Wednesday, January 18, 2017

Redup Yang Panjang (Part 12)




4 tahun berlalu...

Keadaan pada hari baru pendaftaran tidak ubah seperti sewaktu dia mula-mula menjejakkan kakinya di sekolah barunya dahulu. Dia lebih suka membawa dirinya sendirian.
Keadaan bilik yang agak berdebu membuatkan Rafiqan sedikit terbatuk-batuk. Dia menepuk-nepuk dua-dua katil yang masih belum berpenghuni itu. Nasibnya begitu baik kerana kedatangannya yang lebih awal memberi dia peluang untuk memilih satu di antara dua katil yang belum bertuan.
Rafiqan merebahkan badannya pada salah satu katil yang telah dikebas-kebasnya sebentar tadi. Perjalanan selama separuh hari memang memenatkan. Fikirannya menerawang jauh memikirkan keadaan dirinya. Tidak disangkanya akhirnya berjaya juga dia menempatkan dirinya di antara ribuan pelajar di dalam universiti ini. Bidang kejuruteraan yang menjadi pilihannya mengimbau kembali kenangannya bersama-sama dengan Hardina suatu masa dahulu. Dia masih ingat lagi, bidang ini jugalah yang menjadi cita-cita si gadis comel yang masih menerjah diingatannya peristiwa 4 tahun dahulu. Bagaimana agaknya keadaan Hardina sekarang. Mungkinkah dia masih ingat pada janji mereka untuk sama-sama menceburi bidang ini, bidang yang agak jarang untuk dipelopori oleh kaum wanita.
Lamunan Rafiqan dimatikan dengan bunyi derapan tapak kaki yang menuju ke arah biliknya itu. Pintu bilik ditolak dari luar. Lelaki itu tersenyum. Rafiqan sedaya-upaya cuba mengukir senyum supaya tidak dikatakan sombong.
"Ahli bilik ni ke?" soal lelaki itu lagi sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam. Rafiqan menyambut baik dengan salam itu sambil menganggukkan kepala.
"Oh, kita akan jadi rakan sebilik la nampak gayanya?" tambah lelaki itu lagi sambil meletakkan beg-begnya ke atas katil yang masih kosong. Rafiqan memerhatikan perwatakan lelaki itu. Bergaya dan lebih cenderung ke arah budaya barat. Dengan rantai emas yang melilit di lehernya, ditambah pula dengan subang di kedua-dua belah telinga. Masing-masing tidak bersuara. Rafiqan sendiri tidak berani untuk menegur lelaki tersebut. Lelaki itu juga lebih senang dengan mendiamkan diri sambil menyusun baju-bajunya ke dalam almari. Sesekali dia menjeling ke arah Rafiqan yang hanya berbaring.
“Nama aku Jared Johnson, panggil aku Jared je.." tiba-tiba lelaki itu bersuara. Rafiqan berpaling ke arah lelaki itu. Biar betul nama mamat ni. Rafiqan  bingkas bangun.
“Ahmed Rafiqan, panggil Rafiqan atau Piqan pun boleh,” Rafiqan memperkenalkan dirinya.
"Rafi Khan?"
"Bukan Khan, Qan. Q.A.N. Rafiqan..."
"Oh, Rafiqan. Course apa?” Jared pula bertanya. Dirasakan dia sudah mula mendapat rentak untuk berbual lebih mendalam dengan rakan barunya itu. Jared sebenarnya seorang yang suka bercakap. Sebab itu dia menjadi janggal apabila mereka hanya mendiamkan diri sahaja tadi.
Electrical Engineering..” balas Rafiqan pendek.
“Kebetulan, aku pun satu course  dengan kau. Oh ya, kau muslim?” soal Jared tiba-tiba.
“Ya, kenapa?”
"Sebenarnya, aku non-muslim, mesti kau hairan kan dengan nama aku” Jared tersenyum. Dia faham dengan reaksi setiap orang yang pertama kali mendengar namanya.
"Oh..." Rafiqan mengangguk perlahan. Persoalan yang bermain di mindanya sebentar tadi sudah pun terjawab. "Tapi wajah kau tak macam Cina atau India..." Rafiqan menyuarakan kemusykilannya.
