Thursday, December 29, 2011

Damansara Demit Day 1

Wa rasa sangat menyesal kerana menjejakkan kaki di sini pada hari ini. Dah la cik Nuna xleh nah jumpa sebab beliau kerja, then orang yang wa nak jumpa sebenar2nya pulak telah mengkenselkan perjumpaan kami ini. Jadi wa rasa sangat membuang masa melepak di sini. Baik wa duk kampung, makan minum semua tersedia. Ini dah la wa kena hirup udara KL yang tercemar.

Sekali wa teringat adik wa punye motor. Leh wa rempit. Wa kol beliau jam dah 12.00 pagi lebih. 12.00 pagii lebih ke 12.00 lebih pagi? Lantak la wa tak mau tau. Adik wa dah berhibernasi rupanya. Kesian. Wa bagi option suh hantar atau pun suh hantar (erk option ke tu?) itu motor... Then.. motor itu berjaya dihantar seawal 6.30 pagi.

Dapat motor, wa tak tau nak pi mana. Hari yang indah dan cuaca yang kacis. Pagi2 perut dah lapor. Turun carik nasik kukus. Makan.... Waaaa..nyesal datang sini. Kalo wa duk rumah mesti tengah layan syok tido (bukan kump SYOK) atas katil wa. Try la mesej Budak Kacis. Bukak fesbuk. Budak Kacis online. Wreplyoi, wa nak jumpa lu!!!

Budak Kacis reply - Datang le kul 1.00 kat KFC TTDI.

Okeh, ada jugak aku aktiviti petang ni. Dekat jam 1.00 terus shoot ke TTDI. Mujur la KFC tu wa dah nampak dari jauh. Dapat jugak wa jumpa dengan Budak Kacis tersebut. Ada la jugek aktiviti.

Lepas jumpa, wa nak beransur2 pulang. Tapi baru je sampai 3-4km, wa terdengar bunyi yang tak best. Motor yang wa naik rantainya jatuh dari spoket. Nokhorom.......!!!

Wa berenti tepi jalan. Masa tu wa tenang je. Selalu wa akan gelabah kalau berlaku kejadian2 seperti ini. Alhamdulillah, wa sangat tenang. Wa tarik nafas dalam2, wa parking moto yang pernah jadi hak milik gua dulu itu, wa start jenjalan, strolling carik kedai moto, bukan kedai jual moto, tetapi kedai repair moto. Alhamdulillah, ada ropenya kedai muto tersebut. Wa kembali ke arah tempat wa parking moto then wa jejak semula kedai repair moto dengan acara menolak. Warghh tensen. Nyesal tak makan dengan Budak Kacis tadi, wa minum je, (sebab time tu wa dah makan nasik kukus kat rumah). Time ni la tenaga wa amat diperlukan secara maksimum.

Pergh... melayang 150 sebab wa tukar tayar belakang sekali. Moto tu wa tak reti nak describe.. Sedih. Dah dapat owner pompuan ni susah sikit la dia nak berseri2. Rantai super karat siot. Nampak sangat moto itu dianaktirikan oleh beliau.

Lepas setel wa pun gerak ke The Curve. Sorang2 tahu! Wa rasa sangat loser sebab orang lain semuanya bersama-sama dengan kapel / partner / kekasih / boifren / gelfren /mak ayah/ kawan2... Wa sorang je sambil membimbit helmet wa, dah rasa mat rempit tua je. Dah la muka tak gajus, bawak helmet rempit. Mesti diorang duk kutuk2 wa, dah tengahari pun rempit2 lagi, tak pun mesti ingat wa tak mampu beli kereta lagi. Nak buat macam mana?? Wa keseekoran. 

Mula2 wa gi semayang dulu (alhamdulillah..wa ingat DIA) hahaha *matilah bangga diri sendiri. Penjamakkan berlaku la. Wa kan musafir. Then wa gerak sorang2 ke Ikano. Wa singgah the curve. Wa lalu je depan ikea. Sorang2 tahu!!!

Dekat jam 5.00 wa gerak balik. Sampai kat area rumah sepupu wa tu wa rasa samting gos rong samwer je.. Wa stop kat petronas, wa isi angin dalam tayar moto. Tak masuk. Dem!!! Macam2 hal terjadi hari ni. Mujur tak superkempis. Wa bawak pelan2 sampai la area kedai moto. Mujur la banyak lagi kedai moto yang bukak. Tukar kepala tiub sbb kepala lama dah rosak. Then dah ok. Melayang lagi seploh ringgit.

Waaaa, wa tatau la nape nasib wa sedeh sangat hari ni. Wa balik, wa sentap dengan diri wa sendiri, wa makan nasik kukus sekali lagi yang dibeli oleh encik sepupu.



