Monday, September 12, 2011

Kamu Datang Dengan Cinta Secara Banyak

Jam menunjukkan ke angka 10.00 malam tatkala aku sedang menyiapkan entry ini.Hari ini 12 Septembar 2011 bermakna hanya beberapa jam sahaja lagi anak2 murid aku bakal berjuang di medan UPSR tanpa guru2 di sisi.

Mengajar tahun 6 umpama bercinta separuh masa. Percintaan separuh masa yang aku tahu akan berakhir dengan perpisahan. Cinta yang aku maksudkan ialah kasih sayang yang bertaut antara aku dan mereka bisa membuatkan hati aku menjadi sayu mengenangkan tiada lagi gelak tawa dan senda gurau sebaik sahaja alam persekolahan tahun ini bakal melabuhkan tirai. UPSR juga bakal berakhir dan tiada lagi PnP (pembelajaran dan pengajaran) dari aku.

Memang lumrah manusia, setiap pertemuan itu pasti berakhir dengan perpisahan. Setahun lalu aku menjejakkan kaki ke Sekebun, tugasan pertama aku ialah terus menangani tahun 6 G 2010. Tahun inilah aku mula tahu rentak dan permainan dalam mengajak anak murid aku supaya suka akan matapelajaran bahasa Inggeris (seperti aku suka sejak aku di bangku sekolah).
Sungguhpun demikian, perkenalan singkat tahun lalu tidak terasa sangat seperti tahun ini. Tahun lepas aku hanya kacis dengan WKH lama aku, dan juga kumpulan Cinderella (memang mereka gelarkan mereka kump ini yang terdiri dari Dan, Shima, Nisa dan juga Azura). Tahun lepas aku lebih kacis dengan pelajar perempuan kerana nama2 inilah yang selalu lulus dalam BI untuk kelas aku.
Agak berbeza dengan tahun ini. Selepas pengalaman setahun menangani tahun 6, sekali lagi 2011 aku diberi mandat untuk menjadi guru subjek BI untuk kelas 6 G juga (kelas paling belakang). Sedikit sebanyak wajah2 yang aku pernah kenal tahun lepas, dan juga skill aku dalam mengajar sedikit improve (aku kata sendiri, orang lain x kata).

Tahun ni juga aku pegang kelas sendiri (5G). Tetapi aku dapat rasakan, aku lebih akrab dengan 6G berbanding 5G kerana masa aku lebih banyak bersama mereka. Dari awal tahun aku telah dibiasakan dengan kelas tambahan, kemudian ditambah pula dengan kelas malam. Setiap aktiviti tahun 6 pasti aku turut serta dan akhir sekali perjimbaan ke Bukit Merah dengan mereka. (Gambang belum berlaku- lepas UPSR).




Berdiri dari kiri : Ainur Anis, Fatin, Khadijah, Syafiqah, Aini, Mariani, Shahira, Nathassa, Nurul Ain, Wan Nazirah

Duduk dari kiri : Tengku Hakimi, Zukhairi, Asyraff Syakir, Zharif, Zulahmizan, AKU, Amirul, Akram, Fida'iy, Syahmi, Lukman, dan Izzhadi


Sedikit deskripsi terhadap bakal2 calon UPSR dari kelas aku :

Nur Shahira Abu Bakar.
Dulu2 aku sangat tidak suka dengan perangai beliau. Bagi aku dia lebih suka mengganggu pengajaran aku dari belajar. Tapi kini beliau salah seorang faveret student aku untuk mendapat C dalam UPSR BI

Khadijah Abd Rahman
Terus terang aku tak mampu untuk menyukai perangai beliau sampai ke hari ini. Tapi sebagai guru aku tetap mendoakan beliau berjaya suatu hari nanti. (kenapa aku kurang gemar, beliau suka bercakap sia2)

Siti Nur Ain Zulkipli
Pelajar baru menjejakkan kaki ke SKBN. Antara top student untuk kelas 6 G dan setakat ini beliau tidak pernah mendapat markah bawah 40% - calon lulus

Nathassa Mohamad
BFF si Syahira. Kemana pergi mesti mereka berdua. Aku tak pernah tak suka beliau, tapi bukan juga feveret student. Akhir2 ni dia menunjukkan potensi untuk menambahkan bilangan lulus, so dia calon lulus jugak dari aku

Nor Aini Mat Harun
Pendiam, tak banyak cakap, tapi pelajar yang maintain lulus. Aku dapat rasakan yang beliau merasa aku kurang memberi perhatian kepada beliau. Dah beliau sendiri yang kurang berkomunikasi dengan aku. Calon lulus aku.

Ainur Anis Daling
Pendiam, kurang bagi tumpuan, tak ganggu orang dan aku harap ada keajaiban yang berlaku nanti.

Mariani Midin
Seperti Anis, pasif dan kurang bersuara. Pernah lulus sekali sepanjang tahun 6 ini. Aku harap miracle jugak dari beliau.


Syafiqah Ghazali
Suka menjawab, banyak kali aku rasa p**s off dengan sikap dia sebab suka menjawab benda yang bukan2. Tapi sejak aku basuh dia depan kelas, dia seakan berubah. Calon lulus aku

Wan Nazirah Zaki
Kalau ikut usia, beliau berusia 11 tahun, tapi dilahirkan pada 1 Januari. So advance setahun. Xde masalah, dan aku harap ada keajaiban.