"Hello, Cina dengan India mana boleh masuk universiti ni..." balas Jared. Baru Rafiqan tersedar yang dia berada di universiti yang menempatkan seratus peratus Melayu dan Bumiputera.
“Habis, kau dari Sabah atau Sarawak?"
“Pun bukan. Aku dari Semenanjung. Aku asal dari Pahang, senang cerita aku ni orang asli. Bukan Cina atau India, tapi nak kata bukan Melayu, macam Melayu, cuma I have no religion..."
"Oh, macam tu. Kau menjawab segala pertanyaan yang bermain di fikiran aku…” Rafiqan bersuara perlahan. Entah kenapa dia begitu senang dengan sikap Jared yang bersikap terbuka.
"Biasalah, aku macam ni lah kalau baru kenal dengan member baru, lebih-lebih lagi dengan orang Melayu. Aku terpaksa terang satu persatu bila diorang tahu nama aku. Kau pun macam tu juga kan?" Jared duduk berhadapan dengan Rafiqan.
"Itulah, wajah kau memang macam Melayu, cara cakap kau pun bahasa Melayu..."
“La, itukan bahasa kebangsaan…”
Rafiqan tersenyum sinis. Dia berasa bertuah kerana ditemukan dengan rakan bilik yang bukan Islam ni, mungkin banyak pengalaman baru yang boleh dipelajarinya nanti.
“Aku nak tanya kau ni, takpe ke aku di sini?” soal Jared membuatkan Rafiqan tersentak.
“Apa maksud kau?”
“Aku la, jadi rakan sebilik kau. Takpe ke aku sebilik dengan kau?”
“Kenapa pula tak boleh?”
“Yelah, kau tu Islam, sedangkan aku bukan…”
Rafiqan hanya tersenyum dengan kata-kata Jared. "Islam tidak melarang umatnya bercampur gaul dengan sesama manusia tidak mengira agama dan bangsa. Tetapi Islam melarang kalau umatnya mendiskriminasikan antara sesuatu agama dengan agama yang lain. Memang setiap agama itu berbeza, tetapi itu tidak bermakna orang Islam tidak boleh berkawan dengan orang bukan Islam..” balas Rafiqan panjang lebar. Jared hanya ternganga.
"Wah. Kau bercakap macam ustaz je…” balas Jared pula. Rafiqan tersengih.
"Kau pun tahu ustaz tu apa..?"
Kali ni Jared tersengih pula sambil menggelengkan kepala. “Rafiqan-Rafiqan, kau belum kenal aku sepenuhnya lagi.."
"Ye lah tu, by the way, kau ni agama apa? Kristian? Buddha? Hindu?” soal Rafiqan semula.
"Nothing..."
“Nothing? Habis tu?”
"Memang dari nenek moyang aku lagi takde agama. Oh ya, kau tak lapar ke? Pergi makan nak? Lagipun aku takde kawan lagi ni..." kata Jared membuatkan, Rafiqan mengalihkan pandangannya pada jam di tangan. Patutlah perut ini rasa macam dicucuk-cucuk bagai minta diisi. Jam hampir menunjukkan ke angka satu tengah hari.
“Jom…”


"MANA ni?" dia merungut sendirian. Hampir 15 minit dia tercongok di pejabat kolej. Janji pukul 2.00 tapi sampai sekarang belum muncul wajah yang ditunggu-tunggu. Kelihatan beberapa orang pelajar masih lagi sedang membuat pendaftaran masuk ke kolej di pejabat. Namun tidaklah seramai pelajar mendaftar pagi tadi.
"Dina!" Hardina berpaling melihat dari mana datangnya suara itu. Terkedek-kedek gadis yang baru dikenali sewaktu minggu wawasan siswa itu berlari-lari anak ke arahnya.
"Lambatnya.." Hardina mencebik.
"Maaflah, banyak sangat barang yang aku bawa, jadi ambil masa jugalah untuk berkemas,” balas Azlin pelajar dari Johor. Mereka berkenalan pun sewaktu malam persembahan di mana mereka membuat persembahan pentas bersama-sama.
