“HAI!” sapa
Rafiqan pada suatu pagi. Hardina kelihatan agak terperanjat dengan sapaan itu.
Matanya melilau mencari-cari satu nama.
“Cari Haidir
ke? Dia ada kat parking lagi. Macam mana? Dah bersedia ke ujian hari ni?"
soal Rafiqan lagi.
"Bolehlah,
awak nampak macam biasa aja?" soal Hardina pula.
“Luar je
nampak macam selamba. Dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tak tahulah apa
yang saya baca semalam. Tak yakin sangat saya boleh atau tidak jawab soalan
hari ni..."
“Ala, awak
kan pandai!"
“Mana ada!
Biasa je...."
“Takpe, ini
baru ujian selaras, bukan final exam lagi…”
balas Hardina. Rafiqan hanya mengangguk laju.
Mereka
terdiam seketika. Semakin ramai yang mula berkumpul di luar dewan kuliah. Masih
ada setengah jam lagi untuk ujian bermula.
“Dina, Pi
tanya sikit boleh?” soaJ Rafiqan tiba-tiba.
“Apa?”
“Dulu lepas
habis PMR, Dina sambung belajar kat mana?"
Hardina
terdiam. Dia tidak terus menjawab.
“Erm...
Sekolah teknik la. Pi?"
“Pi tak
pergi pun ke sekolah teknik..."
"Kenapa?
Tak dapat? Mustahil .."
“Bukan tak
dapat, tapi tak mohon pun ..."
“Oh, habis
tu Pi pergi mana?"
"Pi
pergi sekolah berasrama...."
“Penuh?”
“Apa?"
"Asrama
penuh ke?"
Angguk.
"Oh,
macam tu. Kira budak pandai la ni?"
"Takdelah,
kan Dina ada cakap hari tu, rezeki masing-masing..."
"Kat
mana?”
Belum sempat
Rafiqan menjawab, tiba-tiba matanya tertangkap pada satu susuk tubuh yang
begitu dikenalinya.
"Haidir…."
kata Rafiqan sambil ekor matanya menunjukkan kea rah Haidir. Haidir
menghampirinya yang sedang bersama-sama Hardina. Sejak akhir-akhir ini Haidir
memang semakin rapat dengan Rafiqan.
"Hai
Rafiqan, buat apa kat sini?" soal Haidir Hardina hanya terdiam.
"Saja,
sembang-sembang dengan Dina..."
"Sembang
aje tau!"
"Ye lah!!"
balas Rafiqan semula.
Mereka
terdiam lagi. Rafiqan tidak dapat bercakap banyak dengan Hardina apabila Haidir
ada di situ. Dia meninjau sekeliling, kemudian dia terpandang ke arah Jared
yang sedang merenung ke arahnya.
“Jared…”
Rafiqan berbisik sendirian. Pandangan mata mereka bertemu. Sejak kejadian hari
itu dia dan Jared seolah-olah orang asing. Mereka hanya bertemu apabila berada
di fakulti. Jared hanya balik ke bilik apabila Rafiqan sudah lena. Semakin
jarang di melekat di bilik.
Pengumuman
bermulanya ujian mematikan lamunan Rafiqan. Kemudian semua perhatian pelajar
tertumpu pada kertas ujian yang baru bermula.
Baru 15
minit pertama berlalu, Rafiqan mengeluh sendirian. Fikirannya saat ini kosong,
satu soalan pun tidak mampu diselesaikan. Rafiqan berterusan mencuba memerah
otak untuk menjawab soalan itu, namun dia menjadi buntu. Dia memandang ke kiri
dan ke kanan. Kelihatan semua rakan sekuliah dengannya asyik menjawab soalan
yang disediakan. Entah ujian apa kali ini Rafiqan menjadi seorang pengalah. Dia
tidak setabah selalu. Fikirannya menjadi kosong. Akhirnya dia mengambil satu
keputusan yang agak drastik iaitu keluar dari dewan walaupun masa ujian masih
bersisa 1 jam lagi. Semua mata memandang ke arahnya apabila dia melangkah
keluar. Tidak kurang juga ada di kalangan mereka yang berbisik sesame sendiri.
Rafiqan nekad. Apa nak jadi, jadi lah…
PINTU bilik
dikuak dengan perlahan. Wajah yang pertama dilihatnya ialah Jared. Mestilah,
kerana Jared kan rakan sebilik. Tapi dia memandang ke arah jam. Baru jam 2
petang. Selalunya Jared tidak akan balik seawal itu ke bilik. Jared akan balik
ke bilik selepas tengah malam sewaktu Rafiqan sudah melayari mimpi.
Rafiqan
meletakkan beg yang digalasnya ke atas meja. Kemudian dia menghempaskan
badannya ke atas katil. Fikirannya kusut sekarang. Sahih dia tidak akan lulus
untuk ujian pagi tadi. Fikirannya masih kusut, tambahan lagi sampai ke hari ini
dia dan Jared tidak bertegur sapa.
