Tuesday, March 26, 2013

WKH ot Slong

Dalam duk sedih2 dengan kejadian yang berlaku, apa kata kita twist sikit suasana tuh kepada yang lebih ceria. Dalam ramai2 WKH (x ramai pun, 3org je) WKH pertamax la yang paling singkat kenal. Ye lah, masa tuh wa baru stat mengajar, wa masa tu tak brapa nak firm lagi dengan bebudak wa. Dan yang penting, wa stat rapat dengan budak ni selepas UPSR. Tu yang rugi sebab tak sempat nak polish. 

Semalam, tengah wa try nak tdo, ada mesej dari FB masuk. Dari WKH no 1 rupanya. Wa pun saje2 la tanya sapa. 
Wa tanya apa maksud ot slong.. Rupa2nya bermaksud WKH yang sulung. Hahahaha... Tak sangka budak ni masih menganggap dirinya WKH wa lagi. Sure, xde masalah punya. Had sulung pun had sulung lah... Dah form 3 tahun ni. Batch terakhir mengambil PMR sebelum PMR akan dimansuhkan. Tq Hisham sebab masih kenal akan sir nih ... hhehehe...



Published with Blogger-droid v2.0.10

Demi Hafizam ....Part 1

Wa dah berkali2 cuba untuk mencoretkan sesuatu di sini tapi wa rasa macam berat untuk melepaskan beban yang tersedia di galas ini. Walaupun minggu ni adalah minggu cuti persekolahan, tapi wa masih tetap perlu untuk menjalankan tanggungjawab wa sebagai seorang guru amnya dan sebagai guru tahun 6 khasnya kerana tahun ini batch wa yang ke 4 akan menduduki UPSR bulan September nanti. Wa tahun ni macam biasa2 je, kelas wa tahun ni tidak ada X-factor yang boleh membuatkan wa bersemangat waja untuk tampil setiap hari. Maksudnya senang cerita tidak ada sesiapa yang boleh wa jadikan "Hafizam" wa yang seterusnya untuk tahun ini.

Minggu ini fikiran wa agak terganggu sedikit bukan kerana masalah keluarga ke apa, tapi sesuatu yang terjadi ini memang tidak pernah wa fikir akan terjadi. Wa kenal WKH wa sebagai seorang yang super sopan santun selama 3 tahun ini dan berita yang dibawa balik pada hari terakhir persekolahan yang lepas benar2 membuatkan wa agak merajuk di hati tapi wa tidak tunjukkan di wajah (apa punya ayat daaaaa).

Khamis hari terakhir sekolah, wa yang mengambilnya di sekolah. Sebaik memasuki ke dalam perut kereta wa, beliau kelihatan sugul semacam. Selepas berbasa basi seketika, WKH mula membuka mulut.

"Sir..."

Wa berpaling sambil tangan terus di stereng kereta meneruskan perjalanan.

"Ada apa?" soal wa apabila dia mendiamkan diri.

"Fizam ada masalah ni," satu ungkapan yang tidak pernah wa dengar sepanjang perkenalan wa dengan bekas anak murid wa ini membuatkan jantung wa berdegup pantas. Tak pernah2 kot beliau menceritkan masalah beliau melainkan wa yang mula2 bertanya. Tup2 hari ni dia yang nak menstori dahulu.

"Masalah apa?" soal wa pantas.

"Nantilah cerita...."

"Mana boleh, dah cakap tu kena la bagitahu...." tambah wa lagi. Ada ke nak tangguh2 kalau jalan cerita dah bermula.

"Fizam kena gantung sekolah...." praaaaap satu persatu perkataan itu tertangkap di cuping telinga wa. Wa tak salah dengar rasanya...

"Gantung??????" laju wa tanya balik "Pasal apa?"

"Fizam kabo ke sir dahulu ni, umi tak tahu lagi, hari ni Fizam kena panggil"

"Yelah, pasal apa?"