"Takpe, lagipun Haidir masih belum sampai..?” balas Hardina pula.
"Haidir?” soal Azlin kehairanan.
"Yap, teman lelaki aku..." balas Hardina bersahaja. Azlin mengerutkan dahi. "Kenapa ni?" tambah Hardina lagi apabila Azlin membuat wajah sedemikian.
"Hello, Cik Dina, kalau nak keluar dengan teman lelaki, kenapa ajak aku?” soal Azlin semula.
"La, salah ke? Tadi kau kata nak cari barang kan? Sebab tu lah aku ajak kau sekali, Haidir ada keretalah!" balas Hardina lagi
"Oh macam tu, tapi aku ni tak ganggu ke?" soal Azlin semula.
"Takdelah, aku pun nak cari barang juga, Haidir tu sekadar nak guna kereta dia aje..." tambah Hardina lagi. Sesekali dia menjeling jam di tangannya. Kelibat Haidir masih belum kelihatan.
Hampir sepuluh minit, kelihatan Proton Wira kepunyaan Haidir berhenti betul-betul di hadapan 2 gadis yang menampakkan wajah tidak puas hati.
"Kenapa lambat?" soal Hardina.
"Maaflah Dina, saya ada kerja sikit. Jom!" kata Haidir pula. Hardina hanya tersenyum.
"Awak, ni kawan saya, Azlin namanya..." Hardina memperkenalkan Azlin kepada Haidir
 "Hai, saya Haidir.”
"Hai, panggil Lin je," mereka saling berkenalan. Azlin dan Hardina masuk ke dalam kereta. Kedengaran lagu-lagu pop berkumandang dari radio kereta tersebut. Hardina menjeling ke arah Haidir.
"Kita nak ke mana?" soal Haidir.
"Mana-manalah, kami nak cari barang-barang sikit, barang keperluan harian je,” balas Hardina pula. Haidir hanya menganggukkan kepala.
"Jangan risau, saya tahu ke mana nak bawa awak. Nak cari barang kan? Kita pergi Giant, nak?"
“Okay!”

MALAM itu Rafiqan dan Jared menghabiskan masa mereka dengan merayau-rayau ke kawasan persekitaran. Mungkin disebabkan mereka yang masih baru, agak kurang wajah-wajah yang mereka kenali.
"Nak?" kata Jared sambil menghulurkan sekotak rokok. Waktu itu mereka sedang meronda-ronda di Aeon Mall. Rafiqan hanya memandang sepi ke arah genggaman tangan Jared.
"No, thanks. Aku dah lama berhenti,” balas Rafiqan. Sudah lama dia meninggalkan tabiat lamanya sejak mengenali Hardina. Hardinalah yang paling banyak mengajarnya erti kehidupan "Wow, that's sounds great! Sejak bila?" soal Jared pula. Dia menarik kembali kotak rokok tersebut.
"Form three. Ala, kisah lama.." Jared hanya menganggukkan kepala dengan kata-kata Rafiqan.
"Piqan, apa hukum merokok?" soal Jared tiba-tiba membuatkan Rafiqan ternganga. Hukum? Hukum apa yang dimaksudkannya ni?
"Maksud kau?"
"Ye la, dalam agama kau.
Rafiqan tertunduk seketika. Segera ingatannya kembali ke belakang apabila mengingatkan kata-kata Hardina 4 tahun dahulu yang menyuruhnya berhenti merokok.
"Jared, dia bergantung kepada keadaan. Tetapi yang pasti, hukum merokok tu sendiri sememangnya makruh. Tapi kalau disebabkan merokok ni yang menyebabkan orang lupa menjalankan tanggungjawab mereka yang lain, ia akan jatuh haram,” balas Rafiqan.
"Seperti sembahyang?" soal Jared pula.
"Ya, seperti sembahyang..." balas Rafiqan. Jared hanya menganggukkan kepala
"Ada ke orang tak sembahyang sebab rokok?" Jared menambah.
"Bukan macam tu, manalah tahu kalau-kalau dia tambah apa-apa dalam rokok yang menyebabkan dia jadi mabuk ke, macam  dadah,” balas Rafiqan. Jared menganggukkan kepala.
