Monday, January 30, 2012

Hari Ni Wa Kena Basuh

Ahad 29 Januari (yer, hari AJL 26), macam biasa sekolah. Wa jaga kelas wa sendiri, 6G 2012. Buat julung2 kalinya wa kenalkan anak2 kesayangan wa 2012. Masih tiada tanda2 WKH 2012.

Lepas rehat wa nampak Kak Mi sedang sibuk meng'laminate' sesuatu. Oh, foto2 anak2 beliau rupenya. Wa buat2 menyibuk bertanya, untuk letak dalam kelas katanya. Tapi dia print macam biasa je, then laminate,just tampal atas papan kecik jadi menarik la sikit bila dah timbul tu kan.

Wa nampak sekeping foto atas meja beliau, photo Che Wan Firdaus tahun 5F. Wa tanya nape pic tu tak laminate. Dia jawab salah print. Wa pun buat2 mintak la konon2 nak letak atas meja. Sekali Kak Zan yang duk dengar je perbualan kami menjawab, "Amboi M, dah chop siap2 ke adik angkat mung (ko) tahun depan??"  

Wa gelak. Takdenya wa nak meng'WKH'kan budak tadi. Wa tak balas apa2 pun tiba2 kak Zan menyambung, "Baru je Kak Zan sembang ngan Kak Mi pasal sape la adik M tahun ni, sapa kak Mi kita sebut tadi?" 

Kak Mi pun menjawab "Toooot***" huh, nama yang memang wa dah expect. Wa segan la, bila wa rapat ngan budak, cikgu2 lain sah2 nampak. Tahun 2010 ngan Hisham, tahun 2011 ngan Amirul. Tapi sekurang2nya Amirul wa nampak gak hasilnya. Erm... wa malas nak pikir, wa sayang semua dalam 6G tahun ni. Sebab wa dengan diorang since diorang yr 4 tahu. Jadi sepanjang menonton AJL, wa membuat gambar2 ni semua sebab wa nak folo Kak Mi dan jugak Kak Kud*s. Letak gambar dalam kelas kat notis bod. Oh ya, si TooooT tu ada dalam salah satu foto di bawah...

Calon-calon UPSR 2012 (kelas wa sahaja)

























Wa rasa tu je wa nak citer. Tajuk n3 wa kena basuh, tapi apa yang kena basuh wa tak citer lagi. Ada lagi sebenarnya. Nanti la wa citer bila wa rasa nak hapdet. Sapekah WKH baru wa???? Hahahahah......

P.S : Kenapa semak fon ini? Sebab ini la semak fon wa sekarang....

Sunday, January 29, 2012

Edisi Mencari WQH

Tidak perlu membetulkan kaca mata anda sekiranya anda berkaca mata. Memang WQH bukan WKH lagi. Wa sengaja taip WQH, sebab wa memang mencari WQH. Jumaat lepas 27 Jan wa dengan bangganya menggerakkan diri wa ke Kota Bharu, menjejakki rumah abang ngah wa di sana. Niat super asal wa adalah untuk mencari WQH (berapa kali nak bagitau daaaa). Wa gerak ke sana dengan bas, sampai dalam 430pm. Wa call abang wa, sekali beliau sedang berkenduri, pastu bagitau wa, beliau datang sejam lagi. Wa mati akal, mana wa nak pergi? Perut lapar neh. Wa ingat dapat la wa melantak masakan kakak ipar wa yang superkacis. So, memandangkan wa super nakhorom punya lapar, wa pun menapak sekitar bandar KB tapi masih area bus stand la. Wa nak makan nasik2 kan dah masuk senja. Wa pikir wa nak makan fast food. 

Mula2 wa memang la pusing2 dalam parkson. Cari KFC dalam tu. Sekali wa xjumpa. Rupa2nya ada kat luar kot. Kot la sebab wa nampak McD kat luar. Wa feberet memang McD, tapi baru je makan Prosperity dengan Mat Duang ari tuh. Wa lalu kat McD tetiba wa nampak ....FC. Beres, ada KFC sangka wa. Laju je wa jalan menuju ke arah restoran yang dimaksudkan. Sampai je pintu wa terus tolak, di sambut dengan 2 orang penyambut tetamu sambil ucap 'Selamat Datang...'

