulak dilipatnya. Termasuklah semua seluar kecik aku (boxer) dilipatnya tanpa segan dan silu. Bila aku tanya, kalau la boxer itu digantikan dengan spender, adakah masih dilipatnya? DIjawabnya - Masih!!!

Selesai majlis tahlil pada hari Jumaat, mereka still lepak dirumah aku, tak banyak sangat aktiviti lain just main game, main tenet, main game, main tenet. Petang Sabtu aku bawak round bandar. Pergi ke Pantai Batu Burok.






Pantang tertinggal kamera, mesti disnap2 berbagai pose. Huh...