Wednesday, December 28, 2011

Nakhorom....

Semalam 27 December 2011. Ada meeting kat sekolah. Ya lah dah keja kat sekolah takkan meeting kat pasar plak. Then wa dah booked flight ke KL. Firefly.. Turun kat Subang. So since wa kena fly ke Subang, wa tidak berdaya untuk melayan Vanila Cekelat slot Lestary kat tb3 tuh. Minggu lepas wa dah terlayan ep 1 so wa mesti nak folo ep 2. Tengok2 bukak sekolah nanti wa ada kelas malam hari selasa.. Takpe, tonton kan ada. Wa minat Liza Abdullah ok... Hahahaha.

Tu bukan isi penting wa nak luah kat sini. So wa terlayan pagi Rabu yang cerah ini (siyes kat KL ada matahari, Terengganu redup je memanjang.) Wa layan tonton. Yang wa bengkek bukan apa, tonton pun ada iklan jugek. Tapi satu iklan je la. Iklan apa? Iklan SAMSUNG GALAXY S2. Macam tau2 je. Sepanjang tonton kut tonton ni ada la dalam 6 kali iklan nakhorom tuh... Hahahaha.. Ko tunggu je la

Tuesday, December 27, 2011

Wa # 1

Kadang-kadang wa pikir macam mana la wa bleh jadi cikgu BI sedangkan bila wa dengar wa nyer speaking macam Uzbek nyer bahasa.... Hahahaha

Kadang-kadang wa sendiri x faham apa yang wa cakap.

Wa siap2 nak gi skolah..ada 1st meating meeting. Tak sabar nak tau responsible tahun depan.. Mintak2 la wa ngajar kelas 6G lagi.....

Sunday, December 25, 2011

Gambar Kontrol Basi

Wa post saje2 gambar ni dalam fesbuku, tak sangka dapat banyak cemuhan... hohoho. Salah wa ke???



Tapi ini yang asal, masa ni umur wa lima tahun. Baru je kehilangan abang kerna penyakit buah pinggang. Masa tu umur abang wa 10. Lepas tu wa plak di diagnosis ada penyakit buah pinggang. Gile tak meroyan arwah ma masa tu, dah la abg wa baru pergi, ni wa plak di diagnosis ada penyakit yang sama. Masa tu nak detect penyakit ni senang je, air kencing akan jadi keruh, dan itu salah satu simptom. Mujur wa dapat kesan peringkat awal, tak macam arwah abang wa, dah peringkat akhir. So doktor sajes wa bersunat. So, berlakulah persunatan tersebut dengan jayanya dan wa bebas dari penyakit buah pinggang tersebut. Wa sempat jugak la lepak wad seminggu kot, tapi wa tak ingat. Hahaha...macam mana bersunat boleh sembuhkan penyakit itu wa tak tau la.. Tapi kalo dah dewasa kena penyakit ni, xkan nak bersunat lagi kan? Betul tak??


Zaman sekarang orang dah tak pakai kelambu macam ni lagi dah kan??

P.S - Sebab gambar di atas juga la ramai kawan2 yang tak pernah mesej wa kembali menegur wa. Ada jugak kawan baru. Ada yang kawan satu sekolah rendah, ada yang tak sekolah.. hahah.. Yang penting, WKH baru.

Cuti Yang Masih Bersisa

Pernah ke korang menonton wayang dalam masa satu hari dalam dua negeri berbeza? Wa pernah, tahu! Kejadian bermula apabila member gua si Duang V3 ni membuat cadangan untuk menonton Protokol Hantu di Mesra Mall. Untuk pengetahuan anak2 murid sekalian, Mesra Mall terletak di Kemaman dan perjalanan mengambil masa sejam setengah (kalau cara Si Duang yang bawak kete la) dari Kuala Terengganu. Sementelahan pula wa telah didatangi tetamu dari Sabah, en Kaza namanya. Perancangan untuk memprotokol hantu telah berlangsung selama seminggu sebelum wa mendapat gaji. Jadi, walaupun wa ada tetamu si Kaza ni, wa tetap nak turun ke Kemaman jugak sebab modus operandi untuk melayan Protokol Hantu ni sejak sebelum en Kaza datang. Jadi tiada alasan untuk membatalkan niat memprotokol hantu.

Hari yang telah ditetapkan untuk melangsungkan perjalanan ini adalah hari Rabu (21/12/11). So seawal pagi lagi Duang telah menjempot kami di rumah wa la sebab tetamu wa lepak sini.

Wa cek protokol hantu ada showtime kul 1230 ngan 330 je. So, bajet2 bertolak kul 9am tu macam sempat la kot nak sampai sebelum kul 12. Perjalanan kali ni boleh dikatakan diiringi dengan angin kencang dan hujan yang sekali sekala je datang melanda.

