Tuesday, January 3, 2017

Redup Yang Panjang (Part 9)

“IBU!!!” seluruh ruang tamu bergema dengan panggilan suara dari Hardina. Puas dicari ibunya itu tapi batang hidungnya tidak kelihatan. Seusai sembahyang Maghrib, dia menyiapkan segala kerja sekolah yang diberi oleh gurunya. Sunyi, itulah yang dirasakan apabila hanya bunyi ungags yang kedengaran. Selalunya dia akan terdengar suara gelak tawa Shahran bersama ibunya di ruang tamu. Tapi kali ini hampir tiada suara Shahran. Bahkan ibunya juga setidaknya pun akan menonton televisyen, tapi kali ini televisyen pun tidak terpasang. Masuk sahaja waktu Isyak, Hardina menunaikan solat. Tertunggu-tunggu juga kalau-kalau ibunya memanggilnya untuk makan malam, tetapi sehingga masuk waktu Isyak, tiada suara yang kedengaran.
                Sekali lagi dia memanggil nama ibunya sebaik keluar dari bilik. Sunyi sungguh malam ni dirasakan tidak seperti selalu.
“Dina!” lega apabila suara yang dikenalinya itu memanggilnya dari luar.
“Ibu, buat apa kat luar?” soal Hardina sebaik sahaja dia melangkah keluar dari ambang pintu rumahnya. Azimah hanya terduduk di beranda merenung jauh ke arah rumah Tokki Mat dan Tok Chik.
“Adik mana bu?” tambah Hardina apabila dilihatnya Azimah tidak melayan soalannya yang pertama tadi.
“Apa dia Dina? Adik? Tu kat rumah Tokki Mat,”
“Rumah Tokki Mat? Buat apa kat sana?”
“Dia belajar dengan Rafiqan. Rafiqan pulak macam melayan je karenah Shahran tu…”
Hardina tidak menjawab, diambil nya tempat duduk sebelah Azimah.
“Patutlah dah tak nak belajar dengan Dina lagi….”
“Dina garang sangat ajar Shahran. Dia tu kan budak-budak lagi. Tahun ni kan dia nak UPSR,”
“Pandai ke mamat tu ajar Shahran?”
“Amboi Dina, macam merendah-rendahkan orang lain, tak baik tau,”
“Rafiqan tu bijak sebenarnya Dina, walaupun nampak macam tu, tapi dia ada otak jugak la. Tapi ibu gembira dengan perubahan Shahran, dia dah jarang keluar malam macam selalu. Ibu tak kisah dia lepak dengan Rafiqan sebab dia anggap Rafiqan tu macam abang dia sendiri…”
Lama juga Hardina terdiam. Tak tahu apa yang bermain difikiran Azimah dan juga fikirannya sendiri. Apa la ibu aku ni asyik puji Rafiqan depan anak sendiri.
“Rafiqan tu misteri kan?” tiba-tiba Azimah mencelah.
“Misteri yang macam mana?” soal Hardina. Dia mengeluh panjang. Tak faham tiba-tiba sahaja Rafiqan menjadi subjek perbualan mereka.
“Kalau kita tak kenal dia betul-betul, kita tak akan dapat baca apa yang ada dalam diri dia. Masa Tok Chik beritahu yang dia bermasalah di sekolah lama, ibu macam tak percaya sebab ibu pernah jumpa dia sebelum kejadian dia kena belasah tu. Tapi bila dia tengking Dina hari tu, ibu pun terkejut jugak. Perangai dia tak boleh di baca….”
“Biasalah tu bu, dia kan orang bandar, bukannya boleh dia menyesuaikan diri dengan kehidupan kita ni yang tinggal di kampung…”
“Agaknya macam tu lah kot. Sekali ibu tengok dia macam seorang yang pendiam dan sukar untuk senyum. Tak pernah tengok dia senyum…”
“Mata dia redup, bu…” Hardina bersuara perlahan.
“Apa Dina cakap?”
“Takde apa-apa. Kawan-kawan perempuan Dina kat sekolah cakap diorang suka mata dia yang redup tu. Walaupun dia gelak ketawa tetapi terasa seperti macam dia sembunyikan sesuatu yang sukar diramalkan..”
“Kat sekolah dia ada peminat ke?”
“Ramai bu, kawan-kawan sama tingkatan dengan Dina la terutamanya..”
“Dina pun minat dia jugak ke?”
Hampir tersedak Hardina dibuatnya. “Ibu!!!” Hardina menjegilkan matanya.
Azimah hanya ketawa.
