Telah berlangsung program selepas UPSR 2010 tapi turut disertai oleh pelajar tahun 3,4 dan 5. Aku kali ni diberi tanggungjawab menjadi 'Kem Komandan' (gile kentang!!!) Start hari Khamis 7hb Oct 2010 sehingga 9 Oct 2010. Pagi2 Khamis lagi semua peserta datang sekolah dengan siap berpakaian sukan. Meneruskan kerja-kerja pembersihan tapak perkhemahan di atas bukit depan sekolah. Aduyai, aku lupe nak snap pic view dari atas bukit. Dalam lebih kurang jam 1130am semua bebudak dan guru dah bleh balik sebab perasmian perkhemahan start dalam jam 200pm. Tapi masa perasmian aku lak takde...sehari sebelum berkhemah, aku dapat surat dari PK-Ko supaya aku gi taklimat kat Sek Keb Bukit Tunggal untuk perlawanan bola baling. Dah la kem komandan, alih2 kena gi taklimat pulak. Aku tak paham......
Hari pertama - lepas je perasmian pada waktu petang, semayang Asar secara berjemaah, lepas minum petang, aktiviti pertama diorang ialah pakaian rimba - aku takde kat skolah untuk mensnap pic. Dengar cam kacis gak.
Malam pertama - aku datang dalam jam 830 lebih kurang, lepas solat Isyak, ada sesi taklimat dari Kem Komandan (aku la tu)... Cam tak kondifen je nak stand depan bebudak ni sambil bagi taklimat. Tapi tak sangka gak, semua dengar cakap,xde la yang buat perangai. Taklimat dalam sejam, kemudian aku bagi masa kat bebudak ni untuk berbincang malam persembahan diorang.
Kejadian malam pertama - Guru yang bertugas - aku, cikgu Sofian, Ust Muda, Ustazah Maznah dan Ustazah Ju. Dalam 1030 tiba2 aku dengar suara pelajar perempuan memanggil nama aku yang tengah duk berangan kat markas Kem Komandan. Rupa-rupanya ada budak kena sampuk, menangis2 bagai nak rak. Mata liar semacam je. Aku memang tak biasa dengan keadaan ni tapi takkan aku pun nak wat gelabah kan? So aku berjaya melakonkan watak 'tenang' dan menyuruh 3-4 orang pelajar perempuan lain memapah budak itu turun dari bukit. Budak tu dibawa ke kelas tahun 1 dan aku mengambil air mineral lalu baca sikit2, (ada la ayat kursi gitu2) aku bagi budak tu minum, dan basuh muka. Aku tanya dia kenal aku tak, dia jawab kenal. Aku tanya nak khemah ke nak balik? Dia cakap nak khemah. Aku tanya nampak apa? Dia menangis balik sambil menjeling2 ke arah kawan2 dia yang lain. Mujurlah Ustazah Maznah datang mensetelkan keadaan.
Bila dah setel, aku naik ke bukit semula dan kembali ke markas. Tak sampai 10 minit tiba2 nama aku kena panggil lagi sekali. Kali ini budak lain pulak yang menangis teresak2. Aku hampiri khemah dia, eh kalo tak silap aku budak ni yang tolong papah budak yang pertama tadi. Pelik pulak. Kali ni aku dah tak bawak turun dah, aku baca2 kat situ gak dan aku korbankan air mineral aku sekali lagi untuk dibasuh muka dan diberi minum. Kali ni dengar ceritanya dia dengar ada suara budak2 menangis. Entah ye entah tidak. Lama gak masa nak setel... Bila dah ditenangkan oleh kawan2 aku kembali ke markas.
Ketenangan yang aku cipta terhapus dek kerana terdengar suara budak jantan pulak yang panggil nama aku. Jam menunjukkan ke angka 1230. Apahal pulak ni? Rupa-rupanya si Azman budak tahun 6 yang panggil.
"Amirul menangis..." katanya ke arah aku.
"Amirul mana?"
