Wednesday, May 8, 2013

The irony....

Last week wa agak hangin dengan sebuah pernyataan kawan2 wa yang menyatakan wa eksen. Yelah, wa dikatakan eksen sebab tidak memberitahu satu dunia yang wa dah pakai smatfon yang murah. Sebab orang yang kata wa eksen tu semuanya xpakai semat fon, tapi intelligent fon.. Tak pun brilliant fon... kalo setakat wa ni semat je larh...

Alhamdulillah...wa dididik dengan sifat merendah diri dan tidak menghina orang lain. Bila wa mampu memakai kereta, wa tak terhegeh2 nak letak dalam fb ke, blog ke yang wa dah berkereta...kerana apa? Kerana dulu wa selalu ditanya oleh ex-schoolmate wa yang dah lama tak jumpa, dengan soalan "kau pakai kerete apa sekarang?" Dan wa pernah tulis dalam fb, adakah kejayaan seseorang diukur dengan jenis kereta yang dipakai?? Wa beli kereta sebab kehendak dan keperluan untuk bergerak..  Hampir setahun wa memiliki Shiro, barulah wa berani nak revealkan siapa Shiro dalam Rayap wa nih. Selalunya wa letak pic tak complete.. Kadang2 nampak tayar je, kadang2 nampak cermin je. Tu pun wa takde nak revealkan no plate wa yang kalau wa tunjuk lagi la orang duk perli...

Berbalik kepada citer hangin last week. Wa dekat sebulan pakai fon yang semat je... Bukan brilliant atau intelligent sangat pun... Dan sesetengah kawan wa yang wa nak tanya pasal fon ni wa akan cakap. Yang nakhororm nye, bila ada yang tahu wa pakai semat fon yang setakat semat je, boleh cakap wa eksen sebab wa tak canang satu dunia, wa tak letak dalam fb, wa tak tagged semua orang "Look world... I have a semak fon... wooohoooo... Lihatlah dunia...." Lagi wa kena maki ada lah. Ni wa dah bersifat wasatiah, berpijak pada bumi yang nyata, mempunyai kesedaran yang tinggi, dan sembahyang lima kali sehari (ada kaitan ke??), wa dikatakan eksen bila mendiamkan diri dari memberitahu wa pakai semak fon. Dan orang yang pakai imtelligent fon tu siap cakap yang dia pakai INTELLIGENT FON 10 pun tak eksen.. padahal dah highlight tu nak cakap. Jadi sekarang ni orang yang merendah diri macam wa ni la nakhorom dan orang yang perli2 wa tu lah dewa agaknya kan.. Dah ko mampu, tahniah la... Tahu la ko pandang semak fon ni menyemak je.. Nama pun semak. Memang dunia dah nak kiamat kot sebab sifat mahmudah dianggap eksen dan mazmumah itu yang bagus untuk kesihatan.

Last week wa kuar dengan member baik jugak la dengan wa ke sekolah beliau. Saje jalan2 malam sambil makan. Wa dah kenal sangat dengan perangai dia yang suka komplen dengan apa saja yang wa ada walaupun benda tu dia pernah idamkan. Tapi bila wa ada dahulu dari beliau, pasti beliau akan mengkumen yang tak best2 pasal benda tu.

Wa sebaik mungkin cuba menyembunyikan pemilikan wa terhadap semak fon wa ni sebab beliau yang memiliki Intellgent fon 400s ni pernah mencaci maki jenis fon wa ni. Katanya besar la, tak cantik, tak mainlah android, dan macam2 lagi. Yang paling best siap cakap fon ni x rupa macam fon pun... Besar sangat.

Nak dijadikan cerita ada orang call wa semasa beliau sedang mendrive kereta beliau. Maka terpaksa la wa menjawab di depan beliau. Wa dah macam... alamak... sebab wa tau lepas ni mesti ada je yang keluar dari mulut beliau. Ye betulllll..... Sebaik sahaja wa memutuskan panggilan, terus beliau mula berbicara. "Fon baru????" diikuti dengan sarcasme yang lain2. Kenapa tak beli grand la, tak beli s3 je ke.. mesti ada je x kna... wa diam je sebab wa tahu itu perangai beliau...

Nasib baik wa tak menjawab sebab malam tu beliau belanja wa makan sup tulang. Hahahh... Ada kebaikan jugak bila wa tak menjawab. Thanks my frennnn..

The irony nye bila baru2 ni kawan wa call, beritahu tak leh nak wasap dengan LINE dengan beliau sementara. Wa tanya la kenapa. Jawab beliau intelligent fon beliau masuk wad. Ada masalah sikit. Kalau kira nak je wa tanya bukan ke Intelligent fon ko tu sempurna, ko gak cakap xkan rosak. TAKKAN ROSAK ye uols... Lebih bagus dari semak fon... masuk wad jugakkk.. Tapi sebab wa seorang yang eksen, wa takkan menyakiti hati kawan wa yang lain. Orang eksen memang macam tu. Orang yang baik2 je suke sarcasme orang lain... Jadi terima kasih atas peringatan ini. Wa memang eksen......

0 comments:

Post a Comment