Kenapa mentulis blog????
Menulis ke menaip ke mengarang ke... setiap orang ada sebab sesebuah blog itu wujud. Ada yang tercipta kerana perniagaan, ada yang dicipta kerana seni, dan ada juga yang tercipta kerana hobi. Bagi wa, banyak kali dah wa pesan, takkan ada cerita pasal keluarga dan rumah tangga wa dalam blog ini. Jadi tak payah la tanya kenapa wa tak pernah mencoretkan sesuatu tentang suri wa. Dan adik beradik pun wa cuba untuk tidak tercoret kerana keluarga adalah bukan kisah untuk ditonton. Wa pun kalau boleh diharap keluarga wa tak yah la baca blog wa ni. Sebab wa tak suka ada ahli keluarga wa yang tak puas hati dengan penulisan wa yang lebih banyak berkisarkan tentang orang lain. Jadi kalau tak suka, sila jangan baca.
Wa lebih suka orang lain yang tidak ada pertalian menegur cara penulisan wa dari ahli keluarga sendiri. Bukan apa, teguran lebih sakit kalau dari ahli keluarga sendiri. Jadi, ini blog wa, ini cara wa.. Tak suka jangan baca...
**mode sentap
0 comments:
Post a Comment