Dah masuk raya ke 6 pun hari ni baru reti nak hapdet blog. Hurm... bukan wa tak nak hapdet, wa balik kampung. Kampung wa takdak strimix, apatah lagi berukbennye pun adoi. Seminggu gak la Rayap wa bersawang dengan hapdet yang last pasal Trial Bi 2012. Then raya tahun ni wa tak rasa cam nak raya sangat sebab esok 7 Syawal ada satu big event dalam hidup wa. Tak tau la wa lepas ke tak. Macam nak gi final exam pun ada gak neh. Tapi wa cuba serahkan segala2nya pada yang kat ATAS nu...
Dua tahun pertama menjadi pendidik ni memang wa tak pernah pun dikunjungi oleh mereka2 yang bergelar anak murid. Alhamdulillah tahun ni boleh dikatakan anak2 wa yang pernah mendampingi wa (rapat la) semuanya datang beraya. Dimulai oleh WKH no 1 si Hisham datang dengan geng motosikalnya. Gila nakhorom datang dengan motor tak pakai helmet. Tapi raya pertama kot pasal tu diorang berani. Wa tak sempat nak rakamkan bukti kedatangan diorang. Tapi yang sure Hisham mai ngan Luqman (like always) dan jugak ada la 4 orang lagi member diaorang yang wa rasa tak yah la nak disebut. Hahahaha...
Selang setengah jam diorang blah (makan nasik pun tak sempat) masa tu dah Zohor kot, wa berkira2 untuk melelapkan mata (padahal Zohor pun tak setel lagi neh), kedengaran mak wa panggil cakap ada anak murid lagi yang datang. Waaaa sapekah... mula2 wa tgk cam tak nak caya pun ada. Macam mirul kata wa dalam ati la... Sekali betul si Mirul yang datang. Erk... ingat dah sombong jumpa wa tepi jalan pun tak pandang sebelum ni.
Mirul cakap leh sesat cari rumah mak wa padahal tahun lepas banyak kali gak beliau datang. Sekali wa tanya abis tu camne jumpa? Dia jawab, cam kete wa si Shiro. Pergh... mana tau Shiro neh? Beliau jawab tau melalui redup. Pergh... masih singgah ke sini kah? Maknanya wa kutuk2 kata2 each other tu dia tau la?
Bulan baik ni layan je la. Rindu gak la budak ni tapi dia dah besar pun.. Harap jadi manusia berguna sudah la..
SI Amirul hari ini.
Raya ke 2, 3 ,4 semuanya di monopoli oleh sedara mara wa yang buat open house. Benci betul la bila dah kena gi open house, sah2 kena harung jem yang superteruk nakhorom cisdelkek... Hari ke 5 Khamis, buat julung kalinya Shiro berjaya merilekskan dirinya pun adoi pada pagi2 tu kerana wa tak kemana2.
Masuk petang memang takde sape datang tiba2 phone wa menjerit. Nah, 3 orang lagi anak murid wa yang datang bersama WKH tahun ni. Huhuhuhu... Leh dikatakan 3-3 WKH + 1 (Lukman sorang lagi) datang raya rumah wa...
Budak2 pondok yang kiri dan kanan tuh. Dari kiri Fidaiy (ting 1) WKH (tak tau nama apa ke? Lantak korang la) dan Saufi (ting 1 gak)
Nama nya adalah .............. hahahah....
1 comments:
Semak gat budok tiga orang tuuuuuuuu dengan cikguya lekaki
Post a Comment