Kelas 6G adalah antara kelas yang paling banyak aku create istilah kami sendiri. Bila ada aku tak puas hati dengan perangai diorang, aku selalu bagi amaran akan SLL kan diorang. Apa kah SLL? tanya diorang dan aku pun menjawab
"SEPAK LAJU-LAJU"
Hari ini 11 Oct 2010, kelas macam biasa cuma apabila waktu senggang aku akan menyinggahi ke kelas 6G. Hari ni hanya 7 orang pelajar yang hadir. 3 laki2 dan 4 perempuan. So aku menseronokkan diri dengan bersembang dengan diorang, frankly aku lepak dengan diorang sebab adanya WKH. Heheheh... WKH macam biasa berdampingan selalu dengan aku.
Hendak di jadikan cerita, ada satu adegan (masa ni dah nak balik pun) aku macam biasa akan ber'wrestling' dengan si budak WKH ni. Ada satu part aku melayang2kan kaki. Aku ingat layangan aku dah cukup tinggi dan akan melepasi WKH. Sekali apa yang aku 'ingat' tu menjadi sebaliknya. Kepala kecil WKH telah terkena tumit kasut aku yang seinci lebih itu dan bunyi kelekuk terhasil. Ada la 2-3 orang yang menjadi saksi.
Aku terus menggelabah, gila tak sakit dengan kasut koboi aku tuh. Bila aku hentak meja, satu kelas buleh dengar aku nyer hentakan. Aku terus mencapai WKH dan mengusap kepalanya sambil bertanyakan keadaan beliau. Dia hanya tersengih sambil cuba memegang tangan aku yang sedang mengusap kepalanya itu. Berkali2 aku bertanya "sakit ke..." dan berkali-kali juga dia menjawab "Tidak..."
Ya Allah, bersalahnya aku. Sungguh, sedikitpun aku tidak terniat untuk meng-SLL beliau. Aku terus mengusap kepalanya sambil berdoa 'Jangan la jadi apa-apa kat WKH aku ni'. Aku tak pernah sanggup untuk menyakitinya apatah lagi memukulnya.
WKH masih terus tersengih sambil berkata tidak. Tiba-tiba saja Ain tegur "Nanti nangis la tu..."
Aku menjeling ke arah Ain sambil memberi isyarat tidak berkata sedemikian. Alih-alih hidung WKH yang berkulit cerah itu menjadi merah.
"Hisham nak nangis" Ain terus mengusik.
Sudah ku duga, air mata WKH mengalir jua. Aku tak paham la bebudak ni, tadi ok je.. Bila ada orang sound terus empangan air mata jadi rapuh dan berderai.
Aku pun terus memujuk supaya beliau berhenti dari terus menerus menangis. Aku menegaskan sekali lagi yang aku tak sanggup sedikitpun untuk menyakiti beliau sebab aku sayang akan budak yang comei ini. Loceng terakhir mula berdering dan ramai pelajar kelas lain mula meluru keluar dari kelas masing-masing.
Ramai mula membanjiri di luar kelas 6G, sebab ramai yang hairan kenapa WKH aku pujuk sebegitu rupa. Mujurlah WKH membelakangkan dari pandangan mereka.
Tangisannya mula reda, dan aku kata aku akan lepaskan dia pergi kalau dia tak menangis lagi. Kemudian ada satu saat aku tanya bahawa adakah dia memarahi aku disebabkan insiden tadi. Dia menggeleng. Aku berkata lagi bahawa kalau dia nak marah aku sekarang pun aku sanggup (sebab aku takut dia ceritakan pada mak bapak dia nanti), tiba-tiba sekali lagi empangan air mata tu turun. Apahal plak ni? Nape nangis lagi????
Dah sir cakap kalau nak marah sir kena marah sekarang..... balas beliau. Aku tak paham kenapa statmen aku tadi boleh buat dia menangis lagi. Haiiya....
Lama gak aku pujuk, last2 aku ajak gi solat Zohor. Dia pun folo dan ok. Selepas Zohor aku tengok insiden tadi tak mempengaruhi keadaan dia pun. Selepas salam tangan aku, dia pun balik.
Kesian plak aku tengok WKH, semakin beliau rapat dengan aku semakin sakit aku menseksanya.
Sejam sebelum kejadian berlaku. Masa ni borak2 dengan Azura sambil bergosip.
0 comments:
Post a Comment