Sunday, December 12, 2010

Perkataan Itu Maksud Dia Ialah Multimedia Lah!!!


(Perhatian kepada semua pembaca, diharap jangan ada yang tersinggung dengan n3 kali ini. N3 ini diklasifikasikan sebagai U - maknanya Ular pun boleh baca walaupun terdapat sedikit kelucahan)

Pernah guna Google translate??? Cuba lah!!



Sedang aku mencari maksud perkataan estain (untuk entry yang lepas dengan menggunakan google translate, tetiba je terasa nak taip perkataan ni. Ala korang pun kadang2 taip jugak kan perkataan yang pelik2 sebab nak tengok apa yang keluar kan???)

Jadi aku taip la perkataan itu* seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah. Dan perkataan itu dalam bahasa Inggeris ialah MULTIMEDIA la. So?

Saja untuk kita gelak gelak

Menjawab Tag Dari Cikgu Sarah


Jarang sekali ada nama2 baru yang sudi mentinggalkan kumen di ruangan kumen mane2 n3 melainkan beliau adalah kenalan yang sudah lame menkenali diri ini. Pada n3 yang lepas berkaitan tajuk kenangan SKBN 2010, ada name baru yang menkumen n3 aku yang tak best sangat ni. Kumen beliau berharap aku menjawab tag beliau di belog beliau, Jadi aku memblog hopping ke belog (as mention by the owner) beliau di SINI

Jadi aku membaca belog beliau dengan agak rakus dan tikus, hehehe, biasa2 je. Part yang ending tu yang agak tacing la... hahah tak pernah2 orang cakap blog aku best.. Bagi pihak ke3 pulak tu. Jadi untuk tidak menghampakan beliau, aku cuba la mencari ide utk menjawab tag beliau yang agak susah kalo nak dibandingkan dengan soalan tingkatan 8 sekolah-sekolah SMA di Indonesia.


Jadi terus memerah otak berkaitan tag beliau.

Soklan : Huraikan persamaan estain berikut :

1. Jeles
2. Cemburu
3. Sakit hati
4. Dendam
5. Kedekut
6. Egois

(Pergh, soalan ni agak mencabar minda kerana aku bukan guru sastera, hatta nak menjawab dalam masa 10 minit pun tak cukup rasanya. Perkataan 'estain' sendiri aku tak tahu apa maksudnya, dah google pun xjumpa jugak. Ni Malay word ke English???)

1. Jeles.. Kalo kira perkataan jeles ni xde dalam bahasa Melayu, diambil dari perkataan Jealous dan diMelayukan oleh kita dengan sewenang2nya. Maksudnya ialah cemburu jadi aku terus kepada no 2.

2. Cemburu.... I hate this feeling. Cemburu dalam diri aku sudah wujud sejak zaman sekolah rendah lagi. Aku cemburu dengan kejayaan dan kekacakkan kawan2 aku masa tuh. Pastu cemburu lagi bila sorang budak pompuan kelas aku dari tahun 1 sampai tahun 6 asyik dia je no 1. Nama dia Najmiah (amik ko, nama ko terbit dalam blog gua)

3. Sakit hati..... Ada 2 jenis sakit hati. Sakit hati yang pertama apabila hati (salah satu organ yang terdapat di dalam badan manusia yang berfungsi sebagai menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu, dan juga mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati-En Wiki Wiki Pedia yang bagitau- good job) telah sakit. Jadi penyelesaian dia kena la jumpa doktor pakar hati, aku tak belajar biologi. Sakit hati yang kedua ialah apabila terdapat satu suara di dalam pemikiran kita yang berulang-ulang kali menyebut tentang sesuatu yang membuatkan kita tidak berjaya menumpukan perhatian kepada perkara lain yang sedang dilakukan. Sebagai contoh, kata-kata dari rakan sekerja tentang ..... erk tak yah la contoh.

