Wa sediakan edisi khas kali ini berkenaan dengan tajuk wa di atas. Ini adalah last time wa nak story pasal WKH wa 2011 sebagai kenangan wa masa akan datang.
Nama budak tu Amirul Hakimi Sabry. Wa kenal pun masa dia darjah 5 lagi tahun 2010. Wa tak ngajar budak ni tapi wa nampak budak ni memang ada potensi budak bermasalah dalam attitude. Dengan gaya rambut, dengan gelang dan cincin, wa tau budak ni ada sedikit influence benda2 negatif. Tapi benda2 negatif ni la yang menarik minat wa untuk menghampiri beliau. Wa akui, sejak tahun 2010 lagi wa dah try nak dekat dengan budak ni sebab budak ni terlalu obvious dengan attitude yang takde pada murid2 lain. Sampaikan guru kelas dia pernah kata budak ni adik wa. Tapi masa ni wa tau budak ni tak berapa selesa bila wa selalu cuba untuk tegur dengan penampilan dia yang sangat outstanding. Bila dia selalu mengelak dari berjumpa dengan wa, wa pun tak nak amik port lagi. Lantak la, bukan student wa, sebab wa rasa budak ni tak suka kat wa.
Penghujung 2010 budak ni pernah datang ke rumah wa bersama2 student wa yang masa tu dah darjah 6 dan dia ni masih darjah 5. Wa tak layan sangat dia sebab wa tak berapa mensukai dia. Tapi dah dia datang dari jauh berbasikal, wa layan jugak la sikit.
2011 wa tau wa akan jadi guru BI dia sebab dia tak layak nak masuk kelas 1st. Wa dah sedia hadapi apa sahaja cabaran yang terbit dari budak ni. Dari gaya dia seolah-olah dia adalah budak paling best, pandai, bijak dan segala2nya di dalam kelas dia. Lebih2 lagi tahun 2011 ni dia adalah ketua kelas. Sedikit sebanyak perangai sombong itu ada.
Awal2 tahun memang wa sangat-super-benci-menyampah untuk menghadap muka budak ni. Sikap dalam kelas pun dah tunjuk tidak minat untuk belajar subjek wa. Time wa mengajar, dia selalu buat benda lain. Kadang2 buat wa sakit hati, kadang2 buat wa malas nak cakap dengan dia. Bila wa ignore dia, dia akan cuba untuk menonjol. Bila wa dah bagi peluang, dia pulak yang carik pasal. Rasanya dah banyak kali wa sound kat dia jangan setakat lulus je dah nak berlagak pandai.
Tapi wa memang tidak boleh lari dari aktiviti pelajar tahun 6. Masa lawatan ke Bukit Merah, wa sedikit pun tak amik port dengan budak ni. Apa yang penting, dia adalah nothing. Wa memang tak expect pun budak ni akan bawak satu kisah lain dalam diary hidup wa. Kalau dulu, ada je program yang melibatkan budak ni, wa konfem malas nak join. Sebab wa dah chop, budak ni tak suka kat wa, dan wa pulak jenis tak suka bila tahu ada murid yang tak suka kat wa. Satu hari tu ada pertandingan kawad kaki unit beruniform. Dan si budak ni salah seorang peserta yang bertanding. Sehari sebelum pertandingan, wa tak tau angin apa yang datang, si budak ni tegur wa masa wa nak keluar. "Sir, nanti datang la tengok kami berkawad," pendek tapi cukup membuat aku tanda tanya.
Wa tanya la napa nak wa datang. Dia jawab, datang la, rumah sir kan dekat dengan sekolah yang akan jadi tuan rumah tu, tak ramai cikgu lain yang nak datang. Wa pun pikir budak ni sendiri yang jemput datang. Selama ni wa fikir dia tak suka kat wa. Jadi wa pun datanglah pada hari pertandingan. Dia tegur je wa macam biasa. Ada satu saat dia tanya wa nak ke mana masa wa angkat kaki dari tempat berkumpul. Wa cakap wa nak pergi tengok persembahan dari sekolah lain. Dia nak ikut. Wa tanya la nape tak tunggu dengan lain2 untuk prepare la apa yang patut. Dia jawab "kita simpanan je...". Wa jawab ok. Tak sangka pulak dia ikut membontoti wa ke mana wa pergi. Wa masa tu anggap dia macam murid wa yang lain jugak. Nothing spesel.
