Macam biasa...bukak PC, bukak FB, check new notifications, bukak blogger... carik komen...xde sape nak komen.. check sape2 ada new update... balik kepada FB.. bukak restoren city...bukak barn buddy, bukak happy aquarium... pastu mentengok semua2 tuh.. dah jadi addict pulak dengan games dalam FB ni..
Latest post- mengkopi, mengepaste dan mengepos..-> setakat mengkopi-paste dan post.. apa la sangat.. boring sangat...(bak kata SETIA-- ELEH, setakat post benda yang di COPY, beliau pun mampu menghasilkan tesis untuk di post kan..)-Aku pun pikir camtu gak... setakat post warkah dari bintang (bukan bintang2 ke syurga yer..) yang dicopy-paste kemudian ngaku ada peminat la kononnya.. hahahaha...sayu dan terharu jugak membacanya..(terharu ke??)
Weekend yang lepas macam cepat sangat berlalu..sekejap je dah dekat nak exam final.. kalo kira 2 minggu je lagi (xsampai 2minggu pun..) status pelajar di IPG Ipoh akan gugur bagaikan bunga yang berguguran..dah nak abis pura2nya persinggahan aku di sini.. Dari hari pendaftaran hari tu.. sehinggalah aku bakal mentinggalkan Ipoh-macam mustahil la nak dapat posting kat Ipoh ni... Huhu.. kiranya dalam sejarah hidup aku, ada jugakla negeri di Utara Semenanjung ni menjadi persinggahan aku sementara...
Isk isk isk.. macam nak rewind balik je masa.. dah suntuk gile untuk penstadian.. ni duk mentulis blog ni kira dah buang masa jgk laa (takpe.. aku set 30 minit untuk mentaip apa yang terlintas buat masa ni)
Ah.. buang masanya aku mentulis semua ni...baik aku menstudy Ilmu Pendidikan.. Ya Allah, rasa macam aku la paling lemah dalam kelas.. satu haper pun tak ingat lagi.. at least kakak2 lain ada la jugak yang cair di mulut, bukan di tangan (edisi iklan MnM - M????)
Baru2 ni ke Pasir Salak-motifnya adalah untuk mencari shot yang terkacis... Dan kesudahannya shot2 yang terkacis tidak dapat diupload lagi buat masa ni kerana kesuntukan masa.. ada masa Insya-Allah aku akan upload...
Minggu ni saya sangat rajin mempergi ke Padang Polo untuk membuang angin di sana (motif buang angin di sana???) sambil membuang tebiat... Dan membuang sampah.. Niat asal saya adalah untuk kesihatan (apabila Abuzar bertanya- kenapa berlari2 anak di sana). Padahal niat yang super asal adalah untuk membuang lemak yang sangat2 diingini oleh bintang (bagi lemak ko kat aku laa!!- kata beliau apabila saya menyuarakan saya sangat gomuks)
Jadi semalam adalah terlatest saya berlari2 anak bersama2 rakan2 seperjuangan yang lebih kurang 400 orang (apabila dicampurkan kesemua makhluk yang turut berlari2 anak di sana) semuanya. Sambil berlari sambil mencari si baju putih dan seluar biru (kaler target setiap hari dan sampai ke saat ini masih berjumpa target yang diingini)- Kaler target kawan saya semalam adalah hitam dan merah-> memang ada target beliau yang kacis... so mungkin hari ni dia mentukar kaler baru sebagai target...
Jadi.. dah hampir 30 minit.. setakat ini dahulu saya mampu mentaip.. selamat study, renung2kan dan selamat beramal..
0 comments:
Post a Comment