Saturday, October 30, 2010

Ya Allah, Ampunilah Dosa HambaMu ini

Tadi aku saje la mengunjungi blog seorang guru jugak. Jumpa plak n3 beliau pasal ni. So aku pun amik kesempatan ini untuk berkongsi dengan sesiapa yang singgah di Rayap aku supaya sedar yang umat manusia semakin berani menghina Islam dan juga junjungan besar Nabi Muhammad secara terang-terangan. Sedihnya ada jugak pengguna FB yang Islam (dari nama yang tertera) menjadi penyokong grup ni.

Tujuan post ni bukan nak suruh korang join, cuma sekadar beringat sesama kita...

Apa dah jadi dengan dunia??? Klik sini

Kalo Allah nak turunkan bala, harap2 tiada umat Islam yang turut terkena tempiasnya termasuk aku.

Pasca UPSR 2010 Versi Aktiviti Luar Sekolah

Sepanjang 14hari Pn Ma mentinggalkan bumi Malaysia, sayu jugak hati sepanjang beliau mentiadakan diri. Mula2 tu memang rasa sedih gak. Rasa beruntungnya diri ini kerana masih ada seseorang yang buleh aku panggil Ma lagi sungguh pun title aku ialah yatim piatu.

Minggu ke 2 aku mensetelkan banyak benda, dengan mensiapkan road tax puan Honda, menservis Encik Myvi, dan mencari barang2 dapur stok untuk beberapa minggu ni. Pastu terlintas plak nak mengajak WKH datang rumah. Hari tu saje je la tanya beliau nak tak datang rumah aku untuk bermalam. Dia jawab nak, pastu tanya apa ada kat rumah aku. Aku jawab la bleh main PS2, lagi la excited dia nak datang.

So, hari Rabu aku membawa beliau ke rumah aku. Mula2 tak tau gak nak buat apa petang, aku lak jenis malas nak kuar jalan2. Last2 lepas Asar aku ajak beliau mentolong aku merumput di taman mini sebelah rumah aku tuh. Leh jugak beliau berbakti.


Rumput-rumput yang panjang2 tu telah dicantas oleh beliau.


Kemudian, beliau kembali ke sekolah pada esoknya (datang ke sekolah dengan aku la) beliau menyebarkan berita kedatangan beliau ke rumah aku.

Aku balik rumah rasa sunyi je sebab semalaman dah beliau teman aku berbual macam2 benda sebelum tido. Alih2 malam ni aku sunyi lagi. Bangun pagi Jumaat dengan perasaan yang berat tapi hidup mesti diteruskan.

Aktiviti Jumaat aku membersihkan kolam ikan dekat halaman rumah. Masa tu jam dekat pukul 11 dah. Tiba2 aku melihat kelibat basikal kuning yang aku rasa sangat familiar dengan wajah tuannya. Aku mimpi ke? Kelihatan WKH sambil tersengih2 di halaman rumah. Disusuli pula beberapa buah basikal lagi yang datang - Khairul, Ashraf dan Amirul.



Berdiri di belakang WKH dan Khairul
Duduk di depan Ashraf dan Amirul

Dipendekkan cerita malam tu diorang lepak sini. Petangnya mereka menyambung semula kerja2 merumput yang tidak sempat dihabiskan oleh WKH 2 hari lepas.


2 orang ditugaskan di bahagian rumput tepi rumah.

Gambar sebelum - lagi 2 orang di bahagian belakang rumah

Gambar selepas

Aktiviti Sabtu plak sangat berilmiah. Membawa mereka ke Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Duduk sana dalam sejam. Pastu balik. Aktiviti petang hanyalah bermain game dan mereka bergerak pulang dalam jam 4 petang selepas selesai makan dan minum...

Aktiviti di Perpustakaan Awam - membaca la..


Ketandusan idea untuk mengepost sesuatu disini membuatkan hanya subjek WKH je yang selalu ditampilkan. Sangat meminta maaf kerana blog ini sangat boring....

Monday, October 25, 2010

N3 ini kontot


Sekadar mengepos n3 yang kontot...

