Recently n3 aku agak tak bervisi, misi dan wawasan. Bukan apa, asyik menceritakan perihal WKH, perihal merapu, perihal sekolah pun dah kurang. Kadang2 aku terfikir untuk berhenti menulis, yelah, bukan apa, ada ke orang yang mengikuti perkembangan aku yang sedia ada kembang ini?
Yeah, blog sekadar tempat menceritakan pengalaman yang boleh dikongsi bersama. Pernah satu ketika ada seorang kawan aku meminta aku menghaplod gambar tunang aku since aku tak haplod kat fesbuk. Then aku cakap, kisah cinta aku bukan untuk ditatap umum, jadi biarlah separuh dari perjalanan Rayap ini hanya berkisarkan apa yang aku lalui disekolah dan bukan lagi menceritakan suri aku.
Bila diimbas semula, blog aku banyak dihiasi dengan wajah2 budak Amirul, dari header hinggalah ke n3-n3 yang tak tahu bila akan kesudahannya. Nak buat camne, this is my life, hidup sebagai guru memang akan sentiasa dikelilingi dengan kanak2. Mungkin apa yang aku lakukan sekadar untuk membuang rasa sunyi, rasa rindu, dan rasa sayang pada yang menanti aku jauh di sana. Dulu aku duk tempat budak Amirul, tak pernah cakap TIDAK pada setiap permintaan guru aku. Sampaikan telefon rumah pun aku bagi (kes cikgu aku nak ngorat kakak aku yang belum menikah time tu). Sama la dengan Amirul, dia tak pernah cakap TIDAK pada setiap apa yang aku minta (selagi benda tu tidak melanggar batas2 Agama). Aku tidak tahu bagaimana perasaanya. Mungkin aku senang dengan sikap dia, tapi pada pandangan dia pula macam mana? Betul ke dia senang dengan aku?
Jadi, Rayap aku kini sudah bertukar kepada cerita pahit manis di sekolah sahaja. Aku tidak bersedia untuk berkongsi kisah pribadi aku di sini. Biarlah kisah mahligai kami, kami sahaja yang menjadi watak lakonannya.
For my fiancee.... keep healthy, jaga diri kamu. Jangan ingat sunyi bermakna lupa, sepi bermakna tidak setia....
3 comments:
For my fiancee...Saya sentiasa ada di sisi kamu & support everything...
fiance la... fiancee tu prempuan..fiance lelaki
Sir M dah start mengajar BI lar...hehe
Post a Comment