Tuesday, August 7, 2012

Percubaan UPSR


Hari ni bermulalah percubaan UPSR bagi calon2 negeri wa (walaupun agak lewat berbanding negeri2 lain). Macam biasa wa akan menjadi pembuka majlis untuk kelas sendiri untuk kertas pertama. Mula2 BM 1, macam biasa la, kendian kertas dua, pastu rehat. Next Maths kertas 2. Ni untuk hari ni la. Nak dijadikan cerita wa sengaja menyusun jadual bertugas wa sebagai pengawas exam untuk kedua2 kertas masa pertama kedua berturut2. Saje wa malas nak jaga untuk waktu ke 3.

Lepas masa kedua, masa rehat, wa tengok anak2 wa ramai yang berpusu2 berkumpul di satu sudut. Bila wa cek, diorang duk praktis Maths kertas 2. Rajin plak diorang duk praktis termasuk la WKH. Sampai wa nak mintak tolong pun dia keberatan nak tinggalkan kertas maths tu.

Bukan apa, bila wa perati semula, budak2 ni bila time maths tu rajin plak diorang buat latihan, berbincang, berjumpa dengan cikgu maths diorang. Dengan wa sikit pun takde keminatan dan kerajinan untuk tanya apatah lagi nak jumpa dengan wa kan? WKH pun camtu gak, time maths rajin kan main lagi. Tapi dengan wa, haram nak tanya apa2.. tak minat kot. Kecik ati gak la dengan budak2 ni. 

Tapi bila dipikirkan semula, maths memang perlukan tunjuk cara, formula dan seumpamanya la. Kalo Bi, bukan kena ada jalan kerja pun. Jadi tak perlu la nak jumpa cikgu BI. Lagipun lepas rehat kan time paper 2 maths. So, sebab tu la diorang praktis. Nak tgk gak time BI nanti, ada tak diorang praktis cara nak jawab paper 2.

Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments:

Post a Comment