RAFIQAN melajukan
langkah supaya dia lebih cepat sampai ke tangga rumah Hardina. Hari itu mereka
berjanji untuk ke sekolah kerana ada kelas tambahan. Peperiksaan PMR semakin
hampir. Rafiqan sendiri tidak menyedari yang waktu begitu cepat berlalu.
Sudah hampir
dua tahun, dia bertapak di bumi pantai timur. Selama itu jugalah dia mengenali
seorang gadis yang betul-betul berjaya mengubahnya. Sesekali,Rahman dan Fatimah
akan menjenguknya di kampung. Yang menjadi hairan pada mereka ialah sikap
Rafiqan yang berubah seratus peratus dari sikap lamanya.
“Assalamualaikum..."
Rafiqan memberi salam. Harapannya berbunga apabila salamnya berjawab. Hardina
muncul sambil membetulkan tudungnya.
"Awalnya
datang. Kelas lagi setengah jam kan?” kata Hardina sambil menyarungkan kasut.
"Bukan
apa, Pi takut Dina tertunggu-tunggu…”
“Ala, rumah
sebelah je. Pi ni bersemangat sungguh kalau bab belajar…” kata Hardina cuba
berseloroh. Rafiqan hanya tersengih. Memanglah dia rasa bersemangat,
lebih-lebih lagi apabila bersama dengan Hardina.
"Jom
kita pergi.."
"Jom…”
Masing-masing
hanya melayan pcrasaan sendiri. Tidak tahu apa yang patut dibicarakan. Rafiqan
sesekali mencari peluang untuk mencuri pandang ke arah wajah manis Hardina itu.
"Sekejap
sahaja kan?” ujar Rafiqan memulakan bicara.
"Sekejap
apa?"
"Sekejap
je dah nak exam, sebulan sahaja lagi tau"
“Pi dah banyak
menghafal?” soal Hardina pula. Rafiqan hanya menggelengkan kepala.
"Banyak
lagi yang Pi tidak tahu ni...”
"Yelah
tu...” Hardina mencebik ke arah Rafiiqan.
"Oh ya,
Dina, awak ni bijak kan?”
"Apa
maksud Pi?” Hardina menghentikan langkah. Rafiqan turut terhenti.
“Kenapa Dina
berhenti?”
"Cakap dulu
apa maksud Pi..”
“Okey,
sambil tu teruskanlah berjalan..” pinta Rafiqan pula. Hardina hanya mengangguk.
“Okey,
sekarang cakap, apa maksud Pi tadi,” kata Hardina pula.
“Erm, maksud
Pi, Dina ni memang bijak, dalam pelajaran pandai. Pengetahuan dalam agama pun
tinggi juga…”
"Kenapa
Pi cakap macam tu? Apa bukti awak?”
"Ye
lah, dalam kelas Dina selalu dapat markah tertinggi.”
“Ala, awak
pun selalu score dalam Bahasa Inggeris dan Matematik,” balas Hardina segera
cubaan untuk mematikan kata-kata Rafiqan lagi.
“Lepas tu,
Dina juga yang banyak mengajar Pi mendalami ilmu agama ni, macam hukum tauhid,
tentang sembahyang, dalam batas pergaulan lelaki dengan perempuan pun Dina
titik beratkan juga,”
"Eh,
mestilah, kita kan orang Islam, mana boleh bergaul dengan sembarangan. Lagipun
semua itu ibu Dina yang ajar. Dia tak mahu saya menjadi umat Islam yang buta
agama..”
“Terima kasih
Dina, sebab sedikit sebanyak awak turut menyumbang ilmu Dina kepada Pi,”
“Ala,
perkara kecil je tu. Pi pun apa kurangnya. Tokki Mat dengan Tuk Chik kan arif
dalam bidang ni. Awak pun dah tak merokok kan sekarang?”
"Ya,
sebab Dina la...”
“Ada ke
sebab Dina? Sebab kemahuan awak sendiri la,”
Mereka tertawa
mesra.
