Part 13
HARDINA
merasa serba salah apabila melihat kedatangan Haidir diiringi oleh Rafiqan
Mungkin mereka terserempak semasa dalam perjalanan ke kelas tadi. Sampai bila
harus dia merasa bersalah. Sampai bila mereka harus hanya memandang antara satu
sama lain?
"Hai
Dina, awal awak sampai?" Haidir menyapanya. Rafiqan hanya menjeling dari
belakang.
"Baru
je, duduklah,” kata Hardina sambil menarik kerusi di meja sebelahnya.
"Takpe,
dalam kelas Dina duduk dengan kaum Dina, saya dengan kawan-kawan lelaki,
boleh?" soal Haidir semula Rafiqan berlalu sambil memilih satu tempat di
belakang.
"Boleh,
takde masalah balas,” Hardina cuba mengukirkan senyuman. Namun ternyata
keresahan terpancar di wajahnya.
Haidir
berlalu ke arah Rafiqan, kemudian ditariknya kerusi sebelah Rafiqan lalu duduk.
Semua perlakuannya diperhatikan oleh Hardina.
"Hai,
boleh saya duduk sini? Ada orang ke?" sapa satu suara mematikan lamunan
Hardina.
"Sure, takde orang..." Hardina
tersenyum ke arah pelajar perempuan itu. Manisnya wajah dia....
"Panggil
saya Azah," kata pelajar perempuan tersebut.
"Dina, nice to meet you"
"Nice to meet you too... "
Hardina
hanya mendiamkan diri sehinggalah pensyarah masuk. Sepanjang syarahan, Hardina
tidak dapat menumpukan perhatian seratus peratus kerana fikirannya asyik
memikirkan satu nama yang sedari tadi berbual mesra dengan Haidir. Entah
permainan apa yang membuatkan Haidir tiba-tiba boleh menjadi rapat dengan
Rafiqan.
"BAIKLAH,
sebelum saya menghabiskan syarahan pada hari ini, saya mengingatkan sekali lagi
tentang kumpulan pembentangan untuk setiap tugasan yang telah kita bincangkan
tadi. Satu kumpulan empat orang, dan pemilihan ahli kumpulan adalah bebas.
Baiklah, setakat ini sahaja dahulu syarahan untuk hari ini..." kata-kata
terakhir pensyarah sebelum melangkah keluar.
Haidir
bangun menuju ke arah Hardina. Rafiqan masih lagi berkemas untuk ke kelas
seterusnya.
"Dina,
awak dah ada kumpulan?" soal Azah tiba-tiba.
"Kenapa?"
"Saya
ni tak ramai kawan lagi, jadi kalau boleh saya nak satu kumpulan dengan
awak..." balas Azah semula
"Boleh,
tapi kena tanya Haidir dulu…” balas Hardina pula.
"Haidir?"
"Ya,
dia ni..." kata Hardina sambil menunjukkan ke arah Haidir.
"Ada
apa?" soal Haidir.
"Ini
Azah, boleh dia satu kumpulan dengan kita?" soal Hardina.
"Oh,
boleh, takde masalah..." balas Haidir.
"Ha,
baguslah kita dah bertiga, cuma seorang saja lagi kena cari..." kata
Hardina kepada Azah.
"Nak
cari apa lagi? Kita dah berempat, awak, dia , saya dan Rafiqan!" kata
Haidir membuatkan mata Hardina terbeliak.
"Dia
pun nak satu kumpulan dengan kita?" soal Hardina.
"Kenapa
ni? Saya yang ajak, ada masalah ke?"
"Tak.
.. Takde ..”
Rafiqan
muncul sambil tersenyum. Nampaknya kehadirannya tidak disenangi oleh Hardina.
Wajah Hardina kelihatan murung.
"KAU
senyap je dengan aku hari ni," kata Jared sewaktu mereka terserempak di
cafeteria.
"Takde
lah, aku biasa je..." balas Rafiqan semula. Jared mengambil tempat duduk
yang kosong di sebelah Rafiqan.
"Pasal
semalam ke?" soal Jared semula. Rafiqan mengalihkan pandangan ke luar
cafeteria. Kalau diikutkan, makhluk mana yang boleh tahan dengan sikap Jared
semalam
“Kau kan tahu
tak boleh minum dalam kawasan kolej,”
“Aku minum kat luar..."