"Pi,
kau dari mana?” sapa Jared. Rafiqan mengerutkan dahinya. Betul ke mamat ni
tegur aku? Selama ini mereka berdua seolah-olah berada di dunia yang berasingan.
Rafiqan
berpaling
"Kau
dah tak marahkan aku?" soal Rafiqan. Jared hanya tersengih sambil
menggelengkan kepala.
"Hanya
orang gila sahaja yang berperasaan marah dekat kau..." kata Jared
membuatkan Rafiqan kebingungan.
"Apa
maksud kau?"
"Lupakan
ajelah. Kau tak jawab pun soalan aku, kau dari mana?" tambah Jared lagi.
Rafiqan tidak menjawab, dia hanya melepaskan keluhan yang panjang.
“Fakulti….”
balas Rafiqan pendek.
“Kau jangan
nak tipu aku, hari ni kan ujian. Kita sekelas, aku dan kau ada ujian….” balas
Jared sambil menunjukkan jari ke arah Rafiqan dan dirinya sendiri.
“Dah tu,
kalau kau dah tahu, kenapa masih nak bertanya?” Rafiqan membalas. Entah kenapa
hatinya terasa sakit dan jawapan yang diberikannya pun seolah-olah mahu
membidas pertanyaan dari Jared. Jared agak tersentak dengan jawapan dari
Rafiqan. Dia dapat merasa perubahan sikap dari Rafiqan. Dia kenal Rafiqan tidak
seperti itu. Jared masih cuba untuk menuturkan kata-kata dengan penuh sopan.
"Pi,
aku tahu kau tak dapat jawab ujian tadi kan? Aku nampak kau keluar dari dewan
sebelum masa tamat..." kata Jared lagi. Rafiqan tidak terperanjat dengan
kata-kata Jared itu tadi. Sememangnya sesiapa pun akan nampak dia keluar dari
dewan pagi tadi.
“Jadi?” soal
Rafiqan pula.
"Jadi,
kenapa?" soalan Rafiqan dibalas dengan soalan.
"Kenapa
apa? Kenapa aku keluar? Takkan itu pun kau tak tahu? Aku dah siap sebelum masa
tamat. Jadi aku keluar la..." kata Rafiqan semula. Dia cuba menyakinkan
Jared dengan kata-katanya itu. Dia
memusingkan badannya mengadap dinding membelakangi Jared. Dia tahu dia menipu,
tapi mata tidak akan menipu. Jadi dia cuba untuk tidak membiarkan matanya
bertentang dengan mata Jared.
Jared hanya
menggelengkan kepala. Dia tahu Rafiqan sedang berbohong.
"Kau
fikir aku akan percaya dengan kata-kata kau? Mana ada orang dapat jawab semua
soalan dalam masa kurang dari setengah jam? Kenapa kau berpura-pura? Kenapa
susah sangat untuk kau bercerita dengan aku? Kenapa?" soal Jared semula.
Rafiqan masih berdiam diri.
"Jared…”
akhirnya Rafiqan memusingkan badannya. Dia bangun lalu duduk di hujung katil
bertentangan dengan Jared yang sedang duduk di katilnya sendiri.
“Cakaplah,
kau bukan jenis yang pandai menipu.”
“Apa boleh
aku buat? Fikiran aku kosong. Satu benda pun aku tak mampu nak jawab tadi. Aku
tak tahu apa yang telah aku belajar selama ni...?” kata Rafiqan akhimya
berterus terang.
"Betul kau tak dapat jawab?" soal
Jared semula.
"Satu
pun tak dapat..."
Jared hanya
termenung. Jarang sekali dia tersua dengan orang yang tak dapat jawab langsung
apa-apa ujian.
"Pi, I think that you are hiding something from
me. What is that? " soal Jared tiba-tiba.
"Sorokkan
apa pula ni? Aku mana ada rahsiakan sesuatu dari kau..."
"Rafiqan,
mustahil untuk kau tidak dapat jawab langsung ujian hari ini. Kebarangkalian
untuk kau mendapat markah kosong adalah rendah..."
"Aku
tak kata yang aku dapat markah kosong, tapi aku macam tak tahu apa yang aku
jawab, aku tertekan..."
"Pi,
apa kata kalau kau beritahu pada aku apa masalah kau, sebab aku rasa fikiran
kau terganggu sekarang. Aku pun salah satu daripada masalah kau kan? Cuma aku
akan cuba untuk tidak menyusahkan kau lagi..."
Lama wajah
Jared ditenungnya. Entah apa pula yang bermain di fikiran mamat ni.
"Jared,
kau mabuk ke?" soal Rafiqan inginkan kepastian.
"Kau
perli aku ke? Aku serius la. Cakaplah apa masalah kau?”