Ramai cikgu kat sekolah aku cakap aku baik sangat, rapat, sayang, manjakan, berkepit selalu dengan WKH. Tapi bagi aku itu adalah perkara biasa sebab cikgu2 lain pun cakap itu adalah biasa bagi guru yang setahun jagung macam aku ni. Lagipun sejak dia rapat dengan aku, perangai dia dah mula berubah kepada +ve (pada mata cikgu2 lain la, kalo bagi kawan2 dia, rasanya WKH tetap macam WKH yang dulu).

Cikgu2 lain paham, sebab diorang pun camtu gak dulu. Ada yang kata WKH untung sebab aku tak kahwin lagi, tu yang di'pampered' oh bagai tu. Bila dah kahwin, dah punya anak, tok sah harap la ada cikgu yang ambil berat macam yang aku buat sekarang ni.

Sejak akhir-akhir ni, pelajar-pelajar lain pun dah mula perasan sesuatu. Sebagai contoh, bila time Zohor je, aku adalah antara guru yang akan me'round' sekolah untuk mempastikan semua pelajar tahap 2 turun ke musolla, tidak ada yang ponteng Zohor dan terus balik. Ada la satu hari aku terlepas 4 ekor budak tahun 6 yang 'tembo' balik sebelum solat Zohor. Dah nak buat camne, takkan aku nak kejar, aku pun ke surau. Sampai je ke surau dengan tanpa disuruh, 2-3 orang pelajar tahun 4 memberi tahu nama2 pelajar yang 'tembo'. Aku angguk je. Tiba-tiba je ada sorang pelajar menyampuk....

"Sir jangan risau, Hisham ada kat atas...."

Aku heran, aku tak tanya pun tapi budak tahun 4 ni macam faham je apa aku sedang fikirkan.

Erm... 3minggu je lagi nak bersekolah. Lepas tu wajah2 yang aku bakal tinggalkan, bakal aku rindukan... Kamu datang dengan cinta secara banyak, kamu pergi dengan rindu secara banyak jugak....

Bercakap pasal kahwin, kepada yang berkenaan, bila nak masuk meminang aku ni? Nak la ada anak sendiri kan... baru la dah takde istilah WKH tu kat anak orang lain... hahahahah...

Thursday, October 21, 2010

Kepergian Pn Ma


N3 ini sepatutnya dipublishkan minggu lepas, tapi disebabkan kekangan masa yang melanda, serta perjimbaan diri sendiri menyebabkan dah masuk hari ke 9 pn Ma berada di Tanah Suci barulah n3 ni berjaya dipublishkan.

12Oct 2010 - pertama kali mengambil CRK kerana ingin menghantar pn Ma ke airport Sultan Mahmud K.TRG. Dari jam 5 pagi lagi dah bangun awal2 sebab ingin mengambil nasi kuning di rumah Teh Rahmat (ntah betul ke tak nama panggilan dia nih)

Pagi2 dah ramai mengumpulkan diri... cerita banyak pun tak guna, jom layan gambar..

Mana lak datang wabudak watadda ni? Berduyun2 lak tuh

Oh, datang untuk menghantar cikgu beliau naik kapa tebang (seperti yang budak aiman sebut)

Salam salam


Selamat mempergi.......

Sejak akhir2 ni Rayap sedikit berhabuk. Passion nak hapdet dah kurang.... Ni nak stat enjin balik ni..

Saturday, October 16, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform SeKeBuN 2010

Telah berlangsung program selepas UPSR 2010 tapi turut disertai oleh pelajar tahun 3,4 dan 5. Aku kali ni diberi tanggungjawab menjadi 'Kem Komandan' (gile kentang!!!) Start hari Khamis 7hb Oct 2010 sehingga 9 Oct 2010. Pagi2 Khamis lagi semua peserta datang sekolah dengan siap berpakaian sukan. Meneruskan kerja-kerja pembersihan tapak perkhemahan di atas bukit depan sekolah. Aduyai, aku lupe nak snap pic view dari atas bukit. Dalam lebih kurang jam 1130am semua bebudak dan guru dah bleh balik sebab perasmian perkhemahan start dalam jam 200pm. Tapi masa perasmian aku lak takde...sehari sebelum berkhemah, aku dapat surat dari PK-Ko supaya aku gi taklimat kat Sek Keb Bukit Tunggal untuk perlawanan bola baling. Dah la kem komandan, alih2 kena gi taklimat pulak. Aku tak paham......