"Tapi
kau balik dalam keadaan mabuk, lain kali jangan balik lah!"
"Okey,
sorry, aku janji perkara ini tak akan berulang lagi,”
Rafiqan
mendengus mendengar kata-kata Jared. Panas terasa ditelinga apabila mendengar
entah kali ke berapa Jared melafazkan perkataan 'janji', namun tidak pernah
tepati.
"Kau
tahu ni kali ke berapa kau janji dengan aku?” soal Rafiqan pula. Jared
menggelengkan kepala. "Dah 4 kali tau tak! Sepatutnya kalau dah 3 kali tu,
kau aku kena ajar, tapi sebab aku ni baik….”
"Ye
lah, yelah, kau memang baik. Beri aku peluang, please..."
"Ye
lah!"
HARDINA menyapu
solekan terakhir di wajahnya. Hari itu dia berjanji untuk mengadakan discussion dengan kumpulan pembentangan
di PTAR. Sesekali dia membelek jam, melihat kalau-kalau kereta Haidir sudah
tiba di perkarangan kolej.
“Kau nak
kemana Dina?” soal Dalila kepada rakan sebiliknya itu. Hairan, pagi-pagi Sabtu
dah nak keluar.
"Aku nak ke PTAR lah," jawab
Hardina.
"PTAR
tu apa?" soal Dalila semula.
"Kau ni
betul-betul la budak baru, PTAR tu Perpustakaan Tun Abdul Razak! Mesti kau tak
pernah pergi kan?"
"Ada
apa?"
'"Discussion.."
"Oh..."
"Okeylah,
kereta Haidir dah sampai tu, aku pergi dulu la..."
"Okey”
Kedatangan
Haidir disambut dengan sekuntum senyuman mesra dari Hardina. Lelaki itu turut
tersenyum.
"Kenapa
lambat?” soal Hardina.
"Maaflah,
semalam tidur lewat sikit, "
"Awak
ke mana?”
"Ala,
bersembang dengan Rafiqan je. Saya pergi ke kolej dia.."
Ha? Rafiqan
lagi. Serta-merta wajah Hardina berubah. “Rafiqan lagi?”
"Kenapa
ni?" soal Haidir melihatkan perubahan Hardina.
"Takde
apa-apa .."
“Takkan saya
keluar dengan Rafiqan pun tak boleh?”
“Takde apa-apa
lah. Jom!" balas Hardina menyembunyikan ketidaksenangannya. Kereta Haidir
meluncur laju menuju ke arah bangunan PTAR yang terletak di Kompleks
Kejuruteraan. Rafiqan dah Azah sudah lama menanti kehadiran mereka di sana.
Selepas
mereka selesai mencari bahan rujukan di PTAR, mereka beralih lokasi ke bilik
kuliah untuk mengadakan perbincangan memandangkan bilik kuliah lebih menjamin
keselesaan.
Sepanjang
perbincangan, Rafiqan dan Hardina kurang bercakap. Semua perkara diserahkan
bulat-bulat kepada Haidir. Lagipun Rafiqan sendiri lebih selesa bertindak
sebagai orang bawahan.
Berlainan
pula dengan Haidir dan Azah. Mereka nampaknya lebih banyak mengeluarkan idea.
Tanpa disangka-sangka dalam diam-diam, Azah memang seorang peramah. Mereka
banyak ketawa melihat karenah Azah.
“Eh, korang
rasa kering tekak tak? Aku nak pergi beli air ni..." kata Rafiqan
tiba-tiba. Haidir dan Hardina berpandangan.
"Boleh
juga," jawab mereka serentak.
“Biar aku
temankan kau,”kata Azah pula.
Rafiqan
hanya menganggukkan kepala. Sebenarnya dia mahu keluar dari situasi janggal
antara dia dan Hardina. Mereka berlalu.
“Rafiqan,
boleh aku cakap sikit?" soal Azah tiba-tiba sewaktu mereka beriringan
menuju ke arah cafeteria. Rafiqan berpaling ke arah Azah yang baru dikenalinya
itu melalui Hardina.
“Apa dia?”
"Kenapa
aku tengok kau diam je, ada masalah ke?"