“Dah, jom masuk tolong ibu siapkan makanan, lepas tu tolong ibu masak nasi lemak untuk esok nak kena siapkan 100 bungkus…”
Hardina hanya menganggukkan kepala.


HAMPIR setiap hari mereka akan bersama-sama ke sekolah, semuanya adalah kerana penghantaran nasi lemak ke kedai Tokki Mat terlebih dahulu. Kemudian setiap hari juga masing-masing seolah-olah berjalan sendirian.
Petang itu petang Khamis, merupakan hari terakhir dalam minggu ini, Rafiqan tidak sabar-sabar menanti kemunculan petang itu kerana Tokki Mat telah berjanji untuk menemani dia dan Shahran untuk bermandi-manda di pantai.
"Abang, lama kan kita tak turun mandi..." kata Shahran sewaktu dia bersama-sama Rafiqan bermandi manda.
"Betul juga. Dah lama abang teringin sangat mandi pantai, tapi Tokki Mat jarang ada masa..."
"Abang tak pandai berenang lagi ke?"
"Entah la, abang kan orang bandar. ..”
“Eh, orang bandar pun tahu bcrenang juga apa, kan ada swimming pool tu...”
“Wah, Shahran pun talhu swimming pool??” soal Rafiqan.
“Eh mestilah, Shah ni sebenarnya tak tahu sangat berenang, tapi kalau kak Dina, dia memang handal…” balas Shahran semula.
"Ya ke?" '
Dari  kejauhan, Tokki Mat sedang memerhatikan mcreka berdua. Dapat dilihat sikap dan perangai Rafiqan telah berubah sedikit demi sedikit. Dia pun sudah tidak banyak menimbulkan masalah lagi di rumah.
“Tok, termenung jauh nampak?” sapa satu suara membuatkan Tokki Mat agak terperanjat.
 "Oh, Dina, dari mana ni?” soal Tokki Mat pula.
 "Dari rumah, ibu beritahu yang Shahran ikut Tok datang sini, " balas Hardina pula. Matanya tidak lepas memandang ke arah Shahran dan Rafiqan yang sedang seronok bermandi-manda.
"Dina tak turun sekali ke?” soal Tokki Mat pula. Matanya tidak lepas memandang ke arah gadis yang seusia cucunya itu. Hatinya senang melihat kelembutan wajah Hardina yang tidak pernah lekang dengan tudung. Ke mana sahaja gadis itu pergi, pasti tidak akan ditanggalkan tudung yang menjadi harga pada seseorang yang bergelar peranpuan.
“Tak kot. Dina saja je datang sini..."
Tokki Mat dan Hardina terdiam seketika. Ketika itu tidak ramai pengunjung yang datang berkunjung di pantai
“Dina dah okey dengan Piqan?” soal Tokki Mat tiba-tiba. Hardina mengalihkan pandangannya ke arah Tokki Mat.
“Kenapa Tok tanya macam tu?” soal Hardina sebaik sahaja Tokki Mat menghabiskan kata-katanya.
“Tok saja nak tahu, Rafiqan tu macam mana kat sekolahi. Dia dengan Dina okey ke?”
“Entahlah Tok, Dina pun tak tahu nak cakap macam mana..”
"Dina jangan kecil hati dengan sikap Rafiqan tu. Memang macam tu perangai dia.”
"Dina faham, tapi yang menghairankan Dina ialah sikap dia..."
“Kenapa dengan sikap dia?"
"Pendiam sangat. Tak suka bergaul.”
"Apa yang nak dihairankan?” soal Tokki Mat pula.
"Entahlah Tok…”
“Dina tak pernah cuba ke sembang dengan dia?”
“Banyak kali Tok, tapi dia tu tak pernah nak berlembut dengan Dina, mesti kata-kata dia menyakitkan hati,” balas Hardina. Pandangannya dilemparkan ke arah pantai.
"Dina tahu tak kenapa dia bersekolah di sini?” soal Tokki Mat pula. Hardina hanya menggelengkan kepala.
“Tok tahu, sikap dia macam tu sebab dia masih marahkan ibu dan ayah dia yang menghantar dia ke sini.”
 "Apa yang telah dia buat?”
"Banyak sangat masalah disiplin dia kat sekolah lama. Dari menghisap rokok sampailah ke tahap pukul-memukul ni.." Hardina hanya menganggukkan kepala.
“Patutlah hari tu Dina jumpa dia hisap rokok sendirian,”
“Bila?”
"Lama dah, masa dia mula-mula masuk sekolah….”
