Tuesday, October 12, 2010

Doa Kepada Pn Ma 2


Dia hadir selepas pemergian arwah ibu kandung aku. Dia menjadi tunjang dan teman di sebalik seorang lelaki yang aku panggil abah. Selama ini tanpa ada sedikitpun perbezaan, dia tetap melayan kami seperti anaknya sendiri. Dia kekal di sisi ayah aku selama 10 tahun. Kini setelah arwah abah pula yang pergi, dia lah Haji Mokhtar, dan dia jugalah Madziah buat aku.

Beberapa jam lagi beliau akan menaiki pesawat, menuju ke suatu tempat menjadi tetamu Allah. Aku pohon supaya Engkau berkatilah perjalanan ini, dan peliharalah dia seperti mana dia menjaga kami adik beradik. Aku minta Kau jagalah harta yang paling bernilai buat aku kerana aku masih mampu memanggil seseorang sebagai ibu walaupun aku sudah yatim piatu. Aku tidak faham sekiranya ada di antara anak yang masih tidak mengerti perngorbanan seorang ibu sungguhpun bukan darah daging.

Selamatkan lah perjalanan ini.........

1 comments:

Aini Faizi Jaslan said...

InsyaAllah jika diberikan umur dan rezeki mudah2an kita juga akan sempat ke tanah suci...

Doa utk Pn Ma juga.. semoga selamat pergi dan sihat2..

Post a Comment