"ASSALAMUALAIKUM,
terdengar satu suara memberi salam di luar pintu rumah. Azimah menjawab salam
itu
“Waalaikum salam,
hah Pi, ada apa?”
"Shahran ada, makcik?” soal Rafiqan pula.
“Ada,
sekejap ya!”
Seketika kemudian Shahran muncul di muka pintu sambil tersengih.
Seketika kemudian Shahran muncul di muka pintu sambil tersengih.
“Abang!!”
jeritnya keriangan. Perangai keanak-anakannya masih tidak berubah sungguhpun
sudah bergelar sebagai pelajar sekolah menengah.
“Jom ke
pantai…” kata Rafiqan.
"Mandi
ke?”soal Shahran semula.
“Tak, kita
pergi minum air kelapa, nak? Sambil tu kita juga boleh pekena sotong celup
tepung, tak pun keropok lekor ke, nak?” soal Rafiqan semula.
"Abang Pi
nak belanja ke?” kata Shahran pula.
"Yelah,
kak Dina mana?” soal Rafiqan semula.
"Kat
dalam, tengah sembang dengan telefon”
“Oh ya
ke?" wajah Rafiqan sedikit berubah. "Kalau macam tu kita berdua je lah…” tambah Rafiqan semula.
“Okey…..
ibu!! Shah nak keluar ni! Ikuta bang Pi pergi makan sotong!!” jerit Shahran
sekuat hati. Harapannya agar Azimah dapat mendengar dengan jelas setiap
perkataannya tadi.
Keriuhan
suara kanak-kanak dapat didengari dengan jelas dengan kedatangan pengunjung-pengunjung
pantai yang bersantai bersama-sama keluarga. Rafiqan memilih salah satu gerai
yang berderet sepanjang persisiran pantai. Sebaik sahaja makanan dihidangkan,
Shahran dengan tergesa-gesa menyuapkan ke dalam mulutnya.
"Ya
Allah Shah, kenapa ni? Macam tak pernah jumpa makanan setahun je..” kata
Rafiqan yang merasa sedikit lucu dengan kelakuan Shahran itu. Shahran hanya
tersengih.
"Makan
memang la tiap-tiap hari, tapi kalau nak abang belanja tu memang setahun ada la
sekali, kan?" balas Shahran pula. Mereka berdua ketawa.
"Shah,
abang ada sesuatu nak tanya Shah ni..." kata Rafiqan terhenti seketika,
Shahran mendongak ke arah Rafiqan.
"Apa
dia?" soal Shahran semula.
"Kak
Dina buat apa tadi?" kata Rafiqan pula. Shahran tersenyum.
"Kan
Shah dah cakap tadi kak Dina tengah sembang dengan telefon. Ni mesti ada
apa-apa ni, betul tak?” soal Shahran
pula. Rafiqan hanya tersengih.
"Lelaki
atau perempuan?" soal Rafiqan semula.
"Yang
bersembang dengan kak Dinala,"
"Entah,
mana Shah tahu…"
"Takkan
Shah tak tahu?"
"Memang
Shah tak tahu la..." tambah Shahran lagi. Dia berterusan menikmati
hidangan yang masih belum terluak.
"Shah,
kak Dina dah ada teman istimewa?" soal Rafiqan tiba-tiba.
Shahran
terdiam. Dia termenung sejenak. Kemudian dia ketawa. Rafiqan agak geram dengan
reaksi dan Shahran itu.
"Kenapa
gelak ni?" soal Rafiqan lagi apabila tawaan Shahran masih berterusan.
"Hahaha,
abang ni kenapa tanya pasal kak Dina ni?”
"Kenapa?
Tak boleh?” soal Rafiqan semula.
“Bukan tak boleh….”
“Abis tu?”
“Abang Pi, Shah dah jadi adik abang
Pi tau, kalau la Kak Dina suatu hari nanti menjadi isteri abang, lagi la Shah
suka….”
Rafiqan tertunduk apabila mendengar
kata-kata Shahran itu. “Abang Pi suka
kat akak eh?”