"Kenapa
cakap macam tu?"
"Takdelah,
kita kan kawan, aku tengok kau macam tak participate
pun dalam perbincangan kita hari ni, kau diam je, kenapa?" soal Azah lagi.
Rafiqan hanya tersenyum hambar.
“Azah, kau
baru kenal aku hari ini. Macam mana kau boleh tahu aku ada masalah?" soal
Rafiqan semula. Azah hanya tersenyum.
"Kalau
kau nak tahu, aku ni pakar dalam psikologi. Aku seolah-olah dapat baca sesuatu
dari wajah kau..."
"Kalau
wajah aku dah memang macam ni, apa kau kata?"
"Ya ke?
Tak percayalah aku..."
“Terpulanglah
pada kau nak percaya atau tidak,”
Rafiqan
beransur ke arah peti sejuk. Dia mengambil beberapa tin minuman lalu menuju ke
arah kaunter pembayaran. Azah masih lagi tercegat di tempat dia berdiri tadi.
Seketika kemudian dia kembali mendapatkan Azah.
"Jom!''
Rafiqan berjalan mendahului. Azah hanya mengikutnya dari belakang.
"Ceritalah
kat aku..." Azah terus merayu.
"Cerita
apa lagi?" Rafiqan bersuara.
“Masalah kau
la..."
"Takde
apa-apa la..."
"Atau
kau ada masalah dengan Dina?" kata-kata Azah membuatkan langkah Rafiqan
terhenti. Kemudian dia berpaling.
"Apa
kau merepek ni, apa kaitan dengan Dina pula?"
Azah
tersenyum, perangkapnya sudah mengena.
"Habis,
kenapa aku tengok kau dengan dia macam ada masalah je..."
"Jangan
merepek la, aku takde masalah dengan Dina lah, problem aku sekarang dengan
rakan sebilik aku tu la..."
"Kenapa"
"Tak
payahlah cerita!" Rafiqan berlalu. Azah hanya mengetapkan bibir. Perasaan
untuk mendekati lelaki itu semakin membuak-buak.
Rafiqan
termenung sendirian. Entah kenapa persoalan itu yang diutarakan oleh Azah.
Seboleh-bolehnya dia tidak mahu sesiapa pun yang tahu dia dan Hardina pernah
mengenali antara satu sama lain. Macam mana pula Azah tiba-tiba boleh terlintas
memikirkan hal itu.
Tapi dia
tidak berbohong pun. Memang dia bermasalah sedikit dengan Jared. Semuanya
gara-gara Haidir. Dia tidak menyangka Haidir akan mengajaknya untuk menjadi
satu kumpulan, sedangkan pada masa yang sama, Jared turut meminta supaya mereka
berdua di dalam kumpulan yang sama. Tidak disangkanya pula yang kumpulan Haidir
sendiri sudah cukup ahli.
"Pi,
aku sekumpulan dengan kau boleh tak untuk pembentangan nanti?" suara Jared
sewaktu mereka sama-sama tiba di bilik. Rafiqan hanya tunduk ke lantai.
"Jared,
maafkan aku..."
"Kenapa?”
"Aku
dah ada kumpulan..."
"Apa? Habis
tu aku macam mana? Aku tak kenal lagi mana-mana pelajar di sini Kau sepatutnya
utamakan aku...!"
"Tapi,
Haidir ajak aku dulu.."
"Jadi,
aku join korang la..."
"Tak
boleh juga sebab ahli dah cukup.”
“Apa? Ahli
dah cukup?" timbul perasaan kesal di sanubari Rafiqan apabila dilihatnya
impak begitu besar terhadap Jared, kesan daripada hanya kerana mereka tidak
sekumpulan. Memang sewaktu Haidir bertanyakan padanya, dia teringatkan Jared,
tapi sebaik sahaja Haidir memberitahu yang Hardina turut satu kumpulan, terus
dia membatalkan hasrat untuk menolak tawaran dari Haidir.
"Maaflah
Jared, kau boleh cari kumpulan lain,"
"Ah,
kau memang pentingkan diri sendiri..." balas Jared lalu melangkah keluar.
Rafiqan terkesima seketika. Buruk juga perangai merajuk mamat ni.
