Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Raya

Dah masuk raya ke 6 pun hari ni baru reti nak hapdet blog. Hurm... bukan wa tak nak hapdet, wa balik kampung. Kampung wa takdak strimix, apatah lagi berukbennye pun adoi. Seminggu gak la Rayap wa bersawang dengan hapdet yang last pasal Trial Bi 2012. Then raya tahun ni wa tak rasa cam nak raya sangat sebab esok 7 Syawal ada satu big event dalam hidup wa. Tak tau la wa lepas ke tak. Macam nak gi final exam pun ada gak neh. Tapi wa cuba serahkan segala2nya pada yang kat ATAS nu...

Dua tahun pertama menjadi pendidik ni memang wa tak pernah pun dikunjungi oleh mereka2 yang bergelar anak murid. Alhamdulillah tahun ni boleh dikatakan anak2 wa yang pernah mendampingi wa (rapat la) semuanya datang beraya. Dimulai oleh WKH no 1 si Hisham datang dengan geng motosikalnya. Gila nakhorom datang dengan motor tak pakai helmet. Tapi raya pertama kot pasal tu diorang berani. Wa tak sempat nak rakamkan bukti kedatangan diorang. Tapi yang sure Hisham mai ngan Luqman (like always) dan jugak ada la 4 orang lagi member diaorang yang wa rasa tak yah la nak disebut. Hahahaha...

Selang setengah jam diorang blah (makan nasik pun tak sempat) masa tu dah Zohor kot, wa berkira2 untuk melelapkan mata (padahal Zohor pun tak setel lagi neh), kedengaran mak wa panggil cakap ada anak murid lagi yang datang. Waaaa sapekah... mula2 wa tgk cam tak nak caya pun ada. Macam mirul kata wa dalam ati la... Sekali betul si Mirul yang datang. Erk... ingat dah sombong jumpa wa tepi jalan pun tak pandang sebelum ni.

Mirul cakap leh sesat cari rumah mak wa padahal tahun lepas banyak kali gak beliau datang. Sekali wa tanya abis tu camne jumpa? Dia jawab, cam kete wa si Shiro. Pergh... mana tau Shiro neh? Beliau jawab tau melalui redup. Pergh... masih singgah ke sini kah? Maknanya wa kutuk2 kata2 each other tu dia tau la?

Bulan baik ni layan je la. Rindu gak la budak ni tapi dia dah besar pun.. Harap jadi manusia berguna sudah la..

SI Amirul hari ini.

Raya ke 2, 3 ,4 semuanya di monopoli oleh sedara mara wa yang buat open house. Benci betul la bila dah kena gi open house, sah2 kena harung jem yang superteruk nakhorom cisdelkek... Hari ke 5 Khamis, buat julung kalinya Shiro berjaya merilekskan dirinya pun adoi pada pagi2 tu kerana wa tak kemana2. 

Masuk petang memang takde sape datang tiba2 phone wa menjerit. Nah, 3 orang lagi anak murid wa yang datang bersama WKH tahun ni. Huhuhuhu... Leh dikatakan 3-3 WKH  + 1 (Lukman sorang lagi) datang raya rumah wa...
Budak2 pondok yang kiri dan kanan tuh. Dari kiri Fidaiy (ting 1) WKH (tak tau nama apa ke? Lantak korang la) dan Saufi (ting 1 gak)


Nama nya adalah .............. hahahah....

Friday, August 17, 2012

Trial BI kelas wa

Dah 2 minggu sudah trial UPSR berlalu. Pagi yang sungguh indah itu mengundang kenakhoroman yang tinggi pada bebudak kelas wa kerana time paper English Kertas 2, wa yang invigilate diorang. Memang bila wa yang jadi pengawas, wa akan strict, hatta budak nak pinjam pemadam pun wa tembak sesuka hati wa je. 

Kenapa wa yang buat2 bad mood pagi tu? Sebab last Pre-Trial UPSR sebelum pose, ramai yang meniru semasa menjawab kertas 2. Tu yang wa tak nak pisang berbuah dua kalinya pun adoi ter ber mer... Jadi memang tidak ada aktiviti peniruan berlaku sepanjang wa sebagai invigilator pada pagi yang sunyi itu.

NAH... Kesannya memang anak2 murid wa terbaekkk. Dulu yang lulus hanyalah 12 orang jer yang lulus. Sekarang cuba la bilang sendiri yang kaler merah. Dari 26 orang, 8 orang je kaler merah... Memang super gembira betul masa wa key-in markah. Hari yang supernakhorom menjadi hari yang flying colours. Memang la xde yang A, tapi kelas no 2 what can u expect kan? 