Wa heran gak, xpernah2 masuk KFC sambut macam tu bagai. Wa tengok sekeliling xde orang, ada la satu meja yang terisi. Lain2 kosong je. Wa tak perasan lagi sebab design dia sebijik macam KFC. Sekali bila wa sampai ke kaunter baru wa perasan yang menunya lain dari KFC. Alamak... cmne ni? MFC????

Perut dah lapar, wa dah laje ke kaunter yang takde pelanggan lain pun. Sekali wa kata, ok la makan je la apa yang ada. Wa order set nasik. Ada nasik ala2 briyani kot, ayam goreng dengan soft drink. Wa mintak coleslaw sebijik. Ada la dalam 9.80 kot. Then layan.. Sedap siot. Tak tau la sedap sebab wa lapar atau memang sedap. Tapi wa kagum la sebab wa rasa MFC ni maybe kepunyaan bumi kot. Staff dia cute2 gak. Hahahah.......


Orang panggil wa Sir M. MFC? Milik wa kah? Jangan tak percaya yer....


Oh, rupa2nya Muzdalfa Fried Chicken... Sedap jugak la...

Okeh, berbalik kepada tajuk n3. Wa datang KB sebab wa nak bawak balik benda alah ni. Wa nak sambar nombor dia sebenarnya. Wa nak letak kat kapal terbang wa akan datang. So wa beli benda alah ni sekali dengan nombor2nya. Wa pecut dari KB dalam 330pm wa layan je, walaupun sejuk tapi tak hujan, wa selamat sampai jam 630 ptg. Terima kasih encik penjual.


WQH **

Friday, January 27, 2012

Latihan Merentas Desa Lagi Sesi 2012

Hari ni 26 Januari 2012 Khamis. Setelah mengembalikan diri ke sekolah setelah hampir 5 hari bercuti kerana CNY, sekali lagi latihan cross country diadakan. Ini adalah bertujuan untuk membiasakan bebudak ini dengan trek larian pada hari kejadian sebenar nanti. Sehubungan dengan itu, wa hari ini telah mengambil keputusan untuk turut serta dalam larian cross country ini. 

Latihan larian dimulakan selepas sejurus mendirikan solat Asar secara berjemaah di surau SEKEBUN. Lepas solat tu wa tegur la sorang cikgu yang dalam lingkungan 40an kot umurnya dan beliau adalah lelaki. Wa tanya dia cikgu nak lari x? Padahal mata wa dah tengok penampilan beliau yang berseluar slack dan berselipar BATA. Jawab beliau, dah tua2 ni tak payah la nak lari2 lagi, buat malu je. Sekali dia tanya wa plak. Wa pun jawab, kalau wa tak lari lagi la wa malu sebab wa masih muda dan gagah perkasa (matilah wa kena baling dengan botol oren). 

Mula2 sekali sesi memanaskan badan la of kos. Wa? Wa keje2 mengambil gambor la. Tapi wa ada gak la duk depan sekali sambil jadi instructor.




Last trainin wa naik basikal, so kali ni wa tak nak menjatuhkan air muka wa dengan berbasikal lagi. Last week wa jumpa ex-WKH wa, tp kali ni wa nak kejar cikgu-cikgu pompuan yang konon2 berlari padahal semua naik kereta. Wa kalau boleh tak nak terserempak lagi dengan ex-WKH tuh. Then wa carik la teman kot2 ada yang nak melarikan diri jugak  Sekali lagi wa lupa yang wa antara spesis yang hampir pupus di Sekebun ni. Kalo ada pun tak ramai. Semua pakat2 nak naik moto. Tiba2 wa terpandang 2 org kakak wa yang lengkap berkasut sukan nih. Walaupun Kak Mi sudah masuk 40an, tapi semangat beliau (baju kuning) amat menggerunkan wa (ayat takleh blah). Baju biru adalah Kak Sham (ketua Panitia BI yang baru) dan baju merah adalah Tecer Izza (orang lain panggil Tecer Nurul, wa yang maintain panggil dia Kak Izza, tua setahun je dari wa). Kak Sham tidak berniat untul melarikan diri. Tapi wa ngan Kak Mi dan Kak Izza memang sekepala lutut mengambil keputusan untuk melarikan diri.