Wa memang suka perjalanan ke Barat sebab akan melalui persisiran pantai hampir setiap daerah. So, banyak la pantai2 yang boleh disinggah sebentar untuk diperkenalkan kepada cik Tetamu kita tuh.

Perhentian pertama : Pantai Kelulut. Angin Kuat masa ni. 

Tiba di Kertih (dimana terdapatnya Mesra Mall) lebih kurang jam 12 jugak la. Sebab banyak perhentian tadi. Mujur la orang tak ramai. Destinasi pertama of kos la TGV, walaupun saat itu berlaku kentikan untuk berarak (nok kecing kentik2 dos), masih teruja untuk melihat tingket dahulu. Sekali show hari ni jam 1.10pm. Dan masih banyak kekosonan. Ala, baris kitorang pun ada 4 orang je yang ada, wa, duang, en tetamu dan sorang mamat yang wa rasa dia dtg sorang2 telah duduk bersama2 kitorang yang betul2 di tengah2. Kacis ah. 

Ulasan? Tak payah, korang tengok la sendiri, citer ni tak seram. Nama je citer hantu, wa rasa tertipu. Hahaha.. 

Then, perancangan nak ke Kuantan sebenarnya dibuat dalam masa yang tiba2 je. Jom kite lepak kuantan la kata Mat Duang. Wa pun layan je. Tak kisah sangat. Time ke Kuantan, wa yang drive. Macam siak. Dah la time petang. Jalan kat Chukai yang super jem dengan jalan yang nak kena ubahcuai lagi, terpaksa la wa mensiput semasa mendrive TBB mat duang tersebut.

Masuk Kuantan lebih kurang lepas Maghrib. Tu pun sebab banyak kete. Destinationnya adalah TC aka Teluk Chempedak Jadi Nangka. Nak cari hotel murah. Dapat la jugak hotel yang superkacis. Hotel Annexe kot (dah sama macam nama dewan kat UiTM plak). RM 100 semalam. So shared 3 orang. Ok lah dari xde kan. Bila dah check in, kuar semula mentuju ke MegaMall. Niat nak tengok Puss Dalam Kasut Boot. Layan la kitorang kat sana plak. See, 2movie, 2negeri, 1hari. Kerja gilo. Superkelakar siak citer tersebut.

Lepas movie, balik hotel terus collapse. 

Keesokannya.....
Bersama Mat Duang (penganjur lawatan kali ini) depan hotel sebelum chek-out. (sengaja disalahkan ejaan check itu)


Pagi2 tu pergi meneroka alam ke Pantai Teluk Chempedak goreng dulu. Angin superkuat siak. Terasa sejuk hingga ke pankreas.

Destinasi hari ke 2 pi ke Kuantan Parade. Mengebreakpas di sinun. Sungguh mengembalikan nostalgia sebab Ktn Parade la tempat wa lepak 11 tahun yang lalu. Masa tu kan wa belajar kat Muadzam Shah, so sebelum balik Muadzam, selalu la hangout kat situ. Wa carik gak kedai komik yang selalu wa singgah time dulu2, sbb wa pengumpul Penyiasat Remaja ngan Shin Chan. Sekali wa lost. Lantak la..

Lepas tu perjalanan ke ECM (East Coast Mall) sebab mat duang mencari padini, ada diskon 70% katanya. Hoho, wa memang x terniat nak mencari baju padini pun, setakat gi skolah, perlu ke ber branded bagai kan? Bukannya jumpa client ke apa ke nak smat bagai. Tapi kan.. dah sampai ECM, wa telah diracun rumput oleh mat duang untuk menyambar selai 2 baju padini. Ok, memang berbaloi. Sebab 70% la. Macam Aaron Aziz (kata mat duang dengan niat meracuni aku) SIAKKKKK.

Jalan2 then tak sedar masa merangkak ke petang. Lepas tu terus membalikkan diri ke Terengganu. Sempat singgah ke Cherating. Pantai Cherating SuperChantek Sangat. 

Mat Duang n Kaza



Pic ni konon2nya mat duang sama tinggi la ngan wa, padahal...sila tengok kaki beliau. Menjenjet tu....


Pic ni kemudian diminta supaya tidak nampak kaki. Sebab beliau masih menjenjet


Masih di Cherating


Galaxy Note (orang punya)

Perjalanan diteruskan.. Rantau Abang... Ombak yang sangat besar siak. Time ni dah dekat Maghrib. Atas permintaan tetamu, singgah jugak la sebentar. Yes... ombak superbesar dan wa rasa sangat takut melihat keadaan itu.