Yang penting WKH wa ada sedikit peningkatan. Wa harap beliau boleh kekal maintain la dalam kedudukan beliau sekarang.

Percubaan BI 2012 6G
Bil Nama Murid % Gred
1 ABDUL HADI BIN JOSLI 48.75 C
2 AHMAD FAIZ HAKIMI BIN HITAM 35 D
3 CW MUHAMMAD ZUHAIRI BIN CW YAHYA 45 C
4 MUHAMMAD AFIQ BIN SALLEH 16.25 E
5 MUHAMMAD AIDIL LUQMAN BIN KAMAROL ZAMAN 26.25 D
6 MUHAMMAD AL-HAFIZZUDDIN BIN MOHAMAD NOOR 40 C
7 MUHAMMAD ARIF AZIZI BIN MOHD AZIZ 47.5 C
8 MUHAMMAD ASHRAF BIN AZIZ 36.25 D
9 MUHAMMAD AZRIE BIN AZMAN 43.75 C
10 MUHAMMAD FIRAS BIN ZAHARI 41.25 C
11 MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ABD WAHAB 43.75 C
12 MUHAMMAD SYAKIRIN BIN SULAIMAN 52.5 C
13 MUHAMMAD ZULHILMI BIN MEZAH 37.5 D
14 TENGKU HAFIZAM BIN TENGKU ARIF 50 C
15 AINUR ASYIKIN BT AHMAD NAZRI 47.5 C
16 CK NOR AINSYAH BT CK MAZLAN 31.25 D
17 FARAH FARIDA BT AHMAD 46.25 C
18 FARISHA FARHANI BT FAZLI 51.25 C
19 INTAN SURYANI BT BAKRI 55 C
20 NOR AFIZA  BT ABD KARIM 28.75 D
21 NOR IDAYU BT MAT HARUN 13.75 E
22 NURHAFIZAH BT MOHAMAD ZUKI 52.5 C
23 NURUL AQILAH BT MAT JAINI 60 B
24 SITI FATIMAH BT KARI 41.25 C
25 UMMI HAFIZAH BT DERAMAN 50 C
26 WAN NUR ATHIRAH BT. AMALUTDIN 40 C

Thursday, August 16, 2012

WKH Evolved!!!


Ni adalah perubahan dari caterpie kepada metapod dan akhirnya menjadi Butterfree. Ye...pokemon, mengalami per'evolve'an dan begitu juga dengan WKH wa. Huhuhu, dari dulu wa hanya menggunakan istilah WKH tapi wa tak pernah sebut pun nama beliau. Wa kenal budak ni dari dia darjah 4. Tak pernah terfikir pun WKH title tu akan diserahkan kepada budak ni sebab memang masa dia darjah 4 tak rapat pun. 

Sejarah istilah WKH.

WKH pernah digunakan oleh akak KAPAL. Beliau la yang mencipta term ni. Kemudian wa sewenang2nya mengambil term itu dan menggunakannya pun adoi ter ber dengan sewenang2nye jugak. Akak jangan mare yer....


WKH masa darjah 4... Tahun 2010 tahun pertama wa menjejakkan kaki ke SeKeBuN. Antara kelas yang wa surrender nak ngajar. Pergh... perangai xdelah nakhorom sangat, tapi samada wa tak reti ngajar lagi atau memang sebab kelas belakang buat stress nak ngajar diorang. Selalu yang lulus pun 2-4 orang je. Huhuhu... WKH masa ni xde la kacis sangat dengan wa pun. Comot lagi nye pun adoi.

Tahun 5 2011.. Wa guru kelas beliau. Wa lantik beliau sebagai ketua kelas. Tapi tahun ni wa jugak mengajar  tahun 6. Walaupun wa guru kelas tahun 5, wa lebih rapat dengan tahun 6. Lebih2 lagi adanya si Amirul time ni telah mengover shadow si beliau. Dia dah stat rapat dengan wa sebab title beliau sebagai ketua kelas. Pastu time si Amirul buat hal pun beliau dah stat ada kat sisi wa. Tapi tak nah terlintas nak menjadikan beliau WKH pun... Heh

