Sepanjang 14hari Pn Ma mentinggalkan bumi Malaysia, sayu jugak hati sepanjang beliau mentiadakan diri. Mula2 tu memang rasa sedih gak. Rasa beruntungnya diri ini kerana masih ada seseorang yang buleh aku panggil Ma lagi sungguh pun title aku ialah yatim piatu.
Minggu ke 2 aku mensetelkan banyak benda, dengan mensiapkan road tax puan Honda, menservis Encik Myvi, dan mencari barang2 dapur stok untuk beberapa minggu ni. Pastu terlintas plak nak mengajak WKH datang rumah. Hari tu saje je la tanya beliau nak tak datang rumah aku untuk bermalam. Dia jawab nak, pastu tanya apa ada kat rumah aku. Aku jawab la bleh main PS2, lagi la excited dia nak datang.
So, hari Rabu aku membawa beliau ke rumah aku. Mula2 tak tau gak nak buat apa petang, aku lak jenis malas nak kuar jalan2. Last2 lepas Asar aku ajak beliau mentolong aku merumput di taman mini sebelah rumah aku tuh. Leh jugak beliau berbakti.
Rumput-rumput yang panjang2 tu telah dicantas oleh beliau.
Kemudian, beliau kembali ke sekolah pada esoknya (datang ke sekolah dengan aku la) beliau menyebarkan berita kedatangan beliau ke rumah aku.
Aku balik rumah rasa sunyi je sebab semalaman dah beliau teman aku berbual macam2 benda sebelum tido. Alih2 malam ni aku sunyi lagi. Bangun pagi Jumaat dengan perasaan yang berat tapi hidup mesti diteruskan.
Aktiviti Jumaat aku membersihkan kolam ikan dekat halaman rumah. Masa tu jam dekat pukul 11 dah. Tiba2 aku melihat kelibat basikal kuning yang aku rasa sangat familiar dengan wajah tuannya. Aku mimpi ke? Kelihatan WKH sambil tersengih2 di halaman rumah. Disusuli pula beberapa buah basikal lagi yang datang - Khairul, Ashraf dan Amirul.
Duduk di depan Ashraf dan Amirul
Dipendekkan cerita malam tu diorang lepak sini. Petangnya mereka menyambung semula kerja2 merumput yang tidak sempat dihabiskan oleh WKH 2 hari lepas.
Aktiviti Sabtu plak sangat berilmiah. Membawa mereka ke Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Duduk sana dalam sejam. Pastu balik. Aktiviti petang hanyalah bermain game dan mereka bergerak pulang dalam jam 4 petang selepas selesai makan dan minum...
1 comments:
Aih...manja nyer WKH tue...Berkepit celah cikgu kesygan dia plak...hehehe
Post a Comment