Saturday, April 30, 2011

Bagi aku dia SHANTEK


Melayan True Beauty di Star World membuatkan aku tergila2kan si dia ini.... Bukan peserta, tapi hos rancangan tersebut.

Vanessa Minnilo

SIR nak tupai????

Salah sorang budak yang team bola baling adalah budak ni, Akram nama beliau. (Yer, dia WKH baru aku). Semasa pertandingan pun dia selalu nak naik kereta aku yang buruk itu walaupun Unser ustaz Muda lagi best.


Lepas pertandingan, on the way balik aku bawak beliau bersama 4 lagi budak2 lain, telah singgah ke Pet Shop sebab nak beli mealworms untuk kelisa-kelisa aku. Sebaik sahaja selesai urusan pembelian, si budak Akram ni tanya aku pasal haiwan peliharaan. Aku cakap aku memang suka bela ikan, kura2, tupai, kucing... Tapi tupai xde pun.

"Sir nak tupai?" tanya dia membuatkan mata aku terlopong.
"Nak.."
"Rumah kita ada, baru tangkap kelmarin, nak ke??"
"Nak bagi ke?"
"Ambik la..."
"Macam mana tangkap?"
"Mula2 kucing kejar menatang tu, menatang tu jadi letih, pastu kita pulak yang kejar sampai lagi letih beliau..."

Dipendekkan cerita, tupai kampung tersebut telah berpindah ke tangan aku dan aku letak pulak dalam sangkar arwah SUGAR GLIDER aku tu.. Apa? Aku tak pernah cerita eh yang aku bela Sugar Glider? Malas la nak cerita, mensedihkan diri sendiri ada laaa...



TETAPI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jeng jeng jeng..... baru 2 hari aku membelanya, terasa kesian yang amat, dah la saiznya yang gedabak.. dan satu lagi ini tupai kampung yang sangat liar... Setiap malam menangis.. Aku pun tak tau nape.. makan xnak, asyik menangis je.... last sekali aku rasa tak pe la, aku melepaskan beliau dengan perasaan yang senang lenang dan tidak rasa bersalah kepada Akram lagi (sebab aku bayor la masa aku amik menatang ni- upah kejor)


Baik tak aku?????

Kejohanan Bola Baling Peringkat PKG


Ya!!! Bermula 18 April sehingga 21 April 2011 Kejohanan Bola Baling diadakan di SMK Manir. 22 buah sekolah yang mengambil bahagian dan SKBN dalam kumpulan A. Aku??? Aku kan juruletih. Memang letih betul melatih depa nih. Dah la minggu ni ada 3 events yang melibatkan aku seperti yang aku cerit dalam n3 lepaih... Mula2 penglibatan dalam sukan sekolah, pastu Smart English, dan lastly event yang ni lah.. bola baling.

Tahun lepas aku dah ngantor budak jugak, tapi tidak se efisien tahun ni.. (ntah betul ke tak penggunaan efisien tuh), Tahun ni aku tahu banyak jugak la pasal bola baling, macam tahun lepas aku main hantar je, latihnya tidak. Tu yang haram tak menang langsung tahun lepas.

Pasukan SKBN dari kiri - Luqman Wahab, Akram, Fida'iy, Akid, Luqman Zuhairi, Saufi, Zulhilmi, Fahmi, Faizul, Syahmi, Izzhadi dan Amirul.

Antara 5 games semua, hanya 2 sahaja SKBN mengungguli pertandingan, selebihnya 3 kalah.

SKBN vs SK Kebor Besar (kalah 1-5)
SKBN vs SK Bukit Petiti (menang 4-0)
SKBN vs SK Teluk Ketapang (kalah 1-3)
SKBN vs SK Kompleks Mengabang Telipot (kalah 1-4)
SKBN vs SK GOng Badak (menang 3-1)




Bergambar kenangan sebelum balik

Jurulatih - AKU
Pengurus - Ustaz Muda

Ye.. Saya Akan Hapdet Blog

Petang 30 April 2011 takde keje nak buat, awek ada balik kampung tapi sebab letisang (letih) yang amat membuatkan aku terpaksa menunda perdatingan kami, hahaha...

Ye, hari ni aku akan hapdet blog......