"Kan Fizam ada cerita pasal Fizam mintak duit ngan kawan kan, Fizam kena tuduh peras ugut duit... tapi bukan Fizam sorang, ada 7 orang semuanya....Fizam kena gantung 2 minggu..."

Ada dua tindakan yang wa rasa nak buat masa tu, nak patah balik hantar Fizam ke rumah mak dia, dan rasa nak lempang pun ada jugak. Tapi wa tak tau kenapa wa jadi cool sikit dan wa mampu tahan perasaan marah wa (sebab wa tau kalau wa marah ke apa pasti tsunami datang melanda punya, wa yakin...) Selain itu juga apa hak wa nak marah kan, dia ada mak ayah, biar diorang tahu dahulu.

Masa tu wa dah stat membebel sikit, wa cakap nape mintak duit, tiap2 hari mak bagi duit takkan tak cukup, kalau tak cukup mintak pada tempat yang sepatutnya bukan peras ugut. Wa tak jadi lempang dan tak jadi nak bawak dia balik ke rumah mak dia. Wa beri dia masa untuk bertindak sendiri berbincang dengan mak ayah. Bila wa tanya nak suruh wa ke yang bagitau mak dia, dia hanya menggeleng.

Perkara sebesar itu ditinggalkan seketika dan masing2 menjalani kehidupan seperti biasa. Wa dengan life wa, dan WKH dengan life dia sendiri. Semalam semasa wa mensedang mengajar kelas malam, satu panggilan yang terteran nama ibu WKH meminta2 untuk dijawab.

Wa pun jawab. Mula2 si ibu tanya wa busy ke tak, wa jawab okey je nak berbual sebab kelas malam pun masing2 tengah menjawab di dalam kertas soalan. Sekali ibu tanya, sir tau x apa2 pasal angah (gelaran Fizam di rumah) dengan gantung sekolah. Wa jawab tau. Si ibu macam nak marah ada jugak, akak tak tahu dia x bagitahu akak pun. Tu yang akak marah sangat ni. Akak tahu pun dari orang kampung duk mengata pasal dia. Lepas akak tanya baru dia cerita... Nape sir tak kabo kat akak..

Wa pun jawab la yang wa suruh si Fizam tuh bagitahu sendiri. Kedengaran seolah2 macam mendengus marah. Dia x kabo pun kat akak. Siang tadi PK sekolah telefon suruh akak gi sekolah esok jumpa PK. Doh ganer (macam mana) nih? Dah la 2minggu kena gantung sekolah. Akak x sangka pulak angah sanggup mintak duit ngan kawan. 

Wa masih mendiamkan diri. Akak terus bercerita. Si angah ni mintak duit dengan kawan perempuan (ha... yang ini wa baru tau, tak tau lak dia mintak duit dengan perempuan) Budak perempuan ni takde apa2 pun dia bagi je la.. Tapi masalahnya ada sorang lagi budak pompuan ni minat kat angah. Bila angah buat tak layan, tu dia gi report kat guru pasal angah mintak duit.

Berdesing telinga wa dengar cerita dari akak. Pasal WKH wa tak nak layan pompuan yang gedik tuh, ko tiba2 nak menjatuhkan adik wa tu apasal?? Mesti tak cantik nih! Tak paham betul la budak2 zaman sekarang.  

Perbualan berakhir setakat itu, wa pesan kat akak tu supaya mintak rayuan dikurangkan tempoh pergantungan sebab Fizam bukanlah budak yang nakal. Dia terpengaruh dengan rakan2 sebaya. 

Setakat itu sahaja dahulu setakat ni. Kalau kira pagi tadi (25 March Isnin) akak pergi ke sekolah dan berjumpa dengan PK sekolah. Nanti wa akan hapdet bila wa dah tau kisah sebenar dan keputusan sekolah.

