"LAMA
kan kita tak bersembang di tepi pantai macam selalu..." Rafiqan memulakan
bicara. Hardina masih berdiri di tepinya. Pandangan Hardina dilemparkan jauh ke tengah laut. Fikirannya masih berkecamuk dengan perasaan resah dan gelisah.
"Kenapa
berdiri sahaja? Duduklah,” tambah Rafiqan lagi. Ada redup di matanya membuatkan
Hardina akur dengan permintaan itu. Betullah kata mereka, kelebihan Rafiqan
bukanlah pada raut wajahnya, tetapi pada matanya yang boleh membuatkan orang
akan tertewas apabila direnung lama.
Mereka
berdua terdiam seketika. Tatkala itu hanya angin yang menjadi muzik
berlatarbelakangkan pukulan ombak menambahkan lagi suasana indah di persisiran
pantai.
"Ada
apa Dina ajak Pi datang sini?" Rafiqan masih tidak berputus asa untuk
membuatkan Hardina membuka mulutnya. Hardina tergamam, dia masih tidak tahu apa
yang perlu dilakukan. Seboleh-bolehnya dia inginkan kepastian perasaan Rafiqan
terhadapnya. Seboleh-bolehnya dia mengharapkan perasaan tidak lebih dan sekadar
kawan.
"Awak
dah habis belajar?” suara Hardina memecah kesunyian yang sekejap cuma. Rafiqan
berpaling ke arah Hardina, kemudian dia tersenyum. Hardina dapat merasakan
betapa bodohnya soalan yang terpacul dari mulutnya itu. Dia terus memandang ke
hadapan, seboleh-bolehnya tidak mcrenung pasang mata yang menjadi milik lelak
itu.
"Tentulah
tak habis lagi. Dina ni, macam tak tahu pula,” balas Rafiqan. Hardina cuma
tersenyum, namun jelas senyumannya berbaur pura-pura.
"Dina,
cuba tengok saya sekejap." tiba-tiba Hardina menjadi resah apabila diminta
memandang ke arah lelaki itu.
"Kenapa?"
soal Hardina. Dia hanya menjeling sahaja.
"Pi hairan, selalunya Dina tak suka kita
bcrdua-duaan macam ni kalau keluar pun mesti Shahran ikut sekali, tapi kenapa
hari ini dia takde?” soal Rafiqan tiba-tiba. Barulah Hardina sedar kini hanya
dirinya dan Rafiqan sahaja. Lazimnya dialah yang selalu menegaskan batas-batas
pergaulan antara lelaki dengan perempuan yang tidak boleh berdua-duaan, tidak
boleh terlalu rapat dan Hardina sendiri tidak pernah menanggalkan tudungnya
selagi dia bersama dengan mana-mana lelaki bukan muhrimnya.
"Oh,
Shah tengah tolong ibu, sebab tu dia tak dapat ikut..." balas Hardina.
Padahal Shahran sendiri tak tahu pertemuan antara dia dan Rafiqan.
Rafiqan
terdiam seketika. Dia terus memandang jauh ke arah ombak yang tidak jemu-jemu
memukul pantai.
"Dina,
lepas habis peperiksaan nanti, awak nak ambil jurusan apa?” soal Rafiqan
membuatkan ketegangan tadi berkurangan.
Hardina
termenung seketika sambil matanya menjeling-jcling ke arah Rafiqan. Lelaki itu
kelihatan berminat untuk mengetahui jawapan darinya.
"Saya
minat dalam bidang kejuruteraan...” kata Hardina perlahan.
"Baguslah,
kebetulan Pi pun sama. Apa kata kita masuk ke universiti nanti sama-sama, nak
tak?" soal Rafiqan pula. Hardina ternganga luas. Jauhnya angan-angan dia
berlayar.
“Insya-Allah...”
iyakan sahaja.
"Janji
ya, kita sama-sama ambil bidang ni tau," kata Rafiqan bersungguh-sungguh.
Hardina mengangguk perlahan. Hardina bertambah resah. Dia semakin yakin yang
lelaki itu betul-betul seperti yang dikatakan oleh rakan-rakannya yang lain.
"Pi,
kalau awak nak sambung tingkatan empat nanti, awak nak terus sambung kat sini
ke?” soal Hardina pula. Rafiqan terdiam sejcnak, sambil jarinya mengctuk-ngetuk
dahinya tanda berfikir.