Hahaha, mat duang, sori aku snap pic mu sedang menguap.. Sian co-pilot, ngantuk.

Perjalanan diteruskan dan singgah sebentar di pantai kelulut untuk makan malam. Menu utama-ikan bakar, sotong celup tepung. Tapi aku x makan bersungguh2 sebab teringatkan pada WKH, buleh??? hahahah

Tuesday, December 20, 2011

Mari Belajar Mengira

Guru : Ok murid². Hari ni, kita akan belajar matematik.

Murid² : Baik cikgu.

Guru : Jika makcik kamu memberikan kamu 3 biji gula², di tambah lagi dgn 5 biji gula², jawabnya apa, murid²??

Murid2 : "TERIMA KASIH, MAKCIK".

Guru : ........ =..='



P.s - Aku plagiat dari seseorang

Monday, December 19, 2011

Manusia Hantu (gemar) Update Status


Ni jenis takut bini ke apa ni sampai setiap saat nak update duk kat mana. Tu mujur la tak dari Johor ke Pinang. Mau setiap KM diberitahu. Tak pun jenis nak kabo dia leh FB dalam kete...


Oh...nak kabo on the way ke rumah mentua rupanya.... Patut la, karang bini tak percaya pulak kan...


P.S - Aku berani kerat letak dalam RYP sebab aku tau tuan empunya tidak bisa membacanya.....

Kala Bosan

Cuti semakin berpenghujung. Tiap kali wa menjengah, tiap kali itu jugalah wa akan review semula n3s bulan lepas dan bulan 10. Banyak sangat kisah sedih dalam RYP ni. Kadang2 bila wa rasa rindu, wa akan view video ni yang pernah aku create. Video ini pulak ditayangkan semasa batch UPSR 2011 sedang ber'anjung' ilmu di Marang Village Resort n Spa. Wa pernah story kat LINK ni utk RYP dan di SINI untuk SEKEBUN wa. Yang kat Sekebun lagi banyak gambar tahu (dah terikut2 pulak gaya penggunaan CIK KAPAL)

Serius wa rindu dengan derang, bukan apa, wa rasa tahun ni kacip wa dengan diorang lain sikit. Wa banyak kongsi pengalaman ngajar tahun lepas dan wa aplikasi untuk tahun ni. Macam tahun lepas wa 1st time jumpa budak2 tahun 6, wa pun tak pandai sangat lagi nak ajar apa. Mungkin sebab tu la.

Serius bila wa tengok video yang wa create ni guna PICASA sajork, wa akan rasa sendu. Soalan yang kenapakah wa yang buat video ini adalah kerana wa saja yang duk snap sana snap sini. Maklumlah wa baru pegang kamera sendiri. Selama ni guna henpon je. Time ni wa memang xde sape2 lagi yang boleh diistilahkan sebagai WKH tapi ura-ura tuh ada la... Kalau rasa macam boleh teka, teka la.. Hehe.. muka Amirul tak banyak lagi sebab time ni memang wa dengan dia perang dingin.


video


video


Homaigod...lagi 2 minggu ke cuti ni bersisa...? Minggu depan meeting yang pertama. Wa akan tahu nasib wa, kelas mana wa akan handle, dan tahun berapa wa akan jumpa semula. Harap2 wa tak kena pegang kelas lagi la sebab wa dah ada jawatan lain lagi. Masih kekal 6G kah? Kan ada cikgu baru yang akan datang... Huhuhu...

Senarai Filem Yang Diharamkan Oleh Finas

Filem 1: BERAK KHAS THE MOVIE
Filem ini mengisahkan sekumpulan polis yang suka makan rasuah dan suka mengacau anak dara ketua kampung. Kecerempetan polis-polis ini amatlah memalukan sehingga mereka tanpa segan silu melakukan aksi-aksi kurang ajar menyebabkan mereka dibuang kerja beramai-ramai. Filem ini diharamkan kerana menayangkan aksi polis-polis tersebut berak di depan opis mereka setelah dibuang kerja.

Filem 2: PUTERI GUNUNG LADANG-Sebuah Cinta Jagung
Hang Buah telah ditugaskan oleh Sultan untuk pergi meminang Puteri Gunung Ladang di sebuah ladang ternakan itik yang menjadi tempat tinggal puteri tersebut. Didalam perjalanan untuk peminangan, Hang Buah telah mengalami beberapa kejadian dasyat seperti diserang biawak tropika, terlanggar tunggul kayu, terjatuh semasa mengambil konar baring, termengorat nenek tua yang sedang 'melepas' dan akhir sekali tersepak kura-kura yang sedang melintas. Apabila Hang Buah sampai di ladang tersebut alangkah terkejutnya kerana Puteri tersebut telah meletakkan syarat-syarat peminangan yang dasyat sehingga Hang Buah mati akibat dari rasa terkejut. Filem ini diharamkan kerana memaparkan aksi Hang Buah mengorek hidung kemudian dicalitkan di tangan Puteri tersebut.

