Pagi2 lagi wa dah ke sekolah dengan Shiro meredah kesejukan pagi yang tak berapa nak sejuk. Pagi ini hari ke dua peperiksaan pertengahan tahun berlangsung.Jadual wa seawal masa pertama dan ke kelas tahun 5. Paper BM 1, kira kertas objektif je la... Senang jer... jawab wa.
Dalam setengah jam yang pertama... tiba2 dua orang anak murid wa yang duk kelas 6G terintai2 ke arah wa. Melambai2 ke arah wa dan wa pun keluar...
"Apahal?" soal wa
"Umar sakit perut..." jawab diorang...
"So??? Kenapa carik sir?"
"Sir kan guru kelas...."
"Dah tu? Xde cikgu ke dalam kelas jaga korang?"
"Ada...."
Wa selidik sapa yang duk jaga, rupa2 nya sorang cikgu yang paling kurang bercakap dengan semua sedang menjaga. Cikgu baru uols, tgh praktikum lagi. Patut la.... Umar tu budak yang pakai wheelchair dalam kelas wa.. Haiya...anak kelas wa yang sakit perut so wa la yang kena bertanggungjawab... Padahal tolong call je la bapak si Umar...
Wa menserahkan fon kepada diorang suh kol bapak Umar. 5 minit kendian, keluarga umar datang dan bawak beliau balik. Bukan apa, Umar budak istimewa. Pakai wheelchair, jadi kena la perhatian yang lebih dari familinya sendiri. Maaf, wa tak mampu buat apa-apa...
3 comments:
selamat kembali ke sekolah cikgu
Terima kasih kerana singgah... lagi usang blog ni dari blog usang itu...
hapdet lg cekgu..
Post a Comment