Tiba-tiba mata Rafiqan terpandang ke arah sesuatu yang menarik perhatian
"Piqan,"
Diam
"Oi Piqan," panggil Jared lagi. Rafiqan masih tidak menunjukkan sebarang reaksi Matanya tidak berkelip-kelip memandang ke arah sesuatu.
"Hardina...” bisik Rafiqan perlahan. Dia bagaikan tidak percaya melihat wajah yang sering menjadi mimpinya dalam setiap waktu, kini berada betul-betul tidak jauh daripadanya. Matanya tidak sudah-sudah memandang wajah putih bersih itu. Pandangannya berakhir pada tangan Hardina yang menggengam erat tangan yang lain, yang lebih sasa daripadanya sendiri. Sedikit perasaan cemburu mengenangkan lelaki itu lebih bertuah kerana tangan yang dipangkunya milik Hardina.
Mesranya mereka. getus Rafiqan sendirian. Dia tidak menghiraukan panggilan dari Jared yang sedari tadi melaung-laungkan namanya.
Hardina masih lagi tidak perasan akan pasang mata yang tidak berkelip memandang ke arahnya. Baginya sudah biasa, orang akan selalu memandang ke arah pasangan-pasangan yang sedang asyik bercinta sepertinya.
“Rafiqan!” kali ini Jared meninggikan suaranya. Rafiqan tersentak, begitu juga dengan Hardina yang sudah menghampiri tempat mereka berada. Hardina tersentak apabila nama itu disebut.
“Rafiqan?" Hardina menjadi kelu melihat pasang mata itu memandangnya. Haidir disebelahnya menjadi terpinga-pinga.
Rafiqan berusaha mengukirkan senyuman, namun ternyata hambar. Hardina menjadi serba salah. Dia menarik tangan Haidir lalu mengajaknya pergi dari situ. Haidir hanya menurutinya.
Setelah agak jauh dari tempat Rafiqan berada, Haidir mula membuka mulut.

"Siapa tu? Awak kenal ke?" soal Haidir kehairanan.
"Siapa?"
“Lelaki tadi..."
"Oh, sekampung dengan Dina, kenapa?"
"Patutnya saya yang tanya kenapa, kenapa awak lari?” soal Haidir pula.
"Habis tu saya nak buat apa?"
"Kata sekampung, sepatutnya kenalah bertegur sapa..."
"Malulah."
"Malu sebab Dir ada di sini?" soal Haidir semula. Hardina hanya tersengih macam kerang busuk

"Rafiqan, kenapa kau diam je ni?" soal Jared semula. Barulah Rafiqan tersedar dan kembali ke alam nyata.
"Kenapa, Jared?" soal Rafiqan. Dia masih menjeling ke arah Hardina dan lelaki yang tidak dikenalinya itu semakin jauh.
"Aku yang patut tanya kenapa dengan kau bukan kau yang patut tanya aku..." balas Jared semula.
"Takde apa-apa la..."
"Betul ke ni?”
"Betul ..."
"Jom lah kita balik..."
“Jom!”

HAIRAN dan risau bermain-main di kepala Dalila apabila melihatkan teman sebiliknya itu hanya terdiam sejak balik dari keluar tadi. Hendak ditanya, risau dikatakan penyibuk. Hendak mendiamkan diri, dia dapat merasakan Hardina ada masalah.
"Dina, kau ada masalah ke?" soal Dalila tiba-tiba Sungguhpun dia baru kenal dengan Hardina, namun sekurang-kurangnya dia tahu Hardina bukanlah seorang yang pendiam. Ini adalah kerana sepanjang seminggu ‘Minggu Haluan Siswa’ diadakan, Hardinalah antara kenalan yang mula-mula menegurnya. Lebih-lebih lagi mereka ditempatkan di bilik yang sama.
“Kenapa tanya?" soal Hardina pula.
"Ada redup di mata kau. Dulu kau cakap mata tidak pernah menipu kan?" soal Dalila pula, membuatkan Hardina tersentak. Itulah kata-kata yang pernah dilafazkan oleh seorang yang dipanggilnya sahabat. Dan sahabat yang hampir 4 tahun berpisah, kini muncul semula.