2012, tahun ni la. Memang ramai tak tau yang wa penyebab beliau menjadi pengawas tahun ni. Padahal wa hanya mencalonkan beliau je. Tapi since Kak Mi rapat dengan wa, dia setuju je. Sejak beliau menjadi pengawas ni, penampilan dah banyak berubah. Tak comot lagi, kemas sentiasa. Tu yang ramai awek tu. Hahahah...... Dan yang paling best... beliau x kisah dengan gelaran WKH tu. Ok bye

Friday, August 10, 2012

Jumaat

Hari ni wa macam biasa lepas sahur terus menjalankan aktiviti berhibernasi dengan jayanya. Sekali sekala sahaja wa akan bangun untuk ke tandas. Pastu time betul2 bangun pun dah hampir jam 1230 pm. Super nakhorom super siak punye tido. Okey siap2 ke masjid untuk Jumaat's prayer.

Nak stori time wa duk kat dalam saf bersedia mendengar khutbah, ada la sorang jantan yang agak comel (please la...comel ke?) jantan yang wa tak tau nak describe camne... menjawab panggilan telefon. Handset la. Tak tau bila masa bunyi, maybe mode getar kot. Wa dapat dengar dengan jelas setiap butir bicara beliau. Sebelum itu mari kita meneka kemungkinan orang yang menelefon beliau.

1. Isteri
2. Tunang
3. Girlfriend
4. Balak (kawan lelaki)
5. Kawan non-muslim.

Butir bicara lelaki itu 

Hallo.....
Kat mana sekarang ni? 
Kat masjid la.... 
Buat apa kat masjd sekarang? 
Sembahyang Jumaat. 
Ye lah, lepas ni kita jumpa.

Phone diputuskan talian. Butir bicara tak macam loghat Terengganu, samada beliau orang luar, atau dia orang Terengganu yang speaking bahasa luar Terengganu kerana pemanggil adalah bukan orang Terengganu.

Persoalannya.... Kalau la dari no 1 hingga no 3 kat atas... manusia jenis apa yang tak reti bahasa bahawa dari jam 1.00 tengahari hingga kul 2 maksima adalah waktu2 kaum lelaki MUSLIM mengerjakan solat Jumaat di masjid2 yang berdekatan, bukan di Mydin2 dan Giant2 yang berdekatan.

Kalau no 4 plak, kaum lelaki sendiri tak tau yang hari tu adalah hari Jumaat? Pergh... betul2 nak kiamat dah kot. Kalau la ada orang kol wa time camtuh then tanya buat apa kat masjid sekarang, mau wa nak menjawab, saje nak tengok pertunjukan cahaya bunga api. Apa kejad nye diorang neh???

Kalau no 5, so far kenalan2 wa di Terengganu ni yang non-muslim sangat menghormati Muslim yang lain. Setakat yang wa kenal la. Diorang dah acknowledge (tak semua la kot) ada resam budaya orang Islam di sini. Just kalau Melayu yang ngaku Islam sendiri yang boleh kol dan tanya "Buat apa kat masjid sekarang ni time 130 pm pada hari Jumaat kepada orang lelaki... wa macam....
Apa Kejad Nye???

Wednesday, August 8, 2012

Peristiwa 18 Ramadhan

Semalam 18 Ramadhan 7 Ogos, macam biasa wa balik sekolah terus mentuju ke rumah sewa wa dengan WKH kesayangan... Beliau tak tido pun tapi just balik belajar dengan wa sementara nak tunggu waktu berbuka puasa lewat petang nanti. Seperti biasa wa suruh la WKH bagitau dimana beliau berada kepada parents beliau.

Jam 4 petang hujan turun mencurah2, memaksa wa untuk menge'off'kan modem kerana susulan dentuman guruh di langit yang memungkinkan berlaku kes kejadian modem terbakar lagi. Jadi terdengar suara2 yang menyuruh wa tido sementara nak mentunggu jam 6 petang untuk menghantar WKH pulang. Wa turut memaklumkan kepada ibu wa untuk berbuka bersama2 beliau nanti. 

Pendek kata, panjang tak kata apa2 panjang rileks je, wa tertido mentinggalkan WKH sendirian melayan kerja sekolah atau pun main PSP (wa tak tau yang mana satu beliau buat). Terbawa2 ke alam lain diiringi dengan suhu yang mendamaikan menjemput beberapa mimpi sedang makan KFC di dalam bilik air-cond yang dingin.

Ringtone yang berlagu memaksa wa membuka mata, alam sekeliling gelap gelita dan cuaca di luar masih lagi hujan kedinginan. Sempat wa melihat sang pemanggil dan menjeling jam di sudut atas phone wa itu. 7.24 pm. Nakhorom.....dah berbuka ke? Wa menjawab panggilan dari ibu wa dan memberitahu wa baru bangun.

