Sunday, May 12, 2013

Pagi Ini Hening

Pagi2 lagi wa dah ke sekolah dengan Shiro meredah kesejukan pagi yang tak berapa nak sejuk. Pagi ini hari ke dua peperiksaan pertengahan tahun berlangsung.Jadual wa seawal masa pertama dan ke kelas tahun 5. Paper BM 1, kira kertas objektif je la... Senang jer... jawab wa.

Dalam setengah jam yang pertama... tiba2 dua orang anak murid wa yang duk kelas 6G terintai2 ke arah wa. Melambai2 ke arah wa dan wa pun keluar...

"Apahal?" soal wa

"Umar sakit perut..." jawab diorang...

"So??? Kenapa carik sir?" 

"Sir kan guru kelas...."

"Dah tu? Xde cikgu ke dalam kelas jaga korang?"

"Ada...."

Wa selidik sapa yang duk jaga, rupa2 nya sorang cikgu yang paling kurang bercakap dengan semua sedang menjaga. Cikgu baru uols, tgh praktikum lagi. Patut la....  Umar tu budak yang pakai wheelchair dalam kelas wa.. Haiya...anak kelas wa yang sakit perut so wa la yang kena bertanggungjawab... Padahal tolong call je la bapak si Umar...

Wa menserahkan fon kepada diorang suh kol bapak Umar. 5 minit kendian, keluarga umar datang dan bawak beliau balik. Bukan apa, Umar budak istimewa. Pakai wheelchair, jadi kena la perhatian yang lebih dari familinya sendiri. Maaf, wa tak mampu buat apa-apa...

Wa Punya Suka

Kenapa mentulis blog????

Menulis ke menaip ke mengarang ke... setiap orang ada sebab sesebuah blog itu wujud. Ada yang tercipta kerana perniagaan, ada yang dicipta kerana seni, dan ada juga yang tercipta kerana hobi. Bagi wa, banyak kali dah wa pesan, takkan ada cerita pasal keluarga dan rumah tangga wa dalam blog ini. Jadi tak payah la tanya kenapa wa tak pernah mencoretkan sesuatu tentang suri wa. Dan adik beradik pun wa cuba untuk tidak tercoret kerana keluarga adalah bukan kisah untuk ditonton. Wa pun kalau boleh diharap keluarga wa tak yah la baca blog wa ni. Sebab wa tak suka ada ahli keluarga wa yang tak puas hati dengan penulisan wa yang lebih banyak berkisarkan tentang orang lain. Jadi kalau tak suka, sila jangan baca.

Wa lebih suka orang lain yang tidak ada pertalian menegur cara penulisan wa dari ahli keluarga sendiri. Bukan apa, teguran lebih sakit kalau dari ahli keluarga sendiri. Jadi, ini blog wa, ini cara wa.. Tak suka jangan baca...

**mode sentap

Saturday, May 11, 2013

Menjadi JU LAGI??? Not in Million Years!!!!!

Tahun lepas dalam n3 ini KLIK wa telah dijemput menjadi JU untuk KSSR tahun 3. Terbaekkk punya sebab di adakan di Hotel 4 bintang jugak la... Tahun lepas wa pergi sebab tugas wa kat sekolah tak berat sangat. Dan semuanya wa lalui dengan tenang... Minggu lepas plak wa terima surat ni....

Jadi JU lagi??? Untuk tahun 4 pulak. Wa bukan apa, jadi JU memang glamer, tapi wa tak suka dikatakan eksen sebab wa tak hebohkan satu dunia yang wa jadi JU. Selalu gak kena sarcastic oleh kawan2 wa sekolah lain yang bila mana jumpa wa di luar sekolah akan panggil wa as JU dengan kuat pulak tuh!!! Kan wa seorang yang merendah diri. Kadang2 orang panggil cikgu pun wa suruh panggil tukang kebun sekolah je...


See.... nama wa atas sekali.. Eeiiii... tahun lepas cakap akan lantik cikgu baru. Sekarang wa lagi?? Not in million years!!! Wa takkan jadi lagi tahun ni...

So, dengan wajah yang inesen wa berjumpa dengan PK 1, utarakan pendapat wa sebagai guru tahun 6, Penyelaras Tahun 6 dan juga benda2 lain lagi, wa minta jasa baik beliau supaya menjadi penyebab untuk wa tidak pergi. Beliau bersetuju dan berbincang dengan GB wa. Mula2 wa super risau yang GB tidak setuju wa untuk TIDAK pergi. Sekali GB wa setuju menghalang wa pergi atas alasan wa nanti akan selalu keluar bila dah jadi JU sedangkan wa guru tehun 6. Wa takleh simpy tinggalkan pelajar wa yang lain dan pergi memberi kursus kepada guru lain. Wa yang berkursus itu takpe....