4. Dendam.... Hohoho, ini adalah satu sifat yang takde kaitan dengan cemburu dan sakit hati. Aku tak pernah berdendam sangat dengan sesiapa so takleh nak elaborate dengan lebih teliti.

5. Kedekut.....Kedekut Taik Idung Masin-Antara term yang selalu aku dengar diucapkan oleh kakak sulungku dahulu sewaktu aku masih kecik. Selalunya diucapkan oleh beliau apabila puji2an beliau tidak berjaya melembutkan hati aku untuk berkongsi aiskrim dengan beliau. Tapi dah besar ni, kedekut biarlah berpada-pada. Aku kedekut hanya pada orang yang kedekut dengan aku je (macam sama je dengan Cikgu Sarah). Kadang2 kedekut ni perlu, kita kena kedekut untuk mengeluarkan duit membeli sesuatu yang macam tak perlu sebagai contoh Patung aksi Transformers , eh jangan sentuh Bumblebee aku tu, kalo nak main amik yang Payload tu, trak Decepticon, aku sayang dengan Bumblebee (satu lagi contoh kedekut)

*** Selingan Teka Teki - Binatang apa yang kedekut???

6. Egois..... Hahah, memang dekat dengan aku, orang kata orang lelaki memang ego, memandangkan aku lelaki, so aku ego la, eh kita cakap pasal ego ke egois? Ego ngan egois ni same ke? Same la kot, satu lagi member aku memang ego sebab dia tunggang motorsikal Ego tiap2 hari. Tapi Ego aku pun bertempat.. ramai orang kata aku merendah diri, so tak sesuaila Ego tu ditudingkan ke arah aku... har har har

Nak tag kat sape2 tak? Diri sendiri pun tak pasti menjawab soalan ke tak, so sape2 yang berkelapangan tu, try la pikir apa maksud estain tu. Aku sendiri tak tau....

Selamat datang kepada tn Tanah kampunglingai.blogspot.com. Terima kasih menjadi follower...

Pn Bintang Dearie.....


Tribute to Puan Bintang n3 nye yang bertajuk ASAM_PEDAS_JOHOR nye (Hanya yang di'invited'nye sahaja bleh access..terima kasih). Jadi hari ini saya ingin mengajak tuan2 dan puan2 masak makan malam cara saya yea. Masakan saya hari ini ialah Asam Pedas Bunga Kantan Kembang Tak Jadi dan Ayam Goreng Puaka Berempah Pedas Giler Eh Pedas Pada Namanya Sahaja. Mula2 puan2 hendaklah ada bahan asas yang penting iaitu ayam seko. Ayam dikerat suke hati. Pastu siap2 basuh then tempek2 kan kunyit dan garam. Letak sikit bawang merah yang telah diblender supaya cam kacis pada pandangan mata...

Guna la sudu kalo taknak mengkuningkan jari jemari anda yang kononnya cantekk sangat tuuu...

Panaskan kuali dan letak minyak. Di sini saya menggunakan brand minyak berjenama Minyak Yang Diguna Semalam Masih Berbaki ye puan2 dan tuan2.. Bila anda rasa minyak dah panas dengan cara menrasa kepanasan di sekeliling anda itu bermakna memang sangat panas. Kalau tak rasa jugak, memang anda kena gunakan panas baran anda sambil mengumpat jiran sebelah yang tak reti2 nak bersihkan halaman rumah (eh nape jiran aku pun terlibat sekali ni????)

Gorengkan ayam tadi sehingga masak ye,,,

Kemudian ayam tadi boleh la dihidangkan dengan Asam Pedas ...(malasnya aku nak taip balik nama asam pedas aku ni) dan juga nasik putih. Eh, dah siap pun asam pedas kita ye.. Tunggu nak suap je...

Juri masterchef malam itu, si Asyraf kerana beliau bermalam di rumah saya mala tersebut. Macam tak lalu je nak telan...

