Friday, January 4, 2013

Wajah Kesayangan Hamba Episod Akhir - Part 3


Memang agak sukar untuk wa mencoret kisah WKH wa yang ketiga ini kerana hati wa masih terlalu berat untuk melepaskan beliau pergi.Namun sekuat mana pun wa menahan beliau dari berlalu, sampai masa beliau akan pergi jua.

Seperti tahun sudah, wa akan mengabdikan episod-episod akhir dalam erti kata yang wa sendiri sukar untuk tafsirkan. Selalunya, kenapa n3-n3 seperti ini diwujudkan adalah sekadar untuk wa mengimbas kenangan lalu sekiranya masa pantas berlalu.

Memang masa pantas berlalu. Wa tak sangka sekejap ini persaudaraan wa dengan si budak WKH ini. Dalam n3 2010, wa pernah menselitkan cerita bagaimana budak ini terasa dengan ketiadaan wa dalam N3 Rindu La Kat Sir semasa beliau masih di tahun 4. Walaupun pada masa itu wa adalah guru BI nye, tapi hati wa masih sukar untuk terima kehadiran beliau lagi kerana pada wa masih awal untuk wa menkenalinya pun.
Dah banyak kali wa citer pasal budak ni dalam tahun ni la. Beliau sering memerhatikan tingkah laku wa dengan WKH yang lepas dan wa rasa dia memang berniat nak mendekati wa sebab dia bukanlah student target wa pun. Alih2 wa cuba untuk membentuk beliau dari segi akademik dan sahsiah apabila beliau sering menghampiri wa dan menjadi peneman setia wa sepanjang tahun 2012.

Awal2 tahun lagi budak ni dah stat ikut wa, tapi itupun setelah wa jumpa si ibunya lah atas tujuan untuk memberi tusyen bersama-sama di tempat wa mengajar. Then masa tu wa baru lagi pindah rumah sewa, budak ni la yang banyak tolong wa mengemas barang dan mengangkutnya semula. Alhamdulillah budak ini tidak terlalu cerewet dalam pemilihan makanan, apa yang wa makan, beliau akan makan. Begitu juga dengan keselesaan rumah wa, masa wa tido atas lantai pun budak ni bantai tdo atas lantai jugak, tu pun masih tak serik2 nak datang ke rumah wa.

Tak macam setengah2 anak wa yang pernah wa bawak, selalunya mereka akan diumpan dengan janji game PS2 dan PSP. Tapi berlainan dengan budak nih... bila wa nampak dia boring wa offer la PS2 tu, PSP ke, tapi tetap tak nak sebab tak pandai main. Yang penting, homework kena siap terlebih dahulu. Kadang2 lepas siap pun masih teragak2 untuk menggunakan PS2 wa yang bersekung di ruang tamu. Itu yang buat wa rasa budak ni rapat dengan wa bukan sebab ke best an yang dia akan dapat, tapi dia memang nak rapat dengan wa...

Mula2 wa masih teragak2 untuk menobatkan beliau sebagai WKH wa sebab wa dah janji yang Amirul la WKH terakhir wa, apatah lagi WKH yang paling banyak menduga wa tahun lepas2. Tu yang wa serik nak bagi perhatian yang lebih untuk mana2 anak didik wa tuh. Tapi wa tak mampu untuk menolak dari menyayangi dan mensenangi perangai budak ini tahun. Lebih2 lagi peningkatan dalam subjek wa dari D kepada C dan seterusnya B. Pada masa yang sama wa turut menyumbang dalam mengajar subjek matematik di rumah.

Wa tak nak sembang panjang.... Bercakap pasal rapuhnya hati budak ni, beberapa kali juga budak ni mengalirkan air mata sehinggakan digelar sebagai anak manja oleh beberapa rakan sekelasnya. Tidak kurang juga yang menyimpan perasaan kepada WKH wa ni. Ye lah, bila dah umor 12 tahun, dah pandai bergaya.

Antara sebab yang memaksa wa menjadikan budak ini mengalirkan air mata adalah
1. Tidak menyiapkan kerja sekolah 
2. Mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya dilemparkan oleh seorang anak murid.
3. Wa tanya pasal awek dia (tu pun nak nangis?)
4. Bila dia rasa wa ada tersinggung dengan perbuatan dia lantas dia mengalirkan air mata untuk mengelak dari terus dimarahi.
5. Dan banyak lagi la yang malas wa nak sentuh kat sini.

Wa melihat sendiri bagaimana budak ini membesar dan terus berubah. Dari seorang yang naif, menjadi seorang yang bersifat kepimpinan, banyak kenangan manis dari budak ni. Alhamdulillah, budak ni tak macam WKH yang lepas2, yang terus melupakan wa sebaik sahaja tamat alam persekolahan rendah. Bahkan kini dah menjejakkan kaki ke sekolah menengah pun masih ingin dan sudi menjejakkan kaki ke rumah wa. Paling beriya iya untuk datang menolong wa pada kenduri wa yang lepas. 

WKH wa kini....

N3 ini tidak berpenutup sebab sampai ke hari ni tahun 2012, anakku Tengku Hafizam Tengku Arif masih sudi menghubungi wa dan menjengah ke teratak wa sebagai peneman wa dikala wa sengsorang.  Jadi wa tak nak jadikan ini sebagai last episod pun... huhuhu

2 comments:

Mr Hasker said...

how sweett!!! ada tokoh bapak la lu ni..gabante!!!

RatuHati said...

InsyaAllah akan sampai masanyer bergelar bapa...:-)

Post a Comment