Thursday, December 29, 2011

Damansara Demit Day 1

Wa rasa sangat menyesal kerana menjejakkan kaki di sini pada hari ini. Dah la cik Nuna xleh nah jumpa sebab beliau kerja, then orang yang wa nak jumpa sebenar2nya pulak telah mengkenselkan perjumpaan kami ini. Jadi wa rasa sangat membuang masa melepak di sini. Baik wa duk kampung, makan minum semua tersedia. Ini dah la wa kena hirup udara KL yang tercemar.

Sekali wa teringat adik wa punye motor. Leh wa rempit. Wa kol beliau jam dah 12.00 pagi lebih. 12.00 pagii lebih ke 12.00 lebih pagi? Lantak la wa tak mau tau. Adik wa dah berhibernasi rupanya. Kesian. Wa bagi option suh hantar atau pun suh hantar (erk option ke tu?) itu motor... Then.. motor itu berjaya dihantar seawal 6.30 pagi.

Dapat motor, wa tak tau nak pi mana. Hari yang indah dan cuaca yang kacis. Pagi2 perut dah lapor. Turun carik nasik kukus. Makan.... Waaaa..nyesal datang sini. Kalo wa duk rumah mesti tengah layan syok tido (bukan kump SYOK) atas katil wa. Try la mesej Budak Kacis. Bukak fesbuk. Budak Kacis online. Wreplyoi, wa nak jumpa lu!!!

Budak Kacis reply - Datang le kul 1.00 kat KFC TTDI.

Okeh, ada jugak aku aktiviti petang ni. Dekat jam 1.00 terus shoot ke TTDI. Mujur la KFC tu wa dah nampak dari jauh. Dapat jugak wa jumpa dengan Budak Kacis tersebut. Ada la jugek aktiviti.

Lepas jumpa, wa nak beransur2 pulang. Tapi baru je sampai 3-4km, wa terdengar bunyi yang tak best. Motor yang wa naik rantainya jatuh dari spoket. Nokhorom.......!!!

Wa berenti tepi jalan. Masa tu wa tenang je. Selalu wa akan gelabah kalau berlaku kejadian2 seperti ini. Alhamdulillah, wa sangat tenang. Wa tarik nafas dalam2, wa parking moto yang pernah jadi hak milik gua dulu itu, wa start jenjalan, strolling carik kedai moto, bukan kedai jual moto, tetapi kedai repair moto. Alhamdulillah, ada ropenya kedai muto tersebut. Wa kembali ke arah tempat wa parking moto then wa jejak semula kedai repair moto dengan acara menolak. Warghh tensen. Nyesal tak makan dengan Budak Kacis tadi, wa minum je, (sebab time tu wa dah makan nasik kukus kat rumah). Time ni la tenaga wa amat diperlukan secara maksimum.

Pergh... melayang 150 sebab wa tukar tayar belakang sekali. Moto tu wa tak reti nak describe.. Sedih. Dah dapat owner pompuan ni susah sikit la dia nak berseri2. Rantai super karat siot. Nampak sangat moto itu dianaktirikan oleh beliau.

Lepas setel wa pun gerak ke The Curve. Sorang2 tahu! Wa rasa sangat loser sebab orang lain semuanya bersama-sama dengan kapel / partner / kekasih / boifren / gelfren /mak ayah/ kawan2... Wa sorang je sambil membimbit helmet wa, dah rasa mat rempit tua je. Dah la muka tak gajus, bawak helmet rempit. Mesti diorang duk kutuk2 wa, dah tengahari pun rempit2 lagi, tak pun mesti ingat wa tak mampu beli kereta lagi. Nak buat macam mana?? Wa keseekoran. 

Mula2 wa gi semayang dulu (alhamdulillah..wa ingat DIA) hahaha *matilah bangga diri sendiri. Penjamakkan berlaku la. Wa kan musafir. Then wa gerak sorang2 ke Ikano. Wa singgah the curve. Wa lalu je depan ikea. Sorang2 tahu!!!

Dekat jam 5.00 wa gerak balik. Sampai kat area rumah sepupu wa tu wa rasa samting gos rong samwer je.. Wa stop kat petronas, wa isi angin dalam tayar moto. Tak masuk. Dem!!! Macam2 hal terjadi hari ni. Mujur tak superkempis. Wa bawak pelan2 sampai la area kedai moto. Mujur la banyak lagi kedai moto yang bukak. Tukar kepala tiub sbb kepala lama dah rosak. Then dah ok. Melayang lagi seploh ringgit.

Waaaa, wa tatau la nape nasib wa sedeh sangat hari ni. Wa balik, wa sentap dengan diri wa sendiri, wa makan nasik kukus sekali lagi yang dibeli oleh encik sepupu.



0 comments:

Post a Comment