Saturday, April 20, 2013

Wa Kembali Lagi Di Sini

Sebaik sahaja sekolah dibuka selepas seminggu bercuti, wa didatangi oleh Puan Guru Penolong Kanan 1 yang bertanyakan hal porgram peningkatan tahun 6 2013 yang masih belum menampakkan apa2 program. Wa sebagai penyelaras tahun 6 rasa bagai ditusuk benda tajam apabila terdengar desas desus mengatakan program tahun 6 tak bergerak. Kalau tau wa tak reti apasal bagi wa tugas ni???

Thanks God, tahun ni wa mendapat seorang S/U yang sangat berpengalaman malah sangat membantu gua dalam menguruskan segala kerja. Wa cuma kena sain je bila kertas kerja dah siap. Last week camtu gak.. Tengok2 kertas kerja untuk kem Anjung Ilmu 2013 anjuran APMT sekali lagi diadakan di tempat yang sama  seperti tahun lepas telah disiapkan oleh cikgu Zamli. Wa malu yang amat apabila beliau mensiapkan semuanya dan terpampang nama wa sebagai penyelaras dan wa setakat kena sain je. So wa amik alih tugas lain2 seperti mensediakan surat kebenaran dan bayaran lain2 termasuklah taklimat kem. Thanks for everyone.

Back to to the title ...
Last 2 years wa dah pernah menjejakkan kaki ke sini. Masa tuh, wa hanyalah watak picisan yang mempergi sekadar untuk menjadi kuli yang mengikut perintah cikgu2 lain. Masa tu juga watak WKH masih belum wujud, tapi itu adalah tahun Amirul.  Tempat yang sama. Tapi cerita yang berbeza....

Last year pun di sini lagi... Marang Village Resort and Spa. Tahun Hafizam... Dan tahun lepas watak wa macam penting sikit. Sebagai fasi la konon2 nye.... Tahun ni wa dah macam okey la sebab tempat sama. Dah tau selok belok. Tapi tahun ni lagi best. Wa jadik penyelaras dan segala2nya wa. Letih siottt.. Sebab tulah wa tak sempat nak hapdet rayap. Tapi tahun ni tiada sesiapa pun... Wa just folo the rentak.. Mana budak yang mai kat wa, budak tu la yang wa layan. 

Baru menjejakkan kaki ke Marang Village. Tahun ni wa gerak secara solo dengan Shiro. 2 tahun lepas wa naik bas. Tahun lepas lak car-pool dengan WKH. Tahun ni...xpelah..

Melepaskan lelah seketika kerana cuaca yang agak panas.

Sebelum pengagihan bilik, ada taklimat kem dan perasmian oleh GB. Tapi wa tak yah la letak dalam sini kot sebab ni bukan blog sekolah..

Aktiviti riadah petang (guru bertugas - wa jugak!)

Ceramah Umum dari Yadim

Tetiba je watak wa menjadi penting apabila diberi peluang untuk menyampaikan cenderamata kepada penceramah tersebut.

Hari ke 2 - Malaysia cergas dan senam robik (guru yang bertugas - WA LAGI!!!)

Selesai bersenam, aktiviti sarapan

Slot pertama hari kedua adalah slot wa dengan kakak / mama wa nih. Beliau layak jadi mak wa sbb anak sulung beliau tua setahun dari wa, tapi tetap maintain membahasakan diri sebagai kakak. Kadang2 kalau kat luar, wa introducekan beliau sebagai mother-in-law. Pastu pasti ada tangan yang singgah kat peha wa. heheheh...

Calon UPSR 2013 (Putera)

Calon UPSR 2013 (puteri)

Riadah hari kedua, aktiviti membina istana pasir...

Dah nak berpenghujung rupanya.... So ni 1st task wa handle dan sebab kenapa rayap sunyi sepi...

Friday, April 19, 2013

Demi Hafizam ..... Part 2

Maafkan wa sebab wa amik masa 3 minggu untuk menghapdet apa yang terjadi seterusnya kepada WKH. Hari kakak aka sang ibu nya WKH ke sekolah, wa dirumah sendirian. Yelah, minggu cuti persekolahan masih lagi bersisa dan wa macam rasa tak sedap hati je. Dalam jam 12 tghari wa mentelefon kakak dan bertanya keputusan sekolah terhadap penggantungan sekolah beliau. Akak menjawab baru saja pulang dari sekolah, suaranya sayu kadangkala mendatar. Ada sendu yang berlagu dihujung suaranya. Wa faham perasaan beliau.