Azan berkumandang, wa menlihat WKH turut lena di sebelah. Mengerekot kesejukan. Segera wa menkejutkan WKH dan mentuju ke dapur meneguk segelas air masak sebagai pembuka puasa.

Bosannya wa mentulis menggunakan bahasa novel. Senang bahasa wa terlajak tdo, satu benda pun takde di rumah wa untuk wa buat berbuka. Bertambah kesian kat WKH yang kelaparan. Wa mensuruh beliau solat dahulu dan wa akan hantar balik ke rumah. Sebaik saja WKH kol mak dia, mak dia bleh cakap, takde makanan dah ni, ingat berbuka pose dengan sir tadi. Wa plak siap "alaaaa makkkk" maka wa pun setel2 kan mandi dan solat, wa bawak WKH balik tp sebelum tu singgah drive thru dulu, sempat la sambar makanan untuk beliau.

Kenangan betul pose tahun ni. Tak pernah2 wa terlajak waktu berbuka, ni la 1st time. Dengan WKH plak tuh. Wa pernah gak la berbuka ngan air masak saja tapi takdelah tertido... wa pun tak tau apa wa cakap nih.
Sekadar gambar hiasan...

Tuesday, August 7, 2012

Percubaan UPSR


Hari ni bermulalah percubaan UPSR bagi calon2 negeri wa (walaupun agak lewat berbanding negeri2 lain). Macam biasa wa akan menjadi pembuka majlis untuk kelas sendiri untuk kertas pertama. Mula2 BM 1, macam biasa la, kendian kertas dua, pastu rehat. Next Maths kertas 2. Ni untuk hari ni la. Nak dijadikan cerita wa sengaja menyusun jadual bertugas wa sebagai pengawas exam untuk kedua2 kertas masa pertama kedua berturut2. Saje wa malas nak jaga untuk waktu ke 3.

Lepas masa kedua, masa rehat, wa tengok anak2 wa ramai yang berpusu2 berkumpul di satu sudut. Bila wa cek, diorang duk praktis Maths kertas 2. Rajin plak diorang duk praktis termasuk la WKH. Sampai wa nak mintak tolong pun dia keberatan nak tinggalkan kertas maths tu.

Bukan apa, bila wa perati semula, budak2 ni bila time maths tu rajin plak diorang buat latihan, berbincang, berjumpa dengan cikgu maths diorang. Dengan wa sikit pun takde keminatan dan kerajinan untuk tanya apatah lagi nak jumpa dengan wa kan? WKH pun camtu gak, time maths rajin kan main lagi. Tapi dengan wa, haram nak tanya apa2.. tak minat kot. Kecik ati gak la dengan budak2 ni. 

Tapi bila dipikirkan semula, maths memang perlukan tunjuk cara, formula dan seumpamanya la. Kalo Bi, bukan kena ada jalan kerja pun. Jadi tak perlu la nak jumpa cikgu BI. Lagipun lepas rehat kan time paper 2 maths. So, sebab tu la diorang praktis. Nak tgk gak time BI nanti, ada tak diorang praktis cara nak jawab paper 2.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, August 6, 2012

Dugaan Bulan Ramadhan

Asyik cerita pasal WKH je, kali ni wa nak kuar sikit dari cerita pasal beliau dan wa nak mencoretkan apa yang wa telah buat kat 3 orang anak murid wa neh (tak termasuk WKH). Ada 3 orang anak murid jantan yang supernakhorom nakal macam siak dari kelas wa. 3-3 lak saiz lebih kurang je. Frankly sorang tu memang calon WKH wa tapi takyah la ramai2. Sorang cukuplah untuk mensayanginya pun. 

Back to the 3 orang budak itam ni yang wa panggil bujang lapuk memang selalu carik pasal dengan wa. Dari diorang tahun 5 lagi dah ada ciri2 mencarik pasal. Tapi diorang memang tak nah amik port dengan apa yang wa bebelkan. Itu yang wa salute, banyak mana pun wa duk basuh diorang, bebel, kadang2 ada gak perli2 sikit, tapi jumpa time balik kat surau karang mesti "Assalamualaikum Sir!!" tak pun siap salam tangan lagi. Mean diorang tak simpan dalam hati la. Tapi yang tak bestnya, dah basuh2 insaf le sekejap, pastu esoknya buat semula.