Wa, Kak Izza dan Kak Mi je yang berlari2an kot hari tu. Kitorang memang kacip. Maybe sebab kitorang datang Sekebun pada tahun yang sama kot 2010.Tapi wa xnak la orang pandang serong pulak so wa lari dulu dari kakak2 ni. Tapi yang herannya, dorang sampai dulu dari wa.. huhu..
Time ni la diorang pintas wa sebab wa berenti kejap amik gambor permandangan...Dah tak pelik lagi dah...

Wa berenti kejap. Serius kejap je. Sebab nak amik gambor. Seminit pun x sampai. Gambar pun sekeping ni je...

Pegawai lalulintas yang x bertauliah. Hehehehe

Akhirnya wa sampai jua di sekolah. Berenti jap melepaskan batuk di tepi tangga. Wa batuk namblas kali kot. Pastu wa blah. Patutla orang cakap melepaskan batuk di tepi tangga tu keja yang sia2, sebab lepas wa batuk, takde hasil apa pun. (wa tau la batuk yang sebenar dalam pribahasa tersebut adalah sejenis benda, bukan perbuatan)

Yeah...Wa suka sangat dapat lari2 anak ni. 


Monday, January 23, 2012

Keja2 Pembaikpulihan

Pagi2 lagi kelibat mereka sudah sampai. Tapi kelibat gurunya dalam jam 9 baru nampak batang idung. Tahun ni wa adalah guru tahun 6G, nama je tahun lain tapi pelajar2nya adalah masih sama seperti tahun sudah. Kalau dulu 5G la ni dah naik 6G. Tapi kedudukan kelasnya berubah. Kelas wa yang dulu sudah didiami oleh orang lain. Apa pun wa tetap kena teruskan tugas wa tahun ni. Tahun 6 sioot. 


Hanya seorang 'Encik' yang menjadi guru kelas tahun ni, dan encik tersebut adalah wa. Dipetik di SINI BTW kalau ada yang tak tau, nama wa adalah yang last sekali tuh, terima kasih.

Dapat budak sama, tapi kedudukan kelas berubah. Kelas super nakhororm shreyas talpade tak cun. Penuh dengan bekas tapak kaki dan nama bebudak ni. BTW kelas yang paling hazab untuk wa lalui tahun lepas. Setiap kali lalu je pasti wa rasa macam ada aura kebencian yang menyapu keras di muka wa. Takpelah itu semua dah jadi subjek Sejarah.

Macam biasa wa menjemput beberapa artis jemputan dalam usaha menge'make over'kan kelas nih. Kalau kira wa dah malas nak cat2 bagai ni. Tapi kondisi kelas yang super nakhorom mensebabkan aku mengambil keputusan untuk membuat make over. 

Keadaan dinding yang sebelum di make over


Pen'vandalisme' yang dilakukan ke atas dinding. 2-2 ni anak murid target wa kot


Kalo dilihat pada tin cat macam kaler maroon. Wa ok je kaler merun. Baju batik wa, baju melayu wa semua kaler merun, wa dah terpikiaq dalam palotak wa nak wat langsir kaler pink kalo dinding kaler merun. Sekali bila wa bukak tutup tin, godek2 kaler oren rupanya. Nak buat camne, cat subsidi sekolah. Nak dapat free dan ikut kaler yang kita nak bek toksah la. Super nakhorom betul GPK KO wa, beliau la yang bertanggungjawab menserahkan cat tu pada wa. Apa pun benda free x kuar se sen pun. Just kuar duit minum artis2 jemputan je.

Selepas di cat. Shreyas talpade wa lebih suka cat beli sendiri sebab kelas wa tahun lepas super kacis oh bagai kalau nak banding ngan tahun ni. Kaler oren? Nakhorom.........................

Biasa la, hasil kerja tangan artis2 berusia 12 tahun. What u can expect???

Artis2nya, dari kiri Ashraf, Firas, Zulhilmi, dan Azizi. Ada sorang lagi calon WKH wa tapi tak datang.