Demi Hafizam, kalau budak lain maybe wa tak seterkilan ini. Ada je wa dengar bekas anak2 murid wa yang kena lempang, gantung sekolah, kena denda dan macam2 lagi lah. Tapi perasaan wa rileks je. Malah wa dapat tahu WKH wa tahun 2011 pun dah pandai mendekati rokok. Tapi ini yang wa paling sayang, paling jaga, sudah terpalit satu titik hitam pada pandangan masyarakat sekolahnya. Sudah tersenarai hitam dalam buku rekod disiplin di sekolahnya. Sedikit sebanyak hati wa menjadi pilu. Nanti la wa hapdet bila wa jumpa sendiri WKH wa yang satu tu.....

Sunday, March 24, 2013

Sesi Beramah Mesra Lagi

Masuk hari ni dah boleh dikatakan hari ke3 bebudak sekolah bercuti. Tapi cuti2 pun wa still ada kerja nak kena bereskan di sekolah. Last week wa ada lah ajak WKH wa balik rumah lagi. Hafizam la... Wa tak tau nak guna istilah WKH ke atau terus guna nama dia. WKH la senang sementara beliau masih lekat disisi wa neh.

Hari wa pegi amik beliau tu 20 March 2013,sedang wa menlihat WKH menturuni bukit mentuju ke arah wa,  menonong je si akak (ibunya la) turun sekali kat kereta wa. Kendian wa pun tanyalah apa yang boleh wa tolong. Jawab akak, dia jemput wa ke airport sebab si nenek WKH akan tiba dari Mekah pulang mengerjakan umrah pada malam tersebut lah. Wa dah macam....Haaaa????? Datang la kata akak lagi. Lepas tu datang rumah sebab akak ada buat makan2 sikit. Wa bila dah sebut makan2 ni wa on je. Maka kelibat wa pun terlihatlah sekali di perkarangan lapangan terbang Sultan Mahmud itu. Memandangkan si nenek pergi bersama2 rakan2 sekampung, maka ramai jugaklah orang kampung yang berhampiran dengan sekolah wa itu menghadirkan diri termasuk beberapa orang anak murid wa. Ramai jugaklah yang sekampung dengan beliau merasa hairan kerana kehadiran wa. Yang sedara mara yang dah sedia maklum siapa wa memang talak heran punya. Kadang2 wa sendiri hairan bila ditegur oleh seseorang yang wa tak kenal pun sapa tapi beliau sangat mengkenali wa. Rupa-rupanya adik nenek si WKH.

Wa, si ayah WKH berbaju putih dan perempuan veteran yang berbaju pink itulah banyak bersembang dengan wa yang seolah2 dah kenal wa lama. Rupa-rupanya wa memang dikenali oleh sedara mara WKH wa. Wa pun dah macam agak segan siak jugak lah..

Memandangkan wa sorang lelaki yang gagah perkasa di situ, wa telah mengambil inisiatif untuk mentulong mentulak trolley kepunyaan si nenek sebaik saja beliau mengkeluarkan diri dari balai ketibaan.

Sesi makan memakan makanan ini ditaja oleh rumah papan nenek Hafizam.



Ya, inilah hadiah yang wa dapat, kopiah aka ketayap dari Mekah pemberian si nenet.. Sebelah itu adalah bapak sedara WKH.

Syukur alhamdulillah, sekali lagi wa merasakan diri wa dihargai dan dihormati kerana diberi peluang akan persaudaraan sebesar ini. Wa sesekali tidak akan mensia2kan tali silaturrahim antara wa dan keluarga Hafizam. Selagi mana wa masih diperlukan, selagi itulah wa akan mencuba untuk mentulong.


Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, March 21, 2013

Setahun Bersama

Kalau kira dah lebh setahun pun dari tarikh asal. Alhamdullillah, dah genap 12 bulan wa bersama2 Shiro kesayangan wa nih. Sepanjang bersama-sama tak banyak pun kecelakaan yang berlaku dan harap2 akan terus jauh dari malapetaka.

Setakat ni paling jauh pun wa pernah memdrive shiro ni adalah dari KT-KL.  Mula2 tu pernah la ura2 nak bwk ma wa ke Kedah sempena perkahwinan sepupu wa di sana, tapi dijadikan cerita mak wa mentidak jadikan diri untuk mensertai, maka tiadalah jua menjejakkan tayar ke sana.