"Ibu,
adik mana?" soal Hardina apabila kelibat adiknya tidak kelihatan kepada ibunya,
Azimah yang sedang menyapu sampah di halaman rumah.
"La,
Dina tak tahu ke? Shah ikut Rafiqan tadi. Katanya ke pantai, makan keropok
kot...”
“Oh, ya ke?” Hardina merungut sendirian.
"Dina
tak nak pergi ke kat diorang?" soal Azimah semula. Hardina ternganga. Nak pergi kat diorang? Buat apa? Macam mana
nak cari mereka di kawasan pantai yang belum tentu di mana mereka berada.
"Malaslah
Dina,.bukannya senang nak cari mereka…" balas Hardina semula.
"La,kan
ibu dah cakap yang mereka pergi makan keropok, mestilah ada kat kawasan gerai-gerai
je,” balas Azimah semula.
"Memang
la kat kawasan gerai, tapi kawasan gerai tu bukannya kecil bu... “ “Alah ibu dah pesan kat Shah tadi
supaya makan kat gerai Pak Awang, boleh dia makan lebih sikit. Mesti dia ada kat
sana, takkan Dina tak tahu gerai Pak Awang?”
“Tahu tu memang
la tahu bu..” Hardina terhenti seketika. Pak Awang merupakan jiran mereka yang
turut berniaga di kawasan persisiran pantai. Keenakan sotong goreng celup tepungnya
memang menjadi siulan ramai.
"Habis
tu, pergi la. Nanti Dina juga yang kenyang..”
“Yelah bu..”
kata Hardina. Akhirnya dia menurut sahaja kata-kata ibunya. Padahal memang di
dalam hatinya begitu membuak-buak untuk turut serta bersama-sama dengan Shahran,
cuma dikawal supaya tidak kelihatan dia yang bersungguh-sungguh.
"PANJANG
sungguh umur dia kan?" kata Shahran membuatkan mata Rafiqan terbeliak.
"Umur
siapa?” soal Rafiqan semula.
"Tu,
kak Dina..." Shahran memuncungkan bibir ke arah seseorang. Kelihatan
Hardina berjalan sambil tersipu-sipu malu ke arah mereka.
"Dina,
dari mana ni?" Rafiqan memulakan suara. Hardina masih belum bersuara. Dia
melabuhkan punggung ke sebelah Shahran.
"Kak,
dari mana tadi? Dah habis bersembang dengan boyfriend?” tambah Shahran pula. Hardina
mengalihkan pandangan ke arah Shahran lalu menghadiahkan satu cubitan pada peha
Shahran.
"Aduh! Sakitlah akak ni!!" Shahran merungut. HArdina dan Rafiqan saling berpandangan.
"Siapa suruh merepek?" kata Hardina pula kepada Shahran. Sharan hanya mendiamkan diri.
Rafiqan masih lagi mendiamkan diri melihat gelagat dua beradik itu. Dia seolah-olah merasa cemburu akan kemesraan yang tercetus di antara Hardina dan Shahran tadi.
"Aduh! Sakitlah akak ni!!" Shahran merungut. HArdina dan Rafiqan saling berpandangan.
"Siapa suruh merepek?" kata Hardina pula kepada Shahran. Sharan hanya mendiamkan diri.
Rafiqan masih lagi mendiamkan diri melihat gelagat dua beradik itu. Dia seolah-olah merasa cemburu akan kemesraan yang tercetus di antara Hardina dan Shahran tadi.
"Pi,
boleh saya join?” kata-kata Hardina mematikan lamunan Rafiqan.
"Oh,
boleh..." balas Rafiqan agak lambat. Dia seolah-olah terpesona dengan
kecantikan Hardina.
“Ala, akak
ni, kalau akak ada, tak dapatlah Shah nak makan lebih..." Shahran merungut.
Rafiqan
tergelak mendengar rungutan Shahran. Hardina hanya membeliakkan mata ke arah
Shahran. Shahran hanya tunduk.