Sunday, January 22, 2012

WKH 2012

Wa bukan nak cakap wa dah ada WKH baru untuk 2012, same lagi WKH tahun lepas punya tapi perihal khas untuk tahun 2012. Citernye camni. Macam tahun2 sudah, aktiviti awal tahun tak lain tak bukan adalah merentas desa aka Cross Country. Last week Sekebun macam biasa ada la trainin CC ni. Wa macam biasa kena jaga cik puan, eh silap, chekpoint.(lantak pi la silap spelling)... Wa tahun ni xdak muto, belalang tempur wa sudah tiada di sisi wa lagi. Mula2 wa ingat nak mengendeng dengan sapa2 cikgu yang bawak super bike... Sekali wa lupa yang spesis wa pun dah mula pupus kat sekolah wa ni. So wa mula2 ingat nak merentas desa jugek.. shreyas wa memang nak lari2 anak sambil mengejar cikgu2 pompuan yang dah boleh wa panggil kakak dan ibu nih..

Then pada hari kejadian, si budak Shafiq ex-sekebun turut menghadirikan diri ke sekolah sambil membawak fixie ke pixie ke pai xie ke apa ntah.. so wa pun dengan secara tiba2 mendapat idea untuk menunggang fixie la plak....

Wa bawak fixie Shafiq, then Shafiq rembat basikal budak lain. Mula2 tu wa macam biasa la melakukan tugas2 penjagaan disepanjang jalan. Wa berhentikan basikal (bukan sebab wa letih, tapi wa kena alert dengan setiap budak yang sedang membelarikan diri), wa lepak sampai semua budak dah passed away eh silap, passed by then wa pun menggerakkan diri mengikuti dari belakang. Mula2 wa nak lalu depan rumah WKH wa, tapi wa tak jadi bila wa nampak dia duk kat luar tepi jalan sambil duk sembang ngan Izzhadi. Wa patah balik. Wa x jadi lalu depan rumah dia.

So bila wa patah balik tiba2 je ada muto yang pintas wa, Izzhadi ghopenya. He rode a bike.. He did come to me and said "Sir, Amirul...." sambil tangannya menuding ke belakang. Wa berpaling dan wa nampak la beliau sedang melepak kat satu jejambat. Wa tanya Hadi semula, camne Amirul leh gerak laju bebenor. Hadi yang bonceng.. pastu dia nampak wa kot dia mintak turun dari pass wa yang sedang berbasikal.

Wa tengok dia, dia tengok wa. Urh... Wa untern (u-turn lah) then wa get closed to him. Wa nampak dia sengih tapi macam nak x nak je pandang kat wa. Sembang lebih kurang wa tanya pasal sekolah, dia jawab pasal sekolah, wa tanya sepatah dia jawab sepatah. Hurm... he's changed a little bit, maybe sebab dah masuk sekolah menengah, rambut pendek rapi. Wa rasa jauh sangat, seems like wa bukan cikgu yang  pernah ngajar dia. Wa amat rindukan WKH wa yang dulu, bukan Amirul sekarang. Wa kena terima hakikat wa bukan cikgu dia lagi. Kalau dia macam saat2 nak UPSR dulu, confem wa akan lepak sampai abis trainin. Tapi bila wa rasa cam kehadiran wa kat situ sebenarnya tidak diharapkan, wa pun berlalu. Wa pun gerak blah sebab wa terasa sangat dengan sikap ignorance beliau kat wa. Hah padan muka ko... tu lah dulu bagi muka sangat. La ni dah macam nakhorom rasanya.


Apa Yang Anda Nampak??

 
Ala...jawapan dah habaq dalam stetmen kat kapsyen.... 

Tak Paham???

Itu JARI largh!!!!

Nakhorommmmmm..

Sunday, January 15, 2012

Wa Mintak Maaf


Maybe atas kesilapan wa dalam memilih topik perbualan, wa telah mengkecikkan hati kawan wa. Dia kawan wa antara yang wa sayang nak ilang, tapi sebab kebuduhan wa, wa buat dia tersinggung, sedih. Ok wa mintak maaf, kalau tidak pun, wa sedia untuk kehilangannya.....