"Oh, takpelah. Sembang-sembang juga. Tok ingat nak pergi kedai kejap la. Dina tengokkan mereka sekejap boleh tak?” soal Tokki Mat.
“Boleh, Tok," Hardina menganggukkan kepala. Tokki Mat bingkas bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah motosikalnya yang sejak tadi berada di pinggir jalan.
Hardina merenung jauh memikirkan sikap Rafiqan selama ini yang baru sahaja diketahuinya dari Tokki Mat. Matanya terasa tertipu apabila melihat sikap Rafiqan yang  begitu mesra dengan Shahran. Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
“Akak! Jomlah sertai kami!" terdengar sayup suara Shahran memanggilnya. Hardina hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. Namun senyumannya termati apabila matanya bertemu dengan mata redup Rafiqan yang turut memandang ke arahnya.
“Tak apalah! Akak duduk kat sini sahaja. Jangan mandi jauh sangat!!!”pesan Hardina semula.
Hardina berterusan melayan karenah hatinya yang semakin berlagu sendu memikirkan pelbagai perkara yang terjadi sejak kehadiran Rafiqan. Dia dan Yati semakin jauh. Bukan dia tidak cuba untuk memaafkan Yati, tapi hatinya cukup berat untuk meredhakan atas semua yang terjadi. Lagipun Yati sendiri cuba mengelak darinya. Faizal dan Aiman pula.  Faizal tidak lagi menganggunya. Aiman juga tidak berlagak samseng seperti dahulu lagi. Pendek kata semua perkara telah berubah. Hanya satu pcrkara sahaja lagi yang masih tidak berubah. Mamat di depan aku ni…
“Akak! Akak! Tolong! Tolong!" kedengaran suara Shahran menjerit meminta tolong. Segera lamunan Hardina termati. Dia bingkas bangun melihat asal dari mana datang suara Shahran itu.
"Akak! Abang Pi lemas! Tolong!" kelihatan Rafiqan terkapai-kapai dilanda ombak. Jaraknya agak jauh dan persisiran pantai, namun Hardina masih mampu melihat Rafiqan yang tenggelam timbul. Shahran cuba membantu, tetapi fizikalnya yang kecil dan ringan menyebabkan dia sukar untuk menghampiri Rafiqan yang semakin menjauhi.
Hardina menjadi serba salah. Tiada seorang pun di situ yang dapat membantu. Tokki Mat masih belum menunjukkan muka. Dia tiada pilihan lain. Segera Hardina berlari masuk ke dalam air.
Hardina berenang seberapa pantas yang dia mampu lakukan. Segala kebolehannya selama ini digunakan. Rafiqan mesti selamat kerana Tokki Mat telah mengamanahkan kepadanya untuk menjaga keselamatan Rafiqan dan Shahran.
Hardina memaut leher Rafiqan yang tenggelan timbul dipukul ombak. Dia segera berenang semula ke arah pantai , Shahran turut menolongnya.
Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang Kali pertama dia mcnjadi berdebar-debar kerana badannya begitu rapat dengan tubuh lelaki yang semakin lemah itu. Dia dapat merasa nafas Rafiqan yang turun naik di dadanya. Apatah lagi Rafiqan dalam keadaan sedemikian, menambahkan lagi perasaan gementarya.
Akhirnya Rafiqan selamat sampai ke darat. Menurut Shahran, tiba-tiba sahaja ombak menarik mereka tengah laut. Rafiqan yang sememangnya tidak pandai berenang mula dilanda masalah.
Kemudian Tokki Mat sampai . Wajahnya kelihatan cemas melihat Rafiqan terdampar di pantai dengan dikelilingi oleh Hardina dan Shahran.


SUASANA pagi itu hambar seperti selalu. Namun kali ini Rafiqan lebih awal datang ke rumah Azimah. Kejadian tiga hari lepas benar-benar membuatkan dirinya terasa mati hidup semula. Semuanya berlaku begitu pantas. Sebaik sahaja dia sedar daripada pengsan, dia sudah pun berada di rumah Tuk Chik.
Menurut Tuk Chik, kalau bukan kerana keberanian Hardina, sudah tentu mereka semua akan berendam air mata. Sudah tentu dia takkan dapat berjumpa dengan Rafiqan lagi. Apabila ditanya tentang Hardina, Tuk Chik mcnjawab supaya Rafiqan banyak berehat daripada bergerak.
"Awal kamu datang hari ini?" kata Azimah sebaik sahaja terdengar Rafiqan memberi salam. Rafiqan hanya tersengih.