"Erm,
Jared, nanti aku ceritakan. Tetapi sebelum itu boleh aku tahu kenapa kau kata
'hanya orang yang gila sahaja akan marah kat aku' tadi?" soal Rafiqan
tiba-tiba.
Jared sedar
yang Rafiqan cuba untuk mengalih topik perbualan. Namun dia cuba untuk melayan
karenahnya itu.
“Beberapa
hari ni kita semakin jauh….” Kata Jared.
“Aku tahu,
kau marahkan aku kan?”
“Memang aku
marah kau. Aku nak sakitkan hati kau, so aku
pergi minum. Aku sengaja mabuk sebab aku nak buat kau sakit hati. Aku nak buat
kau bengang, aku tunggu kau marah atau berleter kat aku…”
Rafiqan
membeliakkan mata. “Kau tahu aku tak berani buat macam tu…”
“Buat macam
mana?”
“Marah atau
berleter kat kau lah!”
“Kenapa?”
“Gila!
Dengan kau keadaan mabuk, aku tegur sikit kau dah balas macam-macam. Aku tahu
orang mabuk tak boleh kawal pemikirannya. Silap hari bulan aku kena pukul
dengan kau…”
“Kau takut
dengan aku eh?”
“Sekarang
tak lah… Tapi kalau kau mabuk, dengan saiz badan kau yang macam ahli bina badan
ni, tidak mustahil aku penyek kena hempap dengan kau…”
Jared
melihat badannya sendiri. Kemudian dia mengalihkan pandangannya pada Rafiqan.
Memang besar perbezaan saiz dia dengan Rafiqan.
“Jadi, apa
yang kau marah sangat dengan aku?”
"Pi,
aku tak sepatutnya marah kepada orang yang selama ini tidak pernah menyimpan
perasaan sakit hati pada aku. Ya aku pernah marah kat kau sebab pinggirkan aku
hari itu, kemudian aku pulang dalam keadaan yang tak sepatutnya. Kadang-kadang
aku pengsan, kadang-kadang aku merapu, tetapi kau tak pernah merungut.
Sampailah ada satu malam kali terakhir aku mabuk, aku pulang sambil merapu dan
marah-marah kat engkau. Aku pengsan lagi, tapi kau tetap menguruskan aku,
malahan aku terdengar kau berbisik supaya Tuhan menganugerahkan kepada kau
dengan seribu kesabaran kerana terpaksa menghadapi aku. Kau tak pernah merungut,
malah kau berdoa supaya aku sedar. Aku hairan didikan apa yang telah kau terima
sehinggakan aku yang bukan saudara kau apatah lagi saudara seagama, aku dilayan
sebegitu rupa. Aku kagum dengan kesabaran kau ..." Jared meluahkan
segaJa-gala yang terbuku di hatinya selama ini. Sudah berkali-kali dicubanya
untuk bersuara, namun dirasakan dia tiada hak untuk bertanyakannya.
Rafiqan
terpegun apabila mendegar kata-kata yang lahir dari mulut Jared itu. Memang
selama ini dia terpaksa menghadapi semua itu. Tetapi semua itu bukanlah menjadi
ukuran antara seagama atau tidak.
"Jared,
sungguhpun kita bukan saudara darah, namun semua manusia adalah bersaudara. Dan
perkara itu tidak pernah terlintas di fikiran aku untuk merasa sakit hati,
kerana itu hak engkau dan aku harus faham dengan budaya kau. Maksud aku I don't deserve untuk aku halang kau
sebab itu memang kehidupan kau yang terpaksa aku masukkan ke dalam hidup aku.
Cuma tugas aku ialah tidak terpengaruh, itu sahaja. Dan itu yang terbaik aku
mampu buat...” kata Rafiqan pula.
“Kalau kira
kau berhak untuk minta tukar bilik, kenapa kau tak pernah buat?”
“Aku mahukan
cabaran dan pengalaman. Berkawan dengan kau, lalui apa yang terpaksa aku lalui,
bukan semua orang boleh hadapi. Aku dulu bukanlah seorang yang penyabar, tapi
bila aku kenal kau, pengalaman yang aku belajar bukan semua orang boleh lalui…”
“Kau anggap
aku kawan lagi ke?”
“Abis tu?
Kau nak tukar status kepada kekasih ke? Tak nak lah aku, sekarang jugak aku
tukar bilik….”
Mereka
berdua tergelak. Jared tahu Rafiqan hanya berseloroh. Senang hatinya melihat
Rafiqan kembali bergelak ketawa.
"Rafiqan,
sebenarnya aku ingin membuat satu perjanjian dengan kau, boleh?" kata
Jared pula.
"Perjanjian
apa?"
"Pasal
subjek untuk ujian hari ini aku akan tolong kau, tapi dengan syarat..”
"Betul
kau nak tolong aku?”
"Betullah,
tapi ada syarat..."
"Apa
syaratnya?" soal Rafiqan lagi. Jared tidak terus menjawab, tetapi dia
hanya menjawab dengan perlahan-lahan.