"Entahlah Ila, aku cuma terkenangkan sahabat lama aku. Aku berjumpa semula dengan dia selepas 4 tahun berpisah..." balas Hardina pula. Dalila hanya menganggukkan kepala.
“Lelaki ke?" soal Dalila. Hardina hanya mengangguk.
“Habis apa masalahnya?"
“Kami terserempak, tapi aku dengan dia tak bertegur sapa pun...”
“Kenapa?"
"Aku lari”
"Kenapa?"
"Aku segan..."
"Kenapa?"
"Kau ni asyik kenapa-kenapa? Kenapa dengan kau ni?" soal Hardina pula.
"Takdelah, kenapa yang pertama tu, kenapa kau tak bertegur sapa, kenapa yang kedua tu, kenapa kau lari, kenapa yang terakhir tu, kenapa kau segan..?"
"Oh, entahlah, aku pun tak tahu, tiba-tiba je rasa macam tu..."
"Bekas teman lelaki ke?"
"Ada pulak! Bukanlah!"
"Aku tanya je..." balas Dalila.

"KAU diam je sejak kita balik tadi, kenapa?" soal Jared tiba-tiba sewaktu mereka berdua bersedia untuk melelapkan mata. Sudah setengah jam mereka sampai ke kolej, namun Rafiqan seolah-olah tidak banyak membuka mulut.
"Takde apa-apa la ..."
Jared hanya terdiam. Dia pun macam malas hendak ambil tahu pasal masalah Rafiqan. Baik dilayan tidur dari memikirkan masalah orang.
"Oh ya, kelas kita bermula esok kan?" soal Jared pula, cuba untuk mengalih topik. Rafiqan hanya mengangguk. Jared terkedu melihatkan sikap Rafiqan yang hanya acuh tak acuh sahaja. Dia menarik selimut.
Rafiqan masih lagi tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya menerawang jauh memikirkan satu nama yang seringkali menjelma di mindanya. Hai Hardina, tidak ku sangka kita bertemu lagi. Mungkinkah ini takdir namanya? Namun, pertemuan hari ini benar-benar membuatkan Rafiqan terkejut. Bagaimana seorang gadis yang selama ini mengajarnya erti batasan pergaulan dalam agama, hari ini bersenang lenang berpaut lengan dengan lelaki. Sudah hilangkah Hardina yang aku kenal sebelum ini? Kemana perginya Hardina yang sentiasa membawa agama ke mana sahaja dirinya dicampakkan? Ataupun mereka sudah sah bergelar suami isteri?
Betullah kata-kata Tuk Chik dahulu, sekali bah, sekali pantai berubah. Tidak mustahil untuk seseorang itu berubah. Seperti dirinya yang kini memiliki karekter yang agak berbeza berbanding 4 tahun dahulu. Kerana apa? Kerana seseorang yang bernama Hardina.

KELAS pertama menemukan sekali lagi Rafiqan dengan Jared. Tidak disangkakan mereka akan ditempatkan dalam kelas yang sama. Setelah selesai mendapat jadual kelas, Rafiqan dan Jared menghadiri kuliah mereka yang pertama.
Sebaik sahaja mereka sampai kelas sudah pun bermula. Rafiqan mengetuk pintu kemudian dia melangkah masuk diikuti pula dengan Jared. Dia memilih satu tempat yang agak ke belakang.
Beberapa minit kemudian, semua mata pelajar di dalam dewan kuliah tertumpu pada sepasang pasangan kekasih yang kelihatan mesra berjalan masuk ke dalam dewan kuliah.
‘Hardina..’ getus Rafiqan.
Kelihatan Hardina berpisah dengan temannya itu. Hardina memilih tempat di kalangan wanita manakala lelaki yang bersamanya tadi menaiki tangga menuju ke arah belakang dewan kuliah.
Tanpa disangka-sangka lelaki tersebut mengambil tempat di sebelah Rafiqan yang masih kosong.
"Hai, aku Haidir..” Haidir menghulurkan salam. Salam Haidir bersambut. Rafiqan hanya melemparkan sekuntum senyuman.