Filem 3: BERMOTOR KE LANGIT
Filem arahan Badu Hj Azmu ini mengisahkan seorang mamat yang suka lepak ditepi laut sehinggalah dia menemui seekor ikan dugung kemudian dia memelihara dugung tersebut. Selepas 5 tahun dia memelihara dugung itu dia pun melepaskan dugung itu kembali ke laut. Kemudian cerita ni pun habis. Filem ini diharamkan kerana pihak FINAS tak paham langsung apa sebenarnya motif filem ini.

Filem 4: TAK ORI TAPI PIRATE (TOPI)
Filem ini diharamkan terus sebelum memulakan rakaman kerana ia memaparkan kisah P.Ramlee(lakonan Ramli Beger)menjual CD pirate kepada Haji Bakul(lakonan Udo Ocean) kemudian Hj Bakul menengok CD tersebut bersama Labu(lakonan sapa ntah) sehinggalah A.R Trompet(lakonan A.R Badut) perasan yang CD itu adalah CD cetak rompak yang dijual oleh P.Ramlee... Cerita ini berpusing-pusing selama 2 jam sehinggalah anda akan melihat satu babak yang menjijikkan iaitu babak Naza Aziz (lakonan Naza Aziz) menguap sambil ternganga.


P.S : Yer aku plagiat di SINI


Sunday, December 18, 2011

Ombak Jahat


Niat nak carik pic novel, tapi taip je ombak rindu kuar gambor maya ngan aron atas katil. APa? Pasal apa wa search pic ombak rindu? Sebab wa nak letak dalam ini blog la.. Okey wa amik cover novel versi dulu2. Kan wa menjelajah ke barat kan minggu lepas. Salah satu aktiviti wa dengan Nuna ialah mewayangkan diri. Shreyas wa tak sudi pun nak tengok cerita ni tapi dah permintaan orang tersayang kan? Sebelum ni wa dah pernah baca cerita ni, kalau tak silap wa pinjam dari ex-gf wa di Puan Farini (just kidding dia dah bersuami okeh). Versi novel sangat super kacis la bagi wa, then wa sambung sekuel dia dan wa pinjam pula dari Cikgu Mahdatul Hana kat UiTM. Tajuk dia ....


Ok... bukan nak ulas novel ngan nak ulas citer tu... tapi sebelum wa masuk dewan panggung, wa dinasihatkan oleh nuna supaya sediakan tisu. Wa baca ulasan2 sebelum ni banyak adegan air mata dari pelakon dan penonton. Ok bila wa tonton memang banyak adegan air mata dari pelakon pompuan, tapi wa tak rasa apa2 pun, maybe tak sampai.

TAPI... ha ada tapinya. Wa telah gagal menahan air mata wa masa Hariz yang menangis,.. waaaa wa takleh tengok Hariz menangis sebab wa rasa wa lah Hariz;.... kah kah kah....nakhorom...... Jantan tak guna tak guna....

Time scene ni la kot


Ps : Korang gelak sebab wa layan citer jiwang ek... ek lantak la.. wa kan Hariz, Nuna wa kan Izzah. Mujur ada Lisa Surirumah dalam citer ni...

Yang Wa Suka Dan Tak Suke

Wa tak suka pompuan ada sense of humor, bagi wa biar lelaki yang wat lawak, bukan pompuan

Wa tak suka pompuan yang bahasanya kasar nak mampos. Tapi kawan je kalo dia dah jadi kawan wa...

Wa suka pompuan reti masak, tak perlu masak macam masterchef, cukupla kalau pandai goreng telur dadar

Wa suke kalau cerita wa mendapat perhatian dari orang lain, tapi kalau wa buat2 tak suka citer orang lain tu maknanya dia tak pernah suka la kat citer wa.

Wa tak suka cerita masalah wa kat sesape pun, tapi kalau ada yang wa terbercerita, bertuahlah anda.

Wa suka pompuan yang tak pakai make up (mujur nuna wa tak suka make up)

Wa tak suka orang tanya wa bertalu2 macam polis. Tapi wa as cikgu memang suka bertanyakan anak murid bertalu2.

Wa tak nak tau anak murid wa tak suka kat wa, kalau tak suka jangan sampai wa tau.

Wa suka anak murid wa tak tanya banyak soalan berbanding yang banyak tanya (ini tak patut ada pada seorang guru)

Wa tak suka jalan sorang, macam loser je..