Nak dijadikan citer, biarlah wa namakan diorang dulu sebagai DMN, DW dan ZU. Zu ni memang nampak innocent je, yang selalu carik pasal si DMN ngan DW la. Masuk tandas perempuan, ponteng sembahyang Zohor (sekarang dah tak lagi), congek (wheely) beskal, berlari ke sana-ke sini, dan kadang2 koya gak nak berawek.Last Tuesday diorang buat hal lagi, tapi sebenarnya hal diorang xdela besar mana. Wa saje memperbesarkan apa yang sedia ada kecil. Cuma wa gunakan kesempatan dengan tindakan diorang dengan minat terhadap belajar dan persediaan UPSR yang hanya lagi 30+ hari lagi nih. 

Hari tu diorang lambat masuk kelas sebab kelas wa lepas rehat... Alasan pergi toilet. Serius kesalahan tak besar pun, tapi dah kerap sangat time masa wa je diorang lambat masuk, bila loceng berbunyi wa takdelah straight ke kelas, bagi la jugak masa untuk diorang refresh. Ini dah 10 minit wa ngajar pun masih berkeliaran, sapa yang tak hangin. Nak2 bulan pose yang takde makan2 pun. 

Pastu wa mula la membebel dengan jayanya umpama johan. Tapi wa ada sekali je cakap kalau diorang tak minat sangat nak belajar, time kelas wa je pergi la ke mana2 suka. Jangan masuk kelas wa. Wa serius, tapi wa tengok muka sorang2 macam tak berperasaan jerk. Lastly wa bentak wa tak nak tengok muka diorang esok. Dugaan betul la di bulan ramadhan ni. Pastu kurus pahala pose wa.

Masa solat Zohor, wa jadi imam. Ntah macam mana salah seorang dari 3 orang bujang lapuk ni time bersalam dengan wa, mintak maaf dengan wa. Sorang je, yang lagi 2 dah lepas dah dari bersalam dengan wa. Nampak sangat diorang tak berpakat. Si DMN yang mintak maaf. Pastu mata dah berkaca, wa tarik dia wa peluk bahu dia dan tiba2 dia menangis. Hahahaha....semua orang yang masih ada dalam surau berpandangan. Wa cakap la kat DMN, wa akan maafkan sape2 kalo ikhlas nak mintak maaf. 

Next day dijadikan cerita si DW ngan Zu mana ada mintak maaf kan? So, since wa dah cakap wa tak nak tengok muka diorang esok (hari ni) time kelas, wa suh diorang keluar. Mula2 diorang ingat wa main2, sekali bila wa pitching suara umpama Ziana Zain gitu, diorang bangun. Wa cakap elok2 wa tak nak tengok muka yang lagi 2 sebab si DMN dah mintak maaf dengan wa. Sekali betul2 diorang kuar tah tak tau ke mana.

Masa Zohor pulak nak dijadikan cerita wa ada mesyuarat. Jadi wa tidak menghadirkan diri ke surau untuk berjemaah. Mesyuarat pulak abis dalam jam 2.00 petang gitu. Masa wa kuar dari bilik mesyuarat wa nampak si DW dan Zu bersama2 WKH sedang tunggu, wa tak tau la tunggu wa ke apa. Wa lalu depan diorang tapi diorang senyap je. Wa suruh WKH wa tunggu wa kat Shiro sebab memang wa selalu hantar dia balik. Wa naik ke bilik guru. Wa kemas2 dan tiba2 kelibat DW ngan Zu datang. DW je yang datang cakap kat wa nak mintak maaf dan taknak ulang lagi. Wa panggil Zu sekali wa nampak mata dia berkaca. Serius Zu bukan la pelajar yang wa selalu marah, tapi disebabkan pergaulan dengan DW dan DMN yang menjadikan dia pun seolah2 terlibat. Wa explain balik sebab2 wa ambil tindakan tu. Wa cakap wa maafkan diorang dan wa mintak sangat untuk beberapa hari je lagi ni jaga tingkah laku jangan sampai wa kecik ati. So  semua benda kembali normal, time kelas wa je semua dah ready dalam kelas, takde sorang pun yang berani nak masuk lambat lagi.

Siyes...budak2 yang bermasalah ni la yang akan sentiasa melekat di ingatan wa, yang wa beri perhatian yang lebih dan wa sayangkan mereka berbanding beberapa orang lain yang bersikap pasif dalam kelas. Semoga diorang berjaya dunia akhirat.