Bagaimana pn Bintang? Sudahkah anda terasa yakin untuk masak resipi saya hari ni? Pembetulan ye Pn Bintang, saya masak ayam goreng kunyit, bukan telur dadar seperti mana yang di noticekan di dalam komen blog anda...

P.S - Masa ni pn Ma belum pulang ke tanahair, alhamdulillah beliau telah selamat menjejakkan kaki ke Malaysia kembali pada 7 December 2010 baru2 ini, sekarang ini, masakan pn Ma kembali menguasai perut ku ini....

Wajah Kesayangan Hamba Episod Akhir -Part 1


Hampir 3 minggu alam persekolahan sessi 2010 melabuhkan tirainya. Masih sukar untuk aku menterima yang aku akan kehilangan satu2nya objek comel ini apabila beliau menjejakkan kaki ke sekolah menengah tahun depan.

Air Matanya Belum Berakhir

Namanya Fairul Hisham bin Ismail. Di awal2 aku mengajar kelas 6G, aku tak pernah acknowledge beliau sebab beliau selalu mengganggu PnP aku dalam kelas. Beliau selalu mengajuk cara aku bercakap, memberikan jawapan yang bukan2. (Sebagai contoh, Plural tu maksudnya pembaris - instead of ruler)

Masa hari Kejohanan Sukan Sekolah, beliau ada berkata sesuatu yang bagi aku tidak patut diucapkan oleh seorang pelajar kepada gurunya sehingga menimbulkan rasa sakit hati pada diri aku. Sampai setiap benda yang aku buat mengingatkan aku pada kata-katanya. Sampai satu tahap aku nekad, masuk kelas aku nak suruh dia keluar kalau dia betul2 tak suka aku sebagai gurunya.

Kelas tambahan yang kali ke berapa ntah, dia datang macam biasa. Kata-kata beliau hari tersebut masih terngiang-ngiang lagi dalam palaotak aku ni, so lepas aku mengajar macam biasa, aku bagi take 5 sekejap ditengah2 pengajaran. Masa tu la aku panggil dia ke depan. Aku tanya dia, ingat lagi tak apa yang dia cakap kat aku pada hari tersebut. Dia cakap dia ingat, aku tanya lagi dia akan kata macam tu tak kat cikgu2 lain. Dia jawab tak. Aku tanya balik kenapa dengan aku dia berani. Dia tidak menjawab. Sebaliknya mendiamkan diri. Masa tu aku dah mula berang, kelas jadi senyap seketika. Aku asak beberapa kali dengan soalan yang sama. Mula2 dia buat selamba je... sampai aku jadi meluat. Tapi ntah kenapa tiba2 je hidung beliau merah dan muka dia mula berubah. La, penangis rupanya mamat ni...

Aku jadi gelabah, gila first time aku wat budak menangis... tak reti aku nak pujuk. Risau kalo dikabarkan kepada mak bapak beliau camne??? Pujuk punya pujuk, hati aku jadi sejuk sedikit apabila dia menangis. Dah tak jadi nak marah. Dah tak jadi nak suruh dia keluar dari kelas aku. Aku suh dia duduk dan belajar macam biasa.

At the end of the day, dia mintak maaf dengan aku dan janji tak akan buat lagi. Aku hanya angguk tanda aku dah maafkan dia. Sejak kejadian hari itu, bermulalah satu permulaan baru bagi beliau, tiada lagi gangguan dalam kelas dan menjadi lebih banyak menumpukan perhatian setiap kali PnP aku berlangsung. Kadang2 aku jadi rindu dengan karenah dia yang selalu menghiburkan kelas dengan gelagatnya yang sentiasa menjawab jawapan yang ikut suka ko je kan...

Aku ingat itu adalah kali terakhir beliau menitiskan airmata kerana aku. Rupanya tak habis kat situ. Rasanya sejak dia kamceng dengan aku, semakin kerap airmata itu mengalir. Dialah satu-satunya anak murid yang paling chengeng yang pernah aku jumpa.