"Jadikan
aku.........berbinkan Abdullah…"
"Apa?"
kali ini Rafiqan tergamam. Permintaan dari Jared amat tidak disangka-sangkakan.
Betulkah apa yang dia dengar atau Jared sekadar beromong kosong?
"Nak
aku ulang?" soal Jared semula.
"Kau
serius ke ni? Is that okay, I mean
bagaimana tiba-tiba kau terfikir semua ini?"
"Perlukah
aku beritahu apa yang tertarik tentang Islam? Okey, apa yang pasti, aku nampak
keindahan Islam itu sejak aku mengenali kau. Kau punya attitude menyakinkan aku bahawa Islam itu adalah agama yang benar.
Untuk pengetahuan kau, selama ini aku memang mengkaji semua agama di dunia ini since you know that I have no religion.
Sekarang aku dah nampak. Boleh kau janji dengan aku?" soal Jared semula.
Rafiqan
seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru dilafazkan oleh Jared.
Permintaannya itu bukanlah susah sangat, cuma ianya memerlukan kesungguhan dan
keikhlasan hati sahaja.
"Famili
kau macam mana?” soal Rafiqan semula.
"La,
itu bukan masalah pun. Untuk pengetahuan kau, parents aku tiada agama, kakak aku Kristian, abang aku penganut
Buddha. Jadi tiada alasan untuk aku tidak boleh pilih jalan aku
sendiri..." kata Jared semula.
“Tapi kau
kena tinggalkan semua ni..." tambah Rafiqan pula.
“Tinggalkan
apa?" soal Jared semula.
"Arak,
subang dan rantai yang kau pakai ni..."
"Oh,
itu sudah semestinya. Sebab tu aku perlukan kau. Kau boleh tolong aku kan?”
"Insya-Allah,
aku akan tolong. Sebenarnya apa yang kau nampak pada aku?"
"Seperti
yang aku cakap tadi. Kadang-kadang selepas Subuh bila aku mendengar kau mengaji
Al-Quran, hati aku jadi sayu dan tersentuh. Aku tak tahu apa maknanya, tapi aku
rasa Islam mampu membuat hati kita tenang. Hari itu bila aku tanya kenapa kau
tiba-tiba mengaji Al-Quran, kau cakap hati kau tak tenteram. Bila orang seperti
aku pun menjadi tenteram apabila terdengar kau mengaji, apatah lagi kau kan?
Sebab itulah aku betul-betul berharap pada kau..."
"Insya-Allah…..”
Rafiqan
terdiam seketika. Kemudian dia menambah “Sebelum itu nama Jared tak sesuai
kalau kau masuk Islam…"
"Jangan
risau, aku dah pilih satu nama ..."
"Apa dia?"
"Sebenarnya
aku sukakan nama kau sebab ia membawa maksud persahabatan, tapi aku rasa aku
tak boleh menjadi satu lagi 'Rafiqan'. Memandangkan aku ni pandai dan
bijaksana, jadi aku pilih nama Haqimie yang membawa maksud kebijaksanaanku.
Pandai tak aku?”
"Pandai
sangat!!!"
Mereka
tergelak.
Keesokannya
Rafiqan dan Jared membuat keputusan untuk mendapat nasihat dari pegawai di
Pejabat Agama Islam. Selepas itu Jared diisytiharkan Islam dengan nama Islamnya
Muhammad Haqimie Abdullah.
Telefonnya
yang berdering berkali-kali mengejutkan Rafiqan dari tidur siang. Dia
menggosokkan mata beberapa kali sebelum menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum..."
Rafiqan memberi salam.
"Wa'alaikumsalam.." terdengar satu
suara yang begitu halus di hujung telefon.
"Siapa ni?"
soal Rafiqan semula.
"Boleh
saya bercakap dengan Rafiqan?” soal suara itu semula.
"Rafiqan
bercakap, siapa ni?" soal Rafiqan semula.
"Pi, ni Dina,"
Dina! Segera
Rafiqan membetulkan duduknya. "Dina! Ada apa yang boleh saya tolong?"
soal Rafiqan pula. Jarang sekali Hardina akan menelefonnya, pasti ada sesuatu
yang diperlukannya kali ini. Kalau tidak masakan Hardina bersusah payah
menelefonnya.
"Pi,
buat apa hari ini?" soal Hardina semula. Baru Rafiqan tersedar yang hari
itu merupakan hari minggu.
"Tak
buat apa pun..."
"Saya
pun, tak tahu nak buat apa, sebab tu lah saya telefon awak ni..."
"Haidir
mana?" soal Rafiqan semula.
"Haidir
kat rumah, kenapa?"
"Dia
tak ajak Dina keluar ke?" soal Rafiqan semula.
"Tak,
kami sebenarnya bukan selalu keluar pun..."
Rafiqan
termenung seketika. Kemudian dia bersuara.
