Tuesday, September 29, 2009

Mencari Redup Yang Terkacissssss

Hari ini aku rasa macam redup je.. walaupun kat luar terang benderang, tapi redup di hati aku tiada siapa yang tahu. Perjalanan mencari ilmu mesti diteruskan, persinggahan di st Michael ini adalah sebagai satu episod prolog dalam permulaan aku menjadi cikgu. Di sinilah aku mengenal erti payoh, susoh, sakit, tensen, huhuhu..

St Michael 1 ku tinggalkan jua.. aku malas la nak citer nanti meleret2 plak.. Yang pasti aku takkan lupakan anak2 murid ku yang pertama sebagai seorang guru ni...

Tak tahu nak cerita apa.. Raya pun dah berlalu... Kini perjalanan diteruskan di maktab. Tak perlulah aku cerita apa yang berlaku pada pagi raya yang penuh kesyahduan naluri sangat tuh.. Sehari sebelum raya aku mentuju ke tanah perkuburan Islam menziarahi pusara 3 orang ahli keluarga aku- arwah Mazlan abang kesayangan sudah mentinggalkan dunia ini 21tahun yang lalu.. Tidak jauh dari pusara arwah ialah ibunda tercinta -Madziah yang telah dijemput ke sana pada 10tahun yang lalu dan terakhir- Haji Mokhtar yang telah pergi 3 bulan yang lalu.. masih terasa seolah terdengar suara beliau memanggil nama aku..kadang2 macam tidak percaya.....

Aku ke pusara adalah untuk mentebas lalang yang meliar dan mentumbuh merata-rata. pusara abang kulihat seperti tidak terurus, dengan sepohon kayu yang merendang, betul2 atas nisan sebelah kakinya... pusara ma yang suram, dah pusara abah yang masih merah tanahnya...

Raya bertakbir lagi... sayup di hati mengharapkan esok tidak muncul kerana pada siapa aku harus bersalam2 di pagi raya. Setidak2nya wujudnya ma yang ke-2 adalah untuk menyakinkan aku raya mesti diteruskan juga meskipun dalam mode bersedih. Malam raya hanya adik aku yang bersungguh-sungguhan membersihkan dan menghias rumah. Aku ditugaskan mengambil sate yang telah siap ditempah dan hasilnya aku tak sempat nak amik gambar sate (motif?? macam orang tak kenal sate plak)...

Sebut pasal gambar.. aku sesungguhnya sangat menterkilankan diri kerana memori kad phone aku ter di format aku dengan sengaja.. geram sungguh tapi nak buat macam mana?? abis ilang gambar2 yang super kacis. Gambar2 dengan anak murid pun abis jugak.. haiiyaaaaa...
So.. dengan tersiarnya entry ini agar dapat menjawab segala pertanyaan orang2 yang bertanya akan tentang entry baru.. ada masa akan di tulis lagi...

2 comments:

Aini Faizi Jaslan said...

saya terasa x kaciss yang amat bila terbacakan yang anda terformat hanfon sendiri... haduhhh.. boleh jadik sengal setengah hari tu..

bersabarlh...sepertimana sy juga menerima kenyataan hanpon sy rosak dimakan anak sendiri..

Mr M said...

kenapakah anak awak makan henpon?? kan dia suke daging rusa.. ni kes elaun tak masuk la ni..sampai hanpon pun digulainya

Post a Comment