"Shah,
kalau Shah nak makan lagi, abang Pi akan pesan lagi nanti..." kata-kata
Rafiqan membuatkan wajah Shahran kembali berseri-seri.
"Jangan
diikut sangat budak tu Pi," tambah Hardina.
"Ala,
sekali sekala. Bukan selalu..." balas Rafiqan.
"Dina
dari mana ni?" soal Rafiqan semula.
“Rumah la…”
"Tadi
masa Pi pergi ke rumah Dina, Dina takde pun..."soal Rafiqan lagi.
"Kan
Shah dah cakap tadi yang kak Dina tengah sembang dengan boyfriend..."
potong Shahran. Hardina berpaling laju ke arahnya.
"Boleh tak
jangan menyampuk perbualan orang?" bentak Hardina pada Shahran. Kali ini
Shahran terus membisu, gerun dengan jelingan tajam dari mata Hardina.
"Dahlah
tu Dina, dia kan budak-budak lagi." kata Rafiqan berniat meredakan amarah
Hardina. Hardina hanya terdiam, memang bukan niatnya untuk datang dan marah-marah,
tapi melihatkan sikap Shahran membuatkan hatinya mendidih.
Rafiqan
mengalihkan pandangannya ke arah Shahran yang masih tunduk ke lantai. Mata
Shahran seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu padanya. Tetapi Rafiqan sendiri
tidak dapat mengagak apa yang hendak disampaikan olehnya.
Tiba-tiba
Shahran bangun, kemudian dia berpaling ke arah Rafiqan.
"Abang,
terima kasih!" dia menolak semula kerusi ke dalam meja.
"Eh
Shah, nak ke mana ni? soal Rafiqan agak terperanjat dengan tindakan Shahran.
“Balik..."
jawab Shahran pendek.
“Habis,
semua ni siapa nak habiskan? Shah nak makan lagi tak?” soal Rafiqan lagi.
"Dah
kenyang!" dia berlalu meninggalkan Hardina dan Rafiqan yang masih
terpinga-pinga.
"Buruk
betul, dah besar pun nak merajuk lagi!" dengus Hardina. Rafiqan
mengalihkan pandangan ke arah Hardina.
"Kenapa
awak cakap macam tu Dina? Kesian kat Shah.."
"Manalah saya tahu dia terasa sampai macam tu sekali," balas Hardina semula.
"Manalah saya tahu dia terasa sampai macam tu sekali," balas Hardina semula.
Rafiqan
bingkas bangun lalu meninggalkan Hardina sendirian menuju ke arah Shahran yang
masih belum jauh dari mereka.
"Shah, tunggulah!" Rafiqan meninggikan suara.
"Abang Pi tak payahlah nak pujuk Shah lagi,"
balas Shahran semula.
"Apa
yang ,abang dah buat?" Rafiqan seolah-olah menduga Shahran. Langkah
Shahran terhenti. Tindakan Rafiqan membuahkan hasil untuk membuatkan Shahran terhenti.
“Abang Pi,”
kata Shahran terhenti seketika. Kemudian dia berpaling. “Abang Pi memang tak
salah, tapi Shah rasa sakit perut lah. Shah
nak balik dulu" tambahnya lagi.
"Betul
ke Shah sakit perut?" soal Rafiqan semula. Dia tahu Shahran hanya mencari
alasan.
"Betul
bang, abang pergilah makan dengan kak Dina dulu.,” tambah Shahran lagi lalu
berlalu pergi. Rafiqan tidak mampu berbuat apa-apa. Kemudian dia berpaling dan
menuju semula ke arah Hardina.
"Tak guna Pi pujuk dia," kata Hardina sebaik sahaja Rafiqan menghampirinya.
"Dia dah beri alasan pula," kata Rafiqan.
"Alasan apa?" soal Hardina.
"Tak guna Pi pujuk dia," kata Hardina sebaik sahaja Rafiqan menghampirinya.
"Dia dah beri alasan pula," kata Rafiqan.
"Alasan apa?" soal Hardina.
