"Tolong bukak paip air sekejap..." katanya pada aku sambil memegang hos getah dan dimasukkan hujungnya ke dalam tangki akuarium yang sudah siap dicuci. Aku bingkas bangun lalu menuju ke arah paip air lalu memulasnya dengan perlahan-lahan.
"Tolong pegang hos ni, tunggu air penuh, nanti tambahkan 2 penutup botol anti-klorin ke dalam akuarium. Lepas setengah jam, masukkan semula ikan-ikan ni dalam akuarium.." sambungnya lagi dan aku hanya membalasnya dengan anggukan. Mataku terarah melihatnya menuju ke arah belakang rumah dan hilang dari pandangan.
Selesai sahaja kerja yang diarahkan, aku menyimpan semula hos tu ke tempat asal. Aku menuangkan 2 penutup botol anti-klorin dan memasang semula penuras air yang telah siap dicuci. Kubiarkan seketika dan aku melangkah masuk ke dalam rumah.
Aku kembali baring di hadapan tv dan sambil menekan butang remote control itu memasang tv. Tak sampai 10 minit aku berbaring, terdengar sekali lagi namaku di sapa...
"Petang ni nak ke mana-mana ke?" soalnya (Ya Allah, aku rindukan pertanyaan seperti itu.) Tatkala itu hanya tinggal aku yang masih bercuti dan dia. Ibuku dan adik2 yang lain masing2 di tempat kerja dan sekolah.
"Tak kemana-mana..Kenapa?"
"Nanti tolong bawak kereta, nak gi bandar..." jawab dia sambil mengesat peluh di dahi...
Aku sekadar menganggukkan kepala. Inilah rutin aku setiap kali pulang ke kampung. Mesti menjadi driver beliau.
"Pukul berapa nak pergi?" soalku semula sambil melirik jam di dinding. Hampir jam 1230 tgh hari.
"Kalo dah siap, jom la sekarang..." aku mengangguk sambil menutup semula tv dan mengambil dompet dan telefon bimbit.
Aku menghidupkan enjin kereta beliau... masih seperti selalu, bunyinya sedikit menggerunkan kerana kereta yang hampir sebaya usiany dengan adik bongsuku yang kini sudah menjengah ke usia 21 tahun.
Beliau membuka pintu dan duduk di sebelah..
"Dah masak nasik?" soalnya. Aku hanya mengangguk. Selalunya macam itulah aku apabila hanya tinggal kami berdua. Ibu aku jarang pulang awal. Apabila aku yang jarang2 sekali pulang ke kampung ini, mestilah terasa ingin memakan yang sedap2. Kemudian aku meneruskan perjalanan ke bandar kerana beliau ingin mengambil duit di ATM.
Sepanjang perjalanan, hanya radio yang memecah kesunyian. Jarang sekali kami berbual, apatah lagi bergurau senda. Sesekali aku akan bertanya tunjuk arah atau tempat yang beliau ingin singgahi.
****
Nama aku sekali lagi dipanggil. Aku bingkas keluar dari bilik, mencari-cari suara beliau.
"Ada apa bah?"
"Tolong panjat sini jap, abah ingat mintak tolong pasang skru pada dinding tu.."
Aku mendongak ke arah yang ditunjukkan. Skru pada langsir hampir tercabut. Aku bergegas mendapatkan tangga berserta skru dan pemutar skru. Kemudian aku melakukan segala-galanya secepat yang mungkin kerana di astro axn sedang menayangkan cerita CSI:NY kegemaran aku. Aku tidak mahu terlepas siapakah pembunuh encik Thomas..
***
Aku berdiri di tepi beliau sambil mendengar setiap kata-kata beliau tentang komputer yang ingin diketahuinya.
"Jadi abah nak copy file ni nak pindah ke dalam folder lain lah, macam tu?" soal aku semula. Beliau hanya mengangguk.
Aku menghulurkan tangan aku, dan menggengam tetikus yang sudah beralih tangan itu. Setiap cara aku tunjukkan dengan satu persatu. Dari mengklik sehinggalah mencreate folder baru.
"Abah tak paham la.. Tunjuk laju sangat..." bicara beliau.
Aku mengeluh kecil, tidak berniat untuk didengari oleh beliau.
"Laju sangat la tunjuk cara kerja tadi, boleh tunjuk semula? Abah kan dah tua..." tambah beliau lagi. Aku hanya tersenyum..
"Apa kata abah yang buat, biar alang cakap, abah yang klik..." aku memberi saranan. Beliau hanya menganggukkan kepala. Tetikus itu sekali lagi bertukar tangan.
Satu-persatu aku menunjuk cara dan memberi arahan kepada beliau. Setelah berpuas hati, beliau pun berkata
"Okeylah, terima kasih..."
***
"Selasa depan Syawal ada appointment lagi dengan HUSM,alang kena jadi driver lagi eh??" kata beliau sewaktu kami tengah makan malam.
"Ok" tidak pernah walau sekali aku akan berkata tidak. "Ma tak kerja ke hari tu?" tambah aku lagi. Ma yang duduk di sebelah beliau hanya menjawab
"Ma ambil cuti la satu hari..." aku menganggukkan kepala dan meneruskan makan malam bersama mereka..
***
Itulah aku..seolah-olah terbayang lagi peristiwa-peristiwa yang lepas. Aku hanya berkomunikasi dengan abah hanya apabila dia perlukan aku. Aku tidak pernah tanya sihatkah beliau, gembirakah beliau. Entah kenapa tiba-tiba je aku teringat semua peristiwa tersebut sewaktu dalam kelas Pn Paramesh tengahari tadi. Hampir semua benda yang dikuliahkan oleh beliau tidak meresap pun di dalam otakku. Yang pasti aku menangis lagi. 4 bulan telah berlalu...
Tuhanku.. ampunilah dosa-dosa beliau. Kau tempatkan lah beliau di kalangan orang yang kau sayangi, sampaikan doaku kepada abah yang berada di 'negeri' sana. Kadang-kadang bermain2 difikiran aku, kenapa abah pergi dahulu, kenapa tidak mereka yang lebih tua, yang dah lama menderita penyakit sampai bertahun2 lamanya. Kenapa tidak tangguhkan dahulu perjalanannya ke sana.
Tapi bak kata semua orang, Allah lebih menyayanginya, sebab itulah Allah menjemputnya dahulu. Sebab itulah, Allah ingin mengingatkan kepada kami semua bahawa setiap yang hidup pasti mati.
Aku menggodek2 semula folder2 yang lepas, cuba mencari sedikit kenangan bersama beliau, selain dari segala kenangan yang tersemat di hati, inilah satu-satunya gambar yang terakhir yang ditangkap secara tidak sengaja oleh adik aku. Terima kasih abah...