Surat Murid Kepada GB


Ke hadapan Guru Besar yang saya kasihi,

Saya, Mohd Hazwan salah seorang murid pemulihan tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 5, ingin memohon kepada tuan untuk menarik balik larangan menjual nasi lemak di kantin sekolah.Untuk pengetahuan tuan, saya sekarang sudah tidak semangat lagi untuk belajar ketika di dalam kelas kerana tidak dapat makan nasi lemak 50 sen pada waktu rehat.Nasi lemak merupakan sumber tenaga utama saya setiap hari.Kebanyakan kawan-kawan saya juga merasakan hal yang sama


Saya juga pernah mempunyai dua orang abang yang bersekolah di sini satu masa dulu, mereka memberitahu saya yang mereka hampir setiap hari makan nasi lemak di kantin sekolah walaupun dulu harganya cuma 30 sen sepinggan.Tuan nak tau di mana mereka sekarang?Seorang telah menjadi doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur dan seorang lagi akan menamatkan pelajaran dalam bidang teknologi makanan tidak lama lagi.Jadi saya rasa alasan murid-murid akan menjadi lembab dalam pelajaran adalah tidak munasabah.

Alasan kedua yang mengatakan nasi lemak boleh menjadi penyebab obesiti juga adalah kurang tepat. Walaupun saya hari-hari makan nasi lemak tapi saya tidak juga obesiti. Saya masih slim dan berat sentiasa maintain kerana saya selalu beriadah antaranya berlari-lari di padang dan lari dari sekolah.Sebenarnya ini berpunca dari gaya hidup murid-murid sendiri yang selalu mengamalkan budaya 'makan tidur facebook blog tidur' seterusnya menyumbang kepada obesiti.Justeru, saya mencadangkan agar waktu Pendidikan Jasmani ditambah dari 1 jam seminggu kepada 4 jam seminggu.Selain itu perhimpunan pagi juga boleh digantikan dengan senamrobik untuk menggalakkan murid-murid bersenam.Hari Sukan sekolah juga perlu dibuat setiap 2 bulan sekali.

Tambahan pula, larangan penjualan nasi lemak di kantin telah menyebabkan jualan makcik kantin merosot dengan mendadak.Saya dapat lihat riak wajahnya yang sentiasa bermuram setiap hari.Saya bimbang ini akan memberi kesan kepada kesedapan makanan di kantin sekolah kita.

Saya berharap agar pihak tuan akan mempertimbangkan aduan dan cadangan saya ini. Bak kata pepatah 'nasi lemak merupakan warisan zaman-berzaman, takkan nasi lemak hilang di dunia'.

Yang benar,
Murid pencinta nasi lemak 50 sen

Diplagiat secara sewenang2nya dari SINI

Sunday, April 24, 2011

Kelas Kondusif Bulan Mac 2011

Bulan April dah nak berpenghujung, maka sekarang ni markah keceriaan kelas bulan ini mula dihitung dan dikira. Kalau dulu, pembuka gelanggang untuk pertandingan ini ialah kelas aku - 5Al Ghazali, kini takhta itu mungkin akan dirampas oleh kelas lain pula, jadi sementara keputusan baru belum keluar, biarlah aku syok sendiri dengan kelas aku yang sekarang ni... Takdelah cantik sangat, ala cikgu lelaki, bukan berseni sangat pun...

5 Al-Ghazali 2011 SKBN (perasan tak si budak singa kecil baju kuning tuuuu)


Hahahahha....lantak depa la nak kata apa pasai kelas aku ni... yang penting aku puah ati....

Aku dan Singa Kecil Itu


Semakin bersawang RAYAP aku ni, tapi takde la tahap berdebu patbelas inci macam blog SEKUDIS tu kan.. heheh, minggu lepas memang aku bizi tahap gaban, dengan Sukan Sekolah (Watdehel sukan bulan 4????), pastu dengan Smart English, dan juga pertandingan bola baling peringkat PKG. Semua itu adalah AKU punye kerja..(tipu la Smart English aku wat gak, padahal tukang ngantor je...) Memang Bizi, sampai RYP tak bersentuh, blog SEKEBUN apatah lagi.....

Jadi sebagai guru rumah kuning yang tak banyak masa meluangkan diri, aku telah mengofferkan diri untuk menghandle maskot untuk acara perbarisan. Yelah, komitmen aku terpaksa dikurangkan memandangkan aku kena ulang alik untuk pertandingan bola baling. Mula-mula aku nak handle maskot je, tapi sapa yang nak kena pakai bukan tugas aku. Tapi bila dah dapat maskot, masalah untuk mencari saiz yang sepadan pulak timbul.