"Boleh
juga, di sckolah kita kan ada menawar kursus kejuruteraan,” balas Rafiqan
semula. Hardina hanya menganggukkan kepala
"Jadi,
kalau sekolah kita pun dah ada tak payahlah susah-susah nak pindah mana-mana
sekolah lain,” tambah Rafiqan Iagi.
“Awak bersungguh-sungguh
ke ni?"
"Memanglah
bersungguh-sungguh kan sebab ada Dina la. Kenapa? Tak percaya?”
"Awak
terlalu banyak berfikirlah!"
"Fikir
apa pula ni?''
"Ah,
lupakan sahaja…”
Rafiqan
terdiam seketika. Dia dapat menghidu ada sesuatu yang dengan sikap Hardina pada
hari itu.
"Dina,
awak berubah la, kenapa? Ada Pi silap cakap ke?" soal Rafiqan pula.
Hardina
tersentak, tidak disangkanya Rafiqan dapat mengesan pembahan sikapnya pada hari
itu.
"Saya
tak berubah, awak tu yang dah berubah!" balas Hardina pula.
“Memanglah
Pi dah berubah, dari buruk kepada yang lebih baik. Bukankah ini yang Dina
mahukan? Awak yang banyak mengajar saya semua ini.." balas Rafiqan pula.
Hardina
bingkas bangun dari duduknya. Kemudian dia terpaling ke arah Rafiqan.
"Kenapa
hanya saya yang menjadi kawan awak? Kenapa awak takde kawan perempuan lain?"
Hardina bersuara lantang. Rafiqan agak terkejut dengan nada yang Hardina
lontarkan.
"Kenapa
Dina tanya macam tu? Salahkah jika memang sikap Pi memang macam tu? Awak kan
tahu semua kisah silam saya? Dina, kenapa ni?" soal Rafiqan pula.
"Awak
anggap saya ni apa?" tambah Hardina lagi. Kali ini wajah Rafiqan
benar-benar berubah. Dia sendiri tidak faham apa yang Hardina maksudkan.
“Tentulah seorang
kawan yang terbaik...”
"Kawan
biasa atau lebih dari kawan?"
Lama diamnya.
Rafiqan merenung jauh ke dalam mata Hardina. Entah angin apa yang mengganggu
fikiran Hardina kali ini.
“Kenapa
diam? Jawab lah!” sekali lagi Hardina menekankan suaranya.
“Lebih…..dari
…… kawan…” tergagap-gagap juga Rafiqan dibuatnya. Dia ternyata gugup mendengar
setiap perkataan yang terkeluar dari mulut Hardina.
“Pi, cukup!!
Saya tak mahu awak terus melayan perasaan awak tu, saya takut awak akan
tersinggung suatu hari nanti. Saya tak tahu bagaimana saya harus katakan, tapi
apa yang awak perlu tahu, saya takde perasaan pun terhadap awak,” balas Hardina
dengan suara yang agak keras. Rafiqan tergamam dengan kata-kata Hardina. Lantas
dia bangun menghampiri Hardina.
“Dina, Dina
sedar tak apa yang Dina cakap ni?"
"Cukup!
Jangan nak ber-Dina-Dina lagi. Awak pun jangan nak bahasakan diri awak dengan
nama lagi. Sebab panggilan inilah awak rasa istimewa kan? Tolonglah Rafiqan,
jangan berharap pada saya lagi…”
“Dina, apa
silap Pi?”
“Salah awak
menaruh perasaan pada saya!”
Rafiqan
tersentak. Bagaimana Hardina boleh tahu perasaannya? Dia tunduk dengan perasaan
malu..
"Baguslah
kaiau Dina sudah tahu. Selama ini saya berkira-kira cara terbaik untuk memberi
tahu...”
"Cukup Pi,cukup..."
"Dina,
menyimpan perasaan bukan satu kesalahan..”
“Tapi kita masih
muda…”
"Dina,
saya boleh tunggu…” Rafiqan cuba menghampiri Hardina.
"Jangan
datang sini! Stay! Dengar apa yang ingin saya perkatakan. Memang selama kita
rapat, dan sering bersama hanya kerana atas suatu garis perkenalan. Awak jangan
jadikan perkenalan antara kita ini sebagai satu alasan untuk kita pergi sejauh
itu!" bentak Hardina lagi. Rafiqan tergamam seketika. Sukar untuknya
mencari penjelasan yang terbaik.
