Thursday, August 6, 2009

Susu Cincau

Hari ini kelas last sekali, tu pun untuk waktu PJK. Aku bila sampai je giliran PJK ni memang aku malas.. Dalam RPH bukan main lagi tulis membuat regangan dalam bilangan 8, membuat larian setempat la... alihnya bertempat2 diaorang berlari. Aku plak kena bertempik hampir setiap hari nak suh bebudak diam.. Harap2 aku dapat la sekolah SK yang heaven nanti bila posting.. Aku taknak la sekolah yang 100 % jantan macam ni lagi...harun yang amat dibuatnya....

Hari ni aku bertugas macam biasa.. aku main internet macam biasa dan membaca blog-blog orang macam biasa.. esp blog2 guru.. Blog cikgu Jimi betul2 membuat aku tersentuh, sampai menitiskan air mata.. ntahla.. perasaan sayu mendengar rintihan seorang guru memasang pengharapan kepada 12 anak muridnya itu berjaya dalam UPSR yang akan datang. Kini aku sedar tugas seorang guru bukan mudah.. Banyak kisah suka duka yang tersimpan dalam memori seorang guru..

(ini bukan meniru cara cikgu jimi menulis, cumalah sekadar aku mengimbau 33 murid aku sepanjang aku menjalani praktikum di SK St Michael 1 ini dengan penuh harapan. Aku takkan citer semua)

Mula-mula Shaun Lim- Student top score dalam kelas 3 Bistari. Banyak membantu aku kerana boleh dikatakan dia hampir faham setiap soalan aku. Mean sekurang-kurangnya objektif aku akan tercapai dengan wujudnya pelajar ini. Seorang yang kemas dan bersih, pernah menyatakan aktiviti yang aku buat tak sesuai untuknya - senang sangat, boring, dia cepat siap.. tapi aku tak mudah luntur semangat, Shaun seorang yang genius dan tidak susah untuk mengawalnya.



Jargoop Singh- pelajar yang kedua selepas Shaun yang genius dalam kelas aku. (Dalam gambar yang pakai turban la, sebelah dia irham, len kali aku citer)...Seorang berketurunan Singh dan nakalnya bertempat. Tak banyak songeh tapi masih suka bermain dalam kelas.



Qayum Hakimy- student yang paling aku terkejut. (dlm gmbr sebelah kiri). Dia tidak kenal dengan abang sendiri sebab perceraian ibu bapanya. Budak pemulihan dan hanya beberapa perkataan sahaja yang dia tahu dakam bahasa inggeris. I dengan YOU sahaja dia tahu.



Imran- keturunan mamak, pendiam tapi pemalas, tak pernah hantar buku, last sekali aku ugut akan bawa kepada guru disiplin, baru nak beli buku baru.



Farhan- juga budak pemulihan, aku sampai ke hari ini tak tahu camne dia nye suara, tanya soalan, jawapan dia mesti aku dengar bunyi kipas, takpun dengan bunyi angin dari luar kelas, sebab tak pernah jawab setiap kali aku tanya soalan.



Akim- pemulihan jugak, sangat pasif, bila ditanya soalan baru dia buat-buat comel, kemudian aku pun amik gmbr dan bagi kat Kak N. hahaha... (nak tgk gmbr akim? skrol je ke bawah)


Rhofik- berasal dari indonesia, sangat pelahan tapi mendengar cakap. Jalan pun macam orang letih, cakap pun tak berapa fasih lagi...


Keith Lee- keturunan Cindian, dan paling harun dalam kelas aku. Suka bangun dan berjalan-jalan, banyak kali makan sepak dari aku. Tapi dia ngaku kesalahan dia.



aku dah sakit belakang... ada masa aku hapdet!!!

4 comments:

Aini Faizi Jaslan said...

M, aku x sangka ko menyepak bebudak tu.. dush dush..!! alangkah bestnyer kalau aku pun pakai suar time mengajo.. bebudak sekolah aku pun superharun jugak!

Mr M said...

Sepak bukan erti kata sepak pakai kaki, ni se-pak S.E se P.A.K pak SE-PAK..pakai tangan je..hehehe

Bungo Lale said...

Bintang-Bintang Ke Syurga.

kamu percayakah M sepak bebudak itu? huhuhu... beliau kan superpenyayang kat kanak2? T__T

Mr M said...

Superpenyayang kat keseekoran dengan dua ekoran je.. Huhuhu.. Mengerti la bahawa aku suke sepak-sepak dengan tangan ajo..

Post a Comment