"Rafiqan, panggil je Piqan..." kata Rafiqan.
"Rafi Khan?'' seorang lagi tak reti sebut nama aku, getus Rafiqan.
"Qan, Q.A.N. Ni Jared. Jared, salam la..." kata Rafiqan mengalihkan pandangannya ke arah Jared yang berada di sebelahnya yang lagi satu.
“Oh, Rafiqan, hi... Jared?" muka Haidir agak berkerut apabila menyebut nama yang agak asing baginya.
"Hi, yap Jared..."
"Macam pernah lihat kau..." kata Haidir semula pada Rafiqan. Memanglah, kat Aeon Mall hari tu.
"Mungkin perasaan kau je tu..."
Perkenalan yang singkat itu terhenti apabila masing-masing menumpukan perhatian terhadap kuliah yang disampaikan di hadapan. Dalam keadaan tanpa diduga, lelaki yang pernah dilihatnya bersama Hardina kini datang kepadanya menghulurkan salam perkenalan.
Sebaik kelas diumumkan berakhir, Haidir terus bingkas bangun dan menuju ke arah Hardina yang berada di barisan hadapan. Mungkin disebabkan Rafiqan berada agak jauh dari belakang, Hardina masih belum sedar akan kewujudan dirinya.
Dari jauh Rafiqan dapat melihat Hardina memaut mesra tangan Haidir. Perasaan bercampur sedikit dengan cemburu, kerana terasa dirinya telah dikhianati. Mungkin Hardina patut menolak permintaannya daripada awal lagi dari memintanya menjadi penanti yang setia. Ah, perempuan....
Matahari yang terik menambahkan lagi suasana hangat pada tengahari hari itu Haidir mengesat peluh yang mengalir di dahinya dengan hujung lengan sambil diperhatikan oleh Hardina. Hardina hanya tersenyum melihat lelaki yang hampir 3 tahun dikenalinya itu.
"Awak, gunalah tisu ni,” Hardina menghulurkan sehelai tisu kepada Haidir. Haidir menyambutnya tanpa berkata apa-apa.
"Apa kata kita pergi makan dahulu?" soai Haidir kepada Hardina.
"Jom .."
Hardina mengekori langkah Haidir menuju ke arah cafeteria  yang terletak di fakulti mereka. Setelah memilih satu meja, Haidir terus ke kaunter membuat pesanan.
"Piqan, kalau tak silap aku macam pernah tengok awek si Haidir tadi tu..." kata Jared membuatkan langkah Rafiqan terhenti.  "Kenapa ni?" tambah Jared apabila melihat Rafiqan menghentikan langkahnya tiba-tiba.
“Memanglah kau pernah tengok..."
"Kat mana?"
"Aeon Mall hari tu," balas Rafiqan.
"Oh, ya ke? Cun jugak kan?"
Rafiqan tidak menjawab walaupun hatinya meronta-ronta untuk mengiyakannya.
"Jom makan, aku lapar la..." Rafiqan mengalih tajuk perbualan.
"Jom….”
"Tadi saya dapat kenalan baru. Dalam kuliah tadi..." kata Haidir sewaktu sedang menikmati hidangan bersama Hardina di cafeteria.
"Oh ya ke? Baguslah. siapa?"
"Namanya kalau tak silap... ha ... Rafiqan, dengan seorang budak non-muslim, Jared namanya..." balas Haidir.
"Rafiqan?!" kata Hardina terhenti menyuapkan makanan. Fikirannya menerawang jauh memikirkan peristiwa beberapa hari yang lalu.
"Kenapa awak nampak macam terkejut?" soal Haidir semula. Hardina segera berpura-pura tersenyum.
"Takdelah, macam pernah dengar, tu aje..." Hardina menelan liur. Pada hari dia terserempak dengan Rafiqan di Aeon Mall, dia tahu Rafiqan satu universiti dengannya. Tak sangka pula dia diletakkan sekelas dengan Rafiqan. Maknanya mereka juga satu jurusan, jurusan kejuruteraan. Tak sangka Rafiqan betul-betul memohon bidang ini, sama seperti kata-katanya 4 tahun dahulu.