Kesudahannya, pihak sekolah sendiri yang menelefon JPN mengatakan supaya wa dikecualikan dari kursus ini dan mencari guru yang lain. Terima kasih GB ku.....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kem Sinar La Pulak

Task seterusnya... Bulan April memang bulan paling BZ yang pernah wa lalui. Kem Sinar ni khas untuk pelajar2 tahun 5 dan 6. Dua tahun lepas ada buat, batch Amirul, tapi batch WKH Hafizam tidak dibuat.

Task kali ni agak superletihs... wa jadik Timbalan Kem Komandan. Tapi semua kerja dilakukan oleh Cikgu Salmi. Kira Cikgu Salmi lah Kem Komandan. Kem Sinar ni more to motivation kem. Semuanya adalah demi mensedarkan anak2 murid wa betapa cepatnya masa berlalu. 

Barisan peserta dibahagi mengikut kumpulan.

Pembentangan kumpulan


Khusyuknye mendengar pembentangan...

Kem bermula seawal jam 8 pagi. Dan berakhir hampir jam 12 tengah malam. So malamnya diadakan majlis solat hajat dan bacaan Yassin bersama parents..



Sebagai guru kelas 6 AG, wa terpaksa menunjukkan muka.

Lepas bacaan Yasin dan solat hajat dan solat Isyak, diadakan pula majlis muhasabah diri bersama ibu bapa. Majlis muhasabah ni biasalah, akan diselangi dengan tangisan mereka yang sedu sedan gituh....
Wajah sebelum di muhasabahkan

Dan nampak nak nangis tuuu



Anak murid wa yang paling lantang bersuara... Sedih jugak akhirnya...

Okey... dah abis kem Sinar... Alhamdulillah... Dah ilang penat. Ntah apa lagi yang sedang menanti wa pun x tau la......

Bola Baling Peringkat Zon

Next task plak.. Bola baling. Dah letih dengan action song, kena plak urus bola baling. Sampaikan ada sorang guru sekolah lain jumpa wa tegur wa " Kamu lagi???? Kamu jugak ke yang handle bola baling?" wa sengih je. "Dah akak tu?" "Akak tukang hantar air je, akak tak ajar main bola baling pun..." wow sarcasm nye pernyataan... hehehe mujur akak tu hulur air sebotol kat wa..

Kejohanan bertempat di Sek Men Tengku Mizan Zainal Abidin, atau nama pendeknya, STEMZA... Ya betulllll..... Sekolah WKH wa sekarang. Kira okeylah sebab dekat je dengan sekolah wa. So berbekalkan seminggu tempoh masa untuk berlatih, dan dengan pertolongan Ckigu Norhayati Ali dan Cikgu Shahir, wa berjaya membentuk 2 pasukan , satu lelaki dan satu perempuan.

Pertandingan saringan diadakan 2 hari. Perempuan hari pertama dan Lelaki hari kedua. Kedua2 hari tersebut wa tetap mempergi menlihat anak2 wa bertanding. Dan 2 hari tersebut juga wa minta WKH wa tidak balik dengan van, sebab peneman wa di sana.

Hari pertama, pertandingan saringan untuk perempuan bawah 12.

Memandangkan wa mentahan beliau dari membaliki,  wa telah mensediakan lunch berupa nasik ayam kepada beliau.

Lepas makan cadang nak bersiar2 di kawasan sekolah beliau.

Inilah kelas beliau di tingkat 2. Kelas Saidina Ali.

Wa check keje sekolah beliau dan mendapati beliau menggunakan nama wa dalam contoh karangan beliau. What a very thoughtful of you.


Baru tingkatan satu dah tinggi lebih kurang macam wa jerk....

Ni hari kedua, saringan lelaki pulak. Tengok baju wa pun dah lain kan.....





Keputusannya, lelaki menang dari sekali je dari 3 perlawanan. Begitu juga dengan perempuan. Kesimpulannya, tak leh gi suku pun... Okeylah, sekadar pengalaman bertanding kira okey lah...

