Hampir 3 minggu alam persekolahan sessi 2010 melabuhkan tirainya. Masih sukar untuk aku menterima yang aku akan kehilangan satu2nya objek comel ini apabila beliau menjejakkan kaki ke sekolah menengah tahun depan.
Air Matanya Belum Berakhir
Namanya Fairul Hisham bin Ismail. Di awal2 aku mengajar kelas 6G, aku tak pernah acknowledge beliau sebab beliau selalu mengganggu PnP aku dalam kelas. Beliau selalu mengajuk cara aku bercakap, memberikan jawapan yang bukan2. (Sebagai contoh, Plural tu maksudnya pembaris - instead of ruler)
Masa hari Kejohanan Sukan Sekolah, beliau ada berkata sesuatu yang bagi aku tidak patut diucapkan oleh seorang pelajar kepada gurunya sehingga menimbulkan rasa sakit hati pada diri aku. Sampai setiap benda yang aku buat mengingatkan aku pada kata-katanya. Sampai satu tahap aku nekad, masuk kelas aku nak suruh dia keluar kalau dia betul2 tak suka aku sebagai gurunya.
Kelas tambahan yang kali ke berapa ntah, dia datang macam biasa. Kata-kata beliau hari tersebut masih terngiang-ngiang lagi dalam palaotak aku ni, so lepas aku mengajar macam biasa, aku bagi take 5 sekejap ditengah2 pengajaran. Masa tu la aku panggil dia ke depan. Aku tanya dia, ingat lagi tak apa yang dia cakap kat aku pada hari tersebut. Dia cakap dia ingat, aku tanya lagi dia akan kata macam tu tak kat cikgu2 lain. Dia jawab tak. Aku tanya balik kenapa dengan aku dia berani. Dia tidak menjawab. Sebaliknya mendiamkan diri. Masa tu aku dah mula berang, kelas jadi senyap seketika. Aku asak beberapa kali dengan soalan yang sama. Mula2 dia buat selamba je... sampai aku jadi meluat. Tapi ntah kenapa tiba2 je hidung beliau merah dan muka dia mula berubah. La, penangis rupanya mamat ni...
Aku jadi gelabah, gila first time aku wat budak menangis... tak reti aku nak pujuk. Risau kalo dikabarkan kepada mak bapak beliau camne??? Pujuk punya pujuk, hati aku jadi sejuk sedikit apabila dia menangis. Dah tak jadi nak marah. Dah tak jadi nak suruh dia keluar dari kelas aku. Aku suh dia duduk dan belajar macam biasa.
At the end of the day, dia mintak maaf dengan aku dan janji tak akan buat lagi. Aku hanya angguk tanda aku dah maafkan dia. Sejak kejadian hari itu, bermulalah satu permulaan baru bagi beliau, tiada lagi gangguan dalam kelas dan menjadi lebih banyak menumpukan perhatian setiap kali PnP aku berlangsung. Kadang2 aku jadi rindu dengan karenah dia yang selalu menghiburkan kelas dengan gelagatnya yang sentiasa menjawab jawapan yang ikut suka ko je kan...
Aku ingat itu adalah kali terakhir beliau menitiskan airmata kerana aku. Rupanya tak habis kat situ. Rasanya sejak dia kamceng dengan aku, semakin kerap airmata itu mengalir. Dialah satu-satunya anak murid yang paling chengeng yang pernah aku jumpa.
Rentetan peristiwa yang menyebabkan beliau nangis.
1. Kes kena tangkap dalam kelas waktu semua pelajar tahun 6 kat surau dan beliau dibawa jumpa aku oleh PK Hem.
2. Kes aku cakap aku tak jadi pergi ke Kuantan sebab beliau kurang ajar dengan aku.
3. Kes aku ter-SLL-kan kepala beliau
4. Sewaktu berada di rumah aku beliau menangis tak tentu pasal.
5. Kes aku tanya nape dia nangis tak tentu pasal semasa bermalam di rumah aku. (Gambar di bawah)
6. Kes hari terakhir alam persekolahan (gambar kat bawah). Aku cakap tu bukan last time jumpa sebab aku janji nak bawak dia bermalam di rumah aku lagi time cuti sekolah.
7. Ni kes tak nak tidur rumah aku sebab nak balik rumah.
1 comments:
comey la WKH ni! hehe
Post a Comment