Monday, January 21, 2013

Rindu Yang Masih Bersisa

Last week wa entah camne mendapat idea untuk mengajak WKH wa stay dengan wa for this week. Bukan apa, minggu ni sekolah pun 4 hari je, then PnP pun takde sebab ujian sedang berlangsung untuk tahap dua. Kira tak banyak sangat la perkara yang wa kena standby untuk mengajar. Wa pun call akak nye si ibu WKH, wa cakap la terus terang nak pinjam WKH untuk seminggu (tak sampai seminggu pun, hari sekolah je). Si ibu mula2 macam tak tau nak jawab apa sebab si anak ni kena gi sekolah dengan van. Wa dah deal dengan van dia sebab bayaran kira minggu2. So kalau seminggu tak naik, xyah la bayar seminggu. Tambah ibu lagi, kalau abang angkat dia nak ambik, abang angkat dia la kena hantar dan ambik kat sekolah. Wa set je..... So, last Saturday wa bawak la WKH pulang ke rumah.

Masih bertugas sebagai pengajar, dan banyak siot kerja sekolah budak ni. Dan banyak jugak salah yang dia buat...
Lakonan ini adalah benar...heheheh

Wa tanya WKH, selalu tidur pukul berapa. 9 dah tidur, sir. Jawab beliau. Wa tengok jam, dah pukul 11.00 malam. Bergaduh gak la wa dengan budak ni sebab tidur lambat. Dah la nak kena bangun awal. Pastu leh lak layan game kat tablet wa. Tu yang wa tinggikan suara sekejap. Yelah, bila duk sini banyak pulak aktiviti tambahan yang beliau buat. Bila wa marah, mula tarik muka. Sentap la tuh. Wa biar dia tidor dan wa menteruskan kerja2 wa yang masih berlambak tuh.

Seawal 5.00 am jam dah berdering. Selalu bila wa solo, pukul 6.30 baru wa bangun. Ni sebab nak kena hantar beliau dahulu, 6.30 wa dah siap2 dalam perut Shiro. Pergh... xnah seawal ini wa bergerak ke sekolah. Selalu dah abis 30 minit ustaz Don, baru wa gerak. Takpelah, untuk seminggu je pun.


Dulu dah biasa tengok budak ni dalam attire pengawas, tapi kali ini agak berbeza sedikit bila seluar dah kaler lain, baju pun kaler putih semula.



Selalu umi tak siapkan sarapan pun...kata budak ni. Wa pun tak siapkan apa2 pun, just goreng2 frozen food je kot. Leh la isi perut. Memandangkan hari ni Ahad, mesti ada assembly, dah tu lama, mesti lapo. So makan la apa yang ada.


Sampai ke sekolah beliau, alam semesta masih gelap gelita, tapi deretan kenderaan membelah keheningan pagi sudah mula menampakkan sibuknya. Tapi tidaklah sesesak jam 7 ke atas. Seusai menghantar beliau, wa pulak yang boring sebab sampai awal ke sekolah. Pertamax kot, sampai je ke parking, masih kosong, kosong, kosong, (sila baca seperti lagu Najwa Letih) parking itu. Wa lepak jap dalam Shiro, jangan terlelap sudah lah... Pastu, wa membangunkan diri serta bergerak malas menuju ke bilik guru.

Sekolah abis saat jam 1.15pm.. Mujurlah ada taklimat merentas desa selepas itu. Jadi xdelah  wa tertunggu2 lama sangat untuk sampai ke jam 2.20pm. Sekolah menengah kan lewat sejam dari sek rendah. Lepas amik beliau, wa ajak gi bandar. Niat super asal wa adalah untuk menyambung road tax Wira Angkasa wa (moto wa lah) sebab dah tamat tempoh bulan 9 tahun lepas. Hahahaha..... Eh apasal lak wa gelak. Oh, sebab bila wa sampai kat tempat wa wat insurans tu, wa plak x bawak cover note. Hurm...payah nih... Nak tak nak wa terpaksa la balik...

Hari kedua (hari ni la-Isnin 21 hb).. Bangun lewat sikit je... wa macam biasa gerak dalam 640am...  Hari ni (skarang la) tengah ujian so wa jaga kelas wa sambil hapdet blog wa nih la.. Boleh plak dalam kelas wa ada line wifi yang superkacis

Hari ini berbaju sukan je la sebab ada mp PJ katanyer...

Sempat lagi tuh main game... hampes...

Wa semakin hari semakin bosan dengan kehidupan wa. Dah la bini jauh.. Besday pun aci sorang2 je.. Hu hu xpelah, ada la hikmahnya tuh. Pengajaran di sekolah pun dah macam ilang arah je. Dengan keadaan wa yang semakin bertambah2 kerja.. dan sikap wa yang suka mengangguhkan kerja. Pastu rajin plak nak tolong orang mensiapkan segala kerja bagai. 

WKH banyak jugak cerita perihal sekolahnya. Wa tanya best sekolah menengah? Cakap best jugak, sebab environment yang berbeza. Tapi best sekolah rendah sebab ada sir.. huhu tacingnya......


2 comments:

Muhammad Syahmi said...

Seronok juga ada yang meneman time sengsorang.

RatuHati said...

Jangan sesekali mengeluh kehidupan yang kita lalui...Walhal ramai lg org lain di luar sana yg kurang bernasib nasib dari kita...Wallahualam...

Post a Comment