"Dina,
boleh saya jumpa awak?"
Kali ini Hardina
pula yang terdiam.
“Dina,
kenapa diam je?" tambah Rafiqan lagi.
"Jumpa? Nak jumpa bila?" soal
Hardina semula.
"Tadi Dina cakap tak tahu nak buat apa
kan? Apa kata kita jumpa sekarang?" soal Rafiqan semula.
"Sekarang?"
"Kenapa?
Haidir marah ke?"
"Tak,
tapi kat mana?” soal Hardina lagi
"Mana-manalah,
fakulti ke, PTAR ke..."
“Baik, kalau
macam tu jumpa di cafeteria fakulti ajelah..."
"Okey….”
panggilan diputuskan.
Hati Rafiqan
kali ini berbunga riang. Entah kenapa hatinya turut menyanyi-nyanyi apabila
buat kali pertamanya dia akan bersua dengan seseorang yang pernah membawa
kenangan bersama-sama di zaman remajanya. Bukan tidak pernah bersua di kelas,
tapi kali ini perjumpaan yang lebih santai.
"Dah
lama sampai?" soal Rafiqan apabila Hardina menyambutnya dengan sekuntum
senyuman.
"Takdelah
lama sangat..."
Rafiqan
menelan liurnya seketika. Bagai mimpi dia bertemu semula dengan gadis yang masih
terserlah ayunya. Hardina sedikit berubah penampilannya pada hari itu. Dia mengenakan
baju yang agak longgar dan tudung yang menutup keseluruhan dadanya.
"Dina
ke ni?" soal Rafiqan semula.
"Ya la,
habis Pi ingat siapa?" soal Hardina pula. Dia tahu Rafiqan sengaja
mengusiknya. Kemudian matanya dialihkan dari terus merenung pasang mata
kepunyaan Rafiqan. Memang dia akui, kehebatan lelaki itu ada pada matanya.
"Ingat
gadis manis mana la tadi?"
"Iyelah
tu..."
Banyak
perkara yang mereka bualkan, dari kenangan zaman kanak-kanak sehinggalah zaman
saat mereka hadapi perpisahan dahulu. Hardina sendiri tidak menyangka yang
Rafiqan masih belum banyak berubah, dia masih seperti dulu. Cuma Hardina sahaja
yang merasakan dirinya semakin berubah dengan arus perubahan zaman.
"SATU
fakulti heboh yang budak non-muslim tu masuk Islam.” kata Azah suatu hari pada
Hardina. Sewaktu itu mereka sama-sama menikmati hidangan tengah hari.
“A'ah, aku
pun tak kenal apa nama dia sebelum ni, alih-alih dah masuk Islam..." balas
Hardina pula.
"Dengar
cerita, mamat tu rakan sebilik Rafiqan, dan dengar cerita juga, Rafiqan yang
bertanggungjawab mengislamkan dia. Tak sangka si Rafiqan tu dalam diam dia berilmu
mengislamkan orang,” kata Azah pula membuatkan Hardina sedikit ternganga.
Memang tak sangka, sebab orang itu pernah menjadi budak paling samseng suatu
masa dahulu.
"Betul
ke?" soal Hardina semula bagaikan tidak percaya. Sedikit sebanyak perasaan
kagum itu hadir di mindanya…
“Betul
la..."
Mereka
terdiam seketika.
"Dina,
hari pembentangan hampir tiba, kau dah siapkan bahagian kau? Haidir ada pesan
supaya aku teliti sekali lagi sebelum pembentangan," balas Azah lagi.
Hardina hanya mengangguk. Rasa lega sedikit apabila mereka hanya perlu menunggu
hari sahaja kerana banyak perkara telah siap.
"Haidir
tak cakap apa pun..” kata Hardina.
"Tak tahulah aku, oh ya, menyentuh pasal
Haidir ni, aku nak tanya, kau jangan marah pula. Kau ada masalah ke dengan dia?”
soal Azah membuatkan Hardina semakin terkejut.
"Kenapa
kau cakap macam tu? Aku rasa kami okay je.."
"Aku tanya je. Takpelah kalau masih okay..”
“Ada apa ni?
Baik kau beritahu aku kenapa kau cakap macam tu..."
Azah terdiam
seketika. Berat hatinya untuk meneruskan kata-kata. Antara percaya dengan tidak
bercampur dengan perasaan mengambil berat perihal kawan-kawan. Dia menganggap
Hardina umpama adik-beradiknya sendiri, jadi apabila sesuatu berlaku pada
Hardina, hatinya turut terasa.
"Kenapa
kau diam?" soal Hardina semula.
Azah masih
mengunci mulut.
"Cakaplah
Azah…” pinta Hardina lagi.
"Dina,
semalam aku nampak Haidir dengan seseorang. Mesra sangat, sebab itu aku tanya
kau ada masalah ke dengan dia. Nak kata adik beradik, macam tak munasabah. Nak
kata kawan biasa, mesra semacam, berpegang tangan..”