"Tahun 5" Eh??? Tadi okey je aku tengok dia bergalak bagai dengan kawan2
"Kenapa?" soal aku semula
"Entah, tiba-tiba je dia masuk khemah dan menangis"
Pulak dah.... angin apa lagi yang Kau hantarkan ini Ya Allah???
Aku menghampiri Amirul, pelajar ini terkenal dengan sifat macho dan gagah. Tapi entah kenapa malam ni menjadi manja dan lembikkkk. Nangis betul2 pulak tu.
Lama jugak la proses pemujukan. Aku ajak keluar dia tak nak. Aku ajak balik khemah dia pun dia tak nak (sebab dia duk khemah lain). Susah betul la. Last2 aku ajak masuk khemah guru, aku cakap aku temankan dia malam ni. Tak angguk tak geleng. Pening betul, last2 aku peluk dia letak tangan atas bahu bagi dia tenang. Aku ajak kuar minum air, baru la dia ok. Bila aku suruh cerita, taknah pulak dia cerita.
Amirul adalah kes yang terakhir pada malam itu. Last2 markas aku yang jadi tempat tidur 4 lagi pelajar lelaki lain yang tak nak tidur dalam khemah termasuk WKH!!! Dengar cerita Amirul nampak ada bayang ikut pelajar perempuan yang pertama tadi semasa aku bawak turun dari bukit.
Mujur sampai ke Subuh tidak ada kejadian2 lain yang bisa mengganggu ketiduran aku. Kadang2 aku fikir, budak2 ni saja nak cari perhatian, dan aku dah pesan berhati2 dengan tuturkata. Ni kes cakap besar la ni, baru sekejap Allah bagi keistimewaan tuh, dah mula menggigil. Aku sendiri pun terlintas je la nak gak rasa, tapi Alhamdulillah, aku tak nah nampak apa2 lagi. Tapi aku percaya, semua tu makhluk Allah jugak.
Kita layan gambar....
Hari kedua - pagi2 lagi aku handle riadah pagi, main bola sepak dan bola jaring untuk perempuan. Abis je riadah, aku blah, tinggalkan aktiviti seterusnya pada cikgu lain la pulak. Aku super letih tak ingat dah ni. Balik rumah aku collapse!
Aku datang semula sebelum sembahyang Jumaat. Aku bawak budak ke masjid dan setelkan semua urusan semayang jumaat. Petang Jumaat ada aktiviti permainan dinamika (macam mana ntah aku tak handle)
Oh ya, setahu aku pagi2 budak2 ada aktiviti masakan rimba dengan bantu mula (first aid). Ada ala-ala pertandingan jugak la kot. Petang lepas Asar ada pertandingan kawad dan aku balik sebelum Maghrib,
Malam ada malam persembahan (sedih - xde cikgu lain pun yang handle, dari pentas, sehinggalah siaraya seperti mic dan speaker, aku wat semua sendiri, hatta jadi MC pun aku pada malam tu....) Tapi di pertengahan mujur la datang teachers2 lain. Huhu..
Selepas malam kebudayaan, tak banyak sangat aktiviti lain, kebanyakannya aktiviti bebas dan makan2. Ada bbQ, dan macam2 lagi... So far malam ke2 ramai yang cepat collapse so takde sape yang dengar apa2..hehehe, markas aku pun tinggal 3 orang je berbanding 6 orang pada malam pertama. WKH dan Khairul je yang jadi ahli tetap markas Komandan.
Letih memang la letih... sampai tertido2 time kuliah Subuh... Agak2 kalo si baju biru kentut mau tak bangun2 yang pakai kopiah ni.
Sekian dulu n3 kali ni... Ingat nak sambung pasal keberangkatan Pn Ma ke Mekah, tapi kesuntukan waktu sebab esok sekolah. BTW Tn Tanah ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Ajiem dan isteri atas majlis perkahwinan beliau pada hari ini. Nikah dah lame, majlis je hari ni.
1 comments:
klaka la gmbr yg last tu.. hehe
Post a Comment