Rentetan peristiwa yang menyebabkan beliau nangis.

1. Kes kena tangkap dalam kelas waktu semua pelajar tahun 6 kat surau dan beliau dibawa jumpa aku oleh PK Hem.

2. Kes aku cakap aku tak jadi pergi ke Kuantan sebab beliau kurang ajar dengan aku.

3. Kes aku ter-SLL-kan kepala beliau

4. Sewaktu berada di rumah aku beliau menangis tak tentu pasal.

5. Kes aku tanya nape dia nangis tak tentu pasal semasa bermalam di rumah aku. (Gambar di bawah)


6. Kes hari terakhir alam persekolahan (gambar kat bawah). Aku cakap tu bukan last time jumpa sebab aku janji nak bawak dia bermalam di rumah aku lagi time cuti sekolah.



7. Ni kes tak nak tidur rumah aku sebab nak balik rumah.


Wajah terakhir pada kali terakhir aku membawanya ke rumah aku. Baru lepas nangis, aku pujuk aku akan hantar balik la nanti.

Jadi, aku doakan kebahagiaan beliau di mana sahaja beliau berada. Nantikan part 2. Harapkan airmatanya sudah berakhir....

Friday, December 10, 2010

Kenangan SKBN 2010

Cepat sungguh masa berlalu, rasa seperti baru semalam aku menterima surat perlantikan dan penempatan di SKBN. Kini genap sudah setahun (nak masuk setahun) aku menjejakkan kaki di sini. Banyak kenangan yang aku rasai, pahit manis.. Mostly aku diterima dengan tangan yang terbuka (tak tau la kalo2 ada pelakon2 terbaik yang sekadar berlakon je depan aku..)

1. Hari Gotong Royong Perdana
2. Hari Guru 2010
3. Kursus menjawab kertas 2 UPSR

1. Sambutan harijadi anak udang
2.Perjimbaan Ke Kelantan
Hari Kejohanan Olahraga 2010
Guru Praktikal - Sir Dhiya
Merentas Desa
Merentas Desa
Perhimpunan Mingguan
Perjimbaan Ke Kuantan
Perjimbaan Ke Gambang



Perkhemahan Unit Beruniform


Sambutan Hari Raya 2010

Pelajar Cemerlang 5A SKBN 2010 (sorang 4A 1B)

Last day aku kat sekolah, aku tak sempat jumpa semua kerana sedang menenangkan WKH yang sedang menangis. Masa nak balik aku menerima sekeping surat saman diselitkan di wiper kereta aku.....

My bestest students yang tinggalkan nota terakhir untuk aku... huhu nak nangis

Sunday, December 5, 2010

Kenapa aku benci T99


Sekali lagi gambar di bawah telah digunapakai secara sewenang2nya oleh Tn Tanah kerana ada kaitan dengan tajuk n3 kali inih.

Kali ni bukan nak cerita pasal aiming lagi, tapi pasal benda yang di 'aim'kan oleh beliau ni mengimbau sejarah 2 tahun yang lepas (2008)

Ya, Sony T99. Masa tu aku masih lagi menjadi warga Vads Berhad sebagai seorang CSR (senang citer sebagai Operator jawab call). Kerja hanya duk melangut depan PC sambil berinteraksi dengan client melalui telefon, rekod paling tinggi aku pernah jawab call dalam 1 hari ialah 89 panggilan dan rekod paling sedikit dalam sehari ialah 7 panggilan.