Hari pertama - lepas je perasmian pada waktu petang, semayang Asar secara berjemaah, lepas minum petang, aktiviti pertama diorang ialah pakaian rimba - aku takde kat skolah untuk mensnap pic. Dengar cam kacis gak.

Malam pertama - aku datang dalam jam 830 lebih kurang, lepas solat Isyak, ada sesi taklimat dari Kem Komandan (aku la tu)... Cam tak kondifen je nak stand depan bebudak ni sambil bagi taklimat. Tapi tak sangka gak, semua dengar cakap,xde la yang buat perangai. Taklimat dalam sejam, kemudian aku bagi masa kat bebudak ni untuk berbincang malam persembahan diorang.

Kejadian malam pertama - Guru yang bertugas - aku, cikgu Sofian, Ust Muda, Ustazah Maznah dan Ustazah Ju. Dalam 1030 tiba2 aku dengar suara pelajar perempuan memanggil nama aku yang tengah duk berangan kat markas Kem Komandan. Rupa-rupanya ada budak kena sampuk, menangis2 bagai nak rak. Mata liar semacam je. Aku memang tak biasa dengan keadaan ni tapi takkan aku pun nak wat gelabah kan? So aku berjaya melakonkan watak 'tenang' dan menyuruh 3-4 orang pelajar perempuan lain memapah budak itu turun dari bukit. Budak tu dibawa ke kelas tahun 1 dan aku mengambil air mineral lalu baca sikit2, (ada la ayat kursi gitu2) aku bagi budak tu minum, dan basuh muka. Aku tanya dia kenal aku tak, dia jawab kenal. Aku tanya nak khemah ke nak balik? Dia cakap nak khemah. Aku tanya nampak apa? Dia menangis balik sambil menjeling2 ke arah kawan2 dia yang lain. Mujurlah Ustazah Maznah datang mensetelkan keadaan.

Bila dah setel, aku naik ke bukit semula dan kembali ke markas. Tak sampai 10 minit tiba2 nama aku kena panggil lagi sekali. Kali ini budak lain pulak yang menangis teresak2. Aku hampiri khemah dia, eh kalo tak silap aku budak ni yang tolong papah budak yang pertama tadi. Pelik pulak. Kali ni aku dah tak bawak turun dah, aku baca2 kat situ gak dan aku korbankan air mineral aku sekali lagi untuk dibasuh muka dan diberi minum. Kali ni dengar ceritanya dia dengar ada suara budak2 menangis. Entah ye entah tidak. Lama gak masa nak setel... Bila dah ditenangkan oleh kawan2 aku kembali ke markas.

Ketenangan yang aku cipta terhapus dek kerana terdengar suara budak jantan pulak yang panggil nama aku. Jam menunjukkan ke angka 1230. Apahal pulak ni? Rupa-rupanya si Azman budak tahun 6 yang panggil.

"Amirul menangis..." katanya ke arah aku.

"Amirul mana?"

"Tahun 5" Eh??? Tadi okey je aku tengok dia bergalak bagai dengan kawan2

"Kenapa?" soal aku semula

"Entah, tiba-tiba je dia masuk khemah dan menangis"

Pulak dah.... angin apa lagi yang Kau hantarkan ini Ya Allah???

Aku menghampiri Amirul, pelajar ini terkenal dengan sifat macho dan gagah. Tapi entah kenapa malam ni menjadi manja dan lembikkkk. Nangis betul2 pulak tu.

Lama jugak la proses pemujukan. Aku ajak keluar dia tak nak. Aku ajak balik khemah dia pun dia tak nak (sebab dia duk khemah lain). Susah betul la. Last2 aku ajak masuk khemah guru, aku cakap aku temankan dia malam ni. Tak angguk tak geleng. Pening betul, last2 aku peluk dia letak tangan atas bahu bagi dia tenang. Aku ajak kuar minum air, baru la dia ok. Bila aku suruh cerita, taknah pulak dia cerita.

