Wednesday, September 16, 2009

Kamu datang dengan cinta secara banyak..(edisi memplagiat tajuk kakok dengan jayanya...)

U come with a lots of love...

Hari : Rabu
Tarikh : 16 September 2009
Tempat : Permai Lakeview
Masa : 11.00 pagi

Hari ini dan esok.. semuanya bakal tinggal sejarah. Sekolah yang pertama dalam hidupku sebagai guru pelatih bakal aku tinggalkan. Semuanya menjadi nostalgia dan kenangan. Sesetengah orang akan ketawa dan sesetengah orang akan menangis (betul ke?)

Sebelum aku lanjut berbicara.. ingin aku mem'welcome'kan 3 org followers baru akuk iaitu
1. Puan Nor Baizura Anang (missiez) selaku pensyarah di Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), juga bekas guru TESL yang dah banyak pengalaman di sekolah2 menengah sebelum bergelar pensyarah, selamat datang Puan..

2.Tuh yang muka lelaki pakai spek tuh abang sulung gua eh silap, adik gua yang bakal menjadi ayah dua tiga pat tahun lagi sebab kawin pun belum.. mungkin dalam masa terdekat kot.

3.Bakal adik ipar gua si Fantagiro tu.. dia pun ada blog sendiri jugak okey!! Semoga happy sokmo la menyinggahi blog ni.. xbest sangat pun.. merapu meraban je banyak.

Okey.. back to the title.. hari ni, dengan esok.. lepas ni aku tak jumpa lagi Qayum, Shaun, Akim, Adli, dan semua2 laa.. nak rindu gak ke?? huhu walaupun semua macam harun.. tapi biasalah, nakal bebudak, aku marah pun, marah camne sangat la kan? Ada jugak la part yang aku sampai hari ni berdendam (hahahaha) takdel a, kidding je...

Sebilangan daripada anak murid aku..Jantan belaka...

3 Bestari kalo dikira terdiri daripada 7 india , 8 chinese dan 18 orang melayu.. Yang Cina suka belajar, India suka main, Melayu tak suke buat apa-apa. Harun kan???







Semasa ujian bulanan


Pewaris legasi aku...
Edisi Mencari Laila....
Laila mana korang ingat.. Lailatul qadar laa.. Rajin jugak la mencari setiap malam yang masih berbaki ni.. Apa aktivitinya?? Tak perlu la aku bagitau.. semua tau kan...
Ada 2 hari jer lagi nak berbuka kat Ipoh ni, petang ni dan esok.. esok berbuka pose beramai2 yang Ajim organize tuh, tapi tak tau la nak gi ke tak nak.. Hotel Syuen.. aku bukan la anti sosial, tapi.. macam mahal sangat la kat hotel.. tak tau la berbaloi ke tak. Sangat tidak dapat mentolong diri sendiri dalam membuat keputusan.. kalo si setiaku disini dengan bintang2 nak pergi aku okey je.. Boden pun dah bagi kata putus tak nak pergi...
Okey la.. setakat ini sahaja dahulu..nantikan n3 edisi raya sebelum raya yang bakal menjelang tiba..
Selamat Hari Raya untuk semua maafin ya... zahirin dan batinin..
bababababababaiiiiiii

3 comments:

::MiSsieZ:: said...

pembetulan:

CIK noor baizura ok???

raye ni jemput dtg umah.tak jauh pun adela sekangkang kera jarak rumah kite ye.hehe

Mr M said...

Terima kasih kerana pembetulan tersebut, kesalahan ini adalah disengajakan dan harap maaf kerana tidak dapat membuat pembetulan terhadap post yang telah dipublish.. terima kasih puan..heheheheh

Bintang-Bintang Ke Syurga said...

ntah la nak g ke x..sebab dah g malam tadi nyer makan makan.. x kott..

Post a Comment