Semalam 18 Ramadhan 7 Ogos, macam biasa wa balik sekolah terus mentuju ke rumah sewa wa dengan WKH kesayangan... Beliau tak tido pun tapi just balik belajar dengan wa sementara nak tunggu waktu berbuka puasa lewat petang nanti. Seperti biasa wa suruh la WKH bagitau dimana beliau berada kepada parents beliau.
Jam 4 petang hujan turun mencurah2, memaksa wa untuk menge'off'kan modem kerana susulan dentuman guruh di langit yang memungkinkan berlaku kes kejadian modem terbakar lagi. Jadi terdengar suara2 yang menyuruh wa tido sementara nak mentunggu jam 6 petang untuk menghantar WKH pulang. Wa turut memaklumkan kepada ibu wa untuk berbuka bersama2 beliau nanti.
Pendek kata, panjang tak kata apa2 panjang rileks je, wa tertido mentinggalkan WKH sendirian melayan kerja sekolah atau pun main PSP (wa tak tau yang mana satu beliau buat). Terbawa2 ke alam lain diiringi dengan suhu yang mendamaikan menjemput beberapa mimpi sedang makan KFC di dalam bilik air-cond yang dingin.
Ringtone yang berlagu memaksa wa membuka mata, alam sekeliling gelap gelita dan cuaca di luar masih lagi hujan kedinginan. Sempat wa melihat sang pemanggil dan menjeling jam di sudut atas phone wa itu. 7.24 pm. Nakhorom.....dah berbuka ke? Wa menjawab panggilan dari ibu wa dan memberitahu wa baru bangun.
Azan berkumandang, wa menlihat WKH turut lena di sebelah. Mengerekot kesejukan. Segera wa menkejutkan WKH dan mentuju ke dapur meneguk segelas air masak sebagai pembuka puasa.
Bosannya wa mentulis menggunakan bahasa novel. Senang bahasa wa terlajak tdo, satu benda pun takde di rumah wa untuk wa buat berbuka. Bertambah kesian kat WKH yang kelaparan. Wa mensuruh beliau solat dahulu dan wa akan hantar balik ke rumah. Sebaik saja WKH kol mak dia, mak dia bleh cakap, takde makanan dah ni, ingat berbuka pose dengan sir tadi. Wa plak siap "alaaaa makkkk" maka wa pun setel2 kan mandi dan solat, wa bawak WKH balik tp sebelum tu singgah drive thru dulu, sempat la sambar makanan untuk beliau.
Kenangan betul pose tahun ni. Tak pernah2 wa terlajak waktu berbuka, ni la 1st time. Dengan WKH plak tuh. Wa pernah gak la berbuka ngan air masak saja tapi takdelah tertido... wa pun tak tau apa wa cakap nih.
Sekadar gambar hiasan...
1 comments:
Sape yang ajak tidur sapa pukul 7.24 tuuuuuu.
Post a Comment