"Dina,
tolonglah, jangan kita kusutkan lagi keadaan. Pi tak nak kehilangan seorang
sahabat yang telah Pi dapat di sini. Baik, Pi akan ikut apa sahaja yang Dina
mahukan…" kata Rafiqan dengan suara yang agak mendatar.
Hardina
mengangkat muka memandang terus ke arah wajah Rafiqan. Bagai tidak percaya
dengan apa yang didengarinya.
"Memang
saya sayangkan persahabatan kita, tapi tak bolehkah awak jangan terlalu
membelai perasaan awak tu?" soal Hardina.
“Baik Dina,
saya akan usahakan. Cukuplah sekadar Dina tahu yang Pi sayangkan persahabatan
ini… "
Mereka
berdua terdiam seketika. Tidak disangkakan pertemuan pada hari itu benar-benar
mengubah suasana. Suasana yang jarang dilalui oleh mereka berdua.
PEPERIKSAAN
PMR hampir ke penghujung. Sejak kejadian pada hari itu, hubungan Hardina dan
Rafiqan menjadi dingin. Sungguh pun mereka sering datang dan pulang bersama,
tiada lagi gelak ketawa dan gurau senda seperti dahulu. Semuanya gara-gara
mereka masing-masing bermain dengan perasaan.
Timbul
perasaan menyesal di sanubari Rafiqan apabila mengenangkan dia telah melakukan kesilapan kerana meluahkan
perasaan terlalu awal. Hardina mungkin bukan jenis perempuan moden yang boleh
terima semua ini dengan mendadak. Cuma keadaan agak tergesa-gesa.
Kesenyapan
dan diamnya mereka berdua terus berlarutan sehingga cuti sekolah bermula.
Rafiqan mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur manakala Hardina terus
menetap di kampung membantu ibunya membungkus nasi lemak.
"Sunyi
rasanya apabila Pi takde kan?” rungut Azimah suatu hari. Hardina ketika itu
sedang membersihkan daun pisang untuk dijadikan alas dalam bungkusan nasi lemak.
"Kenapa
pula ibu cakap macam tu?" soal Hardina pula. Inilah kali pertama dia
berahsia dengan ibunya. Tentang perasaan Rafiqan tidak pernah diceritakan
kepada ibunya.
"Yelah,
selalunya dia akan datang sekali membantu kita membungkus. Tapi kali ni hanya
kita berdua sahaja. Rasa macam ada yang kurang," tambah Azimah lagi.
“Ala ibu,
Rafiqan pun ada keluarga juga. Tentulah dia rindukan ibu dan ayahnya. Sebab
itulah dia pulang ke Kuala Lumpur. Ibu, Shahran mana?" soal Hardina, niatnya
untuk mengalihkan perbualan dari terus bercakap fasal Rafiqan.
"Sharan
ke rumah kawan dia. Itulah, si Shahran pun macam sunyi je bila Pi takde. Dia
lebih banyak termenung,” balas Azimah lagi. Hardina menggaru-garukan kepala yang
tidak gatal. Nampaknya ibunya masih berminat untuk menjadikan Rafiqan sebagai
subjek perbualan mereka.
"Ibu,
kenapa ibu ni? Kan Dina dan Shahran ada. Yang ibu sedih lebih-lebih ni kenapa?”
tambah Hardina pula.
"Dina,
Rafiqan tu unik orangnya. Bukan setakat lemah lembut, tapi dia pandai ambil
hati orang tua..”
"Ye lah
tu bu....." Hardina bingkas bangun meninggalkan ibunya. Dibiarkan Azimah
melayan perasaan sendiri.
SUDAH hampir
2 hari keputusan PMR diumumkan. Hardina merasa bertuah kerana menjadi salah
seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Begitu juga dengan keputusan
Rafiqan. Namun sehingga ke hari ini, bayang Rafiqan masih belum kelihatan di
Kampung Baru Seberang Takir.
“Mungkin
Rafiqan tak tahu yang keputusan telah diumumkan kelmarin kot..." kata
Hardina berteka-teki apabila soalan itu diajui oleh Azimah. Kadang-kadang dia
sendiri hairan melihat ibunya yang lebih-lebih merindui lelaki itu. 'Takkan lah
tak tahu.." tambah Azimah lagi.
"Tak datang
hari ni, mungkin esok dia balik la sini…” pujuk Hardina yang selebihnya memujuk
diri sendiri.
"Tak tanya Tuk Chik bila Rafiqan nak balik?”