Wa suka nak ada kawan tomboy, tapi sampai sekarang wa takde kawan tomboy sebab wa takut nak tegur dia. Tak tau nape wa suka nak tau pasal tomboy nih...

Last sekali wa benci kucing yang dah bunuh anak kesayangan wa malam ni. Waaaaarghhhhh

Sila Letak Diri Anda Dalam Kasut Saya

N3 kali ini bukan bertujuan untuk tribute to tuan punya blog, tapi isu yang ditampilkan membuatkan aku rasa nak ulas panjang plak. Sila KLIK

Okey, wa tak tau umur dia berapa tapi cik Marina mengutarakan sesuatu yang sering kena pada para bujang yang belum berkahwin yang dah masuk tengahari sikit ni la (bukan senja lagi yer...) Kalau pompuan di panggil Andartu kan,. Abis kalo lelaki? Antertu? (Teruna) Anbujtu? (bujang). Persoalannya kenapa kita mesti nak tau bila si anu ni nak kawin la, bila si polan nak berumahtangga. Itukan keja Tuhan bukan keje diri kita. Yes, wa dah masuk fasa lain sebab wa dah macam chop la seseorang tapi belum sah lagi ye... Kalau dulu penat wa nak explain kat setiap sedara mara wa pasal ni. Sedara mara wa tu wa tak kisah lagi la ni, kalau kawan2 yang sepersekolahan dulu, then jumpa balik dalam FB pastu macam takde soklan lain nak tanya.Bila check all albums xdak gambar wa duk atas pelamin langsung ditanya soalan yang nakhorom itu. Ye, wa nampak profile pic lu yang duk atas pelamin tu.  Ok la kalau setakat nak amik tau tu fine lagi, tapi kalau siap bagi nasihat jumpa dukun la bomoh la mandi bunga la, bawah jambatan la... Apa kes... Bagi nasihat berdegar2 macam la dia tu duk keliling kita doplohpat jam. Macam la ko tu kembar wa tau apa wa buat selama ni, pengorbanan wa kena korban semata2 nak melihat hari ini. Adik beradik wa yang tau apa yang wa kena lalui pun tak Hjadoo macam lu. Baru add 4 minit dah bagi nasihat macam2. Siap bagi kata2 superkejis lagi "Aku dah ada anak, ko ada?" Ya Allah apa didikan yang lu dapat ni, nama je Sekolah Agama tapi mulut macam hj.... Anak baru sorang umor 3-4 bulan ingat ko dah berjaya ke? Lain la anak lu dah masuk U ke, apa ke time tu wa masih 4ever alone ke ok la kn... Ingat kawin macam nak beli Samsung Galaxy ke? Dengan bengangnya wa jawab "Wa tak minat pompuan, so???". Terus diam sekejap. Tak abis lagi tu, siap bagi nasihat astaghfirullah, nabi tak ngaku umat, taubat la bla bla bla.....eeiii manusia!!!!

Wa ingat lagi satu kes tahun lepas, wa kena kursus kat Maktab Teganu. Seminggu plak tu. Dalam kusus tu plak 4 orang je jantan2nye. Sah2 la wa duk kumpulan jantan2 ini. dalam 4 orang ni wa sorang je yang kacak dan available lagi. (Memang kacak pun). Sorang makhluk Allah ni wa memang tak nak ingat nama dia apa tapi beliau rasa kekacakkannya tercabar dan sering mengutuk wa yang kononnya bujang tua. Nakhorom ko... Bila tanya wa dah ada calon ke belum, wa diam. Pastu siap nasihat kat wa dari sekarang simpan duit nanti senang nak kawin, siap ajar wa jangan tergesa2 nak beli kereta ke, enjoy ke,(sbb tahun lepas kan wa baru je posting). Wa geram sangat terus wa jawab, lu sapa, macam la lu kenal wa bertahun2 lamanya. Pasal duit wa tak heran la arwah bapak wa tinggalkan duit berjuta2 kat wa.. lu ada? Time tu wa suke sangat tengok tanjat boboinya wpun wa tipu sekurang2nya wa berjaya mensenyapkan beliau.Itu pun lepas 4 hari wa pendam. Wa memang tak reti nak lepaskan on the spot. Wa jenis pendam dulu then wa tengok sejauh mana baru wa tembak. Wa xde pun duit berjuta2 tu...

Itu dari apa yang wa kena lalui sebagai lelaki. Wa tak tau la kalo pompuan camne,.. dah la pompuan sama2 pompuan ni dia punya apa kejadooonya mesti lagi laser dari wa kot... Kan kan...Sekarang pun wa faham perasaan yang masih single mingle ni ataupun yang dah berpunya tapi masih belum bertangga lagi. Wa pun harap sangat bila wa dah ber 2 3 4 nanti wa takkan buat macam tu kat kawan2 wa yang masih belum 2  3 4 neh..