"Sakit
perut katanya. Tapi Pi tahu yang Shah hanya memberi alasan sakit perut..."
“Tak tahulah
saya..."
“Saya dah
dapat agak tadi,”
“Agak apa?”
"Dari mata dia..."
"Dari mata dia..."
"Shahran...
Dari mata dia Pi dah tahu dia terasa..."
“Macam mana
awak tahu Pi?"
"Mata
takkan menipu, Dina," balas Rafiqan lagi. Memang jelas tergambar perasaan
tersinggung dari dalam mata jernih Shahran tadi,"
Hardina
terdiam. Kagum pun ada dengan sikap Rafiqan sekarang. Dia tidak seperfi dulu
lagi. Bahkan boleh menyelami perasaan insan lain. Perasaan Shahran pun tak
selalu dapat diselami walaupun mereka selalu bersama.
“Kenapa Dina
marahkan Shahran tadi? Soal Rafiqan tiba-tiba. Hardina mendongak memandang lama
kea rah Rafiqan.
“Apa?” hanya
itu yang berjaya diluahkan dari mulutnya.
“Kenapa
marah Shahran?” Rafiqan mengulangi soalannya.
Diam, sunyi,
sepi. Hanya kedengaran suara pengunjung meja sebelah. Hardina sendiri tidak
tahu jawapannya. Entah kenapa dia menjadi sakit hati apabila Shahran
mengutarakan tentang boyfriend di hadapan Rafiqan tadi. Padahal isu itu
bukanlah satu isu yang sangat besar pun. Dia yang menjadi tidak selesa untuk
mengadakan sesuatu yang tidak ada. Memang dia bercakap dengan Tarmizi, rakan
sekelas mereka di talian. Tapi Tarmizi bukan boyfriendnya.
“Apa yang
ada dalam mata Shahran?" soal Hardina cuba untuk menukar topik perbualan.
“Takkan Pi
nak beritahu Dina pula. Dina tu yang lebih kenal dia dari Pi."
"Yelahtu..."
“Oh ya
Dina, sejak dari tadi saya masih tidak
mempelawa awak untuk makan ..” kata Rafiqan semula. Hardina hanya tersenyum.
"Pi,
awak tak perlu risau, dia kan adik saya, tahulah saya macam mana nanti."
Mereka
terdiam seketika. Pandangan dilemparkan ke arah pantai yang masih setia menanti
kehadira pengunjung.
"Pi,
Dina tanya sikit boleh tak?" soal Hardina tiba-tiba. Rafiqan mengangkat
muka memandangnya dengan penuh tanda tanya.
"Apa
dia?"
"Dulu
Tokki Mat ada cakap yang Pi sebenarnya bukan macam sekarang.."
"Maksud
Dina?"
"Maksud
Dina, sebab-sebab yang membuatkan Pi bersekolah di sini..." balas Hardina
agak tergaga-gagap.
Rafiqan
tersenyum mendengar kata-kata Hardina. Dia tidak seperti selalu apabila orang
bertanyakan tentang latarbelakangnya, pasti melenting.
"Dina
nak tahu background Pi la ni?”soal
Rafiqan semula. Hardina hanya mengangguk. "Apa yang Dina nak tahu?” tambah
Rafiqan lagi.
"Semua..”
"Semua?
Apa yang Dina dah tahu?”
"Dina
tahu yang Pi ni bukan macam sekarang..”
"Sekarang macam mana? Apa yang Dina nampak?”
“Yelah,
berbezalah masa mula-mula datang sini..>”
"Betul
la tu, apa yang Tokki Mat cerita semuanya betul. Pi bukan macam sekarang yang
Dina kenal. Dulu Pi suka bertumbuk dengan rakan-rakan. Kalau ada tidak puas
hati, mesti bergaduh adalah jalan yang pertama Pi akan buat,” kata Rafiqan
perlahan. Hardina agak terkejut dengan kenyataan yang baru sahaja dilemparkan.