Awal bulan Julai sebulan sebelum puasa, sekolah mengadakan perkelahan di Lata apa ntah wa dah lupa tapi dalam kampung dekat sekolah tu jugak. Wa masa ni kacip dengan budak lain sebenarnya. Siap wa bonceng dia naik belalang wa lagi, sedangkan bebudak lain semua kayuh basikal masing-masing. Kepelikan bertambah apabila sepanjang perkelahan, si budak ni sekali lagi lepak dengan aku. Maksud aku, dia dan sorang lagi kawan lebih suka lepak dengan aku dari bermandi manda dengan kawan2 sebaya yang lain. Wa semakin yakin yang wa salah tentang budak ni. Dia memang nak menghampiri wa tapi wa yang jauh dari dia.
Trial aka Percubaan UPSR 2011, time ni la wa mendapat satu keputusan yang mengejutkan. Satu2nya murid wa yang meningkat naik adalah dia, si budak itu. Selalu markah dia dalam lingkungan 40-53%. Tetapi kali ni Trial dia dapat 63%. Memang naik la bagi wa. B pulak tu.sedangkan ada je dari kelas no 1 dapat C dan D. Lepas trial jugak ada satu lagi kem motivasi yang diadakan khusus untuk tahun 6. Kem selama sehari itu berakhir dengan solat hajat dan sesi muhasabah diri pada waktu malam. Dijadikan stori, waktu muhasabah sepatutnya dihadiri oleh ibu bapa, tetapi ibubapa beliau tidak. Saat penceramah mengalunkan zikir munajat didalam kegelapan malam, terdengar esakan mereka, dan saat penceramah mengakhiri sesi muhasabah, dan meminta semua mencari parents masing-masing, dan jika tidak ada parents, datanglah kepada guru yang kamu sayang-kata penceramah tu la, wa terkesima sekejap. Wa tahu ibu bapa dia tidak hadir, dan wa sengaja beralih tempat duduk wa sebelum lampu dipadam, wa nampak budak itu mencari wa dengan muka yang merah padam. Dengan air mata yang berlinang. Kesian sungguh apabila wa mengingatkannya. Seorang gangster sekolah, yang ada pengikut, yang terkenal, tetapi sayu apabila ibubapanya tidak dapat hadir, jadi wa lah sebagai pengganti. Wa pegang bahu dia dan cuba tenangkan dia.
Ramadhan menjelma, dan sejurus Aidilfitri nanti UPSR pula yang menghampiri. Atas permintaan budak itu, wa adakan kelas pada waktu petang yang turut dihadiri oleh 6orang rakan yang lain. 3 lelaki dan 4 perempuan. Wa nampak kesungguhan beliau untuk belajar. Wa nampak dia semakin bersinar. Dan pernah sekali wa halau dia balik sebab mengeluarkan kata2 kesat, dia menangis teresak2. Wa pujuk kembali dan wa cakap wa maafkan dia. Wa sedar saban hari menjadikan wa semakin rapat dengan dia, dan wa tak nafikan wa sayang akan budak ini. Dia lah penawar dalam kelas. Dia lah juga racun dalam kelas.
UPSR berlangsung dengan jayanya. Dan semua keakraban wa dengan WKH wa ada diceritakan dalam n3s berlabelkan WKH. Cuma wa tak pernah cerita bagaimana semua ini bermula. Wa pernah bawak balik rumah beberapa kali, samada untuk belajar, atau untuk menjadi orang suruhan keluarga wa semasa majlis tahlil dan arwah diadakan. Selalunya wa tidak membawanya keseorangan. Sekurang2nya berdua..Langit tak selalu cerah, awan tak selalu putih, bintang-bintang pun takkan terus berkerlipan, pelangi yang indah pasti akan hilang (macam lirik nasyid kan???) Yang muncul adalah redup yang panjang. Ujian demi ujian wa akur, wa lalui. Yang pasti WKH menunjukkan rasa bangga diri, protes dan sombong. Wa tahu sampai masa wa kena lepaskan WKH wa pergi tapi bukan dengan cara ini. Apa yang terjadi turut diceritakan dalam n3s lepas. Jadi wa terpaksa akur dengan kehendak takdir yang ini pengakhiran cerita wa.
0 comments:
Post a Comment