Dalam masa setahun ni, dah 3 kali rasanya wa  servis. Dan ofkos la  dah bayar sekali road tax pada last bulan lepas. Pergh dekat dua riban jugak road tax nye…..

Bersama2 Shiro ini lah tempat wa bermanja, mengadu, mengeluh kadang2 memaki. Tapi apa yang Shiro tau buat? Sekadar hanya tahu mendengar dan terus mendengar. Bukan boleh ubah apa2 pun. Tapi pengalaman wa sipi2 nak terkemalangan tu banyak kali jugak lah.. Tapi mungkin Allah masih sayangkan wa dan DIA masih mahu menangguhkan perjalanan wa ke sana, mana tahu kan?

Ini lah Shiro.Biarpun ada suara2 memerli, mencaci, dan kadang2 mengkata, namun wa tetap sayangkan Shiro wa nih. Doakan wa sempat menghabiskan segala hutang wa terhadap beliau.. Amin...


Di ambil semasa mengkelasmalamkan diri di musim cuti sekolah ini nya pun....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, March 19, 2013

Wa Mungkin Sudah Ada Pengganti WKH

Kalau diikutkan title ni, kalau dibaca oleh Hafizam mesti dia kencik ati sampai patblas keturunan. Tapi wa state kat situ “Mungkin” kan… So, mungkin je la..


Citernye ginih….
Ahad lepas (17 March) macam biasa Sekebun wa assembly like always la kan… Abis je assembly tu, si budak Anis yang wa pernah cerit dulu tuh, memanggil2 wa. Wa pun macam ….apahal??? Tapi wa pergi jugaklah kat beliau. Sekali beliau keluarkan satu bungkusan,,, maafkan saya, bukan satu tapi dua bungkusan yang berlainan saiz.

Ni dari saya, dan ni dari Amir… kata budak Anis tu. Wa pun macam….. apahal lak ni.. Hari guru lambat lagi. Besday wa pun dah lama berlalu pergi.

Hari tu Anis bagi kad je, (dalam n3 ini) ni hadiah pulak…. Kata Anis bila menlihatkan ke konfiusan wa yang semakin menebal.

Wa pun da macam….. Waaahhhhhh.. Tak sangka dah lepas 2 bulan pun masih menterima present neh!! Terima kasihlah Anis dan Amir (adiknya lah)

Kali ini betul la ejaannya birthday


Macam la wa tak dapat nak trace apa si budak Anis ni tulis kat bahagian dah conteng2 tuh.
"I love you like my brother"
Jgn marah

Kesian lak si Anis xde abang, maka wa la abang dia... Tapi, siapa pulak Amir?? Ha atau nama sebenarnya Amishahril Ikhwan atau adik si Anis la. Sekarang tahun 4. Ntah bila gamaknya akan bertemu dengan wa. Masa tahun satu, yerp, dia belajar dengan wa, tapi 3 tahun dah tak bertemu wa, mungkin next year bila si Amir ni tahun 5 mungkin wa la pencikgunya. Tahun lepas sangatlah nakhorom punya perangai sampai satu saat Amir ni macam benci sangat dengan wa sebab wa selalu membebel dengan perangai dia yang supernakhorom tuh. Tapi wa tengok tahun ni macam dah baik sikit. Okey la tuh kot.... 

Amir memang manja dengan wa, kadang2 dia jeles Anis baik dengan wa...

Budak Anis si kakaknya. Kalau laki sah2 memang WKH wa.

Budak si Anis ni pun macam tak lekang diperli dan disindir oleh kawan2 dia sampaikan ada yang kata dia gelpren wa. Budak-budak memang still budak2. Pernah satu hari Anis datang kat wa dan terus cakap mintak tolong. Wa tanya balik, tolong apa? Hari ni ma (ibunya lah) suruh Anis ngan Amir balik dengan sir sebab ma ada mesyuarat. Takut lambat datang amik. Wa pun okey je lah. Bersemangat si Amir menanti wa kat sebelah Shiro. Mujurlah ada Amir lagi boleh buat penawar wa dalam 2 tahun lagi. 