Cerita punya cerita, dipendekkan cerita apa yang wa dapat tahu 
1. Sekolah mengakui WKH wa bukanlah budak yang ada bad record malah dalam kelas pun budak yang innocent je. Cuma kesilapan dalam berkawan dan sekolah mahu memberi pengajaran sebelum kejadian lebih teruk berlaku, beliau dikenakan hukuman gantung sekolah seminggu selepas dibuat rayuan.

2. Memang berlaku kes dengki dalam hal ini kerana nama WKH wa dipetik oleh kawan sendiri kerana kawan itu terlebih dahulu ditahan.

3. WKH wa sudah terbiasa dengan cubaan memintak duit dengan kawan2 sekadar suka2. Bukan threaten sangat pun, tapi disalah anggap oleh orang yang melihat kelakuan WKH wa.

4. Buat pertama kali wa diam je semasa bersembang dengan akak kerana wa lebih banyak mendengar tangisan beliau dari gelak ketawa beliau.

So, soalan akhir wa , lepas ni anak akak takleh kuar ke sepanjang kena gantung? Mana tahu kena detention dalam rumah seminggu. Sengaja wa cuba mewujudkan suasana ceria untuk keluar dari awkward moment yang sedang wa hadapi sekarang. Akak pun menjawab dalam nada sedikit bergurau " Sir nak culik anak kak ni amik lah, takpe dia dah kena hukum pun dengan abg (ayah si WKH) ni...." sambil beliau ketawa.

Mujurlah, akhirnya ketawa jugak akak tu. Memang wa ada sedikit gusar manalah tahu sang anak sudah forbid dari datang rumah wa. Yelah, nak ajar sikit supaya budak tu beringat.  Kesudahannya..wa pulak yang membebel kat WKH bila dia datang lagi. Ada jugak la bebelan yang berunsur perli memerli ni. Lastly wa harap inilah kes terakhir yang beliau lalui.. Dia janji dengan wa..

Kadang2 wa rindukan beliau semasa tahun 4. Sangat la inesen dan lurus...

Sebab-Sebab RaYaP berdebu...

Assalamualaikum... tak jawab berdosa.. Hahaha. Wa dah lama tak hapdet rayap neh. Sebab-sebab wa tak hapdet rayap ni adalah kerana :

1. Wa busy yang teramatlah busy sebaik sahaja selepas cuti berakhir. Sapa cakap keja cikgu ni mudah. Gi sekolah, ngajar dan balik. Sangatlah tidak seperti yang disangkakan. Nanti wa citer apa keje2 wa kena buat

2. Ada sesetegah orang yang kenal wa dan folo blog wa tanya apa kesudahan citer WKH wa selepas kena gantung. Nanti wa hapdet.

3. Busy wa yang pertama adalah wa menguruskan kem anjung ilmu yang bersiaran di sebuah resort kat Marang. Kenapa wa? Dah wa penyelaras UPSR. Tapi wa rasa kerja wa dah jadi senang dengan pertolongan cikgu2 lama yang lain.

4. Wa busy yang ke2 kerana wa menyertai Smart English YDSM yang baru je melabuhkan tirai. Wa trained bebudak action song. Lain2 telah dihambik alih oleh kakak2 wa yang lain.

5. Smart English dah abes tapi disusuli pulak dengan Karnival Bahasa Inggeris yang baru je berlalu minggu ni dan wa telah menggunakan kumpulan yang sama untuk action song untuk pertandingan action song la.

6. Wa sebagai pengurus pasukan bola baling sekolah telah disuruh menghantar pasukan bola baling yang akan berlangsung di sekolah adik angkat wa (WKH) nanti bermula hari Ahad ini.

7. Wa ada migrain.. huhuhu minggu depan nak diadakan kem Sinar pulak di sekolah, sekali lagi wa akan sakit kepala.

8. Blog wa bukan ramai sangat readers pun wa nak hapdet selalu. Lagipun bosan sangat la isi blog wa. Takde enrichment langsung.

9. Wa rasa macam nak private la blog ni sebab ada dikalangan anak2 murid wa yang baca blog ni dan tau banyak perkara pasal WKH wa. Wa takut WKH wa jadik malu.

10. Wa akan cuba hapdet satu persatu...