Lama gilos tidak mentaip sesuatu di Rayap. Yang mengharukan dan menghibakan adalah, ada je viewers rayap ni. Average takdelah beratus bagai, tapi blog picisan je kot. Bagi wa dah mencapai 50 viewers sehari adalah sesuatu yang agak aneh. Selalunya dulu average 10-20 je.. Huhu... Biarpun takde penghapdetan.
Okey, cite yang pertamax. Minggu ni minggu suram, minggu yang redup je memanjang. Hari Ahad seperti biasa sekolah la.. Kat sini kan Teganu sekolah hari Ahad. Nak dijadikan cerita Khamis lepas hari hujan lebat. Dan nak disedapkan lagi ceritanya pun, bebudak kelas 6G aka anak2 wa la bermandi manda dalam hujan lepas waktu sekolah. Sepatutnya ada kelas xtra tapi telah dimaklumkan pembatalan kelasnya pun sebab Cikgu Shahir ada urusan lain. Bagi wa biasa la bebudak. Tapi wa tak sedap la jika ada guru2 lain yang datang mengadu pasal anak2 wa tuh. Siap tanya wa nak sebut ke dalam assembly? Gile, kalau wa sah2 la wa malu bila hal anak2 wa didedahkan di depan semua orang. Wa mintak la jasa baik guru bertugas supaya setel hal ni secara senyap2 je la... Lagipun bukan wa sorang yang malu, nanti cikgu Shahir pun terpalit sekali. Tak mengadakan diri semasa bebudak masih di sekolah.
Frankly bagi wa benda tu biasa je.. Tapi yang menjadi ketidak sedapan didengari di telinga wa adalah katanya mereka siap slide atas stage perhimpunan. Kalau ada yang cedera, tak wa jugak yang kena? Hurm.. Wa masuk kelas macam biasa. BTW wa jarang bercerita pasal anak2 wa tahun ni kan? Kelas wa 9 laki 9 pompuan. Dan kelazimannya guru lelaki ni biasanya akan digemari oleh student pompuan. Ha, memang betul pun, wa takdelah di gemari sangat, tapi wa lebih kacis dengan girls compare dengan guys. Ada la sorang girl ni memang antara student yang banyak cakap, banyak interframe, banyak take part, tak kurang jugak banyak membebel dalam kelas. Kadang2 wa pening jugak dengan karenah dia tapi wa tak kisah sebab time belajar dia akan kosentret dalam PnP wa. Nak dijadikan cerita wa tanya la pasal mandi hujan tu. Wa suruh semua pelajar yang terlibat berdiri. Hampir semua berdiri termasuk sorang budak ni. Eh datang si budak ni dengan bangga mengangkat tangan sambil mendabik dada merasa bangga apabila memberitahu dia adalah salah seorang budak yang berkebasahan di dalam hujan pada hari tersebut. Dengan volume yang superkuat pulak tuh. Memang bingit. Wa kontrol lagi. Bila wa start membebel, dia tiba2 menyampuk laju percakapan wa. Wa apa lagi, hari hangin sedunia sekali lagi la. Wa tolak meja yang didudukinya sampai tejatuh sebarang dua barang dari meja tersebut. Budak ni jadi diam. Muka merah. Muka wa pun merah gak. Wa yang cool jadi hot bila wa nak lecture tapi bebudak ni main2 dengan lecture wa. So apalagi banyak la wa bubuh dalam bebelan wa tuh. Dah la duk meja depan. Tangan dah stat kesat muka. Wa tau hari ni ada sambungan hujan minggu lepas.
Bila bebelan wa dah semakin berpenghujung, barulah wa sebut nama budak tu, wa cakap wa marah dia bukan sebab wa benci dia, sebab dia budak paling rapat dengan wa dalam kelas wa sekarang (tapi sebab perempuan, tak dapat la nak jadik WKH wa tahun ni). Bila wa cakap biar wa yang marah diorang semua sebab wa sayang diorang, wa guru kelas diorang. Jangan cikgu lain yang amik alih tempat wa. Tiba2 je si budak ni menangis sedangkan tadi takdelah kuat sangat sob nya. Hahahaha... anak murid wa yang pertama tahun ni ter'sob sob' sebab wa. Huhuhu... Lepas tu wa sambung la buat penulisan karangan panjang.
Salah seorang dari mereka ni lah yang buat kelas agak haru pada Ahad lepas.
Wa ingat budak ni tak akan datang kat wa lagi. Sekali elok je datang kat wa buat bising macam biasa. Hampesh... Okeylah tu, no hurt feeling.
Okey citer yang keduax... Minggu ni banyak kali wa terima aduan pasal WKH. Padahal dia bukan lagi berada di Sekebun. Datang seorang bawak citer ni, datang sorang lagi bawak citer tuh. Wa memang susah nak percaya bila bukan dari mulut WKH wa sendiri. Tapi disebabkan aduan2 yang wa terima inilah wa jadi redup je, cepat betul nak marah kat semua. Benda tak elok pulak tuh. Wa bukan marah sangat kat WKH tapi wa terasa wa semakin mentuju ke arah kehilangan beliau. Segala tindak tanduk beliau semakin hari semakin seolah2 mahu menjauhkan diri dari wa. Wa sedar beliau semakin meningkat remaja, dan wa kadang2 melayan beliau masih seperti beliau kanak2 dahulu. Tapi hari itu wa tak sangka persoalan yang timbul dari mulut beliau buat wa tersentap. Wa pernah cakap kat dia bahawa dia boleh mintak wa lepaskan dia bila2 masa dia mahu, kalau rasa wa banyak kongkong idup dia.

2 comments:
"Wa ingat budak ni tak akan datang kat wa lagi. Sekali elok je datang kat wa buat bising macam biasa. Hampesh... Okeylah tu, no hurt feeling."
Hahaha suka baca perenggan ni. Dan biasa terkena dengan bebudak kat sini.
Tapi eloklah tuh, tak berdendam dengan guru. Jangan dia lupa pulak apa yang kita pesan...
really² miss sir...hm...
Post a Comment