"Betul
ke apa yang kau cakap ni?!" soal Hardina dengan agak keras.
"Dina,
aku bukan nak bawa cerita, dan seboleh-bolehnya aku tak nak tanya kau, tapi
memandangkan kita berkawan rapat, aku tak sanggup nak lihat kau kecewa nanti.
Terpulang pada kau nak percaya atau tidak, cuma kau harus tahu yang aku tak
akan berbohong dengan kawan baik aku...” balas Azah lagi. Hardina hanya mampu
terdiam. Dia tidak dapat berkata apa-apa lagi. Sungguhpun Azah mengaku tidak
pernah menipu, selagi dia tidak melihat dengan mata sendiri, dia tidak akan
percaya.
PEMBENTANGAN
berjalan begitu lancer. Haidir dan Rafiqan tersenyum kepuasan. Tetapi berlainan
pula dengan Hardina. Fikirannya berkecamuk memikirkan kata-kata dan telahan
dari rakan baiknya sendiri mengenai Haidir baru-baru ini. Patutlah sikap Haidir
berlainan sejak akhir-akhir ini.
“Dina,
kenapa tergagap-gagap tadi? Awak tak berlatih dulu ke?” Rafiqan berbisik perlahan.
Dia masih tidak perasan yang mata Hardina merenung tajam ke arah Haidir yang
berlagak bersahaja. Haidir berjalan ke arah Hardina sambil berbisik periahan
“Dina, good
job!"
Hardina
hanya mampu mengetapkan bibir. Entah di mana silapnya, dia kini merasa semakin
jauh dari Haidir.
Rafiqan
hanya menjadi pemerhati melihat tingkah laku Haidir dan Hardina yang agak
berlainan. Mereka tidak semesra dulu. Apa yang telah berlaku ni?
"Pi,
jom kita pergi minum. Aku belanja. Dina, Azah, ikut sekali tak?" kata
Haidir. Rafiqan hanya menganggukkan kepala
"Eh
mestilah, kan Dina kan?" balas Azah pula. Hardina turut mengangguk.
Mereka
berempat berjalan beriringan menuju ke arah cafeteria. Rafiqan semakin yakin
ada sesuatu yang telah terjadi antara Hardina dengan Haidir.
Sepanjang
mereka menikmati hidangan, Haidir seperti biasa petah bercerita tentang perkara
yang diminatinya iaitu perihal kereta. Rafiqan dan Azah hanya menjadi pendengar
sahaja. Hardina pula masih lagi membisu.
Rafiqan
nekad, dia mesti mencari sebabnya dia tidak boleh berterusan melihat Hardina
dilanda kesedihan. Dia tahu ada redup di matanya. Setelah hampir setengah jam, Haidir meminta
diri untuk beransur terlebih dahulu. Dia melangkah bangun untuk membayar.
“Dina, awak
tak apa-apa ke? Diam je hari ini. Kenapa? Presentation
kan dah lepas. Jangan risau la...” Rafiqan berbisik lagi. Azah hanya
menganggukkan kepala.
“Aku rasa
kumpulan kita dah buat yang terbaik pada hari ini..." tambah Azah pula.
Hardina
tidak menjawab, sesekali dia memandang ke arah Rafiqan, sesekali ke arah Azah.
“Dina, kau
tak apa-apa ke? Aku rasa kau tak sihat ni..." tambah Azah semula.
Seketika
Haidir muncul kembali. Petang itu hanya melibatkan pembentangan sahaja dan
mereka tiada kuliah lagi selepas itu.
“Rafiqan,
aku hantar kau balik. Dina, Azah, jom saya hantar ke kolej..." kata
Haidir. Azah dan Rafiqan hanya mengangguk.
Sepanjang perjalanan
ke kolej, Haidir tidak banyak bercakap. Begitu juga Rafiqan dan Azah. Apatah
lagi Hardina. Kereta Haidir meluncur laju meninggalkan Fakulti Kejuruteraan
menuju ke arah Kolej Mawar.
Setibanya di
Kolej Mawar, Hardina dan Azah turun. Setelah mengucapkan terima kasih, Hardina
terus berlalu tanpa berpaling lagi.
Kini hanya
tinggal Rafiqan dan Haidir berdua. Kereta Haidir mula bergerak meninggalkan
perkarangan Kolej Mawar menuju ke arah kolej Rafiqan pula.
"Piqan,
kau ada kerja ke sekarang?" soal Haidir tiba-tiba.
"Takde,
kenapa?"
"Boleh
kau ikut aku sekejap?”
“Boleh
je..." Rafiqan hanya menganggukkan kepala. Kali ini dia yakin inilah
satu-satunya peluang untuknya mengetahui keadaan sebenar.
“Aku ada
sesuatu hendak cakap dengan kau ni..." kata Haidir memulakan bicara.