Tiba-tiba
lamunannya termati sebaik sahaja tiba semula ke tempat perbincangan sebentar
tadi. Haidir dan Hardina berhenti seketika untuk membasahkan tekak.
"HAI
Dina..." wajah Azah tersembul di muka pintu bilik yang sedari tadi
terbuka.
“Oh Azah,
masuklah..." kata Hardina sebaik sahaja melihat Azah tercegat di ambang
pintu.
"Kemasnya
bilik!" kata Azah lagi. Hardina hanya tersenyum. Dia tahu inilah kali
pertama Azah berkunjung ke biliknya. Lagipun dalam perjalanan pulang dari
perbincangan tadi, dia sendiri yang mempelawa Azah mengunjungi biliknya.
"Ada
perkara penting ke datang ni? Pasal diskusi tadi tak selesai lagi ke?"
soal Hardina semula sambil dia meneruskan kerja-kerja melipat baju.
Azah
menggelengkan kepala. Dia mengalihkan perhatian pada sekeping gambar di dalam bingkai
yang terletak di atas meja Hardina.
"Takde
apa pun, saja-saja je datang melawat kau. Ni Haidir kan?" soal Azah semula.
Hardina hanya mengangguk. "Dah lama kenal?" tambah Azah semula.
"Sejak
tingkatan 4..." balas Hardina perlahan. Dia memang tidak segan untuk
menunjukkan siapa Haidir di sisinya.
"Agak
lama juga la..."
"Mungkin
la..."
"Rafiqan
macam mana?” soal Azah tiba-tiba membuat Hardina tersentak. Pantas dia
berpaling ke arah Azah.
“Apa maksud
kau?" soal Hardina semula.
"Kau
dan dengan Rafiqan, pemah kenal ke sebelum ni?"
"Kenapa
tanya macam tu?"
"Aku
nampak ..."
"Nampak
apa?"
"Kenapa
kau dan Pi tak banyak berbual masa discussion
tadi?”
"Tu yang
pelik, macam mana kau boleh cakap kami pernah kenal sedangkan aku dan dia tak
banyak bercakap.. "
"Dari
mata,” jawab Azah pendek, namun cukup membuatkan Hardina tersentak kali kedua.
"Mata?" soal Hardina semula
"Ya,
dari mata Pi dan kau, mata tak pemah menipu .." sekali lagi Hardina
terdiam. Dia terasa seolah-olah pernah mendengar ungkapan itu.
"Entahlah,
dia tu kawan Haidir, sebab tu aku kurang bercakap dengan dia..."
“Okey, agak
menyakinkan jawapan dari mulut kau tu.."
"Apa
maksud kau?"
Azah
membetulkan duduknya di sebelah Hardina. Kemudian dia menyambung semula.
"Dia
pun cakap macam tu juga.." tambah Azah.
"Dia?"
"A'ah.
Pi sendiri yang cakap dia takde masalah pun dengan kau .."
"Chup!
Sekejap, aku tak faham apa yang kau cakapkan ni. Apa yang Pi cakap dengan
kau?"
"Aku
tanya kenapa diam je masa kita discuss
tadi. Ingat dia ada masalah dengan kau, tapi dia cakap takde pun..."
Hardina
menarik nafas panjang. Terasa lega.
"Takdelah,
tu yang terlintas di fikiran aku. Tapi kan, cara korang tersentak tu macam sama
je..."
“Apa maksud
kau?”
“Kau la,
bila aku tanya pasal Rafiqan, terus buat muka. Sama jugak dengan mamat tu, buat
muka bila aku tanya pasal kau,”
“Bukan buat
muka, pelik la dengan soalan-soalan yang bukan-bukan ni…”
“Yelah tu….”
NAK telefon,
tak nak. Nak telefon ke tak nak? Rafiqan berkali-kali menekan nombor yang baru
sahaja didapatinya dari Haidir sebentar tadi. Perasaannya berbelah bagi Perlukah
dia muncul semula dalam hidup mereka.
Kalau aku
tak telefon, sampai bila-bila keadaan ini tak akan berakhir. Aku perlukan
kepastian. Akhirnya dia membuat keputusan yang agak sukar.