Amirul adalah kes yang terakhir pada malam itu. Last2 markas aku yang jadi tempat tidur 4 lagi pelajar lelaki lain yang tak nak tidur dalam khemah termasuk WKH!!! Dengar cerita Amirul nampak ada bayang ikut pelajar perempuan yang pertama tadi semasa aku bawak turun dari bukit.

Mujur sampai ke Subuh tidak ada kejadian2 lain yang bisa mengganggu ketiduran aku. Kadang2 aku fikir, budak2 ni saja nak cari perhatian, dan aku dah pesan berhati2 dengan tuturkata. Ni kes cakap besar la ni, baru sekejap Allah bagi keistimewaan tuh, dah mula menggigil. Aku sendiri pun terlintas je la nak gak rasa, tapi Alhamdulillah, aku tak nah nampak apa2 lagi. Tapi aku percaya, semua tu makhluk Allah jugak.

Kita layan gambar....




Hari kedua - pagi2 lagi aku handle riadah pagi, main bola sepak dan bola jaring untuk perempuan. Abis je riadah, aku blah, tinggalkan aktiviti seterusnya pada cikgu lain la pulak. Aku super letih tak ingat dah ni. Balik rumah aku collapse!

Aku datang semula sebelum sembahyang Jumaat. Aku bawak budak ke masjid dan setelkan semua urusan semayang jumaat. Petang Jumaat ada aktiviti permainan dinamika (macam mana ntah aku tak handle)

Oh ya, setahu aku pagi2 budak2 ada aktiviti masakan rimba dengan bantu mula (first aid). Ada ala-ala pertandingan jugak la kot. Petang lepas Asar ada pertandingan kawad dan aku balik sebelum Maghrib,

Malam ada malam persembahan (sedih - xde cikgu lain pun yang handle, dari pentas, sehinggalah siaraya seperti mic dan speaker, aku wat semua sendiri, hatta jadi MC pun aku pada malam tu....) Tapi di pertengahan mujur la datang teachers2 lain. Huhu..

Selepas malam kebudayaan, tak banyak sangat aktiviti lain, kebanyakannya aktiviti bebas dan makan2. Ada bbQ, dan macam2 lagi... So far malam ke2 ramai yang cepat collapse so takde sape yang dengar apa2..hehehe, markas aku pun tinggal 3 orang je berbanding 6 orang pada malam pertama. WKH dan Khairul je yang jadi ahli tetap markas Komandan.


Letih memang la letih... sampai tertido2 time kuliah Subuh... Agak2 kalo si baju biru kentut mau tak bangun2 yang pakai kopiah ni.

Sekian dulu n3 kali ni... Ingat nak sambung pasal keberangkatan Pn Ma ke Mekah, tapi kesuntukan waktu sebab esok sekolah. BTW Tn Tanah ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Ajiem dan isteri atas majlis perkahwinan beliau pada hari ini. Nikah dah lame, majlis je hari ni.

Friday, October 15, 2010

Sekadar Renungan Bersama (Sebab Tiada idea untuk n3 baru)


Untuk Pengetahuan Kite Bersama....

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling
suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan
kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di
perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala
Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi
Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila
pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab
jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik
nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan
tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu
tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di
larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu
suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7
~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9
kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
yang di rasuk.


* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada
saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...

Tuesday, October 12, 2010

Doa Kepada Pn Ma 2


Dia hadir selepas pemergian arwah ibu kandung aku. Dia menjadi tunjang dan teman di sebalik seorang lelaki yang aku panggil abah. Selama ini tanpa ada sedikitpun perbezaan, dia tetap melayan kami seperti anaknya sendiri. Dia kekal di sisi ayah aku selama 10 tahun. Kini setelah arwah abah pula yang pergi, dia lah Haji Mokhtar, dan dia jugalah Madziah buat aku.

Beberapa jam lagi beliau akan menaiki pesawat, menuju ke suatu tempat menjadi tetamu Allah. Aku pohon supaya Engkau berkatilah perjalanan ini, dan peliharalah dia seperti mana dia menjaga kami adik beradik. Aku minta Kau jagalah harta yang paling bernilai buat aku kerana aku masih mampu memanggil seseorang sebagai ibu walaupun aku sudah yatim piatu. Aku tidak faham sekiranya ada di antara anak yang masih tidak mengerti perngorbanan seorang ibu sungguhpun bukan darah daging.