Jadi aku dah aim sorang budak (akcelly budak ni 5 Al-Ghazali pun, kelas aku sendiri, sangat pendiam dan kurang komunikasi dengan aku). Aku tak yakin sangat dia sanggup untuk menyarungkan maskot tu.

Aku panggil dia privately pastu aku stret to de point la cakap aku nak dia pakai kostum maskot. Dia cakap buleh, seprais gak aku, selalunya kalau soalan aku yang memerlukan jawapan ya ngan tidak @ boleh ngan tak boleh ni akan dibalasnya dengan "Tak tau"... Aku tanya lagi sekali untuk perconfirman, sekali lagi dia cakap OK. So, aku tarik dia ke dalam kelas... pakai siap2.

Budak baju oren yang aku target. Saiz budak darjah 3, tapi beliau adalah darjah 5

Acara mencuba kostum

Hasilnya


v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



Singa kecil ini sangat mendapat perhatian umum. Thanks Zulhimi sebab sporting.

Saturday, April 9, 2011

Sekuel Diablog

Pelakon: Kudis, Bintang, Kapal, Redup

(Bunyi ombak menghempas pantai, angis monsun meniup ke pipi)

Pang!!!!!

Kudis : Ish, benci bebenor la pagi2 buta dah kena lempang ni... Eh, pinggan jatuh rerupanya. Angkara Jake la ni... (Kudis menggosokkan mata, bunyi ombak rupa2nya deringan alarm menandakan waktu untuk muncul di alam maya kerana tuan punya sekudis mula melog-in blogger.com)

Jake : Yang angin monsun tu apa plak? (eh Jake ko tanya aku?? bukan ke tu angin kentut ko??)

Kudis : Boringnya, asyik log-in pastu biar je... Kotak new post entry tak pernah ber-edit. Dari 2 bulan lepas last n3 masih "SELAMAT" je.... Ke dah nak mengkuburkan diri Kudis ni???

Kabuhak!!! Tiba2 pintu bilik Kudis diketuk. Kudis mengintai dari lubang pintu. Kelihatan Rayap sedang bercekak pinggang menantikan pintu dibuka.

Kudis : Baru log-in jugak ke mamat ni? Dah seminggu Rayap tak merayap akhirnya merayap juga ko hari ni.

Pintu dibuka setelah hampir 300 saat yang diambil untuk Kudis memakai tudung.

Kudis : Ada apa datang rumah aku ni???

Rayap : Saje la merayap rumah ko kot2 ada n3 baru. Asyik "selamat" je dari 2 BULAN LEPAS. Diulangi 2 BULAN LEPAS.

Kudis : Oh, aku sibuk sikit la. Masuk la.. Kenapa singgah kalau tak nak masuk kan???

Rayap : Sape ada kat rumah ko?

Kudis : Setakat ni aku sorang2 la. Xde sape singgah.

Rayap : Bahaya tu berdua2an dengan ko.

Kudis : Jap, ko tengok jap jam kul berapa?

Rayap : 5.00 pagi, nape?

Kudis : Kejap lagi mesti Si Bintang sampai. Dia tu Bintang, duk atas langit, main masuk macam tu je rumah aku, tak yah main ketuk2 pintu pun.

Rayap: Bintang pun asyik "sweeetnya" dari sebelum cuti sekolah sampai sekolah dah bukak

Kudis : Dia dah deliver kot.

Rayap : Eh, ko tanya aku pulak. Ko tak tau ke?

Kudis : Kalo aku tau aku bagitau ko lah

Rayap : Ok....

Plingggggggg

Bintang : Hai semua!!!!!!!!!!!!!!

Kudis : Semua apa ada dua je ni.

Bintang : Tu Kapal ada sekali. Tak perasan ke?

Rayap : Oh, tu kapal dia je. Dia parking kat sini sebab tak tau nak tambat kat mana atas gunung sana. Sekali sekali dia datang la panaskan enjin.

Kudis : Ko cakap macam ni rumah ko kan??

Rayap : Eh, terlebih sudah. Biasa la, aku kan memang camtu. Kereta ko pun dulu aku dah menkeretakan diri sendiri gak dulu. Hahahah.

Kudis : Ko dari mana ni, bintang?

Bintang : Akak sebenarnya dari SJMC. Eh dengan ko pun aku berakak-akak plak. Dengan Rayap je aku ber akak-akak. Kalo ko nak rasa muda boleh la ko panggil aku akak Kudis oi.

Kudis : Ko bile due?