Action Song Yayasan Diraja Sultan Mizan

Dekat PRU ni wa semakin relaks.. Yelah, wa bukan terlibat pun dengan PRU.. Tapi time wa tulis ni wa memang kira rileks jugak la.. Pastu wa terlibat lak dengan Action song untuk tahap 1 dan 2. Lagu telah dipilih oleh ketua panitia BI iaitu Kak Sham, kendian wa ditugaskan bahagian mencari minus one dan mengedit lagu. Pastu dengan pertolongan tecer Izza dan Tecer Tini, wa menlatih depa tiap2 minggu dan koregrafi banyak diterbitkan oleh tecer Tini tapi didemonstrasikan oleh wa sendiri. Alhamdulillah, berkat usaha wa, dapat la no 3.. Hurmmm dapatlah habuan 10 hengget seorang
Bertempat di SMK Bukit Tunggal, dikendalikan oleh 3 orang guru, dan 12 orang pelajar. 4 daripada bebudak ni naik dengan wa. Ada 6 orang lelaki tapi wa amik 4 orang je...Dari belakang Kimi (thn5) Shamil (thn 3) dan Naimullah (thn 6). Duk depan tu Amir (thn 4) adik kepada Anis.


Sesi bermanja dengan Amir.


Bersama dengan sebahagian peserta dari SeKeBuN wa.

Kuiz untuk tahap 2. Photo untuk Action song wa tak dapat amik sebab wa sibuk duk kat back stage. Bahagian teknikal la....Video ada tapi nantilah..


Apa lagi yang sedang menanti wa selepas ni? Huhuhu.. bola baling dan Kem Sinar... Penatnye....

Wednesday, May 8, 2013

The irony....

Last week wa agak hangin dengan sebuah pernyataan kawan2 wa yang menyatakan wa eksen. Yelah, wa dikatakan eksen sebab tidak memberitahu satu dunia yang wa dah pakai smatfon yang murah. Sebab orang yang kata wa eksen tu semuanya xpakai semat fon, tapi intelligent fon.. Tak pun brilliant fon... kalo setakat wa ni semat je larh...

Alhamdulillah...wa dididik dengan sifat merendah diri dan tidak menghina orang lain. Bila wa mampu memakai kereta, wa tak terhegeh2 nak letak dalam fb ke, blog ke yang wa dah berkereta...kerana apa? Kerana dulu wa selalu ditanya oleh ex-schoolmate wa yang dah lama tak jumpa, dengan soalan "kau pakai kerete apa sekarang?" Dan wa pernah tulis dalam fb, adakah kejayaan seseorang diukur dengan jenis kereta yang dipakai?? Wa beli kereta sebab kehendak dan keperluan untuk bergerak..  Hampir setahun wa memiliki Shiro, barulah wa berani nak revealkan siapa Shiro dalam Rayap wa nih. Selalunya wa letak pic tak complete.. Kadang2 nampak tayar je, kadang2 nampak cermin je. Tu pun wa takde nak revealkan no plate wa yang kalau wa tunjuk lagi la orang duk perli...

Berbalik kepada citer hangin last week. Wa dekat sebulan pakai fon yang semat je... Bukan brilliant atau intelligent sangat pun... Dan sesetengah kawan wa yang wa nak tanya pasal fon ni wa akan cakap. Yang nakhororm nye, bila ada yang tahu wa pakai semat fon yang setakat semat je, boleh cakap wa eksen sebab wa tak canang satu dunia, wa tak letak dalam fb, wa tak tagged semua orang "Look world... I have a semak fon... wooohoooo... Lihatlah dunia...." Lagi wa kena maki ada lah. Ni wa dah bersifat wasatiah, berpijak pada bumi yang nyata, mempunyai kesedaran yang tinggi, dan sembahyang lima kali sehari (ada kaitan ke??), wa dikatakan eksen bila mendiamkan diri dari memberitahu wa pakai semak fon. Dan orang yang pakai imtelligent fon tu siap cakap yang dia pakai INTELLIGENT FON 10 pun tak eksen.. padahal dah highlight tu nak cakap. Jadi sekarang ni orang yang merendah diri macam wa ni la nakhorom dan orang yang perli2 wa tu lah dewa agaknya kan.. Dah ko mampu, tahniah la... Tahu la ko pandang semak fon ni menyemak je.. Nama pun semak. Memang dunia dah nak kiamat kot sebab sifat mahmudah dianggap eksen dan mazmumah itu yang bagus untuk kesihatan.

Last week wa kuar dengan member baik jugak la dengan wa ke sekolah beliau. Saje jalan2 malam sambil makan. Wa dah kenal sangat dengan perangai dia yang suka komplen dengan apa saja yang wa ada walaupun benda tu dia pernah idamkan. Tapi bila wa ada dahulu dari beliau, pasti beliau akan mengkumen yang tak best2 pasal benda tu.

Wa sebaik mungkin cuba menyembunyikan pemilikan wa terhadap semak fon wa ni sebab beliau yang memiliki Intellgent fon 400s ni pernah mencaci maki jenis fon wa ni. Katanya besar la, tak cantik, tak mainlah android, dan macam2 lagi. Yang paling best siap cakap fon ni x rupa macam fon pun... Besar sangat.