Selamatkan lah perjalanan ini.........

Monday, October 11, 2010

Alamak!!! Aku ter-SLL-kan WKH!!!!


Kelas 6G adalah antara kelas yang paling banyak aku create istilah kami sendiri. Bila ada aku tak puas hati dengan perangai diorang, aku selalu bagi amaran akan SLL kan diorang. Apa kah SLL? tanya diorang dan aku pun menjawab

"SEPAK LAJU-LAJU"

Hari ini 11 Oct 2010, kelas macam biasa cuma apabila waktu senggang aku akan menyinggahi ke kelas 6G. Hari ni hanya 7 orang pelajar yang hadir. 3 laki2 dan 4 perempuan. So aku menseronokkan diri dengan bersembang dengan diorang, frankly aku lepak dengan diorang sebab adanya WKH. Heheheh... WKH macam biasa berdampingan selalu dengan aku.

Hendak di jadikan cerita, ada satu adegan (masa ni dah nak balik pun) aku macam biasa akan ber'wrestling' dengan si budak WKH ni. Ada satu part aku melayang2kan kaki. Aku ingat layangan aku dah cukup tinggi dan akan melepasi WKH. Sekali apa yang aku 'ingat' tu menjadi sebaliknya. Kepala kecil WKH telah terkena tumit kasut aku yang seinci lebih itu dan bunyi kelekuk terhasil. Ada la 2-3 orang yang menjadi saksi.

Aku terus menggelabah, gila tak sakit dengan kasut koboi aku tuh. Bila aku hentak meja, satu kelas buleh dengar aku nyer hentakan. Aku terus mencapai WKH dan mengusap kepalanya sambil bertanyakan keadaan beliau. Dia hanya tersengih sambil cuba memegang tangan aku yang sedang mengusap kepalanya itu. Berkali2 aku bertanya "sakit ke..." dan berkali-kali juga dia menjawab "Tidak..."

Ya Allah, bersalahnya aku. Sungguh, sedikitpun aku tidak terniat untuk meng-SLL beliau. Aku terus mengusap kepalanya sambil berdoa 'Jangan la jadi apa-apa kat WKH aku ni'. Aku tak pernah sanggup untuk menyakitinya apatah lagi memukulnya.

WKH masih terus tersengih sambil berkata tidak. Tiba-tiba saja Ain tegur "Nanti nangis la tu..."
Aku menjeling ke arah Ain sambil memberi isyarat tidak berkata sedemikian. Alih-alih hidung WKH yang berkulit cerah itu menjadi merah.

"Hisham nak nangis" Ain terus mengusik.

Sudah ku duga, air mata WKH mengalir jua. Aku tak paham la bebudak ni, tadi ok je.. Bila ada orang sound terus empangan air mata jadi rapuh dan berderai.

Aku pun terus memujuk supaya beliau berhenti dari terus menerus menangis. Aku menegaskan sekali lagi yang aku tak sanggup sedikitpun untuk menyakiti beliau sebab aku sayang akan budak yang comei ini. Loceng terakhir mula berdering dan ramai pelajar kelas lain mula meluru keluar dari kelas masing-masing.

Ramai mula membanjiri di luar kelas 6G, sebab ramai yang hairan kenapa WKH aku pujuk sebegitu rupa. Mujurlah WKH membelakangkan dari pandangan mereka.

Tangisannya mula reda, dan aku kata aku akan lepaskan dia pergi kalau dia tak menangis lagi. Kemudian ada satu saat aku tanya bahawa adakah dia memarahi aku disebabkan insiden tadi. Dia menggeleng. Aku berkata lagi bahawa kalau dia nak marah aku sekarang pun aku sanggup (sebab aku takut dia ceritakan pada mak bapak dia nanti), tiba-tiba sekali lagi empangan air mata tu turun. Apahal plak ni? Nape nangis lagi????

Dah sir cakap kalau nak marah sir kena marah sekarang..... balas beliau. Aku tak paham kenapa statmen aku tadi boleh buat dia menangis lagi. Haiiya....