“Tak bu,”
Deruman enjin
teksi yang singgah di rumah Tuk Chik mematikan lamunan Hardina. Bergegas dia
menuju ke arah jendela yang bersetentangan dengan rumah Tuk Chik. Benarlah
seperti apa yang difikirkan. Rafiqan datang bersama-sama ayah dan ibunya.
"Ibu...
Rafiqan dah balik!" Hardina meluru ke arah Azimah bagai orang sasau. Dia
sendiri tidak dapat menyembunyikan perasaan rindunya terhadap lelaki itu. Sebaik
sahaja mengambil slip, keputusan di sekolah, Rafiqan terus bergegas ke rumah
Tuk Chiknya itu. Hasratnya adalah untuk bertemu dengan satu wajah yang selama
ini bermain di fikirannya.
"Hai,"
Rafiqan memulakan bicara. Hardina hanya tertunduk malu.
"Tahniah..."
kata Hardina.
“Awak juga. Tak
sangka awak jadi pelajar cemerlang..”
"Ala rezeki
masing-masing.”
"Betul
juga kata awak tu...”
Mereka
terdiam lagi. Entah kenapa suasana petang hari itu begitu asing, tidak seperti
hari-hari yang pernah mereka lalui.
"Pi,
esok kita turun ke pantai nak?" soal Hardina. Wajah Rafiqan berubah
tiba-tiba.
“Esok?”
"Ya,
esok. Kenapa?"
"Sebenarnya
saya akan balik KL malam ni..." kata Rafiqan membuatkan wajah Hardina
turut berubah.
"Malam
ni? Kenapa awal sangat? Tak boleh ke awak tangguh?" suara Hardina agak
mendatar apabila soalan itu diajukan.
"Tak
boleh Dina, saya dan keluarga datang dengan flight. Tiket pun . sudah ditempah.
Malam ni saya kena balik sebab ayah ada outstation
esok...”
"Perlukah
awak balik sekali?"
"Perlu
Dina, saya ada hal kena selesaikan. Tak perlulah saya nyatakan
sebabnya..." kali ini Hardina hanya mengeluh panjang. Dia mengeluarkan
sesuatu dari begnya lalu dihulurkan kepada Rafiqan.
"Oh ya
ini borang permohonan masuk ke sekolah menengah teknik. Saya belikan satu untuk
awak. Ambillah..." sampul surat itu bertukar tangan.
“Terima
kasih Dina, betul awak nak ke sekolah, teknik?" soal Rafiqan semula.
"Betullah…”
Hardina menganggukkan kepala.
"Bukan
apa, dengan keputusan awak ni awak terlebih layak untuk ke sekolah berasrama penuh…”
"Takpelah,
Dina tak minat...”
Rafiqan
menganggukkan kepala. Dia masih merenung jauh ke dalam anak mata Hardina. Apabila
terasa dirinya diperhatikan, terus Hardina menundukkan kepala.
“Dina, kalaulah
ini pertemuan kita yang terakhir, Pi nak Dina tahu yang Pi sayangkan
persahabatan kita, dan janganlah disebabkan perasaan Pi tempoh hari menjadi punca
hubungan kita semakin jauh"
"Dina
tahu.. “ Dina dah boleh terima Pi!!! Tapi itu hanya lahir dari dalam hati dan
sanubarinya sahaja.
"Janji
kita terus kawan..?” balas Rafiqan. Hardina merenung sedalam-dalamnya wajah
lelaki itu. Sukar untuk dia nyatakan perasaannya kali ini. Dia yakin perasaannya
pada Rafiqan itu sudah ada, tapi dia tidak yakin apabila Rafiqan sudah
menyatakan situasi hubungan mereka. ‘Terus kawan’ ??
“Janji....”
balas Hardina perlahan.
Hari terus
merangkak senja menyaksikan dua hati kini cuba mcnyelami perasaan
masing-masing. Hardina masih merasa kaku dengan situasi seperti ini. Mungkin
kerana rindu yang mencengkam menjadikan mereka sejanggal ini.
Malam itu
Rafiqan terus pergi tanpa sebarang kata-kata. Hardina hanya mampu untuk
menggamit perasaah rindu. Apatah lagi dia mendapat tahu yang Rafiqan tidak akan
meneruskan persekolahan di kampung lagi. Rafiqan akan meneruskan pengajiannya
di sekolah berasrama penuh.
0 comments:
Post a Comment