Hardina
bergegas mengangkat telefon bimbitnya yang sedari tadi berdering. Sewaktu itu
hanya dia sendirian bertemankan radio mentelaah pelajaran. Dalila entah ke mana
malam-malam sebegini. Mungkin ke bilik tayangan barangkali.
"Assalamualaikum..."
Hardina memberi salam.
"Wa'alaikum
salam, Hardina ada?" sapa satu suara di corong telefon.
"Dina
bercakap..."
"Dina,
Pi ni..." kata suara itu. Hardina tergamam apabila mengetahui identiti
pemanggil. Dia terdiam seketika.
“Dina, Dina..."
suara itu terus bergema di telinganya.
"Ya.
Dina masih bercakap. Mana awak tahu nombor saya ni?" soal Hardina pula.
Dapat dirasakan suara itu sudah jauh berbeza kalau hendak dibandingkan 4 tahun
dahulu.
"Haidir
yang beri. Katanya kalau-kalau ada perkara yang perlu dibincangkan dengan awak,
boleh saya hubungi awak..."
"Pi, awak
nak apa?”
"Saya
tak nak apa-apa, cukuplah memori saya dengan awak selama ini, tetapi kenapa
awak menafikan yang kita pernah kenal antara satu sama lain?"
"Maksud
awak?"
"Tak
bolehkah kita berkawan macam dulu?"
"Pi,
Dina sekarang ini bukan macam Dina yang dulu lagi. Dina dah banyak berubah.
Dina tidak sebaik seperti yang awak sangka lagi” balas Hardina semula. Dia
masih merasa segan apabila Rafiqan menemuinya dalam keadaan yang agak memalukan
bagi dirinya.
"Kenapa
Dina cakap macam tu? Dina tetap Dina,”
“Tapi, pasal
saya dengan Haidir...."
"Pasal
awak berpegang tangan dengan Haidir tiap-tiap hari, macam tu? Itu yang awak
malukan? Saya tak kata apa-apa pun,”
"Pi,
cerita kita sudah tamat, jangan ganggu saya lagi..."
"Kejap
kejap, cerita apa pula ni? Hardina, kita tidak pernah bermula pun, bagaimana
mahu ditamatkan? Cerita kita masih sebagai dua orang sahabat kan?"
Hardina
hanya terdiam mendengar kata-kata dari mulut Rafiqan.
"Dina,
tolonglah, kalau dulu saya pernah ikut kehendak awak, kali ini saya yang ingin
meminta sesuatu daripada awak..." tambah Rafiqan lagi.
"Apa dia?”
“Persahabatan
daripada awak…”
"Saya
bukan seorang sahabat yang baik lagi!"
"Tapi
saya tetap menganggap awak adalah Hardina yang pernah hadir dalam kehidupan
saya dan mengubah takdir hidup saya. Tentu awak lupa yang saya pernah ‘mati’
dahulu,” Hardina terdiam lagi "Dina, please."
"Baiklah
..." Hardina akhirnya bersuara. Rafiqan menarik nafas lega.
“Terima
kasih Dina,"
"Takpe,
itu sahaja kan?"
"Ya.
okey, jumpa lagi, bye…”
"Bye..."
Hardina mematikan panggilan. Dia termenung seketika mengimbas semula kenangan
lampau. Satu persatu kenangan datang menjengah bagaikan dimainkan semula pada
layar pemikirannya.
"UNTUK
awak!" kata Rafiqan menghulurkan sesuatu. Hardina yang masih belum sempat
memulakan langkah tergamam.
"Apa
ni?" Hardina membelek-belek bungkusan yang sebesar kotak kasut itu
berulang kali.
“Sesuatu..."
balas Rafiqan semula masih tersengih. Kebanyakan pelajar sekolah sudah pulang
ke rumah masing-masing. Hanya tinggal dia dan Hardina sahaja.
“Oh ya, Pi,
awak tak balik lagi?'' soal Hardina semula. Baru dia sedar yang Rafiqan masih
setia menantinya di luar bilik mesyuarat. Perjumpaan semua pengawas sekolah
selama sejam tadi. Tidak disangkanya Rafiqan masih setia menunggu.
"Tak,
Pi tunggu Dina..."
"La,
buat apa tunggu? Kan Dina dah cakap yang Dina ada mesyuarat hari ini,"
balas Hardina semula. Dia hampir lupa akan bungkusan yang masih berada dalam
tangannya itu.