Jadi buat Cik Marina empunya blog, sape2 la yang rasa belum berjumpa dengan jodoh lagi, ingat jodoh ajal maut tangan Tuhan... Yang dah jumpa pun kadang2 bercerai berai gak. Jadi jangan risau untuk wa sendiri pun. Jodoh ajal maut bukan kat mulut kawan2. Lagipun lu masih muda pun dari wa.. Apa nak risau, en boxfren kan dah ada....

Saturday, December 17, 2011

KANK

Oh, Kabhi Al Vida Na Kehna tu maksud dia Never Say Godbye ghopenya

(mode tengah hapdet sambil tv duk pasang lagu hindi)



Ps - Saje nak bagi banyak n3

Perjalanan Ke Barat

Yes, last week aku telah membawa diri ke Barat (KL dan Selangor). 7 hari berada di Selangor, 4 malam lepak di rumah encik sepupu. Gila super nakhorom hjadoo boring. Bukan sepupu gua yang boring, tetapi sebab gua pergi time hari kerja, terpaksa la wa duk termehek2 sajah di rumah beliau. Sepupu wa keje best, kuar pagi balik malam (tu pun best ke????) Hahahah. Hari pertama wa pose dari makan tengah hari sebab wa tak tau nak carik makan kat area situ. Lepas sepupu wa bagitau selok belok dan straight baru la wa jumpa cara nak carik makan. Hari ke 2 wa jumpa nasik kukus. Pergh.. sedap siot. Hari ke 3 wa sambar 2 bungkus nasik kukus tersebut. Punyalah pelahap. 

Hari ke 2 tak silap wa, wa ada jumpa sorg university mate wa, pompuan, ajak makan. Dia cakap wa hebat jadik cikgu. Apa kejadoonya hebat wa neh. Bila ditanya memang wa layak jadik cikgu. Sebabnya wa berjaya menge'A'kan seorang student wa (WKH). Hahaha... Wa seronok bila anak2 murid wa paham apa yang wa ajar..Nama dia Ada. Setoke blog wa rupanya...

Malam ke 3 pulak wa pergi rumah encik Apisblur. Rumah besar siot. Bersama-sama cik Nuna. Malam tu la baru wa tengok alam selepas 3 hari berkurung kat rumah sepupu wa. Tapi wa lupa nak snap gambar Apisblur dan keluarga.

Tq apisblur..lu memang sahabat sejati wa dunia akhirat, wa cayang lu.. Memang wa rindu lawak2 lu time kita sebilik dulu. Anak apis pun cute..dapat gak jumpa si Maisarah.

Tapi kan wa terkejut satu soklan dari Apisblur, dia tanya apakah kriteria2 untuk menjadi WKH wa. Apa kejadoonya. Apasal ko tanya Apis? Saje, jawab beliau. Hahaha.. aku dah serik. Biarlah WKH last yang paling last... Hahahaha. Ko Pis Stoker jugak blog wa rerupanya....

Sabtu wa kuar dari Sri Damansara straight ke S.Alam amik Nuna wa. Gila banyak benda yang tumbuh sekelip mata. Setahun wa tinggalkan Selangor, dah banyak berubah. Yang penting dan yang best sebab wa kembali ke puncak menara gading (sebab kat sini wa berjaya menggenggam segulung ijazah. Heheh.. rindunya kat bangunan pink ni.... Jalan2 dalam UiTM imbau kenangan lama. Dengan Nuna wa la.. Dulu masa belajar kat sini wa tak pernah pun kenal Nuna wa, alih2 hari ni jadi F wa plak. Dah jodoh insyaallah. Banyak benda yang berubah. Bilik kuliah, dewan kuliah, la ni ada vending machine dah (dulu xde lagi). Pastu wifi setiap pelusuk dapat. Nakhorom betul. Tapi apa pun biar pun wa tak jadi engineer.. sebab wa dapat ijazah kat sini la wa layak apply KPLI. Thanks a lot... 



Menara ni bilik pensyarah. Kan best cikgu ada bilik memasing..



Sepanjang hari minggu wa tukar tempat lojing. Sepupu wa ada program so wa lojing la rumah kakak angkat wa (langsung dah jadi kakak angkat kan???) rumah kak Aini macam hotel la plak kan bleh di lojing bagai. Kak Aini adalah kakak se-KPLI dengan wa 2 tahun yang lalu. Kini mengajar di SK Sri Damansara (berapa ek?).  Setahun lalu wa datang beliau berbadan 2, kini beliaa berbadan ramping sebab yang 2 tu dah keluar. Macam siak plak sbb laki beliau sudah berjaya menyambar seko PS3 baru, ni yang wa jeles. Tahun lepas ada Wii je, uiii jeles siot.... Pulak tuh kereta pun dah tukar. Pakai Honda Civic. Banyak betul perkara yang menjeleskan wa. Tapi apa pun buat Encik Rahmat, Puan Aini, Qn1 ngan Qn2.. Tq for the hospitalities. Nasik goreng akak sedap sangat....