Kereta yang dipandunya sudah pun melepasi kolej yang didiami oleh Rafiqan.
Rafiqan berpaling laju.
"Aku
pun ada perkara nak tanya kau..." balas Rafiqan semula.
"Kau la
beritahu dulu apa yang kau nak cakap?"
Haidir
terdiam. Apa yang harus dimulakan? Dia menjadi buntu. Begitu juga dengan
Rafiqan. Namun persoalannya harus terjawab.
"Kau
jelah yang cakap dulu..."
"Kau
ada masalah ke dengan Dina?" soal Rafiqan lancar. Dia sudah tidak sabar-sabar
untuk mengajukan soalan itu. Haidir berpaling pantas.
"Perkara
ni juga yang aku nak cakap dengan kau!" katanya. Rafiqan terdiam.
Soalannya masih belum terjawab.
"Jadi
betul la kau ada masalah dengan dia?" soal Rafiqan semula.
"Aku
tak tahu Pi, aku tak tahu apa yang patut aku buat..”
"Apa
yang telah berlaku?"
Haidir tidak
menjawab. Keretanya membelok ke arah Taman Tasik yang agak lengang pada
waktu-waktu begini.
"Nanti
aku ceritakan..."
Mereka
melangkah keluar sebaik sahaja kereta Haidir berhenti. Haidir meminta supaya
Rafiqan mengikutnya. Entah apa yang bermain difikirannya tatkala ini tidak
dapat diberitahu.
"Pi,
aku betul-betul perlukan kau..." kata Haidir sebaik sahaja mereka bcrdiri
betul-betul di tepi tasik buatan yang tersergam di tengah-tengah bandaraya Shah
Alam itu.
"Kenapa
ni Dir? Apa masalah kau?" soal Rafiqan, inginkan kepastian. Haidir
berpaling ke arah Rafiqan.
"Ni
tentang aku dan Dina..." kata Haidir membuat Rafiqan sedikit gusar.
Manalah tahu hubungannya dengan Hardina 4 tahun lepas sudah didedahkan.
"Kenapa
kau berminat untuk bercerita dengan aku?" soal Rafiqan kemudiannya.
"Aku
tahu kau rakan sekampung dengan Dina kan?" soal Haidir lagi membuatkan
Rafiqan sedikit terperanjat. Apa yang bermain di fikirannya ialah mungkin dia
menjadi punca keretakan hubungan mereka.
"Jadi?"
soal Rafiqan semula. Dia masih cuba untuk bersahaja.
Haidir tidak
menjawab. Sebaliknya dia menghampiri Rafiqan. Kemudian diletakkan tangannya
pada bahu Rafiqan dan merangkulnya erat.
"Kau
tahu, bukan sebarang orang aku akan letak tangan aku pada bahu mereka. Bila aku
dah letak di atas bahu kau, maknanya aku menaruh sepenuh kepercayaan kepada
kau, mean you are not just a friend for
me, kau kenal Dina sebelum aku, aku perlukan engkau untuk berada di sisinya..."
kata Haidir secara panjang lebar.
"Apa
maksud kau?"
"Aku
nak tanya, kau kenal Dina sebagai apa dengan aku?”
"Kekasih,
mungkin?"
"Ya,
itu dulu..."
"Maksud
kau, sekarang ini bukan?" soal Rafiqan ingin kepastian.
"Mungkin..."
"Kenapa?
Kau takkan dapat gadis sebaik dia, Haidir. Kau akan rugi..."
"Tapi
aku rimas dengan sikap dia…”
"Sikap
apa yang kau maksudkan?"
Haidir
terdiam. Dia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
"Pi,
kalau aku ceritakan sesuatu, boleh kau rahsiakan?" soal Haidir semula.
Rafiqan terdiam, macam serius saja bunyinya.
"Kau
kata aku bukan sekadar kawan biasa kan?" soal Rafiqan pula. Haidir
tersenyum.
"Ya
lah, aku percayakan kau. Sebenarnya aku datang dari keluarga bermasalah. Dulu
ibubapa aku sering bergaduh dan aku sering melarikan diri dari terus melihat
sengketa antara mereka. Kemudian aku bertemu dengan Hardina. Aku lihat dia
betul-betul mengambil berat tentang aku...”
"Bila
kau mula kenal Dina?" soal Rafiqan semula.
"Semasa
kami di sekolah teknik dahulu..."
"Oh..."
“Dina sangat
memahami aku, dia ikut segala kehendak aku semata-mata kerana aku..” Rafiqan
tersentak dengan kata-kata Haidir. Terus prasangka negative bermain di
fikirannya.
"Kau, dia, dah ..??” tak sanggup Rafiqan untuk
menghabiskan kata-kata.
Langsung
Haidir memotong kata-katanya “Don't be
silly my friend! Aku masih tahu tentang dosa pahala ni,” kata-kata Haidir membuatkan Rafiqan menarik
nafas lega.
