Monday, September 14, 2009

Dante Dendang Perantau

Masa : 4.45 pm
Hari : Isnin
Tarikh : 14 Sept 2009
Tempat kejadian: Bilik Mesyuarat St Michael 1

Huhu.. dulu masa keje tahun lepas memang takde langsung rasa suasana raya ke hape.. bebudak lain yg keje pejabat asyik duk citer pasal ofis diorg dah macam shopping complex... lagu raya asyik mencorong di speaker... skang ni pun aku rasa macam kat shopping complex sbb meeting room ni kedengaran lagu raya dimainkan oleh cikgu Syukri. Paling tak tahan lagu dendang perantau. Huhuhu.. baru je merantau ke ipoh dah rasa cam jauh plak.

Sebak.. perasaan itu bercampur baur dengan situasi yang aku alami sekarang. Oh ya, dante sudah diadmitkan ke HP centre, belum apa2 lagi dah terbang RM 95 sebagai yuran pendaftaran masuk dan bilik wad (ye ke?) Berat jugak masa nak melangkah tadi meninggalkan isteri tersayang di sana... seminggu plak tuh nak kena admit...

Petang yang hening ni sambil melayan lagu raya yang syahdu shahdan.. mengingatkan pagi raya yang bakal menjelma.. Camne ek? Mentolong la aku.. aku tak reti...

Blog tanpa gambar umpama makan nasik tanpa lauk lagi.......

0 comments:

Post a Comment