Lama gak aku pujuk, last2 aku ajak gi solat Zohor. Dia pun folo dan ok. Selepas Zohor aku tengok insiden tadi tak mempengaruhi keadaan dia pun. Selepas salam tangan aku, dia pun balik.

Kesian plak aku tengok WKH, semakin beliau rapat dengan aku semakin sakit aku menseksanya.


Sejam sebelum kejadian berlaku. Masa ni borak2 dengan Azura sambil bergosip.

Interframe ahli mesyuarat.

Wajah WKH sebelum di merahkan hidungnya. Nyesal tak hamik gambar masa dia berair mata.


Perjimbaan Ke Kelantan (Perjalanan Balik)


Dah sehari suntuk berada di Kelantan kini tiba la masa untuk balik. Tapi sebelum balik jom singgah KB MALL.... Semasa di Kuantan, aku tidak berjaya meloloskan diri dari diikuti oleh anak2 murid yang seramai 11 orang pada masa itu. Semua pakat nak ikut aku. Tapi semasa di KB Mall, aku berjaya mengheret 2orang ini sahaja. Yang pertama undangan khas WKH (memang aku mintak dia follow aku) dan Si Azman yang alasannya nak amik gambar aku banyak2.

Amboi, seronok yer korang bergambar dengan model yang separuh bogel tuh yer??? WKH kiri (takkan tak kenal kot) dan Azman (Azman, tangan ko kat mane tuh???)

Benda pertama yang aku tuju semasa di KB Mall- Toys Department.

Azman ni kalo kira Head Prefect, tapi biasalah, kid always kid....

Ololololo, comeinya.......................Koala Bear..heheh WKH pun comei jugok

Rasa macam tak sah kalo Tn Tanah tak bergambar....

Tn Tanah dan WKH (tak sah gak kalo takde)

Tn Tanah dan Azman si fotografer (saje nak amik ati)

Makan time!!!

Mentang2 aku belanja, korang tak ingat nak snap gambar Tn Tanah pun....

Fish N Chips - leh laaaaa

Sampai ke Sekebun lebih kurang dalam jam 1130 malam. Keesokkannya, sekolah macam biasa dan WKH ponteng sekolah macam biasa....

Perjimbaan Ke Kelantan (Keretapi)


Selamat Datang ke.......

Stesen Ketapi K Krai sangat kacis. Tapi toilet 30sen yang tidak kacis. Keretapi akan sampai dalam lebih kurang sejam dari waktu kami sampai. Boleh dikatakan kami sampai lebih awal dari jangkaan (lebih bagus).


Anak ikan pari - Nisa

Anak ikan pari baru aku - Azura

Anak udang aka WKH!!!

Fitri, Tn Tanah, Ikram (Award Muntah Terbaik) dan CK Ahmad (Naib Johan Muntah Terbaik)

Dari kiri :- Tn Tanah, Cikgu Norizan (penyelaras tahun enam aka pengurus projek lawatan ni) dan Tn Headmaster Haji Aslai.

Bergambar kenangan beramai2. Adakah anda nampak Tn Tanah?? Beliau sedang mengangkat pelajar lelaki yang berbaju pink itu sambil sedikit terlindung. Adakah anda nampak pasir di depan kami? Itu adalah sarang semut gatal yang menggatal berkeliaran.

Selepas bergambar beramai2, kita bergambar bersikit2 la plak.

Berdisiplin sebab tahu ada kamera yang meng'snap' gambar korang kan????

Gambar kenangan Tn Tanah dengan kepala keretapi

Azura - memang model iklan gigi.

Tn Tanah nampak cam pendek la plak (aku salahkan fotografer)

Kepulangan yang dinanti




Sebaik sahaja sampai ke Tumpat dalam jam 1240pm, bas sudah mentunggu di sana. Terus menaiki bas dan bas mentuju ke Pengkalan Kubur (tempat duty free)

Sampai Pengkalan Kubur, yang paling penting ialah masa untuk mengisi perut!!!



Sori la, ke3-3 foto di atas mengandungi wajah WKH, aku tak tahu samada ia disengajakan atau tidak....





Tidak banyak aktiviti yang di'snap' sepanjang berada di Pengkalan Kubur....