"Awak, kalau tak silap saya, itupun mereka..." kata Haidir membuatkan jantung Hardina berdcgup kencang. Dia berpaling ke arah yang ditunjukkan oleh Haidir. Betul la Rafiqan yang berada tidak jauh dari mereka adalah Rafiqan yang dikenalinya suatu masa dahulu. Tidak banyak perubahan pada lelaki tersebut. Mungkin wajahnya sedikit berubah seiring dengan kenaikan usia.
"Oh..." keluh Hardina perlahan.
"Rafiqan!" Haidir memanggil nama itu membuatkan Rafiqan tercari-cari suara yang memanggil namanya.
Tindakan Haidir itu membuatkan Hardina semakin panas punggung, serba salah apabila Ielaki itu menghampiri mereka.
“Haidir kan?" kata Rafiqan sambil menjeling ke arah perempuan di sebelah Haidir yang asyik menundukkan muka.
“Rafiqan, perkenalkan Hardina, my girlfriend. Dina, ini Rafiqan," kata Haidir.
“Oh, hai..." Rafiqan berpura-pura baru pertama kali bertemu dengan Hardina.
"Hai je? Tak salam?” soal Haidir lagi.
“Maaf, aku tak salam dengan perempuan..." kata Rafiqan semula membuatkan Hardina sedikit terasa. Mungkin Rafiqan masih ingat dengan kata-katanya dahulu sewaktu mereka membincangkan tentang batasan antara Ielaki dengan perempuan.
"Oh ya ke? Mungkin aku ni jenis yang terbuka. It's okey, Hardina tak kisah..." balas Haidir.
"Jadi, Haidir dan Hardina, macam dah jodoh je..." kata Rafiqan cuba berseloroh. Haidir ketawa mendengar kata-kata Rafiqan. Hardina masih lagi tidak berani memandang ke arah mata Rafiqan yang sedari tadi asyik merenungnya.
"Mungkin, H to H. Hahaha Oh ya, Don't stare at her like that, bahaya...” kata Haidir berjenaka.
"Haha, takkanlah. Okey Jared is waiting for me, so I have to go. See ya,” Rafiqan berlalu menuju ke arah Jared pada satu sudut yang lain. Haidir hanya mengangguk.
"Kenapa awak diam je? Ada masalah ke?" soal Haidir kepada Hardina apabila dilihatnya Hardina hanya terdiam.
“Takde apa-apalah,”

SATU persatu muka surat buku dibeleknya. Satu perkara pun tidak dapat memasuki ke dalam otaknya. Keadaan malam itu agak tenang berbanding biasa. Maklumlah, malam minggu. Kebanyakan pelajar kolej memang tidak akan lekat di kolej.
Jared pun awal-awal lagi sudah menghilangkan diri. Bukannya tahu lekat bilik mamat ni Terpaksalah aku tinggal seorang diri, fikir Rafiqan sendirian.
Kesunyian malam membuatkan kenangan-kenangan lalu seolah-olah terpanggil semula ke mindanya. Kenangan cinta lalu memaksa dirinya untuk membuka semula semakan diari hidup sete;ah lama cuba dipadamkan.
Apa yang membuat Hardina berubah? Kenapa begitu ketara perubahan ini? Kenapa sehebat ini pengaruh yang membuatkan dirinya hampir tidak mengenali wajah itu lagi. Lebih-lebih lagi Hardina semakin berani untuk mempamerkan tubuhnya dengan pemakaian yang tidak pernah terfikir di mindanya yang Hardina akan menjadi sebegitu.
Malam semakin larut. Bertemankan kegelapan, Rafiqan berdoa semoga dia diberi kekuatan untuk mencari sebab yang telah menjadikan Hardina seperti orang lain.
Bunyi pintu ditolak mengejutkan Rafiqan dari mimpi. Lampu bilik yang tiba-tiba menyala menambahkan lagi silau di pandangan matanya. Dalam kesamaran dapat dilihat susuk tubuh Jared dihempaskan ke atas katil.
"Pukul berapa ni...???" Rafiqan menggosok-gosokkan matanya berkali-kali. Dia menanti jawapan dari Jared, tapi hampa. Dia mengalihkan pandangan pada jam di tangan.