UPSR 2012 1st Meeting

Yesterday wa ada meeting (macam siak je start ngan yesterday). Meeting ngan cikgu cikgi yang ngajor tahun 6. Perkara2 yang utama mestilah UPSR 2011 punya analisa. Yang pasti BI la jatuh merudum. Macam biasa setiap cikgu kena bagi sepatah dua kata tentang apa yang terjadi tahun lepas. 2010 5A 4 orang, then 2011 5A 3orang jerk.  Macam BI pun sama la, tahun lepas 5 orang tahun ni 4 orang termasuk budak kesayangan hamba wa tuh. Mula cikgu BM yang bercakap, prong preng prong preng percakapan dari orang pengalaman 5-6 tahun mengajar. Pastu cikgu2 Maths. 7-8 tahun pengalaman..Wa duk penjuru meja berdiam diri jer sambil menjeling ke arah Tecer Izza yang sama-sama pengalaman 2 tahun UPSR. Dia setahun di Sarawak dan setahun di Sekebun. Wa 2-2 tahun di Sekebun. Masing2 menikuskan diri berharapkan tiada orang meminta untuk BI dianalisiskan. In your dreams la wa tak perlu nak bercakap... hahaha.. So dengan kondifennya wa menceritakan pasal kondisi kelas wa tahun lepas. Turn tecer izza plak berkali2 beliau meminta maaf sebab ketidakbolehan membanyakkan A dalam BI tahun lepas. Bagi wa, 3 orang dari kelas beliau adalah satu kejayaan sebab kalo dulu, tiada sorang pun yang A rasanya.

Paling best bila GPK wa mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada wa kerana menge'A'kan WKH wa aka Amirul Hakimi dalam subjek BI ni. Katanya lagi bukan senang nak menge'A'kan murid dari kelas G instead of kelas F. Wa tersipu2 kononnya. Hahaha padahal bangga. Yang wa risau 6G tahun ni. Wa tak jumpa lagi sape yang boleh ganti tempat Amirul, wa tak nampak sapa wa boleh polish sungguh2 macam tahun lepas.

Speaking of WKH, semalam wa dah citer pasal laptop wa kena virus autorun nakhorom hjadoo tu kan, so wa telah menemui juru IT sekolah wa aka Kak Diana si penjaga makmal untuk menolong wa menghapuskan autorun tersebut. Masa duk sembang, tiba2 je Kak Diana bertanya pada wa, tahun ni sape plak WKH Sir M? Hahahaharun Salim Bachik!!! Susah betul idup wa ni kalo semua orang duk perati sape plak jadik WKH wa tahun ni...


Saturday, January 14, 2012

Wa #2

1. Wa pernah menangis sambil makan nasik.

2. Wa pernah nyanyi lagu negaraku semasa lampu traffik tengah kaler merah. Tapi wa tak berdiri tegak

3. Wa pernah tertido semasa exam SPM dulu.

4. Wa cita2 nak jadi seorang pensyarah, tapi bila wa tengok keje cikgu lagi best, wa tarik balik cita2 wa itu.

5. Wa dilantik menjadi guru disiplin sekolah tahun ni, tapi xde sape pun tahu wa pernah cium pelajar perempuan masa wa darjah 5. Nama perempuan itu H*****A. Tapi bila wa naik tahun 6, wa jadik Ketua Pelajar, ironi kan????

6. Wa x rasa semua cikgu kat sekolah puas hati dengan kerja wa, sebab setiap orang wa tengok ada je kisah di sebalik memasing. Hatta seorang yang dipanggil Ustaz pun mesti ada yang tak kena pada orang lain.

7. Wa xde niat nak tambah bilangan followers blog wa ni sebab wa rasa n3 nye bukan ada manfaat sangat pun. Lebih kepada diari idup wa.

8. Masa wa jadi Ketua Pelajar, wa dapat tau wa adalah WKH kepada sorang cikgu ni, tapi wa buat deek je.. hahaha. Rupanya dia minat kakak wa... Hahaha.. sekali kakak wa kawin ngan orang lain, cikgu ni pun kawin ngan orang lain jugak (gile popular jugak kakak wa tu)

9. Wa dari dulu orang cakap wa nampak gemuk. Soalannya, bila masa wa kurus?

10. Ni pic wa minggu lepas... gemuk ke?


Ok wa gemuk.... bye...


Friday, January 13, 2012

Nak Merajuk??