Masa balik wa ada tanya, kenapa ma dia suruh wa yang hantar? Padahal dalam taman yang sama ada 2 orang lagi cikgu yang satu sekolah. Anis jawab, ma dan abah dah percaya kat sir. Wahhhh untong laaaah.

Terima kasih Anis dan Amir...



Thursday, March 14, 2013

Redup Panjang Giler

Lama gilos tidak mentaip sesuatu di Rayap. Yang mengharukan dan menghibakan adalah, ada je viewers rayap ni. Average takdelah beratus bagai, tapi blog picisan je kot. Bagi wa dah  mencapai 50 viewers sehari adalah sesuatu yang agak aneh. Selalunya dulu average 10-20 je.. Huhu... Biarpun takde penghapdetan.

Okey, cite yang pertamax. Minggu ni minggu suram, minggu yang redup je memanjang.  Hari Ahad seperti biasa sekolah la.. Kat sini kan Teganu sekolah hari Ahad. Nak dijadikan cerita Khamis lepas hari hujan lebat. Dan nak disedapkan lagi ceritanya pun, bebudak kelas 6G aka anak2 wa la bermandi manda dalam hujan lepas waktu sekolah. Sepatutnya ada kelas xtra tapi telah dimaklumkan pembatalan kelasnya pun sebab Cikgu Shahir ada urusan lain. Bagi wa biasa la bebudak. Tapi wa tak sedap la jika ada guru2 lain yang datang mengadu pasal anak2 wa tuh. Siap tanya wa nak sebut ke dalam  assembly? Gile, kalau wa sah2 la wa malu bila hal anak2 wa didedahkan di depan semua orang. Wa mintak la jasa baik guru bertugas supaya setel hal ni secara senyap2 je la... Lagipun bukan wa sorang yang malu, nanti cikgu Shahir pun terpalit sekali. Tak mengadakan diri semasa bebudak masih di sekolah.

Frankly bagi wa benda tu biasa je.. Tapi yang menjadi ketidak sedapan didengari di telinga wa adalah katanya mereka siap slide atas stage perhimpunan. Kalau ada yang cedera, tak wa jugak yang kena? Hurm.. Wa masuk kelas macam biasa. BTW wa jarang bercerita pasal anak2 wa tahun ni kan? Kelas wa 9 laki 9 pompuan. Dan kelazimannya guru lelaki ni biasanya akan digemari oleh student pompuan. Ha, memang betul pun, wa takdelah di gemari sangat, tapi wa lebih kacis dengan girls compare dengan guys. Ada la sorang girl ni memang antara student yang banyak cakap, banyak interframe, banyak take part, tak kurang jugak banyak membebel dalam kelas. Kadang2 wa pening jugak dengan karenah dia tapi wa tak kisah sebab time belajar dia akan kosentret dalam PnP wa. Nak dijadikan cerita wa tanya la pasal mandi hujan tu. Wa suruh semua pelajar yang terlibat berdiri. Hampir semua berdiri termasuk sorang budak ni. Eh datang si budak ni dengan bangga mengangkat tangan sambil mendabik dada merasa bangga apabila memberitahu dia adalah salah seorang budak yang berkebasahan di dalam hujan pada hari tersebut. Dengan volume yang superkuat pulak tuh. Memang bingit. Wa kontrol lagi. Bila wa start membebel, dia tiba2 menyampuk laju percakapan wa. Wa apa lagi, hari hangin sedunia sekali lagi la. Wa tolak meja yang didudukinya sampai tejatuh sebarang dua barang dari meja tersebut. Budak ni jadi diam. Muka merah. Muka wa pun merah gak. Wa yang cool jadi hot bila wa nak lecture tapi bebudak ni main2 dengan lecture wa. So apalagi banyak la wa bubuh dalam bebelan wa tuh. Dah la duk meja depan. Tangan dah stat kesat muka. Wa tau hari ni ada sambungan hujan minggu lepas. 

