Friday, August 10, 2012

Jumaat

Hari ni wa macam biasa lepas sahur terus menjalankan aktiviti berhibernasi dengan jayanya. Sekali sekala sahaja wa akan bangun untuk ke tandas. Pastu time betul2 bangun pun dah hampir jam 1230 pm. Super nakhorom super siak punye tido. Okey siap2 ke masjid untuk Jumaat's prayer.

Nak stori time wa duk kat dalam saf bersedia mendengar khutbah, ada la sorang jantan yang agak comel (please la...comel ke?) jantan yang wa tak tau nak describe camne... menjawab panggilan telefon. Handset la. Tak tau bila masa bunyi, maybe mode getar kot. Wa dapat dengar dengan jelas setiap butir bicara beliau. Sebelum itu mari kita meneka kemungkinan orang yang menelefon beliau.

1. Isteri
2. Tunang
3. Girlfriend
4. Balak (kawan lelaki)
5. Kawan non-muslim.

Butir bicara lelaki itu 

Hallo.....
Kat mana sekarang ni? 
Kat masjid la.... 
Buat apa kat masjd sekarang? 
Sembahyang Jumaat. 
Ye lah, lepas ni kita jumpa.

Phone diputuskan talian. Butir bicara tak macam loghat Terengganu, samada beliau orang luar, atau dia orang Terengganu yang speaking bahasa luar Terengganu kerana pemanggil adalah bukan orang Terengganu.

Persoalannya.... Kalau la dari no 1 hingga no 3 kat atas... manusia jenis apa yang tak reti bahasa bahawa dari jam 1.00 tengahari hingga kul 2 maksima adalah waktu2 kaum lelaki MUSLIM mengerjakan solat Jumaat di masjid2 yang berdekatan, bukan di Mydin2 dan Giant2 yang berdekatan.

Kalau no 4 plak, kaum lelaki sendiri tak tau yang hari tu adalah hari Jumaat? Pergh... betul2 nak kiamat dah kot. Kalau la ada orang kol wa time camtuh then tanya buat apa kat masjid sekarang, mau wa nak menjawab, saje nak tengok pertunjukan cahaya bunga api. Apa kejad nye diorang neh???

Kalau no 5, so far kenalan2 wa di Terengganu ni yang non-muslim sangat menghormati Muslim yang lain. Setakat yang wa kenal la. Diorang dah acknowledge (tak semua la kot) ada resam budaya orang Islam di sini. Just kalau Melayu yang ngaku Islam sendiri yang boleh kol dan tanya "Buat apa kat masjid sekarang ni time 130 pm pada hari Jumaat kepada orang lelaki... wa macam....
Apa Kejad Nye???

0 comments:

Post a Comment