"Dina mana?” soal Rafiqan. Azimah, tersenyum kehairanan. Tidak pernah walau sekali Rafiqan bertanyakan tentang anak daranya yang satu itu, alih-alih hari ini perkataan yang pertama keluar dan mulut Rafiqan bertanyakan tentang Hardina.
"Ada kat atas, tengah bersiap. Nasi lemak pun makcik dah sediakan..." kata Azimah lagi. Bungkusan nasi lemak bertukar tangan, Rafiqan masih lagi termangu-mangu di situ.
"Kalau Rafiqan hendak pergi dahulu, pergilah. Kcsian makcik tengok kamu tertunggu-tunggu pula. Separuh lagi Dina akan bawakan nanti,” kata Azimah semula. Rafiqan masih lagi tersipu-sipu.
“Takpelah makcik, saya nak tunggu Dina ni, nak bersaing dengan dia ke sekolah,” balas Rafiqan semula. Azimah hanya tersenyum.
"Kala utu, tunggulah dulu. Nanti Dina keluarlah…”
Hampir 10 minit Rafiqan menunggu. Seketika kemudian Hardina keluar diiringi oleh Azimah.
"Dina pergi dulu bu,” Hardina menyalami tangan ibunya itu.
“Pergi dulu makcik,” kata Rafiqan pula. Sepanjang perjalanan, Rafiqan dan Hardina masih mendiamkan diri, seperti selalu Rafiqan menjadi serba salah, nak tegur ke tak nak, nak tegur ke tak nak.
Hardina perasan dengan sikap Rafiqan yang tidak keruan itu. Dia cuba bersuara, namun suaranya seolah-olah tcrsekat di kerongkong apabila mengenangkan dia tak sanggup lagi untuk menerima caci dan makian dari Rafiqan. Dia lebih rela mendiamkan diri dari mencari pasal dengan mamat ni.
“Terima kasih...” Rafiqan bersuara perlahan. Hardina tersentak apabila terdengar suara Rafiqan yang agak kurang jelas bunyinya.
"Awak cakap dengan saya ke?” soal Hardina untuk mendapatkan  kepastian.
"Ya lah, habis takkan dengan nasi lemak ni?” balas Rafiqan semula.
“Awak cakap apa tadi?” soal Hardina semula.
"Saya cakap terima kasih..." Hardina tersentak lagi.
Entah angin apa pula kali ini mamat ni membahasakan dirinya 'saya' pula ni? Selalunya aku-kau je.
"Sama-sama," jawab Hardina semula. Biarpun dia masih tertanya-tanya terima kasih apa yang dimaksudkan oleh Rafiqan itu. Kemudian mereka terdiam semula.
‘Isk, apa lagi aku nak cakap ni?’
"Dina tak nak tanya kenapa saya ucap terima kasih ke?” soal Rafiqan semula. Kali ini dia memberanikan diri memalingkan muka ke arah Hardina.
 Hardina turut berpaling.
"Awak kata kalau saya tak nak awak jawab dengan kasar, saya tak boleh cakap apa-apa dengan awak…”
Rafiqan menelan liurnya sendiri. Terasa pahit apabila mendengar kata-kata Hardina itu. Malunya mula bersarang di jiwanya.
"Dina, lupakanlah pasal tu, Dina tak nak tanya ke pasal apa saya ucap terima kasih kat Dina?” Rafiqan mengulangi semula soalan tadi.
"Aah, kenapa awak ucap terima kasih?"
"Pasal Dina dah selamatkan saya..."
"Oh, pasal tu. Saya dah hampir lupa. Memang dah tanggungjawab saya masa tu, amanah Tokki Mat pada saya untuk memastikan awak dan Shahran tidak apa-apa.”
Rafiqan terdiam seketika. Dia masih rasa bersalah bersalah dengan sikap sombongnya selama ini.
 "Dina, saya nak minta maaf dengan Dina, boleh?" soal Rafiqan pula. Hardina tercengang sendirian.
"Maaf sebab apa?"
"Sebab sikap saya terhadap Dina selama ini...”
“Takpe, saya tak kisah, mesti awak ada sebab-sebab tertentu kan? Lupakan sahajalah..." balas Hardina pula.
"Kita kawan?" soal Rafiqan sambil menghulurkan tangan. Hardina hanya melihat sahaja tangan yang dihulur itu.
“Maaf saya tak bersalam dengan lelaki,”  segera Rafiqan menarik semula tangannya..”
“Oh, maafkan saya,” dua kali Rafiqan terasa malu. Dia lupa yang dia dengan Hardina adalah bukan mahram. Hardina tersenyum melihat gelagat Rafiqan.