Rayap : Ntah, orang tanya tak jawab pun.....

Soalan minggu ini... Bilakah Bintang punya due? Adakah sudah due? Kalo sudah due, kabar2kan la... kalo dah due, macam x munasarawak pulak bleh YM semasa n3 ini ditulis.

ARGHHHHHHHHHH


Takde orang yang takde masalah dalam dunia ni. Kadang2 masalah yang datang bukan diciptakan untuk kita dan kadangkala juga kita sendiri yang carik masalah. Ni aku nak menstory minggu lepas.. hari yang sama memasak Murtabak Maggi, sekolah aku didatangi oleh kumpulan PPD untuk membuat pemeriksaan fail2 panitia.

Ya Allah, perasaan aku macam nak kena interview je. Dengan fail yang senipis kulit bawang kalau nak dikomperkan dengan fail2 panitia lain, sah2 aku yang akan kena.

Soalan aku paling best ialah "Kalo x dapat jawab soalan PPD ni saya kena pecat ke?". Dan yang paling penting kak Ti yang gelak paling kuat.

Dalam penuh berdebar2 tu... aku dipanggil oleh En Zamri (salah seorang pegawai PPD). Aku serah fail panitia, dan soalan dia yang paling best ialah,"KO DAH LAMA MENGAJOR???"

Aku cakap la baru masuk tahun kedua. First time jadi Ketua Panitia dan segala kenipisan fail2 di depan aku adalah kerana semua dokumen yang ada hanyalah setelah aku jadi KP tahun ni...

Tak banyak sangat songeh beliau, belek2 dan tanya itu ini. Dia suruh aku blah amik 5 contoh latihan kelas yang aku ajar. So aku amik la 5 buku latihan tahun 5 dan 5 buku latihan tahun 6. Dua-dua kelas Ghazali.

Segalanya selesai selepas beliau menyerahkan semula latihan yang aku bagi. "Bagus" kata beliau.
Akhirnya segala selesai apabila semuanya selesai. Alhamdulillah..lepas ni aku akan hapdet semua fail2 yang aku kena siapkan....


Aktiviti Ko Minggu ke 13

Ye!!!! Tahun ni aku bukan pemimpin pengakap!!! Aku diserap ke dalam Tunas Kadet Remaja Sekolah aka TKRS (remaja ke aku???)

Kali ini aku diserah bulat2 oleh Ketua Pemimpin untuk memimpin aktiviti ko kali ni. Idea oh idea, dah la TKRS pun aku tak tahu sangat....

Aku teringat pada satu blog makan2 yang pernah aku singgah, ada la entry pasal makanan ni...akhirnya aku dapat idea untuk buat masakan rimba. Murtabak Maggi (rimba ke????)

Lepas je Zohor aku mentengok hanya perempuan je yang datang, laki2 ada la jugak 2-3 orang. Ramai yang pergi main bola la sebab ada perlawanan persahabatan bola sepak menentang SK Bukit Cempaka dan SK Padang Kemunting. So layan la....

Mula2 tu aku frust gak bila tengok ada 14 orang je yang datang. Bila aku cakap nak masak murtabak, semua pakat senyum2. Nak gelak kang takut aku bengang kot. So, dipendekkan cerita, aku mengexplain cara2 masak dulu secara teori, barulah aku mengajak mereka mentuju ke tempat memasak.

Mula2 aku mensuruh mereka mengkutip kayu api (thanks GOD, hujan dah berenti lebih dari seminggu). Walaupun pelajar2 yang ada macam segan2 nak layan aku (maklum la, kebanyakan dari TKRS yang ada bukan dari kelas yang aku ajar), aku tetap gigihkan diri mengepalai mereka untuk mensediakan bahan2 untuk memasak.

Sebaik sahaja kayu api dikumpulkan, aku terus menghidupkan api. Mujur sungguh kerana hanya sekali try saja aku dah berjaya menghidupkan bara... Lupa lagi nak bawak Cik IXUS,jadi tak dapat lagi nak memotretkan adegan dan kejadian. Mujurlah ada Sony Ericson... Tapi tu pun dah separuh masa kedua. Aku tak terpikir nak amik gambar bahan2 yang aku gunakan.

