Sunday, October 10, 2010

Perjimbaan Ke Kelantan (Dalam Perjalanan)


Kuala Kerai, itu adalah destinasi kami hari ini 5hb 10 2010, seawal 645pagi lagi kelihatan sudah ramai pelajar yang berkumpul di perkarangan sekolah, aku datang ke sekolah menumpang Cikgu Halim sebab TV aku dah abis road tax.

Bas sangat cantik yer...(lupa nak snap). Kerusi pun lebih luas kalo nak dibandingkan semasa perjalanan ke Gambang (tiada n3 ini di Rayap). Air-cond sangat sejuk dan ada tayangan video sepanjang perjalanan.

Perjalanan bermula setelah hampir 15 minit menantikan kehadiran Dan Suria tapi beliau demam, tak jadi pergi.

Oklah, perjalanan kali ini menuju ke Kelantan hanya mengambil masa 2jam 30 minit (ke Gambang lebih kurang 5jam). Tetapi baru sejam yang pertama sudah ada pelajar yang mula senyap dan menyepikan diri. Bila dibuat lawak, tidak ketawa, bila disuakan makanan, pelawaan dibalas dengan gelengan. Rupanya sedang membawa satu perasaan yang cukup tidak sedap di sebutkan disini.

Dimulakan dengan CK Ahmad, kemudian Azwar dan last sekali Ikram. Inilah calon2 pelajar termuntah di dalam bas sewaktu perjalanan pergi. Ada yang tidak sedap perut tapi tak sampai muntah2 pun ada jugak.

Calon pelajar perut mual Anuar - baju putih. Hanya senyap je sepanjang perjalanan, kalo tidak kau la pendekar lelaki melayu yang terakhir kan???

Bukan WKH aku, tapi sekadar mencari shot yang terkacis setelah muntah2 menyelubungi ke pelusuk bas.

WKH!!!!!!!

Pemenang pelajar muntah terbaik dan terbanyak - Ikram (yang belakang tu la, depan tu WKH)

Iklan gigi dari Azura dan Syima

Macam tak berseri takde Dan Suria. Ini Nisa (anak ikan pari aku) bersama Ain

WKH, sakit kepala ke???? Tapi beliau tidak muntah yerrrr

Lebih kurang 930am, kami tiba di stesen Ketapi K. Krai Kelantan. Sambungan next n3......

0 comments:

Post a Comment