Tak nak cakap pasal panggilan, nak citer keje kat Vads superkacis oh bagai, walaupun kekangan kerja yang hanya melangut (alih-alih dah nak balik), bertahan jugak la setahun di sinun. Nak dijadikan cerita supaya lebih best, Vads (sekarang dah diambil alih sepenuhnya oleh TM) adalah majikan yang merekrut pekerja paling ramai dalam satu2 masa. So sekali rekrut dalam setiap batch ada la dalam 40 orang sekali masuk. So.. senang citer masa tu aku dah abis probation, and then ada la batch baru masuk, tak silap aku la 'dia' salah seorang dari batch tu.

Yeah, mula2 dia masuk keja, aku macam biasa tak mesra alam lebih2 lagi dengan perempuan cantik macam dia. Cantik la sebab mekap tebal sangat macam mak Shin Chan. Macam biasa aku tengok ramai jantan2 lain suka nak menekel beliau sebab beliau cantik dan ada la kelebihan2 yang jarang2 ada pada seorang perempuan.

Biasa la... perkenalan aku dengan sesiapa pun mesti dimulakan oleh pihak lain dulu, kalu tidak, jangan harap la aku akan mengenali beliau. Heh, so nama dia Y, seksi, free hair dan a little bit rendah. Dia kenal aku pun melalui Sally. Sally selalu je mempopularkan diri di kalangan rekrut2 baru.

Dipendekkan cerita la, yeah we become close. Dan tak kurang juga mensalahertikan kebaikan kami berdua. Ye lah, dia tu cantik, jelitawan, pakcik2 anak sulung tingkatan 3 pun ada ati lagi nak ngorat dia ni. Kawan baik aku nama dia Emma Aloha, selalunya dia adalah antara kawan2 yang kenal sangat tentang aku, jenis pompuan camne aku suke, aku xsuke. Bila aku tunjuk seseorang, aku akan tanya dia dulu (Si Emma) dan Emma akan selidiki latarbelakang perempuan tersebut. Normally yang free hair automatically Emma tak rekemen. Tapi bila datang si Y ni Emma leh lak kata ok, sebab apa? Sebab Si Y ni jenis tak tinggal solat. Selalunya lepas jam 3 petang akan dapat lah melihat wajah sebenar Si Y kerana nak sembahyang mesti basuh muka - make up kena basuh tuuuuu.

Berbalik kepada tajuk 'Kenapa aku benci T99', akcelly dah tak berapa ingat cerita ni, since member aku beli T99 so mengimbau semula sejarah silam yang meruntun hati dan perasaan. Last statement Y semakin rapat dengan aku, sungguhpun boss aku sendiri nak tekel dia, ramai lagi la sampai 2nd level, RTFM, Floor Support, Team Leader semua nak tekel dia, aku jugak yang berjaya menemani beliau memakan tengahari setiap kali break hour.

Hari tu dalam bulan puasa, dalam berkumpulan ada 10 orang termasuk Y dan beberapa Indian collegues, cadang lepas kerja pergi berbuka di OU, makan steamboat and then tengok wayang lepas Isyak (sah-sah terawihnya entah ke mana kan?) Si Y bawak Myvi, aku lak dengan Belalang Tempurku yang setia, Walaupun perjumpaan berkumpulan, tapi perginya asing-asing. Aku gi sendiri dan Y pun gi sendiri, tapi jumpa kat parking lot. By the way kalo tak silap aku jugak, berbuka pose ni pun sempena Y dapat kerja baru, dia nak berenti dan ni majlis perpisahan la.. Tapi masa ni orang dah tak cakap sangat pasal kerapatan aku dengan Y sebab dah tau status Y ada boifren anak VIP.

Sepanjang makan, minum memang seronok. Y ada sebijik kamera, CyberSHot Sony Touch Screen, byk gak la photos yang kitorang amik beramai-ramai. Memandangkan aku teman Y malam tu so Y mintak aku pegang kamera tersebut. So aku pakai jacket dan kamera aku letak dalam saku jaket.

Selepas solat maghrib, semua bergerak ke GSC untuk tengok wayang (yang aku lupe citer apa dan jalan citer camne disebabkan kejadian yang berlaku sekejap lagi). Masa berjalan beramai2 tu baru aku perasan yang kamera tersebut telah tiada dalam jaket aku.

ARGHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sepanjang movie berlangsung aku dah tak kisah la apa nak jadi, jadi la. Satu OU aku pusing sampai mintak security guard tengok CCTV kot2 ada orang seluk poket aku. At the end, kamera itu memang ntah ke mana lagi dahhhhhhh..

Masa nak balik Y memang cool, semua orang wat muka risau, tapi dia maintain cantik (kontrol la tu). Tapi sampai kat kereta dia menangis sepuas2nya. Masa tu la aku rasa betul2 macam drama swasta- kereta kat parking, takde kereta lain, aku duk pujuk sorry berkali2. Dan kenyataan yang paling sedih, itu bukan kamera dia, tapi kamera boifren dia. Camne dia nak jawab? Gile las.. Aku buntu, mau dibunuhnya aku dek si boifren si Y ni baru padan muka aku.

Lepas tu esok gi keje cam biasa, Y dah takde sebab baru aku ingat hari gi tengok wayang dan ada adegan drama tuh adalah hari terakhir Si Y keje. So dipendekkan cerita, T99 la menjadi pengganti kepada kamera Y yang hilang. Dah la aku bayar full, semua yang lain cakap tak adil, ye lah, bukan aku yang gedik nak pegang kamera dia, dia yang suh aku pegang, so apa2 terjadi patut share same rata la. Ini aku sorang yang dipersalahkan. Terus perasaan minat tu hilang serta merta. Aku masih ingat JJ buat sales, dan kamera ni je yang Sony touch screen masa tuh. Kurang 10 hengget kot nak 1k. Tak pun seratus, aku pun dah lupa, tapi aku masih ingat warna hijau cyan gitu.

Lepas tu aku berjaya masuk KPLI dan 2009 aku ke Ipoh. Sejak hari itu aku dah jadi phobia nak pegang kamera sape2 lagi la. Masuk dalam kamera sape2 its ok. Sebab tu bila orang mintak aku tolong ambil gambar aku cakap tak boleh, terus aku tunjuk surat doktor yang mengatakan aku tidak boleh memegang kamera. Tapi kalo nak ambil gambar, tak kisah la berapa ribu keping pun, doktor benarkan.

Hoho, sekarang Cik Setia plak pakai kamera yang sama.. Saje je nak wat aku terkenang kisah lame... Tapi cam kacis gak kan???

Aiming to have these.. (kan aku dah cakap aku akan plagiat)


Menjenguk ke blog beliau menceritakan aiming dia dalam masa terdekat ni.. Yang pertama ialah T99 (dan dengarnya telah berjaya memilikinya saat blog ini ditulis). Yang seterusnya ada lagi la 2-3 benda, so memandangkan Rayap pun semakin sepi dan berhabuk, keje yang aku suke..PLAGIAT tajuk.


So, benda yang aku aim (tapi long term punya aim la)

Tanah.. tapi nak yang subur laaa

Kedua ialah rumah, tapi nak yang macam diimpikan la, bukan macam rumah tajaan Adik Nasrul dari kelas 1 Gigih ni (tak tau sekolah mane)

Pastu, nak beli binatang ni yang ada 4 tayar..sampai sekarang aku duk henjut belalang tempur yang roofless tu..

Ni tak nak ke? Sapa tak nak kan? Kena cepat2 ber26 ni..

Tapi tak nak la yang bersanding macam kat gambar seterusnya ni....

V

V

V

V

V

V


Hehehe.. best fren kot... Lain2 aku tak berani, dengan dia je aku berani berkawan..

Tapi suri aku mestilah ...


Dia ni, tapi ni masa kecik lagi la.. skrang pun kecik lagi.. hehehe

Insya-Allah dialah Permata Yang Dicari.


Betul ke gambar awak ni????