Jadi aku senaraikan je la bahan2 yang aku guna
Daging burger ayam - didadu dan digoreng siap2
Bawang besar - didadu
Maggi Kari
Telur

Cara-caranya ialah, rendam maggi dengan air panas supaya kembang dan toskan. Pecahkan 3biji telur yang original (bukan telur palsu) ke dalam satu bekas, pukul telur bersama perencah maggi yang kita dah asingkan tadi. Tak perlu guna satu sachet perencah, separuh just nice, takut masin lak....

Masukkan telur ngan bawang. Kacau2....

Panaskan minyak, maggi yang dah tos tadi tuang sekali dalam bancuhan telur kendian tuang ke dalam kuali yang panas. Siap untuk dihidangkan.

Cadangan - satu maggi untuk 3-4 biji telur.

Yang 1st memang aku yang demo, kemudian yang ke 2,3,4,5 budak2 ni masak sendiri. Tak sangka pulak maggi aku mendapat sambutan hangat......(padahal aku cilok dari orang lain)



Rupa paras murtabak maggi yang bebudak ni masak

Syukurlah keesokkannya xde pulak yang sakit perut. Yang lebih membanggakan aku, ada beberapa orang murid yang telah 'memaksa' ibu mereka menyediakan bahan2 untuk di masak dirumah (esp anak2 cikgu Sekebun). Lantakla... diorang masak sendiri, diorang makan sendiri. Yang penting tugas aku dah jalan.....

Bila diagih2kan kepada cikgu2 unit lain, ada yang memuji dan ada yang tak cakap apa2. Ada yang kata apa yang aku ajar tu Pizza Maggi, bukan murtabak, aku cakap tak kisah la pizza ke murtabak ke, yang penting perut kenyang suka hati....

Pagi Itu Sungguh Indah

Pagi itu macam biasa la bangun awal sebab permulaan baru untuk minggu baru. Pagi Ahad yang hening menggamit suasana untuk memulakan hari baru untuk mengajar(Oh aku cikgu rupanya..macam tak caya plak).

3 April 2011, bermakna sudah memasuki bulan baru untuk penggal kali ini. Hari ini juga bakal diumumkan kelas terceria untuk bulan Mac. Aku macam biasa, tidak mengharapkan apa2 kerana sudah tahu kelas yang bakal bergelar juara.

Cikgu Hamidah, guru yang bertugas minggu ini. Sebelum menyampaikan hadiah pemenang, beliau ada membuka kuiz meneka kelas yang akan menang kepada murid2. Ada sorang murid kelas lain, meneka yang kelas dia yang menang. Aku dah agak sebab kelas yang disebutkan oleh beliau adalah kelas yang paling chantek giler langsirnya. Aku akur dengan keputusan beliau.

"Salah..." kata-kata cikgu Hamidah membuatkan aku tersentak (chewah).. Kemudian aku berkira2 kelas lain yang lebih chantek dari kelas yang di'salah'kan tadi. Maybe 6F kot. Sebab kelas 6F pun cantik gak langsirnye... Kemudian aku berkira2 semula, maybe cikgu Hamidah nak buat lawak yang kelas disebutkan tadi salah sememangnya pemenang apabila dia menyebut kelas tahun 5 yang menang. Kalau bukan kelas yang disebutkan tadi, takkan kelas aku kot...(aku kan pegang kelas tahun 5, dan tahun 5 ada 2 kelas je...)

"5.......................................AL GHAZALI" Akhirnya suara cikgu Hamidah bergema jua segenap pelusuk dataran perhimpunan diikuti dengan sorakan "YEAY" dari kelas 5G dan aku sendiri terkejut dengan keputusan itu.

Penolong ketua kelas 5G (sebab ketua kelas tiada) tampil ke pentas dan menerima Piala Pusingan dan hadiah berupa sumbangan wang tunai bulanan. Memang aku x expect, kalau tau sah2 aku dah sten bai bawak cik IXUS aku di poket. So aku gagal memotretkan kemenangan pada pagi itu.

Tak sangka tul, kelas 5ALGHAZALI menjadi pembuka gelanggang untuk kelas terceria pada musim pertama. Takpela kalau dah kalah lepas ni, at least pernah menang. Sebab aku tau kelas kakak aku yang sorang tu sedang dalam make over. Dia kalah pun sebab pasang langsir yang chantek selepas markah juri sudah dikira.

Hasilnya inilah Piala Yang Dipusing2kan bakal mengisi ruang di meja aku untuk sebulan ini.



Sesi berangan menerima award.. hahaha, inilah wajah2 kesayangan hamba aku tahun ni, semuanya sayang (yang girls tak nak masuk dalam gambar-segan katanya)