Fatin Izwanie Mansor
Takde banyak sangat benda aku leh describe minah ni. Keajaiban!!


Aiman Syakir Abdullah
Sedih sebab bacaan pun merangkak2. Tapi harap beliau buat terbaik

Syahmi Mat Zin
Pernah mendapat undian tertinggi siapa murid paling aku sayang.
Pernah lulus sekali sepanjang tahun 6
Bukan calon - tapi berharap ada keajaiban

Zukhairi Hasan
Pelajar Pendidikan Khas yang kini berusia 14 tahun, dan beliau dapat belajar seperti pelajar normal yang lain.

Kiri : Syafiq Azman
Kanan : Tengki Hakimi Tengku Arif
Syafiq dari kelas pemulihan, sampai ke hari ini tak mampu membaca dengan lancar, tetapi petah bercakap.
Tengku pula pendiam dan apa sahaja yang aku cakap hanya dibalas dengan senyuman dan beliau sangat rajin hadir ke kelas tusyen dan kelas malam.

Asyraf Syakir (kiri)
Zulhamizan (kanan)
Tahun lepas aku mengajar abang kepada Asyraf,tahun ni beliau. Tahun depan adik beliau. Boleh dikatakan setiap tahun ada je wakil dari keluarga budak ni
Zulhamizan - pelajar yang banyak mencuba dan terus mencuba. Aku puji sikap mencuba beliau.

Zharif Yusof

Sampai ke saat ini aku tak berapa yakin yang aku eja nama beliau dengan betul. Pendiam, kurang participate. Ajaib!! Please!!!

Izzhadi Zulkafli

So far aku rasa Hadi la paling banyak makan SLL aku. Sampai ke hari ni aku masih ingat aku lempang beliau sebab mengganggu kawan2 lain sedang bersolat. Sangka ku beliau akan membenci aku, tapi sebaliknya yang berlaku. Salah seorang M7 yang aku tubuhkan pada bulan puasa. M7 ialah Magnificient 7 yang aku pilih untuk hadir ke kelas tambahan aku. -Calon lulus

Muhd Nur Akram Mat Jizan
Budak ni pernah sekali dinobatkan sebagai WKH oleh aku (heheh) tapi biasalah sayang kan boleh beralih arah kalo beliau tiba2 jadi kuang ajaq!!! BTW- calon lulus aku

Che Ku Muhd Fida'iy CK Mazlan
No words...keajaiban!!!!

Budak yang kacak lagi bergaya ini namanya ialah Lukman Abd Wahab.
Mulanya aku sangka beliau sorang yang gangster. Yelah, badan tinggi, pastu ramai followers. Tapi kalo aku ada anak, aku nak anak yang macam Lukman ni (dari segi sahsiah dan perangai). Dia sangat menghormati guru, malah rasanya beliau paling minima kena SLL dari aku. Calon lulus.


LAST BUT NOT LEAST!!!!

Amirul Hakimi Sabry
Wajah yang aku bakal SUPER RINDU nanti. Aku tahu aku pernah benci dia. Aku pernah rasa malas masuk kelas mereka kerana budak ni. Aku pernah rasa menyampah, meluat dan segala2 yang tak best untuk di sebut dan hampa dengan sikap budak ni. Beliau la gangster, beliau la romeo sekolah. Beliau rasakan diri beliau hot stuff sampai semua cikgu sayang akan beliau. Beliau rasa beliau sangat best. Beliau rasa beliau paling pandai untuk kelas yang kedua nih. Rasanya 6 bulan pertama aku sangat tidak mendengar, mengiyakan, menjawab, dan segala interaksi dalam kelas dengan beliau. Aku meletakkan beliau pada tempat yang paling rendah untuk calon lulus. Tapi sejak keputusan beliau melonjak naik, dari C (40%) kepada B (63%). Sejak aku baca karangan beliau dan aku yakin beliau mampu.

Mula saat itu pandangan aku terhadap beliau mula berubah. Ditambah lagi dengan kata2 cikgu lain yang mengatakan budak ni banyak mendengar kata aku, sejak hari itu aku sedikit demi sedikit aku mula menyayangi budak ni. Aku meletakkan harapan yang super tinggi. Aku yakin beliau dapat A kerana cara penjelasan beliau lebih mantap daripada sesetengah pelajar kelas pertama. Setiap soalan aku beliau mampu beri reason. Dan bulan2 terakhir ini aku telah meletakkan satu lagi gelaran kepada beliau. Maybe WKH aku yang terakhir. WKH tahun lepas rapat tapi tak mampu nak menggenggam "lulus" dalam BI, tapi WKH aku yang ni aku yakin, B dalam tangan. Aku harap keajaiban berlaku. Insyaallah akan ada n3 khas untuk beliau.

Sebelum aku menge'shutdown' laptop aku, sebelum aku lena. Aku doakan mereka semua berjaya dalam semua matapelajaran. Mereka berjaya kerana mereka mampu....




3 comments:

Don Daughter's said...

insyaAllah Sir. doa itu pasti. =)

imansoraya said...

hahha,sempoi sgt blog kau ni.
aku gelak sorang2 kot. anyway, kalau ak jd ank murid kau,sure2 aku dlm list murid plg dibenci

Mr M said...

yerp, wa suka sempoi2 je... pasai apa jadi plg dibenci lak? sebab pandai sangat?? heheh...wa xsuke budak yang berlagak pandai je... btw sapa imansoraya? kenal ke?

Post a Comment