Dari kiri Qn2, Pn Aini, Qn1 dan wa yang muka macam ngantuk gile. Tukang amik gambar adalah Encik Suami...

Setakat itu sahaja la perjalanan wa ke barat. Siang2 hari wa bersama Nuna cari barang2 skit. Kan tengah YES ni.. ooo Wa ada satu n3 pasal Ombak Jahat. Nanti la wa stori, maybe n3 lain

Hah amik aku!!

Antara kerjaya cikgu anda selain jadi cikgu.

masa pertandingan bola.. cikgu jadi REFEREE..
masa aktiviti KH.. cikgu jadi PETANI..
masa kutip yuran.. cikgu jadi AKAUNTAN..
masa RMT.. cikgu jadi PELAYAN..
masa budak pecah kepala.. cikgu jadi DOKTOR..
masa ceramah.. cikgu jadi MOTIVATOR..
masa hias kelas.. cikgu jadi PELUKIS SENI..
masa persembahan hari guru.. cikgu jadi PENYANYI..
masa baiki kerusi rosak.. cikgu jadi TUKANG KAYU..
masa budak muntah dlm kelas.. cikgu jadi TUKANG SAPU..
masa budak mencuri.. cikgu jadi DETEKTIF..
masa perkhemahan.. cikgu jadi MASTERCHEF..
masa hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
masa masuk waktu solat.. cikgu jadi TOK IMAM..
masa budak bergaduh.. cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH..
masa budak sakit kecemasan.. cikgu jadi PEMANDU AMBULANS..
masa merentas desa.. cikgu jadi POLIS TRAFIK..
masa budak sedih.. cikgu jadi PELAWAK SARKIS..

This is why, I LOVE BEING TEACHER, we are the star among the darkest hour..~!!

Dikopi sewenang2nya dari fesbuk...

ni aku tambah sendiri

masa WKH sedih...aku la yang turut sama2 sedih... hhuhuuh

Friday, December 16, 2011

AKu....

Tiada apa nak dikatakan......

Sunday, December 4, 2011

Dah December rupanya

N3 semakin kurang, xbanyak cerita nak diberitahu. Bukan blog hangat, bukan blog ramai viewers, bukan blog cerita seluruh dunia yang pelik,aneh seram sejuk, just blog yang penuh dengan tulisan. Perihal sendiri je yang banyak. 

Gua dah masuk minggu ke 3 musim percutian sekolah, bukan musim percutian di kawasan percutian, tetapi di rumah sahaja... Aktiviti harian more to lepaking ngan sleeping. Tapi minggu ni ada banyak kenduri sedara yang kawin. :Last Saturday last week, sepupu gua yang nikah. Then Sabtu kemarin pun sepupu gak belah mak.

Kalo dulu bila berjumpa dengan sedara2 kat mana majlis, soalan wajib tanya kat wa (xwajib jawab dengan sopan ye, bagi pelempang boleh gak) adalah bila mau nikah? Pergh....kentut berdarah wa dengar soklan sebegituan. Itu dulu...

Sekarang ni lain sikit intro soalan. Semua sedara tau gua dah tunang, mean tak lama lagi nak kawin la kan? Xde lagi dah soalan bila nak kawin - sebab selalu soalan ni utk orang yang maybe ada gelfren atau maybe masih solo tapi mak2 sedara xtau.  Bila time jumpa mesti time kenduri sedara2 kan? Pastu plak, time kenduri plak mesti time cuti sekolah kan? So time cuti sekolah wa ngan para cikgu cikgi mesti cuti jugak kan? Soalan pun dah lain sikit temponya. Cuti sekolah tak bercuti ke? Apa punya soalan da.. Ni wa tengah bercuti la ni, mana ada pakai baju kemeja siap bawak lesson plan kan? Soalan lain sikit, cuti sekolah tak ke mana2 ke? Asal cuti je mesti nak kena ke mana mana ke? (Pada gua, orang tanya soalan ni memang nak kena lempang) Tapi kadang2 wa pun start perbualan dengan soklan camtu gak. HJ betui...

Yes... wa tak kemana-mana ........LAGI. Setakat ni menternak lemak dahulu baru pikir macam mana nak singkirkan lemak tersebutl. Hahaha..wa tengah kumpul duit siak, tahun depan wa banyak projek nak pakai duit...