Bila bebelan wa dah semakin berpenghujung, barulah wa sebut nama budak tu, wa cakap wa marah dia bukan sebab wa benci dia, sebab dia budak paling rapat dengan wa dalam kelas wa sekarang (tapi sebab perempuan, tak dapat la nak jadik WKH wa tahun ni). Bila wa cakap biar wa yang marah diorang semua sebab wa sayang diorang, wa guru kelas diorang. Jangan cikgu lain yang amik alih tempat wa. Tiba2 je si budak ni menangis sedangkan tadi takdelah kuat sangat sob nya. Hahahaha... anak murid wa yang pertama tahun ni ter'sob sob' sebab wa. Huhuhu...  Lepas tu wa sambung la buat penulisan karangan panjang.

Salah seorang dari mereka ni lah yang buat kelas agak haru pada Ahad lepas. 

Wa ingat budak ni tak akan datang kat wa lagi. Sekali elok je datang kat wa buat bising macam biasa. Hampesh... Okeylah tu, no hurt feeling.

Okey citer yang keduax... Minggu ni banyak kali wa terima aduan pasal WKH. Padahal dia bukan lagi berada di Sekebun. Datang seorang bawak citer ni, datang sorang lagi bawak citer tuh. Wa memang susah nak percaya bila bukan dari mulut WKH wa sendiri. Tapi disebabkan aduan2 yang wa terima inilah wa jadi redup je, cepat betul nak marah kat semua. Benda tak elok pulak tuh. Wa bukan marah sangat kat WKH tapi wa terasa wa semakin mentuju ke arah kehilangan beliau. Segala tindak tanduk beliau semakin hari semakin seolah2 mahu menjauhkan diri dari wa. Wa sedar beliau semakin meningkat remaja, dan wa kadang2 melayan beliau masih seperti beliau kanak2 dahulu. Tapi hari itu wa tak sangka persoalan yang timbul dari mulut beliau buat wa tersentap. Wa pernah cakap kat dia bahawa dia boleh mintak wa lepaskan dia bila2 masa dia mahu, kalau rasa wa banyak kongkong idup dia.


Wednesday, March 13, 2013

Macam Wa Dan Hafizam (Tribute To CTB)

Hah, ini pun boleh dijadikan n3 lah bulan ni. Sejak beberapa bulan ni wa selalu dikomen (selalu ke?? kadang2 je) oleh seorang yang sama bidang ngan wa cuma lain aliran maybe. Mengajar di daerah berbeza juga dalam bidang yang berbeza. Hah, ustaz mesti tengah baca n3 nih kan? Saje nak buat tribute to Coretan Tinta Berdakwat. Dalam n3 INI beliau ada meng'interframe'kan nama wa. Aneh jugak bila idea yang dikabarkan datang dari wa...


Jadi wa dengan bangganya sebagai orang pertamax mengkumen dalam n3 tersebut.


Hahaha...macam wa dan Hafizam. Hehehe... ada jugak la orang nampak kebaikan apa yang telah wa buat pada si Hafizam. Tapi Hafizam dah xde depan mata la Ustaz. Bukan lagi pelajar wa. Kadang2 wa macam ternampak kelibat WKH wa tu di kawasan sekolah. Apa boleh wa buat. Kalau la sampai satu saat wa kena lepaskan WKH wa tu, wa kena pergi jugak.. BTW ustaz Insyaalah MUMTAZ la nanti. Mumtaz tu apa ye Ustaz??

Sunday, March 10, 2013

Berdosanya Waaaa

Dah pertengahan Mac??? Wah.. berdosanya wa kerana berhutang beberapa n3 dengan sesiapa saja yang menjenguk ke sini. Serius, wa dah macam putus kabel.. Banyak benda kena cover.. Insyaallah wa cuba luangkan masa nanti. Sesiapa yang singgah, thenz wa ucapkan...