“Kita kawan?” soal Rafiqan sekali lagi.
“Okey, Hardina hanya tersenyum…”


MASA begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar hari pertama persekolahan bagi minggu itu berakhir dengan begitu pantas. Hardina menyarungkan beg lalu berjalan pantas berlalu keluar.
"Dina!” panggil satu suara. Sudah agak lama tiada lelaki yang berani memanggil namanya lagi sejak kejadian dia dipanggil oleh pengetua sehinggalah hari ini.
Hardina berpaling. Kelihatan Rafiqan sedang berlari-lari anak menuju ke arahnya.
"Ada apa?” soal Hardina.
“Dina balik ke rumah terus ke?” soal Rafiqan semula. Hardina terdiam sejenak. Nampaknya mamat telah berubah seratus peratus ni. Tiada lagi ungkapan kasar aku-kau dari bibirnya.
“Mestilah..."
"Boleh Pi balik sekali dengan Dina?" entah angin apa yang melanda pula kali ini. Membahasakan diri dengan panggilan nama pula. Memang selama ini mereka akan datang sekali, tapi mereka jarang balik bersama.
"Boleh, apa salahnya..." bagi Hardina tak salah kalau sekadar ingin berteman untuk berjalan pulang. Masing-masih terus menyepi, tiada kata yang terbayang di minda mereka. Hardina merasa janggal pula setelah sekian lama mereka berperang mulut,alih-alih hari ini mereka sama-sama berbahasa dengan bahasa yang sopan dan lembut.
Mereka tiba di satu kawasan yang memulakan sejarah perkenalan mereka pada suatu masa dahulu. Rafiqan masih teringat, di perdu pokok itulah dia duduk sambil menghisap rokok sendirian. Datang pula seorang gadis yang bernama Hardina yang menegur perbuatannya.
"Ingat lagi tak kat sini?” soal Rafiqan tiba-tiba. Hardina menjeling tajam. Seboleh-bolehnya dia hendak melupakan kceadian itu, tapi kali ini dibangkitkan semula oleh Rafiqan sendiri.  Hardina tidak membentak, namun masih mampu tersenyum.
"Kenapa kejadian kat jalan sana awak boleh lupa pula?" soal Hardina. Rafiqan menggaru-garu kepala. Dia tahu Hardina memerlinya dengan menunjukkan arah tempat ayahnya hampir melanggar Hardina dan Yati suatu ketika dulu.
“Maaflah pasal kejadian hari itu. Pi sedikit pun tidak memikirkan perasaan orang lain. Maaf ya…?”
“Tak apa, semua perkara dah lepas. Buat apa hendak dikenang lagi..." Hardina mematikan kata. Dia seolah-olah berat  untuk terns berbicara dengan Rafiqan.
"Kenapa Dina macam malas nak bercakap dengan Pi?” soal Rafiqan mcmbuatkan Hardina menjadi gugup.
"Mana ada..." Hardina cuba menafi.
"Pi tahu Dina macam benci dengan Pi..."
"Takdelah, okey, Dina tak benci sesiapa pun termasuk awak…"
"Betul?”
"Betul lah… Boleh Dina tanya sikit tak?” soal Hardina
”Tanyalah, apa dia?”
“Pi merokok lagi?”
Rafiqan tersentak mendengar pertanyaan yang diajukan oleh Hardina. Dia menganggukkan kepala. Manakala Hardina pula yang menggelengkan kepala.
"Kenapa Dina geleng kepala?” soal Rafiqan inginkan kepastian.
“Apa faedah Pi dapat dengan merokok? Buang duit je..." Rafiqan tunduk mendengar kata-kata Hardina.
"Pi tahu... "
“Tahu apa?”
“Tahu la merokok tu membuang duit..”
"Habis tu, Pi tak nak berhenti?”
"Insya-Allah..."
"Insya-Allah ada dua, berhenti ke tak?”
"Insya-Allah berhenti…”
Hardina hanya tersenyum. Lelaki di hadapannya kini betul-betul berubah. Tidak pernah difikirkan akan terjadi  kejadian seperti hari ini. Mereka hanya terdiam apabila sampai ke rumah masing-masing.
Sejak danpada hari itu, Rafiqan semakin rajin membantu Tuk Chik mengambil nasi lemak dari rumah Azimah. Hubungan dia dengan Hardina pun semakin rapat. Mereka selalu belajar bersama-sama, ke sekolah bersama-sama, pulang pun bersama-sama. Selalunya rumah Hardinalah yang menjadi tempat mereka belajar bersama.



0 comments:

Post a Comment