"Jadi,
apa masalah kau?"
“Aku rasa
hati aku bukan untuknya..”
"Maksud
kau?"
“I'm seeing
someone else ..."
"Tapi
apa salah Dina?"
“Dia tak
bersalah, cuma dia sekarang tak sama seperti Dina yang aku kenal lagi..."
"Maksud
kau?"
"Dia dah
berubah. Sejak akhir-akhir ni aku macam tak tahu siapa dia. Dia sering
mempertikaikan batasan-batasan antara kami. Malahan aku tak boleh pegang
tangannya seperti dahulu lagi..”
Rafiqan mengetap
bibir. Memang itu yang sepatutnya dalam Islam. Memang itu yang diajar dalam
agama kita! Hendak sahaja Rafiqan meluahkan kata-kata itu dari bibirnya, namun
semuanya hanya tersekat di kerongkong sahaja. Dia risau Haidir akan berkecil
hati. Baginya bukan itu cara untuk menegur Haidir.
"Pemikiran
Dina semakin tertutup sekarang. Dia dah tak terbuka macam dahulu lagi. Aku
sendiri tidak tahu sejak bila dia berubah macam tu.
Rafiqan
masih lagi terdiam. Diamatinya betul-betul setiap kata-kata yang terkeluar dari
mulut Haidir. Walaupun hatinya lebih bersetuju dengan Hardina, namun tidak pula
diluahkan pada Haidir.
“Dir, kau
mula kenal Dina macam mana? Adakah dulu kau yang datang padanya atau dia yang
datang pada kau?" soal Rafiqan pula.
Haidir
termenung seketika.
''Aku yang
pergi padanya. Memang pada mula-mula aku kenal dia memang susah untuk didekati.
Tapi apabila aku yakin dia semakin dekat dengan aku, dia mula berubah menjadi
seorang gadis yang berfikiran terbuka..”
“Macam
berpegangan tangan? Macam tu?" soal Rafiqan lagi. Haidir hanya
menganggukkan kepala. Timbul pula perasaan geram pada lelaki ini. Tahulah dia
kini kerana lelaki itulah yang bertanggungjawab mengubah sikap Hardina selama
ini.
"Tengok,
kau nampak kan? Kau yang memulakan semuanya. Dan dia berubah kerana kau!
Sekarang kau nak akhirkannya? Macam tu? Tak bolehkah kau bayangkan kalau Dina
tahu semua ini?" soal Rafiqan semula. Panasnya semakin membara.
"Pi,
aku tahu kau kawan baik dia. Sebab itu aku perlukan kau sekarang ..."
"Tolong
Dir, jangan buat macam ni. Kau fikir balik usaha kau selama ini untuk memenangi
hatinya. Berbaloikah kalau kau buat dia seperti ini?" tambah Rafiqan lagi.
Dia sendiri tidak berjaya memenangi hati Hardina.
"Pi,
hati aku bukan untuknya. Kau harus faham..."
"Kau
nak aku buat apa?" soal Rafiqan semula.
"Tolong
berada di sisinya..."
"Untuk
apa?"
"Kau
harus faham bagaimana perasaannya nanti kalau aku minta hubungan ini
diputuskan..."
Rafiqan terdiam
Memang ada benarnya kata-kata dari muiut Haidir itu, tetapi dirasakannya
bersubahat pula dengan Haidir.
"Dir,
sanggup kau buat macam ni?"
Kali ini
giliran Haidir pula yang mendiamkan diri.
"Aku
tak tahu lagi apa yang harus aku buat? Pada kau sahaja harapan terakhir aku
.." balas Haidir semula.
Rafiqan
terdiam. Apa yang mampu dia lakukan? Dia hanya seorang kawan. Seketika
kemudian, Rafiqan meminta dihantar pulang.
AZAH masih
tidak berani bersuara. Sejak dihantar pulang tadi, Hardina masih berdiam diri.
Entah apa yang merasuk fikirannya, Azah sendiri tidak tahu.
"Azah
.." kata Hardina perlahan. Azah berpaling ke arah Hardina.
"Apa
dia?"
"Aku
rasa betul cakap kau..."
"Pasal
apa, Dina?" soal Azah semula.
“Pasal
Haidir. Aku tengok dia semakin jauh dari aku,"
“Dina, aku harap
kau jangan fikir sangat tentang ini. Kau sayangkan dia kan?"
“Tapi semua
tak seperti dulu lagi sekarang..."
"Kenapa
kau cakap macam tu?"
"Azah,
bukan kau seorang yang nampak dia dengan seseorang tu, ramai lagi yang datang
jumpa aku dan beritahu apa yang mereka nampak...” kata Hardina lagi. Azah hanya
mampu menelan liurnya. Ada sendu di mata Hardina. Azah mengajaknya supaya
pulang berehat di hostel.
**bersambung..
0 comments:
Post a Comment