Jarang sekali ada nama2 baru yang sudi mentinggalkan kumen di ruangan kumen mane2 n3 melainkan beliau adalah kenalan yang sudah lame menkenali diri ini. Pada n3 yang lepas berkaitan tajuk kenangan SKBN 2010, ada name baru yang menkumen n3 aku yang tak best sangat ni. Kumen beliau berharap aku menjawab tag beliau di belog beliau, Jadi aku memblog hopping ke belog (as mention by the owner) beliau di SINI
Jadi aku membaca belog beliau dengan agak rakus dan tikus, hehehe, biasa2 je. Part yang ending tu yang agak tacing la... hahah tak pernah2 orang cakap blog aku best.. Bagi pihak ke3 pulak tu. Jadi untuk tidak menghampakan beliau, aku cuba la mencari ide utk menjawab tag beliau yang agak susah kalo nak dibandingkan dengan soalan tingkatan 8 sekolah-sekolah SMA di Indonesia.
Jadi terus memerah otak berkaitan tag beliau.
Soklan : Huraikan persamaan estain berikut :
1. Jeles
2. Cemburu
3. Sakit hati
4. Dendam
5. Kedekut
6. Egois
(Pergh, soalan ni agak mencabar minda kerana aku bukan guru sastera, hatta nak menjawab dalam masa 10 minit pun tak cukup rasanya. Perkataan 'estain' sendiri aku tak tahu apa maksudnya, dah google pun xjumpa jugak. Ni Malay word ke English???)
1. Jeles.. Kalo kira perkataan jeles ni xde dalam bahasa Melayu, diambil dari perkataan Jealous dan diMelayukan oleh kita dengan sewenang2nya. Maksudnya ialah cemburu jadi aku terus kepada no 2.
2. Cemburu.... I hate this feeling. Cemburu dalam diri aku sudah wujud sejak zaman sekolah rendah lagi. Aku cemburu dengan kejayaan dan kekacakkan kawan2 aku masa tuh. Pastu cemburu lagi bila sorang budak pompuan kelas aku dari tahun 1 sampai tahun 6 asyik dia je no 1. Nama dia Najmiah (amik ko, nama ko terbit dalam blog gua)
3. Sakit hati..... Ada 2 jenis sakit hati. Sakit hati yang pertama apabila hati (salah satu organ yang terdapat di dalam badan manusia yang berfungsi sebagai menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu, dan juga mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati-En Wiki Wiki Pedia yang bagitau- good job) telah sakit. Jadi penyelesaian dia kena la jumpa doktor pakar hati, aku tak belajar biologi. Sakit hati yang kedua ialah apabila terdapat satu suara di dalam pemikiran kita yang berulang-ulang kali menyebut tentang sesuatu yang membuatkan kita tidak berjaya menumpukan perhatian kepada perkara lain yang sedang dilakukan. Sebagai contoh, kata-kata dari rakan sekerja tentang ..... erk tak yah la contoh.
4. Dendam.... Hohoho, ini adalah satu sifat yang takde kaitan dengan cemburu dan sakit hati. Aku tak pernah berdendam sangat dengan sesiapa so takleh nak elaborate dengan lebih teliti.
5. Kedekut.....Kedekut Taik Idung Masin-Antara term yang selalu aku dengar diucapkan oleh kakak sulungku dahulu sewaktu aku masih kecik. Selalunya diucapkan oleh beliau apabila puji2an beliau tidak berjaya melembutkan hati aku untuk berkongsi aiskrim dengan beliau. Tapi dah besar ni, kedekut biarlah berpada-pada. Aku kedekut hanya pada orang yang kedekut dengan aku je (macam sama je dengan Cikgu Sarah). Kadang2 kedekut ni perlu, kita kena kedekut untuk mengeluarkan duit membeli sesuatu yang macam tak perlu sebagai contoh Patung aksi Transformers , eh jangan sentuh Bumblebee aku tu, kalo nak main amik yang Payload tu, trak Decepticon, aku sayang dengan Bumblebee (satu lagi contoh kedekut)
*** Selingan Teka Teki - Binatang apa yang kedekut???
6. Egois..... Hahah, memang dekat dengan aku, orang kata orang lelaki memang ego, memandangkan aku lelaki, so aku ego la, eh kita cakap pasal ego ke egois? Ego ngan egois ni same ke? Same la kot, satu lagi member aku memang ego sebab dia tunggang motorsikal Ego tiap2 hari. Tapi Ego aku pun bertempat.. ramai orang kata aku merendah diri, so tak sesuaila Ego tu ditudingkan ke arah aku... har har har
Nak tag kat sape2 tak? Diri sendiri pun tak pasti menjawab soalan ke tak, so sape2 yang berkelapangan tu, try la pikir apa maksud estain tu. Aku sendiri tak tau....
Selamat datang kepada tn Tanah kampunglingai.blogspot.com. Terima kasih menjadi follower...
2 comments:
wah2 ,, mcm bersemangat gitu jawab tag nie erkk.hua3 ..siap promote kampunglingai.blogspot lg..tenkiu2 .
Binatang yg kedekut adalah kuda..hohoho
Post a Comment