"Dina
marah ke? Pi memang nak balik sekali dengan Dina…”
Hardina
tersenyum Ah, biarlah...
"Pi,
apa ni?" soal Hardina semula apabila pandangannya teralih semula pada
bungkusan di tangan.
"Kan Pi
dah cakap tadi,”
"Apa?"
“Sesuatu..."
"Sesuatu
tu apa? Untuk apa?"
"Dina
lupa ke hari ini hari ulang tahun Dina yang ke-15?" soal Rafiqan semula. Hampir
targamam Hardina dibuatnya.
"Mana
Pi tahu ni?" Hardina agak terperanjat dengan kata-kata Rafiqan. Dia
sendiri hampir lupa akan hari terpenting dalam hidupnya hanya kerana asyik
teringat mesyuarat pengawas sebentar tadi. Hardina kemudian beristighfar
panjang. Kemudian dia ketawa sendirian
"Kenapa
gelak pula ni?" Rafiqan kebingungan.
"Entahlah,
Dina sendiri tidak ingat. macam mana pula Pi boleh ingat ni?"
"Makcik
Azimah la. .."
“Oh ya ke?”
"Jangan
buka dulu!" kata Rafiqan apabila terlihatkan tangan Hardina cuba membuka
bungkusan itu.
"La,
habis tu?"
"Buka
la kat rumah..."
Hardina
kembali ke alam nyata. Botol kaca yang berisi pasir pantai dengan pasir yang
berwarna-warni membentuk perkataan 'Hardina' ditatapnya beberapa kali. Itulah
hadiah yang paling bererti buatnya, sehingga ke mana sahaja dia pergi pasti
tidak dilupakan membawanya sekali.
“Rafiqan.....”
Hardina mengeluh sendirian. Dia tahu Rafiqan cuba memenangi hatinya sejak 4
tahun yang lalu. Tapi entah kenapa hatinya sendiri tidak sudi untuk ke sana.
Berbeza dengan Haidir, lelaki yang dikenali sejak tingkatan 4 di sekolah
menengah teknik. Haidir seorang yang periang dan mudah membuatkan Hardina
ketawa. Entah kenapa senang sahaja dia menyambut salam perkenalan dari Haidir,
bahkan semakin lama dia semakin seronok dalam alam percintaan remaja.
Rafiqan
macam mana? Takkan lah dia tiada sesiapa yang singgah di hatinya. Setahunya,
Rafiqan meneruskan pengajian di sekolah asrama penuh di Pahang. Terus tidak
pernah dia cuba menghubungi Rafiqan lagi. Alih-alih mereka ditakdirkan bertemu
semula di tanah bumi negeri Selangor ini.
RAFIQAN
tersenyum puas sebaik sahaja dia memutuskan perbualan dengan Hardina sebentar
tadi. Memang betullah kata orang, tanpa usaha tiada kejayaan. Usahanya berhasil
apabila Hardina kembali sebagai kawan yang pernah ditinggalkan.
Dia merenung
jam di meja. Sudah hampir ke angka 10 malam. Jared hilang entah ke mana. Sejak
kejadian hari itu, hubungan mereka agak renggang. Entah kenapa sikap Jared
begitu sensitif sejak akhir-akhir ini.
Rafiqan
kembali ke arah meja tulisnya. Dia menyiapkan beberapa tugasan yang telah
diberi oleh pensyarah siang tadi. Entah kenapa matanya begitu mengantuk
bagaikan meminta-minta supaya ditidurkan.
Tiba-tiba
pintu dikuak perlahan. Rafiqan berpaling, Jared melangkah masuk tanpa bersuara.
Bau yang
kurang menyenangkan menusuk hidung. Jared minum lagi? Entah macam mana mamat ni
boleh lepas dari pengawal tak tahu la. Dia dapat melihat mata Jared yang agak
kelayuan.
"Jared!
Kau kan dah janji takkan minum! Kenapa kau minum lagi?" Rafiqan mendengus
keras. Jared hanya tersengih, kemudian dia terjelopok ke lantai.
Rafiqan
mengeluh sendirian. Mabuk lagi?
**bersambung….
0 comments:
Post a Comment