Asyik cerita pasal WKH je, kali ni wa nak kuar sikit dari cerita pasal beliau dan wa nak mencoretkan apa yang wa telah buat kat 3 orang anak murid wa neh (tak termasuk WKH). Ada 3 orang anak murid jantan yang supernakhorom nakal macam siak dari kelas wa. 3-3 lak saiz lebih kurang je. Frankly sorang tu memang calon WKH wa tapi takyah la ramai2. Sorang cukuplah untuk mensayanginya pun.
Back to the 3 orang budak itam ni yang wa panggil bujang lapuk memang selalu carik pasal dengan wa. Dari diorang tahun 5 lagi dah ada ciri2 mencarik pasal. Tapi diorang memang tak nah amik port dengan apa yang wa bebelkan. Itu yang wa salute, banyak mana pun wa duk basuh diorang, bebel, kadang2 ada gak perli2 sikit, tapi jumpa time balik kat surau karang mesti "Assalamualaikum Sir!!" tak pun siap salam tangan lagi. Mean diorang tak simpan dalam hati la. Tapi yang tak bestnya, dah basuh2 insaf le sekejap, pastu esoknya buat semula.
Nak dijadikan citer, biarlah wa namakan diorang dulu sebagai DMN, DW dan ZU. Zu ni memang nampak innocent je, yang selalu carik pasal si DMN ngan DW la. Masuk tandas perempuan, ponteng sembahyang Zohor (sekarang dah tak lagi), congek (wheely) beskal, berlari ke sana-ke sini, dan kadang2 koya gak nak berawek.Last Tuesday diorang buat hal lagi, tapi sebenarnya hal diorang xdela besar mana. Wa saje memperbesarkan apa yang sedia ada kecil. Cuma wa gunakan kesempatan dengan tindakan diorang dengan minat terhadap belajar dan persediaan UPSR yang hanya lagi 30+ hari lagi nih.
Hari tu diorang lambat masuk kelas sebab kelas wa lepas rehat... Alasan pergi toilet. Serius kesalahan tak besar pun, tapi dah kerap sangat time masa wa je diorang lambat masuk, bila loceng berbunyi wa takdelah straight ke kelas, bagi la jugak masa untuk diorang refresh. Ini dah 10 minit wa ngajar pun masih berkeliaran, sapa yang tak hangin. Nak2 bulan pose yang takde makan2 pun.
Pastu wa mula la membebel dengan jayanya umpama johan. Tapi wa ada sekali je cakap kalau diorang tak minat sangat nak belajar, time kelas wa je pergi la ke mana2 suka. Jangan masuk kelas wa. Wa serius, tapi wa tengok muka sorang2 macam tak berperasaan jerk. Lastly wa bentak wa tak nak tengok muka diorang esok. Dugaan betul la di bulan ramadhan ni. Pastu kurus pahala pose wa.
Masa solat Zohor, wa jadi imam. Ntah macam mana salah seorang dari 3 orang bujang lapuk ni time bersalam dengan wa, mintak maaf dengan wa. Sorang je, yang lagi 2 dah lepas dah dari bersalam dengan wa. Nampak sangat diorang tak berpakat. Si DMN yang mintak maaf. Pastu mata dah berkaca, wa tarik dia wa peluk bahu dia dan tiba2 dia menangis. Hahahaha....semua orang yang masih ada dalam surau berpandangan. Wa cakap la kat DMN, wa akan maafkan sape2 kalo ikhlas nak mintak maaf.
Next day dijadikan cerita si DW ngan Zu mana ada mintak maaf kan? So, since wa dah cakap wa tak nak tengok muka diorang esok (hari ni) time kelas, wa suh diorang keluar. Mula2 diorang ingat wa main2, sekali bila wa pitching suara umpama Ziana Zain gitu, diorang bangun. Wa cakap elok2 wa tak nak tengok muka yang lagi 2 sebab si DMN dah mintak maaf dengan wa. Sekali betul2 diorang kuar tah tak tau ke mana.
Masa Zohor pulak nak dijadikan cerita wa ada mesyuarat. Jadi wa tidak menghadirkan diri ke surau untuk berjemaah. Mesyuarat pulak abis dalam jam 2.00 petang gitu. Masa wa kuar dari bilik mesyuarat wa nampak si DW dan Zu bersama2 WKH sedang tunggu, wa tak tau la tunggu wa ke apa. Wa lalu depan diorang tapi diorang senyap je. Wa suruh WKH wa tunggu wa kat Shiro sebab memang wa selalu hantar dia balik. Wa naik ke bilik guru. Wa kemas2 dan tiba2 kelibat DW ngan Zu datang. DW je yang datang cakap kat wa nak mintak maaf dan taknak ulang lagi. Wa panggil Zu sekali wa nampak mata dia berkaca. Serius Zu bukan la pelajar yang wa selalu marah, tapi disebabkan pergaulan dengan DW dan DMN yang menjadikan dia pun seolah2 terlibat. Wa explain balik sebab2 wa ambil tindakan tu. Wa cakap wa maafkan diorang dan wa mintak sangat untuk beberapa hari je lagi ni jaga tingkah laku jangan sampai wa kecik ati. So semua benda kembali normal, time kelas wa je semua dah ready dalam kelas, takde sorang pun yang berani nak masuk lambat lagi.
Siyes...budak2 yang bermasalah ni la yang akan sentiasa melekat di ingatan wa, yang wa beri perhatian yang lebih dan wa sayangkan mereka berbanding beberapa orang lain yang bersikap pasif dalam kelas. Semoga diorang berjaya dunia akhirat.
0 comments:
Post a Comment