"Pukul 3 pagi? Jared, kau pergi mana ni sampai sekarang baru ingat nak balik ni??" tambah Rafiqan lagi.
"Ah Diamlah kau!'" balas Jared. Rafiqan sedikit tersentak dengan sergahan dari Jared.
''Jared, bau apa ni? Kau pergi mana? Semacam je bau kau!" Rafiqan memegang hidungnya. Bau itu masih menusuk sehinggakan hampir termuntah dibuatnya.
"Bau aku! Yang kau sibuk ni kenapa?" balas Jared lagi, suaranya tersekat-sekat seperti orang mabuk.
"Ya Allah, kau minum Jared? Ish!" marah Rafiqan.
"Ha! Suka hati akulah!" balas Jared lagi. "Kan kita dah janji akan hormati hak masing-masing?" balas Rafiqan semula.
"Memanglah, ini hak aku! Kau patut hormati hak aku!” tambah Jared lagi Rafiqan sedar yang Jared dalam keadaan tidak sedar. Dikawal dirinya supaya tidak menambahkan lagi masalah dalam bilik mereka itu.
"Kau tak patut bawa balik sampai ke bilik!"
"Arh! Malas aku nak bergaduh dengan kau pagi-pagi ni!" Jared bingkas bangun lalu keluar dari bilik mereka. Rafiqan hanya menggelengkan kepala.
Rafiqan menarik semula selimut. Sungguhpun keadaan agak tidak selesa dengan bau yang agak mencengkam, matanya yang diminta untuk tidur membuatkan Rafiqan akur.
Baru beberapa saat berlalu, terdengar sesuatu jatuh ke lantai. Agak kuat bunyinya menarik perhatian Rafiqan untuk bangun.
Sebaik sahaja keluar dari bilik, kelihatan sesusuk tubuh terbaring lesu dengan mulut terkeluar cecair putih. Jared dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Alamak, menyusahkan aku betul mamat ni .." Rafiqan mengeluh panjang. Saat-saat begini bukannya ada sesiapa yang masih terjaga. Nampak gayanya dia terpaksa melakukannya seorang diri.
Pagi itu.
Jared terjaga dan tidur. Dia memegang kepalanya yang masih sakit. Memorinya hanya ingat-ingat lupa akan peristiwa yang berlaku semalam. Sebaik sahaja terjaga, dia mendapati dirinya sudah berada di atas katil sendiri. Katil Rafiqan kosong.
"Aku dah di atas katil?" getusnya sendirian. Bajunya juga sudah bertukar, hanya seluar sahaja masih seluar semalam.
Pintu ditolak, kelihatan Rafiqan baru sahaja selesai mandi.
"Hah, dah pukul 8 ni, kita ada kelas 8.30. Dah berkali-kali aku kejutkan kau, tak sedar-sedar juga..." Rafiqan bersuara
"Oh, ya ke? Semalam apa yang berlaku?" soal Jared semula.
"Apa yang berlaku? Kau tak ingat ke? Kau balik pagi-pagi, kau marah kat aku, kemudian kau pengsan. Memang kau tak ingat sebab kau tu mabuk semalam!" balas Rafiqan semula. Dia menyarungkan baju dan memperkemaskan diri untuk ke kelas.
"Aku ingat juga sikit-sikit. Aku pengsan ke? Kat mana aku pengsan?"
"Kat luar..."
"Habis, macam mana aku boleh berada di atas katil pula?" soal Jared membuatkan mata Rafiqan terjegil keluar.
"Apa, kau ingat makcik warden nak angkatkan? Aku lah yang terpaksa menyusahkan diri aku semalam, dengan bau masam kau habis melekat kat badan aku. nak muntah aku!"
"Aku tak pakai baju ni semalam..."
"Hello, baju kau penuh dengan muntah kau! Hah, jangan fikir yang bukan-bukan! Baju je tau! Seluar aku tak sentuh..." balas Rafiqan. Jared hanva tersengih.
"Dah, cepat, kita ada kelas!"


bersambung

0 comments:

Post a Comment