Patutlah sikap Rafiqan selama ini agak berlainan dengan sekarang.
Petang itu
menyaksikan segala kisah silam Rafiqan dibongkari semula semata-mata untuk
diperdengarkan kepada seorang gadis yang bernama Hardina.
"DINA,
kau betul-betul bertuah.," kata Liza suatu hari sewaktu dia dan Hardina menikmati
hidangan di kantin sekolah.
Hardina mengerutkan
kening. Dia terhenti menyuap makanan.
"Apa
kau cakap ni?" soal Hardina. Rohana yang sedang mendengar perbualan mereka
turut terhenti menyuap.
"Pasal
Rafiqan," balas Liza semula.
"Kenapa
pula dengan dia?" Hardina kembali menyoal.
"Kau
tak tahu ke yang dia tu bukan main lagi popular dikalangan pelajar perempuan...”
"Kenapa
pula popular?"
"Perangai dia berubah sejak berkawan
dengan kau. Penampilan dia memang tak boleh nak sangkal lagi. Perempuan lain
mana ada dia pandang. I think he's got,
something la..."
"Mengarut!"
balas Hardina semula.
"Mana
ada aku mengarut. Betul aku cakap ni. Aku rasa macam dia suka kat kau. Aku
nampak!" tambah Liza lagi. Hardina mencebik.
"Kami
berkawan sahaja..." balas Hardina perlahan. Rafiqan suka aku?? Antara
seronok dan tidak dia sendiri tidak tahu.
“Itu kau, dia
pula macam mana? Mungkin dia anggap kau lebih dari kawan?"
“Aku takde
masa lah nak fikir semua ni. Kita masih muda lagi tau! Aku takde masa nak fikir
semua ni. Lagi sebulan tau nak PMR.."
“Tapi Dina,
kau tak tahu hati dia. Cuba kau kenang kembali apa yang dia pernah buat untuk
kau? Banyak kan? Dia selalu beri kau hadiah, belanja kau makan, selalu
menceritakan masalah dia pada kau, beri perhatian kat kau...” kata-kata Liza
ada benarnya. Hardina menjadi serba salah.
"Dina,
kau tak patut mainkan perasaan orang. Kalau kau tak suka dengan dia, kau jangan
bagi harapan,” kata Rohana pula.
"Macam
mana kita nak tahu dia suka kat kita atau tak?" soal Hardina lagi.
"Aku
tahu, macam ni, aku nak tanya, kau dengan dia bahasakan diri dengan panggilan
apa?" soal Liza. Hardina berpaling kehairanan.
"Kenapa?"
"Kau jawab
dulu soalan aku ni, Nanti aku terangkan lah..”
"Dengan
nama masing-masing, aku Dina, dia Pi…”
"Tengok,
itulah salah satu sebab dia beranggapan kau menganggapnya istimewa. Kawan biasa
mana ada guna istilah nama-nama ni…”
“Tapi aku
dah biasa macam tu sebab kitorang kan berjiran…”
“Tu je aku
boleh cakap, kau sebenarnya sedang memberi harapan kepada dia…”
"Apa
perlu aku buat?" soal Hardina membuatkan Liza dan Rohana saling
berpandangan.
"Kau
patut berterus-terang!" hampir serentak kata-kata dari Liza dan Rohana.
"Berterus
terang yang macam mana?"
"Yang
kau, anggapnya hanya sebagai kawan..."kata Rohana pula.
"Kau
cuba tukar bahasakan diri dengan aku atau selain guna nama kau tu..,"
tambah Liza pula.
"Lepastu?"
"Kau
tengok la sama ada dia rasa janggal atau biasa. Kalau dia biasa maknanya dia
pun menganggap kau kawan dia juga...”
"Macam
mana nak tahu dia rasa janggal?" soal Hardina.
“Kalau dia
kadang-kadang terbahasa dengan nama dia dan kadang-kadang terguna saya-awak,
maknanya dia janggal la tu.."
"Okey,
aku akan cuba”
***bersambung ye….
0 comments:
Post a Comment