Nak dijadikan cerita ada orang call wa semasa beliau sedang mendrive kereta beliau. Maka terpaksa la wa menjawab di depan beliau. Wa dah macam... alamak... sebab wa tau lepas ni mesti ada je yang keluar dari mulut beliau. Ye betulllll..... Sebaik sahaja wa memutuskan panggilan, terus beliau mula berbicara. "Fon baru????" diikuti dengan sarcasme yang lain2. Kenapa tak beli grand la, tak beli s3 je ke.. mesti ada je x kna... wa diam je sebab wa tahu itu perangai beliau...

Nasib baik wa tak menjawab sebab malam tu beliau belanja wa makan sup tulang. Hahahh... Ada kebaikan jugak bila wa tak menjawab. Thanks my frennnn..

The irony nye bila baru2 ni kawan wa call, beritahu tak leh nak wasap dengan LINE dengan beliau sementara. Wa tanya la kenapa. Jawab beliau intelligent fon beliau masuk wad. Ada masalah sikit. Kalau kira nak je wa tanya bukan ke Intelligent fon ko tu sempurna, ko gak cakap xkan rosak. TAKKAN ROSAK ye uols... Lebih bagus dari semak fon... masuk wad jugakkk.. Tapi sebab wa seorang yang eksen, wa takkan menyakiti hati kawan wa yang lain. Orang eksen memang macam tu. Orang yang baik2 je suke sarcasme orang lain... Jadi terima kasih atas peringatan ini. Wa memang eksen......

Sunday, May 5, 2013

State The Obvious

Normally, people always judge what they can see, and normally they will state the obvious. Nampak sorg tu panjang and people around him will call him panjang, lonjong, kalau takde rambut, panggil botak, kalau pendek panggil katik. 

Last N3 wa citer pasal Kem Anjung Ilmu Untuk Pelajar Tahun 6 yang telah pun diadakan di Marang Village Resort and Spa. Macam biasa wa jadik pencacai kadang2 peracau bahkan meracau2 gak la keja wa. Kena runner sini, kena runner sana. Tapi wa seronok dengan tugas wa, so wa redho jer larh..

Tugas wa kat sana jugak adalah sebagai technician untuk kakak2 yang buat2 tak gheti nak sambung kabel ke projector, nak pasang PA System, dan semua2 lah...wa jugak yang kena buat. Bab riadah -> wa lagi. Bab senam robik -> wa jugak. Bab makan -> hehehe yang ni wa menyibuk. Bab surau -> mujurlah bukan wa. Ustaz ada. Tapi satu kegemaran wa adalah mengambil beratus2 gambar dan malamnya wa akan edit jadi video macam tahun2 sudah. 

Dan seperti biasa wa play video diorg setiap kali sebelum satu2 slot bermula. Dan video yang pertama adalah berkisarkan hari pertama diorang kat kem. Dan kesudahannya wa nak citer pasal apa yang berlaku selepas dah balik ke sekolah.

Petang tu ada karnival sukan kat sekolah. Macam biasa wa pun hadir untuk memeriahkan suasana. Ada satu time tu Si Anis (putri yang wa pernah citer lepas2) datang kat wa. 

"Sir tau tak..." Anis berbasa basi memulakan bicara

"Tau apa?"

"Hari ni si F**** menangis dalam kelas, ada orang duk mengata kat dan dia buli dia"
(F**** adalah seorang pelajar lelaki di dalam kelas 1st dan beliau adalah budak baru, kira bukan anak murid wa pun....)

Wa pun tanya la sikit sebanyak perihal F ni akan kejadian itu. Katanya sebab tak tahan dibuli oleh rakan2 sekelas yang mostly perempuan yang gedik. 

Di hujung cerita wa tanya Anis balik

"Yang hairannya, kenapa Anis citer kat sir?"

"Alah, macam la Anis tak tau... Sir macam suka kat F je..."

"Suka? Suka yang camne tuh?" soal wa lagi

"Mana lah tau jadi WKH sir yang baru ke, pengganti Fizam..."

Wa tergelak. Apasal sampai ke situ yang dipikirnya.

"Awat Anis pikir camtuh?"

"Dalam video sir kat Marang hari tuh banyak muka F...Anis jeles..."

Wa tergelak kali ke pat ratus... Entah apa2 la pemikiran diorang. Wa menafikan semua tu sebab wa takde niat pun nak rapat dengan mana2 budak since Hafizam masih lagi ada. Heheheh... Memang obvious sangat ke muka F tu bersepah dalam video wa? Bila wa tengok balik, macam ada la beberapa keping.. Tapi wa takdelah fokus kat mamat tu je. Tak tahan bila Anis pura2 jeles tuh... Heheheh...